You are on page 1of 43

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

DI SEKOLAH DALAM ASPEK


TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGA ,
SAMAN MAHKAMAH DAN BANTUAN
GUAMAN

YAZID BIN MD. SAID

PENOLONG PENGARAH DISIPLIN,
UNIT HAL EHWAL MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN,
JABATAN PELAJARAN JOHOR
PENGAJARAN DI KUALA DIPANG
SURAT KEBENARAN IBUBAPA PENJAGA
Terdapat sekolah-sekolah
yang menyatakan mengenai
klausa penafian (disclaimer
clause) dalam Surat
Kebenaran
ibubapa/penjaga bahawa
sekolah tidak
bertanggungjawab
terhadap kemalangan
Klausa penafian tersebut jika
terdapat dalam Surat Kebenaran
Ibubapa/Penjaga tidak sesekali
melepaskan tanggungjawab pihak
sekolah terhadap jagaan dan
keselamatan murid semasa
aktiviti luar bilik darjah
dilaksanakan .
Ia hanya berkuatkuasa jika
kemalangan berlaku dimana
segala usaha, jagaan dan kawalan
yang semunasabahnya yang
dapat dilakukan oleh pihak
sekolah telah dilaksanakan
dengan sewajarnya
RUJUKAN KEPADA KPM
Semua perkara berkenaan
dengan permohonan dan
penerimaan sumbangan
pihak swasta atau individu
hendaklah dirujuk kepada
KPM bagi maksud
pemeriksaan aspek
teknikal, kesesuaian,
hakmilik, keselamatan dan
sebagainya untuk kelulusan
KSU selaku Pegawai
Pengawal
HIARAKI DOKUMEN KERAJAAN
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
AKTA
PERATURAN
SURAT PEKELILING
SURAT SIARAN
TANGGUNGJAWAB BERJAGA-JAGA
Prinsip Undang-Undang
-Undang-undang yang menguat kuasakan tanggungjawab ini
ialah TORT.
-TORT secara ringkasnya memperihalkan kewajipan berjaga-
jaga (DUTY OF CARE) oleh seseorang terhadap seseorang
yang lain.
-Sekiranya berlaku kegagalan /kecuaian dalam menjalankan
kewajipan berjaga-jaga ini sehingga mengakibatkan
KERUGIAN/KECEDERAAN (LOSS/INJURY) kepada orang
tersebut, maka orang yg mempunyai kewajipan berjaga-jaga
dikenakan membayar gantirugi kpd orang yang mendapat
kerugian tersebut.
Dalam konteks seorang Pengetua/G.B sesebuah institusi
pendidikan, DUTY OF CARE justeru mengkhendaki
Pengetua/G.B memastikan murid-murid di institusi
pendidikan di bawah tanggungjawabnya berada dalam
keadaan selamat.
(dari sebarang bahaya yang boleh dijangka)

STANDARD DUTY OF CARE GURU TERHADAP MURID

Standard duty of care adalah berbeza-beza dalam setiap kes
bergantung kepada tahap risiko bagi setiap kes. Dalam kes
guru dan murid, undang-undang meletakkan guru sebagai
berada IN LOCO PARENTIS (IN PLACE OF A PARENT) kepada
murid-murid di bawah jagaan dan kawalannya.
- Oleh yg demikian, standard duty of care yang perlu dipatuhi
oleh guru adalah seperti standard berjaga-jaga seorang bapa
yang mempunyai keluarga yang besar terhadap anak-anaknya.
Memandangkan murid-murid sekolah, terutamanya sekolah
rendah adalah terdiri daripada kanak-kanak, secara amnya
mereka adalah mentah, dan tidak mengenali/menyedari apa-
apa bahaya di sekeliling mereka.
Bagi maksud mematuhi standard of care guru terhadap murid,
Pengetua/GB dan guru-guru hendaklah sentiasa:
(i) mengingatkan murid-murid agar menjaga keselamatan diri
mereka; dan (ii)mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi
memastikan tiada apa-apa perkara yang membahayakan
keselamatan murid daripada berlaku.
- Apa-apa perbuatan/peninggalan (act/omission) Pengetua/GB
yang tidak memenuhi standard of conduct yang ditentukan
akan menyebabkan breach of duty of care, di mana
Pengetua/G.B boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-
undang terhadap kerugian (loss) atau kecederaan (injury) oleh
seseorang murid.



ANTARA TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM
MEMENUHI STANDARD DUTY OF CARE:
(1) Memastikan kawasan sekolah, termasuklah infrastruktur,
kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan betul dan
berada dalam keadaan yang selamat.

Sebagai contohnya;
- memastikan tangga, kipas, tandas dan peralatan-peralatan
yang rosak diperbaiki dengan segera.
- peralatan-peralatan sukan, makmal dan bengkel dalam
keadaan yg sempurna dan berfungsi dengan baik seperti
tiang gol, alat lontar peluru dsb.
- memastikan sekolah bebas dari open trap seperti lubang-
lubang yang tidak ditutup, peralatan/sisa binaan yang
ditinggalkan dalam kawasan sekolah, dll.
- memastikan kebersihan makanan yang dijual di kantin pada
setiap masa.


Contoh Kes:
Headmistress, Methodist Girls School & Ors

-Seorang murid (9 tahun) dilanggar oleh sebuah bas sekolah dalam
kawasan sekolah. Murid mengalami kecederaan serius.
-Murid mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu untuk
menuntut gantirugi .
-Pemilik bas dan pemandu kemudian menamakan Pengetua Sekolah
dan Kerajaan sebagai turut bertanggungjawab (contributory
negligence) kerana telah membenarkan bas sekolah masuk ke dalam
kawasan sekolah/school compound.
- Mahkamah Persekutuan memutuskan:
(a) sebagai tuan punya (Kerajaan) dan penghuni (Pengetua) premis
(sekolah), mereka bertanggungjawab memastikan kawasan
persekitaran sekolah adalah selamat.
(b) Walau bagaimanapun, kesalahan pihak sekolah adalah lebih
rendah berbanding kesalahan pemilik dan pemandu bas
memandangkan sekolah setakat membenarkan bas masuk ke
kawasan sekolah.
(c) Tanggungan keseluruhannya hendaklah dibahagikan sebagai
30% bagi Kerajaan dan Pengetua dan 70% bagi tuan punya dan
pemandu bas.

Kes ini menunjukkan walaupun kecuaian yang berlaku adalah
di pihak yang bukan di bawah kawalan pengetua, namun
disebabkan ianya berlaku dalam kawasan sekolah, pengetua
boleh turut sama dipertanggungjawabkan sebagai cuai kerana
gagal memenuhi standard duty of care yakni untuk
memastikan kawasan sekolah dan persekitaran adalah
selamat.
DUTY of CARE UTK MEMASTIKAN KESELAMATAN
KAWASAN SEKOLAH JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB
PEMILIK/PENGHUNI PREMIS (OCCUPIERS LIABILITY)

- Tanggungan seorang penghuni (OCCUPIERS LIABILITY)
adalah satu konsep/prinsip undang-undang.

- Di bawah prinsip ini, orang yang memiliki atau mempunyai
kawalan ke atas sesuatu premis bertanggungjawab
memastikanpremis tersebut adalah selamat bagi sesiapa yang
memasuki premis tersebut.

- Sebagai orang yang mempunyai kawalan ke atas sekolah,
maka tanggungjawab ini terpakai kepada Pengetua/G.B.
- Pengetua/G.B bertanggungjawab memastikan keselamatan
premis bagi mereka yang dari segi undang-undang layak
masuk ke dalam kawasan sekolah iaitu:

(i) invitee- mereka yang diundang dan tujuan undangan
adalah utk kepentingan bersama (mutual interests) seperti
ibu bapa utk menghadiri mesyuarat di sekolah

(ii) Entry by virtue of contract- orang yang masuk atas
hubungan kontraktual

(iii) Licensee- orang yang dibenar masuk di sisi undang-
undang atau sebagai social visitors

# Bagi kumpulan (i) dan (ii), penghuni mempunyai tanggungjawab
memelihara keselamatan premis secara munasabah (reasonable
care) untuk mengelakkan apa-apa bahaya yang dia tahu/sepatutnya
tahu (cth: kebocoran gas/ kerosakan tangga dll)
[dan bahaya-bahaya ini tidak diketahui oleh orang berkenaan)

# Bagi kumpulan (iii), tanggungjawab penghuni adalah sama tetapi
at a lower/lesser degree, di mana TANDA-TANDA AMARAN
mengenai apa-apa bahaya dalam premis (dalam kawasan sekolah)
hendaklah dipasang.

# Walau bagaimanapun bagi penceroboh, penghuni adalah tidak
bertanggungjawab di bawah prinsip ini kerana kemasukan mereka
adalah atas risiko sendiri.
(2) Mengawasi murid-murid sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dan sewaktu menjalani apa-apa aktiviti
praktikal/fizikal seperti Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup
dan aktiviti-aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar,
perkhemahan, bengkel dan sebagainya.

KES:

1. Mohamed Raihan & Anor v. GOM [1981]
2 MLJ 27
- M.Raihan (perayu) mengalami kecederaan
apabila kepalanya terkena cangkul yang
dihayun murid lain semasa menjalani
practical gardening course.
- M. Raihan menyaman Kerajaan menuntut gantirugi kerana
kegagalan sekolah untuk mengawasi pelajar-pelajar lain
dengan baik semasa kelas tersebut.

Mahkamah Persekutuan memutuskan:
(a) Sekolah telah cuai untuk mengambil tindakan yang wajar
dan baik (reasonable and proper steps) utk mengelakkan
drp berlakunya kemalangan sedemikian-

(i) guru kelas didapati tidak memastikan cangkul dan
peralatan berkebun yang lain berada dalam keadaan yang
baik dan selamat digunakan, serta tidak mengadakan suati
sistem yg sesuai bagi menjalankan kelas tersebut;

(ii) guru telah tidak memberi amaran kepada murid-murid
mengenai penggunaan peralatan yg merbahaya dan beliau
juga telah tidak memastikan kedudukan murid-murid
dijarakkan antara satu sama lain bagi mengelakkan
kemalangan.
2. GOM v. Jumat bin Mahmud & Anor 2 MU 103
- Seorang murid bergerak dari tempat duduknya dan telah
pergi mencucuk paha seorang murid yang lain,
Jumat b. Mahmud, menyebabkan Jumat berpusing ke
belakang dan matanya telah tercucuk mata pensil yang
dipegang oleh murid tadi. Guru sedang melakukan tugasnya
di meja setelah memberikan murid kerja sekolah untuk
dibuat.
- Kerajaan (bagi pihak Sekolah) telah disaman oleh murid
untuk menuntut gantirugi.

Mahkamah Tinggi memutuskan:
Sekolah tidak mengawasi keadaan dengan baik dan
kecederaan tersebut berlaku atas sebab
kecuaian sekolah.
Kerajaan telah merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah memutuskan:
(i) Perlu diteliti sama ada kecederaan/ kemalangan yang berlaku
adalah sesuatu yang boleh diramalkan berlaku akibat kecuaian
guru menunaikan tanggungjawab berjaga-jaga.
(ii) Sekiranya demikian, adakah sekolah/guru telah mengambil
langkah-langkah yang munasabah utk melindungi murid
daripada kemungkinan berlakunya kemalangan tersebut;
- Mahkamah mendapati fakta dan bukti yang ada tidak
menunjukkan ianya adalah suatu kemalangan yang boleh
diramalkan dengan munasabah ( reasonably forseeable)- pensil
bukannya suatu alat yang merbahaya.
- Berdasarkan fakta dan bukti yang ada, tidak boleh dirumuskan
bahawa penjagaan yang berterusan (constant vigilance) boleh
mengelakkan dari berlakunya kemalangan yg sedemikian.
- Bukti yg ada justeru tidak mencukupi utk menunjukkan kecuaian
pihak sekolah.
Sebagai langkah menjalankan duty of care mengikut
standard yang ditentukan, Pengetua/GB dan guru-
guru hendaklah sentiasa merujuk kepada SPI-SPI yg
dikeluarkan KPM dari semasa ke semasa berhubung;
(a) keselamatan murid semasa pendidikan jasmani,
kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar sekolah;
(b) mencegah kebakaran;
(c) keselamatan pelajar di sekolah/ sekolah selamat;
(d) Larangan bermain bahan letupan;
(e) keracunan makanan;
(f) pencegahan jenayah di sekolah, dan lain- lain yang
berkaitan.

SAMAN MAHKAMAH
IBUBAPA TERHADAP GURU
BANTUAN GUAMAN KEPADA GURU
Bantuan Guaman Boleh
Dipohon melalui KSU KPM
Sebagaimana Yang
Diperuntukkan Di Bawah
Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993 [P.U. (A)
395/1993, subperaturan 22(1)
hingga (5)

SYARAT BANTUAN GUAMAN
Bantuan guaman hanya boleh dipohon :
(a) Dalam kes-kes sivil; dan
(b) berbangkit drpd tugas rasmi
pegawai awam

seksyen 5 dan 24 akta prosiding
kerajaan 1956 ringkasnya
memperuntukkan kerajaan hanya
bertanggungjawab bagi pegawai-
pegawai awam dalam kes-kes sivil shj

(seksyen 24- seseorang pegawai awam
boleh diwakili oleh seseorang pegawai
undang-undang jika tindakan sivil
terhadapnya dibuat berdasarkan
tindakan-tindakan pegawai tersebut
semasa menjalankan tugas rasmi)
PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN
1. PER 22(1)
Permohonan mestilah mendapat
persetujuan KSU KPM

2. PER 22(2)
Pegawai awam perlu melaporkan
kpd Ketua Jabatan dgn segera
mengenai notis permulaan
prosiding undang2, permulaan
prosiding undang2 yg berbangkit
drpd tugas awamnya atau apa2
proses mahkamah berkenaan
prosiding undang2 tersebut.

3. PER 22(3)
sekiranya pegawai awam
berkehendakkan bantuan guaman
bg maksud prosiding undang-
undang yg berbangkit drpd tugas
awamnya, permohonan boleh
dibuat kpd KSU Kementerian

4. PER 22(4)
permohonan di bawah 22(3)
hendaklah mengandungi fakta,
keadaan kes dan pendapat ketua
jabatan tentang penglibatan
pegawai berkenaan
- dialamatkan dan dikemukakan
kpd KSU (salinkan kpd PUU)


5. PER 22(5)

apabila menerima
permohonan, ksu boleh
melulus atau menolak
permohonan itu tertakluk kpd
nasihat Peguam Negara
tentang-
(a) amaun bantuan guaman
yg hendak diluluskan;
(b) peguam bela dan peguam
cara yg hendak diambil
dan diarahkan ; atau
(c) apa-apa syarat lain yg
difikirkan baik oleh
Peguam Negara
6. PER 22(6)

caj untuk mengambil khidmat
peguam bela dan peguam cara
bg maksud prosiding undang2
yang berbangkit drp tugas
rasmi pegawai awam tanpa
kelulusan KSU tidak akan
dibayar oleh Kerajaan
KES-KES YANG LAZIM DIHADAPI GURU & BENTUK
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG DITERIMA
KES TERHADAP GURU
DAN TINDAKAN
UNDANG-UNDANG
BERKAITAN
TINDAKAN DISIPLIN
KE ATAS MURID

KECUAIAN DLM
MELAKSANAKAN DUTY
OF CARE KE ATAS
MURID

SIVIL:
NOTIS TUNTUTAN/
SAMAN
JENAYAH:
LAPORAN POLIS-
SIASATAN POLIS-
PENDAKWAAN
SIVIL:
NOTIS TUNTUTAN/
SAMAN
PERBANDINGAN
TINDAKAN SIVIL

Dimulakan apabila HAK
PERSENDIRIAN (PRIVATE
RIGHT) seseorang dilanggar

Tujuan- untuk
menguatkuasa, menebus
rugi, melindungi atau
mendapatkan kembali hak
seseorang

Remedi/Relif- permohonan
mendapatkan gantirugi
(wang), perintah
injunksi,dekri, pelaksanaan
spesifik, pengisytiharan

Individu/ badan dengan
corporate personality spt
syarikat v individu/ badan
(Plaintif v Defendan)

TINDAKAN JENAYAH
Dimulakan terhadap
seseorang yang dituduh
melakukan kesalahan jenayah

Kesalahan jenayah:
perbuatan/kegagalan
melakukan perbuatan yang
diperuntukkan oleh statut
(Akta, Enakmen, dll) sebagai
satu kesalahan awam (public
offence)

Tujuan- hukuman jika didapati
bersalah

Kesalahan jenayah dianggap
serius, bukan saja
menjejaskan hak
perseorangan tapi ancaman
kepada masyarakat (public at
large)

Kerajaan (PP) v individu

TINDAKAN JENAYAH DAN SIVIL PADA
MASA YANG SAMA

Satu-satu perbuatan/kesalahan tertentu boleh
mengundang dua tindakan iaitu jenayah dan sivil.
Contohnya-
tindakan disiplin sehingga mencederakan murid
(a) tindakan jenayah:
cth: s.321 Kanun Keseksaan- Menyebabkan
kecederaan dengan niat
(b) tindakan sivil:
saman oleh ibu bapa murid/murid bagi
mendapatkan gantirugi

BAGAIMANA MENANGANI TINDAKAN SIVIL DI PERINGKAT SEKOLAH
NOTIS TUNTUTAN

- menyatakan
tuntutan/dakwaan pihak
penuntut (murid/ibu bapa
murid) dan memberikan
suatu tempoh (lazimnya 7/14
hari) bagi pihak yang
dituntut (guru/pengetua/
Kerajaan) menunjuk sebab/
memenuhi tuntutan.

- Diikuti dengan amaran
mengambil tindakan
mahkamah jika tuntutan
tidak dipenuhi dalam tempoh
yang diberikan.


PROSEDUR MENANGANI NOTIS
TUNTUTAN

(1) akuan terima notis
(2) menjalankan siasatan
-kenalpasti pihak yang terlibat temasuk
saksi
-temubual, lakaran tempat
kejadian/peristiwa, fotografi, kumpul
dokumen terlibat
(3) sediakan laporan
(4) hantar notis tuntutan, laporan dan
dokumen berkaitan ke PUU & salin kpd
JPN
-tempoh notis 7 hari: hantar maksimum 3
hari slps terima notis (faks diikuti pos)
-tempoh notis 14 hari: hantar maksimun 6
ke 7 hari slps terima notis
(5) makluman kpd penuntut:
maklumbalas kepada notis memerlukan
masa memandangkan pihak sekolah perlu
membuat siasatan dan merujuk notis
untuk penelitian PUU

SAMAN/WRIT SAMAN

- mengandungi 2 dokumen:
(a) Saman (mahkamah rendah)
Writ Saman (mahkamah
tinggi)
(b) Pernyataan Tuntutan

Writ / saman mengandungi:
-nama mahkmah dan no. siri guaman
-pihak-pihak kpd saman (plaintif dan
defendan)
-perintah memasukkan kehadiran (dalam
semenanjung; 8 hari termasuk hari
penyampaian, sabah/sarawak: 10 hari
termasuk hari penyampaian)
*kehadiran/appearance: to enable the
defendant to officially communicate his
intention to defend/ challenge the action.
(kesan kagagalan memasukkan
kehadiran: JID/ penghakiman ingkar
terhadap defendan)
-tandatangan peguam, cop dan
tandatangan Pendaftar serta tarikh
pengeluaran writ
-Pengindorsan tuntutan,wakil plaintif
(bagi pihak plaintif kanak-kanak),
peguam dan alamat, cara penyampaian

Pernyataan Tuntutan mengandungi:

- Nama mahkamah, no. siri
guaman,pihak-pihak
- Pengenalan/ latar belakang plaintiff
dan defendan
- Fakta material mengenai
peristiwa/kejadian pada masa
material yang membawa kepada
kausa tindakan (cause of action)
- Butir-butir kecederaan/kerugian
plaintiff
- Butir-Butir kecuaian/tindakan salah
defendan
- Butir-butir permohonan plaintiff
kepada Mahkamah (damages) spt
gantirugi.

AKUAN TERIMA
HANTARKAN SEGERA SESALINAN SAMAN DAN
PERNYATAAN TUNTUTAN
KE PEJABAT PUU
JALANKAN SIASATAN BERDASARKAN TUNTUTAN/
DAKWAAN DALAM PERNYATAAN TUNTUTAN
JAWAB SETIAP PERENGGAN DLM PERNYATAAN
TUNTUTAN
SEDIAKAN LAPORAN
HANTAR LAPORAN, JAWAPAN KPD PENYATAAN
TUNTUTAN & DOKUMEN BEKAITAN KPD PUU (2 SALINAN), SALIN KPD JPN
TEMPOH: MAKSIMUM 7 HARI SLPS MENERIMA SAMAN
Kenalpasti yg terlibat termasuk saksi, dapatkan
keterangan, kumpul dokumen, lakaran/gambar
kejadian/tempat kejadian (jika perlu)

BENAR-DIAKUI BENAR
TIDAK BENAR-DINAFI SEPENUHNYA (SEBAB DISERTAKAN)
BENAR SEBAHAGIAN-AKUI SEBAHAGIAN, YG LAIN DINAFIKAN


1.

TAJUK LAPORAN
Cth: LAPORAN SAMAN MEMBABITKAN GURU
MENAMPAR MURID SEHINGGA
MENDATANGKAN KECEDERAAN

2.

MAKLUMAT SAMAN
-NO SAMAN, MAHKAMAH
-PLAINTIFF DAN DEFENDAN
-TARIKH AKUAN PENERIMAAN SAMAN
-TARIKH SALINAN SAMAN DIHANTAR KPD PUU
(No. Rujukan)


3.

MAKLUMAT SEKOLAH
-NAMA SEKOLAH, NO TELEON DAN FAKS
-SESI PERSEKOLAHAN
-PENGETUA/G.B
-BIL MURID DAN GURU

4.

MAKLUMAT PLAINTIF DAN
DEFENDAN




-PLAINTIFF (MURID): NAMA, UMUR/DARJAH/TING,
SERTAKAN REKOD DISIPLIN
-DEFENDAN(GURU): NAMA, UMUR, JAWATAN, KAITAN
DENGAN MURID, SERTAKAN
SURAT TURUN KUASA/ SURAT
ARAHAN BERKAITAN KPD
GURU





5.

MAKLUMAT MENGENAI
DAKWAAN DAN TUNTUTAN
DALAM SAMAN

-SENARAIKAN DAKWAAN DAN TUNTUTAN
PLAINTIFF

6.

MAKLUMAT PENYIASATAN

-PIHAK PENYIASAT
-PIHAK YANG DISIASAT
-MODUS OPERANDI SPT TEMUBUAL, MENELITI
DOKUMEN, DLL
*NOTA: TIADA UNSUR PAKSAAN, PUJUKAN DAN YG
BERKAITAN

7.

DAPATAN SIASATAN
(DLM BENTUK CERITA YG
TERATUR /POINT
FORM/KRONOLOGI)
-FAKTA SPESIFIK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
KEJADIAN (PENEKANAN KPD FAKTA SEMASA
KEJADIAN)
-KAITKAN TINDAKAN MURID DAN GURU DGN SPI/
PERATURAN ATAU ARAHAN YANG TERPAKAI


8.

RUMUSAN PENYIASATAN
-PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN:
(SAMA ADA PENGETUA, GURU TELAH MENGAMBIL
LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG BERPATUTAN,
SAMA ADA GURU TELAH MENGIKUTI PROSEDUR YG
BETUL DALAM MELAKSANAKAN HUKUMAN
DISIPLIN).
SEKIAN TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA

You might also like