You are on page 1of 3

DEFINISI & ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH

DEFINISI
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai
objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih penting lagi, bilik
darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu
mempunyai gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,
kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Berikut merupakan definisi Pengurusan Bilik Darjah mengikut pandangan sarjana :

Jacob Kounin (1970) :
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah
masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah
berlaku.

Marland (1975) :
Suasana fizikal bilik darjah merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam
pembelajaran.

Alberto & Troutman (1986) :
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru
menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku
murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Lemlech (1988) :
Pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang
memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber
pengajaran.

Richards (1990) :
Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi
murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

Guey R. Lefroncis (1999) :
Sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang
dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan
tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.

Levin dan Nolan (2004) :
Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan
pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya
aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.


Gambar : Suasana Bilik Darjah

ELEMEN
Terdapat 5 elemen Pengurusan Bilik Darjah, iaitu :
Merancang
Melalui perancangan, guru akan merujuk sukatan pelajaran bagi menentukan
objektif dan hasil pembelajaran. Maka, guru dapat menentukan pendekatan,
strategi dan kaedah mengajar yang paling sesuai berdasarkan perbezaan
gaya pembelajaran murid. Selain itu, guru akan membentuk aktiviti yang
sesuai dengan pencapaian murid.

Mengelola
Dalam mengelola, guru perlu memastikan kelancaran proses pembelajaran.
Justeru, guru perlu memberi arahan yang jelas kepada murid. Sebagai
contoh, arahan yang jelas penting semasa guru memaklumkan peraturan,
prosedur dan mengatur aktiviti.

Mengawal
Elemen seterusnya ialah mengawal, iaitu bermaksud guru perlu memantau,
memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang
melibatkan diri dalam pembelajaran. Lebih penting lagi, dalam mengawal,
guru perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat
perhatian yang cukup. Sebaliknya, murid yang dapat menguasai konsep
pelajaran diberi aktiviti pengayaan.

Membuat refleksi
Seorang guru yang berkaliber akan menganalisis dan menilai keberkesanan
pendekatan, strategi, kaedah mengajar dan bahan bantu belajar yang
digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya
keberkesanan kurang sesuai atau kurang mantap, guru mestilah bersedia
membuat perubahan dan mencuba alternagtif lain.

Menjalin hubungan guru-murid
Hubungan antara guru dengan murid yang baik ialah apabila guru
mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjahnya. Kepentingannya ialah
murid berpeluang membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Hal ini
menjadikan murid lebih rasa dihargai dan diberi perhatian yang cukup. Selain
itu, mereka turut merasakan perasaan selamat, hormat, yakin dan sayang
kepada guru.

Gambar : Kepentingan 5 elemen pengurusan bilik darjah yang mesti diketahui oleh
seorang guru ialah mampu menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas.
http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/definisi-pengurusan-bilik-darjah.html

You might also like