You are on page 1of 61

Unit Tatatertib dan Keutuhan

Bahagian Sumber Manusia


Kementerian Kesihatan Malaysia

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993


Sistem atau peraturan perilaku peribadi
seseorang individu, kumpulan dsb

Tabiat yang biasa dilakukan,
Perangai, Perbuatan

Sumber-Dewan Ej a Pro (DBP 2007)
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Merupakan DOs and DONTs dalam Perkhidmatan
Awam.

Merupakan Code of Conducts anggota perkhidmatan
awam.

Sebahagian tertulis pada Surat Aku Janji



LATAR BELAKANG
Berkuatkuasa pada 15.12.1993 menggantikan
Perintah-Perintah Am Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) (Bab D) 1980

Dipinda pada tahun 2002 berkuatkuasa Jun 2002

Tindakan tatatertib merupakan langkah-langkah
yang terakhir bagi menghukum mereka yang
didapati melanggar peraturan-peraturan
yang berkenaan

LATAR BELAKANG
Sebagai alat kawalan untuk mewujudkan
pentadbiran yang berkesan dan dipercayai

Mencorakkan disiplin untuk mencapai
matlamat:

i. Cekap, Amanah dan Bertanggungjawab
ii. Kepentingan awam > kepentingan sendiri
iii. Jaga IMEJ perkhidmatan awam

[Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)
Peraturan 4(1),(2)(a.j)]
TATAKELAKUAN
SECARA UMUM
TATAKELAKUAN
4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa
memberikan taat setianya kepada Yang diPertuan Agong
Negara dan Kerajaan
Contoh kesalahan:

Bersubahat dengan musuh negara

Memburuk / memperkecilkan dasar
kerajaan

Melanggar undang-undang atau peraturan
kerajaan untuk tujuan menentang
kerajaan
Contoh kesalahan:

Menguruskan hal peribadi dalam waktu
pejabat

Menyebelahi saudara-mara dalam
mempertimbangkan permohonan

Mengambil kesempatan menguruskan hal
peribadi semasa membuat lawatan rasmi ke
luar pejabat
4. (2)(a) Seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan
tugas awamnya demi kepentingan peribadi

TATAKELAKUAN
Contoh kesalahan:

Tidak mengelakkan diri dari terlalu rapat dengan
mereka yang jelas mendapat keuntungan daripada
mengetahui tugas-tugas rasminya

Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah
yang mahal daripada mana-mana individu
4. (2)(b) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

TATAKELAKUAN
TATAKELAKUAN
4. (2)(c) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan
dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah bahawa;-

i. dia telah membiarkan kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya sehingga
menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau

ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri
TATAKELAKUAN
Contoh kesalahan:
4. (2)(d) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan
sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam
Disabitkan dengan kesalahan
jenayah termasuk sabitan dalam
mahkamah syariah
Berkelakuan tidak senonoh di
khalayak ramai seperti mabuk,
biadab dan sebagainya
Melakukan gangguan seksual
TATAKELAKUAN
Contoh kesalahan:
4. (2)(e) Seseorang pegawai awam tidak boleh kurang cekap
atau kurang berusaha
Tidak mempunyai daya usaha dan
lemah daya pemikiran
Lalai atau berlengah-lengah dalam
menjalankan tugas
Malas dalam menjalankan tugas
Contoh kesalahan:
4. (2)(f) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak jujur
atau tidak amanah
Tidak melaporkan harta atau pelaburan yang
dipunyai olehnya, isterinya atau anaknya
Mengemukakan tuntutan palsu termasuk
tuntutan perjalanan, sewa hotel dan
sebagainya
Mengemukakan tuntutan kerja lebih
masa yang tidak betul
TATAKELAKUAN
Contoh kesalahan:
4. (2)(g) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak
bertanggungjawab
Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa
kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah
Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya
sangat-sangat diperlukan
Tidak menjaga harta kerajaan sebagaimana
yang sepatutnya
TATAKELAKUAN
4. (2)(g) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak
bertanggungjawab
TATAKELAKUAN
4. (2)(h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba
membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan
berhubung dengan atau perkhidmatan awam, sama
ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau
tuntutan mana-mana pegawai lain
Contoh kesalahan:
Menggunakan pengaruh luar termasuk orang
kenamaan dan ahli politik dalam urusan
penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat
TATAKELAKUAN
4. (2)(i) Seseorang pegawai awam tidak boleh ingkar perintah
atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah
Contoh kesalahan:
Sengaja melanggar arahan-arahan yang
dikeluarkan oleh kerajaan melalui pekeliling
atau surat pekeliling
Keluar negara tanpa kelulusan KSU
TATAKELAKUAN
Contoh kesalahan:
4. (2)(j) Seseorang pegawai awam tidak boleh cuai dalam
melaksanakan tugasnya
Pegawai perubatan meninggalkan objek dalam
tubuh badan pesakit semasa melakukan
pembedahan
Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu
laju atau tidak mengikut peraturan lalu lintas
sehingga menyebabkan kemalangan berlaku
TATAKELAKUAN
PERATURAN-PERATURAN LAIN

Peraturan 6 - Etiket Pakaian

Peraturan 10 - Pemunyaan Harta

Peraturan 52 - Penyampaian notis,
dokumen dan
sebagainya
PERATURAN 6 : ETIKET PAKAIAN
Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian
dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh
Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau oleh pihak-pihak berkuasa
lain

PP Bil. 2 / 1985 Pakaian Semasa Bekerja Dan Semasa Menghadiri
Upacara Rasmi Bagi Pegawai Awam.

SPP Bil. 1 / 2006 Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai pakaian Semasa
Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi.

SPP Bil. 1 / 2008 Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai
Awam Pada Hari Khamis.
PERATURAN 6-ETIKET PAKAIAN
PERATURAN 6-ETIKET PAKAIAN
ISYTIHAR HARTA
Seseorang pegawai dikehendaki membuat laporan
harta (mengisytiharkan harta) kepada Ketua
Jabatannya. Semua pegawai dikehendaki
mengisytiharkan harta apabila:-
i. Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
ii. Dikehendaki oleh kerajaan;
iii.Memperolehi harta tambahan; dan
iv. Melupuskan harta.
(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002)
PENGHANTARAN NOTIS
Per. 52 (1)
Seseorang pegawai hendaklah memberi Ketua Jabatannya alamat
kediamannya atau apa-apa perubahan kepada alamat itu. Alamat
akan digunakan bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa
notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah
Peraturan-Peraturan ini kepada pegawai berkenaan.
Per. 52 (2)
Apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang ditinggalkan di atau
diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah
ke alamat bagi penyampaian yang diberikan dibawah subperaturan
(1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan
sempurna kepada pegawai itu.



DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)


TATAKELAKUAN
SECARA KHUSUS
PERKARA-PERKARA DILARANG
Peraturan 4A - Gangguan seksual
Peraturan 7 - Dadah
Peraturan 8 - Hadiah
Peraturan 9 - Keraian
Peraturan 11 - Menyenggara taraf kehidupan
yang melebihi emolumen dan
pendapatan persendirian yang sah
Peraturan 12 - Meminjam wang
Peraturan 13 - Keterhutangan kewangan yang serius
PERKARA-PERKARA DILARANG
Peraturan 13 - Keterhutangan kewangan
yang serius
Peraturan 15 - Meminjamkan wang
Peraturan 16 - Penglibatan dalam pasaran
niaga hadapan
Peraturan 17 - Cabutan bertuah, loteri dsb
Peraturan 18 - Penerbitan buku, dsb.
Peraturan 20 - Penyunting Penerbitan
Peraturan 23 - Tidak hadir untuk bertugas
GANGGUAN SEKSUAL P.4A
Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan
seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai
tidak boleh :

(i) membuat cubaan untuk merapati orang lain
secara seksual, atau meminta layanan seksual
daripada orang itu; atau

(ii) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat
seksual berhubung dengan orang lain, dalam
keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal
keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras
tersinggung, terhina atau terugut.
Membuat cadangan bahawa
layanan seks akan di balas
dengan ganjaran


Mempamer atau
mengedarkan alat-alat
atau gambar-gambar
lucah

CONTOH GANGGUAN SEKSUAL
meraba, mencubit, menepuk
atau menyentuh secara
seksual
DADAH P.7
Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-
apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan
untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan
yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau
menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya
JIKA TIDAK:-
a. dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja
b. ditamatkan atas kepentingan awam (Peraturan 49) sekiranya
pegawai mencapai umur persaraan pilihan yang ditentukan
oleh Kerajaan pada masa itu.
HADIAH P.8
Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan
dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-
mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi
pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau
selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan,
badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian
hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasminya.

(Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 tahun 1998 Garis Panduan Pemberian Dan
Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam)
KERAIAN P.9
Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima
daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika :-
(a) keraian itu tidak dalam apa-apa cara
mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya
sebagai seorang pegawai awam untuk
kepentingan orang itu; dan

(b) pemberian atau penerimaan keraian itu
tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak
selaras dengan Peraturan 4.
MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN
PERSENDIRIAN YANG SAH P.11
Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua J abatan supaya
memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari bagaimana ia
boleh menyelenggara taraf hidup tersebut jika ternyata pegawai itu:-
(a) menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen
dan pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada;
atau
(b) mengawal atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta,
sama ada harta alih atau harta tidak alih, yang nilainya tidak
seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya
dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya
dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang lain yang sah
MEMINJAM WANG P.12
Seseorang pegawai tidak boleh meminjam daripada mana-mana orang
atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-
apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada
mana-mana orang -
(a) yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada
kuasa rasminya;
(b) yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan
rasmi;
(c) yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan
perniagaan di dalam kawasan tempatan tempat dia
mempunyai kuasa rasmi; atau
(d) yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.
Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara
menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan
yang serius. Seseorang pegawai juga dikatakan berada dalam
keadaan keterhutangan yang serius jika :-
(a) agregat hutang/tanggungan tak bercagar adalah lebih 10
kali emolumen bulanannya
(b) pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan tidak
menjelaskan dalam tempoh satu bulan
(c) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)

MEMINJAMKAN WANG P.15
Seseorang pegawai tidak boleh
meminjamkan wang dengan faedah,
sama ada dengan atau tanpa cagaran
PASARAN NIAGA HADAPAN P.16
Seseorang pegawai tidak boleh melibatkan
dirinya sebagai pembeli atau penjual atau
selainnya dalam pasaran niaga hadapan
tempatan atau luar negara
CABUTAN BERTUAH / LOTERI P.17
Seseorang pegawai tidak boleh
mengadakan atau mengelolakan atau
mengambil bahagian dalam apa-apa
cabutan bertuah atau loteri selain bagi
maksud kebajikan
PENERBITAN BUKU P.18
Seseorang pegawai tidak boleh menerbitkan
atau menulis apa-apa buku, makalah atau
karya lain yang berasaskan maklumat rasmi
terperingkat.
PENYUNTING DALAM MANA-MANA PENERBITAN P.20
Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting bagi,
atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung
dalam pengurusan,atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa
sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana
penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar,majalah atau
jurnal, tanpa mengambil kira cara surat khabar, majalah atau
jurnal itu diterbitkan kecuali penerbitan yang berikut :

a) Penerbitan jabatan;
b) Penerbitan profesional;
c) Penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik
d) Penerbitan yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan
bagi maksud peraturan ini.

TIDAK HADIR UNTUK BERTUGAS P.23
Per. 23
termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa
dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan
tugas-tugasnya.
Per. 26 (1)
Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak
dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat
diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos
Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu di alamatnya yang
akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya segera
melaporkan diri untuk bertugas.

TIDAK HADIR BERTUGAS P.23
Per. 27(1)
jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana THB....,
pegawai itu tidak berhak kepada apa2 emolumen bagi tempoh
ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah
disifatkan telah terlucut hak walau pun PBT yang berkenaan tidak
mengarahkan pelucuthakan itu.

Per. 27(2)
Sesorang pegawai yang emolumennya telah terlucut hak di bawah
superaturan (1) hendaklah diberitahu secara bertulis.

Per. 27(3)
...bukanlah suatu hukuman tatatertib selaras dengan Perintah Am,
Bab C, 14A


BOLEH BUAT DENGAN KEBENARAN
TATAKELAKUAN
SECARA KHUSUS
PERKARA-PERKARA YANG PERLUKAN KEBENARAN
Peraturan 5 - Pekerjaan Luar / LOKUM

Peraturan 8 - Menerima Hadiah

Peraturan 19 - Membuat penyataan awam

Peraturan 21 - Mengambil bahagian dalam
politik

Peraturan 22 - Memulakan prosiding undang-
undang dan bantuan guaman
PEKERJAAN LUAR (TERMASUK LOKUM) P.5
Seseorang pegawai tidak boleh :-

a) mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung
dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan
komersil, pertanian atau perindustrian;

b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi
mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu
persendirian;

c) sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau
keterangan pakar, samada dengan percuma atau dengan
mendapat upah; atau

d) bertugas sebagai wasi pentadbir atau penerima
MEMBUAT PENYATAAN AWAM P.19
Seseorang pegawai tidak boleh membuat
penyataan awam kecuali mendapat kebenaran
menteri yang berkenaan
Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai
BERGIAT DALAM POLITIK P.20
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional -DILARANG
Pegawai Kumpulan Sokongan

Boleh bertanding atau memegang jawatan atau
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti
politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan
bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau
Ketua Setiausaha Kementerian

Anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah
memberitahu kepada Ketua Jabatannya



BANTUAN GUAMAN P.22
Seseorang pegawai tidak boleh membawa apa-apa
perbicaraan undang-undang bagi kepentingan
peribadinya akibat daripada tugas rasminya tanpa
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua
Setiausaha KKM.

Di samping itu seseorang pegawai yang
berkehendakkan bantuan guaman berbangkit
daripada perbicaraan mahkamah yang dibawa
terhadapnya atas tugas-tugas rasmi boleh memohon
bantuan guaman kepada KSU melalui Peguam Negara

CUTI
Cuti Kelayakan BUKAN hak
- Perlu dapat kebenaran Ketua Jabatan

Jenis-jenis cuti :
Cuti Rehat / Tanpa Gaji / Separuh Gaji / Ikut Pasangan /
Cuti Sakit

Cuti Sakit :
Sijil Cuti Kerajaan Diterima oleh Ketua Jabatan
Sijil Cuti Swasta Ketua Jabatan boleh menerima

CUTI KECEMASAN - EL
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986

Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas
Sebab-Musabab Kecemasan Am

Cth : Banjir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jambatan Runtuh,
Perintah berkurung, Sekatan Am, Kematian

Ketua Jabatan BOLEH tidak meluluskan jika tidak puas hati
terhadap perakuan yang dikemukakan oleh pegawai.

Jika Ketua Jabatan tidak puas hati, boleh ambil tindakan tatatertib
walaupun pegawai MASIH ada cuti rehat

PERMOHONAN KE LUAR NEGARA
SURAT PEKELILING KSU BIL. 2 TAHUN 2004
GARIS PANDUAN KE LUAR NEGARA
Tugas Rasmi
termasuk menghadiri mesyuarat, persidangan,
rundingan, simposium, lawatan dan kursus yang
disah dan diperaku oleh ketua jabatan

Kursus
Apa-apa kursus atau latihan yang berupa
akademik atau praktikal termasuk lawatan sambil
belajar, seminar, bengkel yang disah dan diperaku
oleh ketua jabatan

Urusan persendirian
Sebarang urusan selain dari tugas rasmi.
PERMOHONAN KE LUAR NEGARA
KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN
TUGAS RASMI : KSU untuk urusan < 3 bulan
KPPA untuk urusan > 3 bulan
URUSAN PERSENDIRIAN (TIDAK MELEBIHI 3 BULAN)
Kategori Kuasa Melulus
KPT (JUSA C >) KSU
P & P TKSU (P)
Sokongan (IPKKM) SUB (P)
Sokongan (J&I) Pengarah JKN
PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU
SURAT PEKELILING AM BIL. 11 TAHUN 1981
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU
Tujuan :
Memastikan pegawai tidak datang lewat/pulang sebelum
waktu yang sewajarnya.

Mengesan perbuatan datang lambat dan keluar cepat
dengan adanya catitan merah.

Memastikan pegawai yang masuk/keluar dari waktu
sepatutnya mencatit sebab2 dan meminta keizinan dari
pegawai atasan masing2.

Membolehkan tindakan sewajarnya diambil jika perkara
diatas dilakukan berturutan.
BEKERJA TIDAK MENGIKUT MASA YANG
DITETAPKAN
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 2007
PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT DI SEMUA AGENSI KERAJAAN
PERSEKUTUAN

Semua pegawai wajib memilih WP1 atau WP2 atau WP3
kecuali yang kerja bergiliran

Jika pegawai tidak ikut tanpa kebenaran, pegawai boleh
dianggap sebagai ingkar perintah dan tidak
bertanggungjawab




SURAT PEKELILING KSU BIL. 5 TAHUN 2006
TATACARA PELAKSANAAN PEGAWAI PERUBATAN DAN PEGAWAI PERGIGIAN
MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR (LOKUM)
Lokum:
Amalan yang merujuk kepada Pegawai
Perubatan dan Pegawai Pergigian berdaftar
yang melakukan tugas dan
tanggungjawabnya di mana-mana hospital,
klinik/klinik pergigian dan kemudahan
jagaan kesihatan swasta secara separuh masa
KEBENARAN LOKUM
KUASA MELULUSKAN
PERMOHONAN LOKUM
Kategori Kuasa Melulus
Peg. IPKKM / Institusi KPK
Peg. JKN Pengarah Kes. Negeri
HUKUMAN TATATERTIB (Per.38)
HUKUMAN PENJELASAN
AMARAN SATU BENTUK PERINGATAN
DENDA MAKSIMUM 7 HARI EMOLUMEN
LUCUT HAK EMOLUMEN
TIADA HAD, SESUAI DENGAN KESALAHAN TIDAK
HADIR BERTUGAS
TANGGUH PERGERAKAN
GAJI
BAGI TEMPOH 3, 6, 9 ATAU 12 BULAN
TURUN GAJI
MINIMUM 1 PERGERAKAN GAJI SELAMA 12 BULAN,
MAKSIMUM 3 PERGERAKAN GAJI SELAMA 36
BULAN
TURUN PANGKAT
TIDAK TERHAD. TERTAKLUK KEPADA SKIM
PERKHIDMATAN YANG SAMA DAN KUMPULAN YANG
SAMA
BUANG KERJA DIKELUARKAN DARI PERKHIDMATAN AWAM
KESAN HUKUMAN TATATERTIB
Kelewatan dalam pengesahan perkhidmatan
Kelewatan dalam urusan kenaikan pangkat (PP 3/09)
HUKUMAN
TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN
KENAIKAN PANGKAT
AMARAN 12 BULAN
DENDA 18 BULAN
LUCUT HAK EMOLUMEN 24 BULAN
TANGGUH PERGERAKAN GAJI 30 BULAN
TURUN GAJI 36 BULAN
TURUN PANGKAT 48 BULAN
KESAN HUKUMAN TATATERTIB
Tidak akan dipertimbangkan untuk
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
bagi tahun semasa; dan

Tidak layak menerima imbuhan tahunan
sekiranya dijatuhi hukuman selain
daripada Amaran.





UNIT TATATERTIB & KEUTUHAN


Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian Sumber Manusia,
Aras 9, Blok E7,
Pusat Pentadbiran Kjaan
Persekutuan,
62590, WP Putrajaya.


Email : shazwani@moh.gov.my
Tel : 03-88832160
Faks : 03-88811500








PERTANYAAN LANJUT

You might also like