You are on page 1of 15

Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

Penubuhan Malaysia

1. Pengenalan

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadagan kepada
Kerajaan British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan
Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British
menolak cadagan itu kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris
di Asia yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak
menyarankan supaya wilayah wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi
politik.Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan
yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa
majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia
Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan
ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan
wilayah jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.




2. Faktor faktor Pembentukkan Malaysia.

Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor faktor tertentu. Antara
faktor faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis,
memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura,
kemajuan ekonomi bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan
menjaga kepentingan kaum bumiputera.

a) Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis
yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950an.
Ejen ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan
sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan
di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.Selain
itu, Parti Tindakan Rakyat ( Peoples Action Party PAP ) di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang
mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan
PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil
di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura
( United Peoples Party UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di
kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee
Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.

Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan
British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis
dalam SUPP tetapi gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik
yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis

b) Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri negeri seperti Sabah,
Sarawak, Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih
awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara
berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadagan
ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status
cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai
negeri naungan.

c) Mengimbangi Penduduk
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah
penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei
kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah
sosial. Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan
masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan daripada penduduk
Singapura berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan
mengimbangi kadar kaum kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah
bumiputera.

d) Kemajuan ekonomi bersama.
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat
mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.
Secara tidak lansung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber
ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan
kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui
Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu mempertingkatkan
pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang
masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-
negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan
dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek
pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah seperti bijih timah, manakala Brunei pula kaya dengan sumber
minyaknya. Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya
menyartai Persekutuan Malaysia.

e) Menjaga kepentingan kaum bumiputera.
Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan
kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan
pembentukkan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti
Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan
Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan
menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80%
pendudduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan
Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan
terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan
menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%, sementara orang Melayu
menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun
1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina. Justeru , apabila penduduk
Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang
Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. ini
bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu
dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

3. Proses Pembentukan Malaysia
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini
sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan.
Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini
memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan
berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi
darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat
perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri
anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak
dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul
itu. Antara proses proses pembentukan Malaysia ialah Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ), Suruhanjaya
Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ),Referendum
Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

a) Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald
Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku
Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato Mustapha
Dato Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan
Dato Setia Pangeran Ali ( Brunei )Tujuan JPPM ditubuhkan ialah
memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai (
Sabah, dan Sarawak ), mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia
dan menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

b) Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh
Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli ahlinya terdiri
daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan
Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah
Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada
Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah meninjau pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia, membuat syor syor perlembagaan.
Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak ialah 1/3 menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan
syarat dan 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasanMalaysia dan
mengesyorkan syor syor PerlembagaanMalaysia seperti iaitu nama
persekutuan baru Malaysian dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi
asas Perlembagaan Malaysia

c) Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia
yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal
Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai
Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri
Sarawak, Sabah, dan Singapura.
d) Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu
memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak
dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawaktidak
mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara
yang terkandung dalam perkara 20.

e) Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum
sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat
kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara
keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat
Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan
pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini
kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandangan dan pendiraian mereka juga diambil kira.dalam
pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat syarat
yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 397 626 undi ).
Pilihan B rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan
kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri negeri Melayu lain di
dalam Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini
mendapat 9442 undi ).
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah
yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah wilayah Borneo dengan
penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).

f) Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan
Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua dua negara
dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada bulan Mei 1963 dengan
Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo dan bulan Julai dan Ogos
1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan
bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred
Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu
pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana
mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang
mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.Namun akhirnya,
MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga tiga negeri bersetuju meminta
Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau
kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka
ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore
menjalankan tugasnya dari 16 Ogos 5 September 1963. Antara isi
laporannya ialah kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju
menyertai Persekutuaan Malaysia.


4. Peranan Pelajar mengamalkan Semangat 1 Malaysia
a) Perpaduan
Para pelajar harus memupuk semangat perpaduan dari kecil lagi. Para
pelajar harus mengikiskan perasaan rasis dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Mereka harus mempergiatkan aktiviti yang membantu perpaduan
negara.

b) Jati diri
Para pelajar harus membekalkan diri mereka dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran . Selain itu mereka juga membina peribadi
yang mementingkan nilai-nilai moral dan kerohanian.

c) Menghormati pemimpin
Para pelajar harus menyahut saranan pemimpin-pemimpin negara. Semua
dasar yang dilancarkan oleh kerajaan harus diambil berat oleh para
pelajar demi kebaikan mereka. Mereka harus menilai kepentingan dasar-
dasar kerajaan agar dapat memahami kepentingannya.

d) Melibatkan diri
Para pelajar harus rajin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
berkonsepkan 1 Malaysia untuk mengetahui apakah rancangan kerajaan
terhadap rakyat. Penglibataan pelajar akan membuka minda mereka
betapa pentingnya konsep 1 Malaysia di negara kita.


5. Kejayaan Malaysia Sehingga Kini
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan
luarbiasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah perusahaan
automobil, seni bina, pengangkutan, pendidikan dan politik.
a) Politik
Sebagai sebuah negara demokrasi, negera kita menjadi model kepada banyak
negara lain yang turut mengamalkan demokrasi. Kejayaan Malaysia dalam
menwujudkan sebuah kerajaan yang telus , adil dan berwawasan telah menjadi
contok kepada banyak negara lain. Negara kita berjaya mengatasi sebarang
masalah domestik dengan cara demokrasi dan prinsip keadilan sosial. Segala
urusan dan masalah ditangani dengan berlandaskan perlembangaan. Hal ini
telah mewujudkan negara kita sebagai sebuah negara yang selamat, stabil
tanpa sebarang konflik.



Ekonomi
a) Industri Automobil
Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu
kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua
buiah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan
PERODUA. Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga
pertama di Malaysia pada tahun 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa
Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding dengan kereta
asing. Melalui PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil,
Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan lain-lain

b) Senibina
Pembinaan Menara KL dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan
bangunan mercu tandan kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan
tersebut terletak di Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur mempunyai bentuk
tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter.Reka bentuk menara ini banyak
dipengaruhi senibina Islam dan berfungsi sebagai menara komunikasi untuk
mempertingkatkan khidmat komunikasi. Menara Berkembar Petronas pula
mempunyai ketinggian 452 meter, mempunyai cirri-ciri keselamatan unik
untuk bertahan jika berlaku gempa bumi dan akan condong mengikut tiupan
angin kencang sehingga 1,5m. Menara ini telah menjadi destinasi pelancongan.
c) Astronomi
Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya
mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II . Malaysia juga
melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke angkasa lepas.
Kemudian program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh Musazapharke
angkasa lepas bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui program usaha
sama.


d) Pengangkutan
Di Malaysia terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Sistem Transit Ringan (LRT) ,
KTM, PUTRA, monorail, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) . Selain
itu,perkembangan teknologi dan sifat kreativiti pakar-pakat kejuruteraan
negara telah membuahkan idea untuk membina Terowong SMART yang
berfungsi sebagai jalan raya bertingkat danb juga sebagai lencongan air
semasa banjir di Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan lencongan air
terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah
menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.
e) Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang berdaulat kerana Malaysia
menjadi ahli dalam banyak pertubuhan dunia seperti OIC, PBB, NAM,
Komanwel dan ASEAN. Malaysia terlibat aktif dalam pelbagai program yang
dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini. Misalnya Malaysia pernah
membantu askar pengaman PBB di Somali dan Bosnia. Malaysia juga
memainkan peranan penting dalam ekonomi serantau di ASEAN.





6. Cabaran Menjamin Kedaulatan Negara dab Bangsa Malaysia
a) Kemasukan tenaga buruh asing
Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang
pekerjaan. Di samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk
melahirkan idea baru dalam sektor perindustrian. Kemasukan imigran
tanpa kawalan juga telah mengakibat pelbagai isu sosial seperti jenayah.


b) Gejala sosial
Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing.
Ledakan informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya
cenderung ke budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita.
Masalah penagihan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut adalah antara
bukti keruntuhan nilai moral dalam kalangan anak muda. Baru-baru ini,
negara digemparkan dengan berita anak-anak muda meninggal dunia akibat
menagih dadah semasa menyaksikan konsert muzik Barat. Hal ini
menunjukkan segelintir remaja masih kini sudaj mula rosak akhlak dan
moral mereka

c) Ancaman anasir subversif
Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk
mencapai motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik ,
golongan ini mempengaruhi rakyat untuk menjatukan kerajaan.
Demonstrasi jalanan dianjurkan bagi mengugat keamanan negara. Pelbagai
propaganda disebarkan untuk menanamkan perasaan benci terhadap
kerajaan.
d) Pemcerobohan sempadan
Sempadan negara kerap dicerobohi oleh pendatang asing. Kadang-kadang
pencerobohan ini mengancam keselamtan negara. Misalnya, baru-baru ini,
terdapat sekumpulan askar militan dari Kepulauan Sulu telah menceroboh
Lahad Datu, Sabah. Askar negara kita terpaksa berperang dengan mereka
untuk mengekalkan kedaulatan negera kita.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

a) Perkembangan ICT
Masyarakat negara kita harus didedahkan kepada kemajuan ICT. Hal ini
penting kerana tanpa penguasaan kemahiran ICT, kita tidak mampu
bersaing dengan masyarakat lain yang celik ICT


b) Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
Kita harus mengurangkan pekerja asing separuh mahir dan tidak mahir.
Orang tempatan harus diberi pendidikan dan latihan yang sewajarnya
supaya mereka boleh member idea yang kreatif untuk menghasilkan
ciptaan baru.

c) Menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan tinggi
Kerajaan harus menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pendidikan tinggi
yang berkualiti tinggi. Dengan ini para graduan kita dapat bersaing minda
dengan masyarakat lain. Prasarana di universiti tempatan juga harus
ditingkatkan untuk member lebih pendidikan berkualiti.

d) Kestabilan politik
Kita harus sentiasa memelihara kestabilan politik supaya negara boleh
bertambah maju dalam bidang sains dan teknologi. Anasir-anasir jahat
yang cuba mengganggu negara haruslah dibanteras segera. Penguatkuasaan
undang-undang harus lebih mantap agar tidak ada kumpulan yang berbeza
idealogi mempengaruhi rakyat.

e) Mematuhi undang-undang
Rakyat harus mematuhi undang-undang negara dan jangan mudah
terpengaruh dengan propaganda kumpulan-kumpulan yang ingin
menjatuhkan negara. Segala masalah yang timbul harus diselesaikan
dengan melalui saluran yang sah dan bukannya dengan menentang proses
pentadbiran yang sedia ada.



7. Penerapan nilai-nilai murni daripada pembentukan Malaysia.
a) Negara kita harus mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Tunku
Abdul Rahman. Bukan sahaja pemimpin yang berpengetahuan dan adil ,
malah harus perpandangan jauh untuk membentuk sebuah negara yang
unggul.
b) Sebagai individu yang patriotik dan bertanggungjawab, kita harus
bekerjasama untuk memajukan negara. Semua kemahiran dan
pengetahuan yang kita timba harus dikongsi bersama untuk kemajuan
negara kita bak kata pepatah bulat air kerana pembetung,bulat manusia
kerana muafakat. Anggota masyarakat yang bekerjasama demi kemajuan
negara sangat penting untuk mengangkat prestij sebuah negara di persada
antarabangsa.

c) Kita boleh belajar cara untuk kerjasama dengan pakar-pakar dari luar
negara bagi mengatasi kelemahan kita, Kita tidak harus bersikap sombong
malah harus menerima kelemahan kita dan berusaha untuk mencari idea
untuk membaiki kelemahkan kita. Kerjasama dengan pihak luar ke arah
pembangunan minda dan fizikal mampu melahirkan modal insan yang
innovatif dan kreatif bagi menghasilkan ciptaan, produklatau sistem yang
memajukan masyarakat kita.
d) Kita harus bersikap positif menerima idea daripada luar. Perkara yang
berfaedah boleh kita terima dan kita harus bersikap optimis kerana bukan
semua perkara dari luar negara mempunyai cirri-ciri negatif, bak kata
pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Selain itu kita harus berani
untuk menyahut cabaran baru yang berasal dari luar negara. Pengenalan
teknologi baru harus diterima secara terbuka supaya kita tidak terpinggir
daripada arus pemodenen dunia. Seterusnya kita harus sentiasa yakin diri
yang kita adalah satu bangsa Malaysia yang mampu bersaing dengan
masyarakat lain

e) Kita harus menghormati semua bangsa di negara kita. Sama ada bangsa
majoriti atau minoriti kita harus bertolak ansur dan menyelesaikan segala
maslah yang timbul dengan cara rundingan.


8. Rumusan
Penubuhan Malaysia ialah satu cadangan yang sangat matang dari Tunku Abdul
Rahman , Perdana Menteri kita pada masa itu. Idea beliau telah menjadi
kenyataan dan kini Malaysia ialah subuah negara yang terkenal di seluruh
dunia. Walaupun mengalami pelbagai cabaran daklam pembentukan Malaysia,
namun tekad usaha pemimpin dan kerjasama rakyat telah membawa kepada
pembentukan Malaysia . Kita sebagai waris negara ini harus memikul
tanggungjawab untuk mengekalkan kedaulatan negara kita daripada sebarang
unsur jahat.

You might also like