You are on page 1of 3

BM- PMR 2013- Novel

Wira Persona Avatari Watak Sampingan dan Perwatakan




Novel yang saya kaji ialah Wira Persona Avatari hasil karya Ruslan Ngah. Beberapa
watak sampingan yang menjadi pelengkap kepada watak utama telah diselitkan
dalam novel ini.

Salah satu watak sampingan dalam novel ini ialah Anas, anak sulung kepada seorang
profesor. Sebagai ketua pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari, dia berani
mengambil risiko dan sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan
daripada memenangi pertandingan.

Selain itu, satu lagi watak sampingan ialah Zuraini, seorang gadis kacukan Melayu-
Inggeris. Sebagai peserta simpanan dalam pasukan Zamrud II, dia kurang keyakinan
terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat
akhir pertandingan.

Seterusnya, watak sampingan lain ialah Adeen, seorang pelajar jurusan kejuruteraan
komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia. Dia seorang yang pintar dan
mempunyai kecerdasan minda atau I.Q. yang tinggi. Malah, dia juga seorang
penggodam komputer yang cekap.





Nota
Watak Sampingan
Anas
Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
Berumur 17 tahun
Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina
Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
memenangi pertandingan
Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh
Zuriani
Gadis kacukan Melayu - Inggeris
Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun
Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari
setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

4
Kumar
Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
Star
Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
komputer Avatari Pak Cik Ho
Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan
Zamrud II

Adeen
Anak Profesor Zakri
Berumur 18 tahun
Pengendali komputer Avatari
Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline
Anak tunggal Pak Cik Ho
Berumur 17 tahun
Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
Menaruh hati terhadap Anas
Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali
Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya
Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian
oleh abangnya
Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War

You might also like