You are on page 1of 28

Just Gyna

Ads by Media WatchAd Options


Friday, 22 March 2013
Model Kajian Tindakan
Ramai pula ne Model-model Kajian Tindakan sekalian...
MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988)
Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle merupakan model
yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam
model ini iaitu:

Mereflek (reflect)
Merancang (plan)
Bertindak (action)
Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)


Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan
yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan
yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama
(Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula
ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru
mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap
model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru
yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan
tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Model 2: Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a)
bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian
tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan
adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan
menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt
adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolektif. Ianya merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis
mereka sendiori serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.






Model 3: Model Kajian Tindakan Bassey (1998) dan Hand (2001)

Model kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) mempunyai lima peringkat.
Peringkat pertama:
Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame research
questions)

Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.

Peringkat kedua:
Mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (Collect
data and decide how teaching could be changed)

Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk
mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap
subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam
mengenalpasti tindak balas.

Peringkat ketiga:
Laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to
teaching)

Perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.

Peringkat keempat:
Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)

Kajian tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota
mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.

Peringkat kelima:

Melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika
perlu (review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary)

Model 4: Model Kajian Tindakan Elliot (1991)
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik
membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah
penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam
pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.
Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan
yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama utamanya adalah penyelidik
membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah
penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam
pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan.
Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan
yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Model 5: Model Kajian Tindakan Mc Kernan (1996:29)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua
lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal
pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan
refleksi, dan membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui
sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang
dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan
proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan
penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif
sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga
tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

Model 6 : Model Kajian Tindakan Stringer (1999)


Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking),
pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa
diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk
membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder)
memahami isu yang mereka alami.

Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis
dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang
berkepentingan.

Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan
mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian
yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan
tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang
akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber.Gelung interaksi menunjukkan 3
fasa kajian,
i. bermula dengan penglihatan (looking)
ii. pemikiran (thinking)
iii. tindakan (action)


Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi
membolehkan pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi
pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan
menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.

Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan
mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.

Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian
yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan
tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang
akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk
melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi
keberkesanan dan pencapaian.

Model 7 : Model Kajian Tindakan Spiral

1) Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

Model 8 : Model Kajian Tindakan Jean Mc Niff (2003)
Kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti
pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru
melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. melihat
kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kearah menambah baik strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan
pelajar tentang sesuatu perkara
Berbentuk seperti angka 6
1. memerhati
2. membuat refleksi
3. bertindak
4. menilai
5. ubahsuai
6. berpindah ke arah baru


Model 9 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946)

Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan
tindakan seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi
mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka. Pengurusan sosial
secara rasional, katanya melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah
mengandungi kitaran merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding)
berdasarkan hasil akhir tindakan.

Lewin menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :

1. Unfreezing: berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi
lebih sedar tentang keperluan untuk berubah.

2. Changing: Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan
diterokai dan diuji.

3. Refreezing: Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah
penambahbaikkan maka model itu akan digunakan

Model 10 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman

Gerald Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang akan
dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan dikenalpasti dan data akan
dikumpul untuk memastikan diagnosis yang lebih terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh
koleksi asumsi dari pelbagai kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari
tindakan muncul dan dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan
dianalisis, dan dapatan kajian tersebut akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan tindakan
tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan dinilai semula dan proses-proses tersebut akan
dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini sentiasa berulang sehingga masalah dapat
diselesaikan.

Model 11 : Model Kajian Tindakan Somekh (1989)
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus
kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang
pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan,
menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih
terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih
terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk
mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

Model 12 : Model Kajian Tindakan CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan
iaitu:
1. critical collaboration enquiry by
2. reflective practitioners who are
3. accountable in making the results of their enquiry public,
4. self-evaluative in their practice, and engage in
5. participative problem solving and continuing professional development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau
kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab
menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan
masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini
tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun
jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini
ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu
penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan
secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan
yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian
terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan
profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus
diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka
model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan.

Model 13 : Model Kajian Tindakan McBride & Schostak (1994)
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula
dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk
hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan
dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis
dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke
kitaran selanjutnya.

Model 14 : Model Kajian Tindakan Johnson (2002)
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan
kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah
(i) mengenal pasti masalah,
(ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan
(iii) memungut dan menganalisis data,
(iv) merumus serta
(v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.

Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan
penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan.
Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan
penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas
penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa
kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.
Posted by GILINAH GITOM at 02:47 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)




Laporan Kajian Tindakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA
GURU DALAM BAHASA MELAYU

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai 15 orang
murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada kaedah mengajar
tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang
peka terhadap pengajaran saya yang dirancangkan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah
main sambil belajar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sesuatu konsep. Saya
menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid semakin
memuaskan bernbnding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih
positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan
status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu
dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan
senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi
perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian
Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata
yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah senantiasa
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid dan seterusnya
mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1 . 1 Re f l e k s i p e n g a j a r a n d a n p e mb e l a j a r a n t e r d a h u l u
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa
Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa murid saya tidak
memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan
wajah murid yang nampak kebosanan dan seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan
mahupun aktiviti yang telah dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain
dan berbual-bual dalam kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Keadaan
murid yang tidak menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang
dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan markah murid dalam
ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Dari keputusan ujian yang
dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah murid tidak menepati skema
pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini terjadi berpunca daripada ketidakfahaman murid
terhadap sesi penerangan yang dilakukan sebelumnya dan kesannya mereka tidak dapat
menjawab soalan dengan betul. Apakah yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya? Adakah cara penyampaian saya bermasalah semasa sesi penerangan ?
Adakah penyampaian saya tidak menarik dan telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah
penggunaan alat bantu mengajar saya tidak berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah
melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah
mengesan masalah ini timbul adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang
saya tidak menarik dan ianya tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat
bantu mengajar yang saya gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah
mendorong saya untuk melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan penggunaan alat
bantu mengajar semasa sesi pembelajaran.

Ketika sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya
menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar yang
dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan buluh. Saya telah
memberikan penerangan dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan
sesetengah murid menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan oleh
guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi
pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini
kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.

Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan murid
ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi kefahaman terhadap isi
pelajaran yang hendak disampaikan.


1.2 FOKUS KAJIAN
1.2.1 Isu Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya alami
dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman murid
sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan murid.
Menurut Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua
cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna seseorang
guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan kepada
murid yang diajar.

Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan
terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama

Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i. Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang
sesuai.

Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang timbul
dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk mengatasi masalah
ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata nama melalui kaedah
yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti peserta yang akan diketengahkan dalam
kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas yang sama. Berdasarkan catatan markah ujian dalam
pengajaran dan pembelajaran terdahulu, seramai 15 murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini.
15 orang murid yang dipilih ini telah memperolehi markah terendah dalam ujian yang dijalankan
daripada sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu.

Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian
kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah bermain meneka
silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi kajian ini.

Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan huruf-huruf
yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk menjawab
pada kotak-kotak yang disediakan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum
i) Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah bermain
silang kata.

1.3.2 Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran Bahasa Melayu melalui
kaedah bermain silang kata..
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.
iii) Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid.


1.4 Persoalan Kajian

i) Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid?
ii) Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?
iii) Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian
murid?

1.5 Tinjauan Literatur

Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang dapat
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah hafalan,
syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara bagi
melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik
aktiviti permainan yang dilaksanakan.

Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Abdul
Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai pelajar menjadi
bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda
diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan
oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan ini secara tidak
langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi pelajaran tersebut.

Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah permainan.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak membincangkan
peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti bermain dapat
meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah, kanak-kanak perlu
bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial mereka. Permainan
yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap kematangan murid.

Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah
utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri
yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud unsur-unsur
persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat mengurangkan
kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran seperti latih
tubi dan kuliah.

Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim
dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri
pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda mereka
dengan cara yang tepat untuk perkembangan.

Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan
bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain
mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan
kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan
belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan
murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran umum
kepada yang leih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana
mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau juga,
kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa
kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi peluang kepada
murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam kaedah permainan
antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan khyalan, bermain dengan
menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang
menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze, mencari
barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih permainan teka silang kata sebagai bahan bantu
mengajar dalam melakukan kaian ini.

1.6 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidak mengambil berat terhadap penggunaan kata nama.
Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan kata nama apatah lagi murid
lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah
tersebut.


1.7 METHODOLOGI KAJIAN

Methodologi yang digunakan ialah:

a. Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan ang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian seseorang
penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini adalah
pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi salah
seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak
sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri
aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh
dipercayai.

Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian
berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji
mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku
tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut sebagai
pembolehubah.

Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan peserta
yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dilihat secara tidak
langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.




b. Soal selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai
keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian yang
ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala bahagian 2 adalah pemerhatian. Borang soal
selidik ini akan diedarkan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengguankan kaedah main sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus selesai proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut.



c. Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka.
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang berdasarkan
prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan
pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian menghasilkan skor.
Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang selalu digunakan dalam
analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek berdasarkan soalan yang disediakan
oleh penyelidik.

Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian pasca.
Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental benar yang
paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka bentuk ini, murid-
murid diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel bersandar hanya diukur
sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.

Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada kaedah
bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau tidak, Ujian
yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan adalah berdasarkan kepada
tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini adalah 10 markah iaitu 2 markah
untuk setiap soalan.

1.8 PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah
yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan kata nama
methodologi yang dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan

1. Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang diajar dan
memerhatikan keadaan fizikal murid.
2. Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama menggunakan kaedah
slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan murid dan membuat refleksi
selepas sesi pembelajaran.
3. Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti permasalahan yang
wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang hendak
dijadikan subjek kajian.
4. Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.
5. Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah bermain silang
kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang baharu dan menyediakan silang kata.
6. Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah
bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa proses pembelajaran dan mengadakan
ujian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan borang soal
selidik. Akhir sekali, saya melakukan refleksi pengajaran.
7. Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.
8. membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik dengan
pembelajaran terdahulu.

1.8.2 DAPATAN KAJIAN

Di dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan dihuraikan iaitu
persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur yang berkaitan.

Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid
?

Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan bahawa markah
murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah bermain silang kata dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah Nordin(2009).
Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan penggunaan kaedah permainan
dapat meningkatan perestasi murid terhadap tajuk pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian
adalah 0-50 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan
prestasi murid dalam ujian.

Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid mempelajari
kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar. Kebolehan murid menjawab
soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah ujian mereka.

Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan kajian saya
yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat meningkatkan kefahaman murid.



Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?

Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah kaedah
permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab persoalan kajian ini,
suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang telah dipilih. Aspek-aspek pemerhatian
telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh
guru dan murid dapat menyenaraikan isi pelajaran dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Seperti yang telah diterangkan di dalam bab cara pengumpulan data, kesemua aspek yang
diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut Kajian yang dijalankan oleh
Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab soalan yang diberikan dalam
bentuk permainan bahasa.Mereka membuat rujukan dan berlumba-lumba untuk menjadi orang
pertama yang menjawab soalan. Pelajar kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab
soalan.
Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil pemerhatian yang
dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pengajaran
menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran menggunakan kaedah bermain silang kata.
Didapati, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata telah
mencatatkan markah yang lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku peningkatan
tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru dengan penggunaan kaedah
bermain silang kata.
Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan, permainan
dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya menggalakkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga dapat menggambarkan bahawa murid
mengambil perhatian terhadap apa yang dipelajari mereka.
Persoalan 3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan perhatian murid?

Bagi menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik ke atas
peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang
kata.

Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau mendapati,
secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan
kepada murid.

Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk
menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang
tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang.
Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran
melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN

Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid di sekolah
rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan secara tidak langsung akan
dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan
kaedah kuliah biasa yang menggunakan slaid,murid hanya menjadi pendengar dan keadaan ini
telah menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan ke
atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang berfokuskan kepada
kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah
kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan
perhatian murid.
Sebelum memilih kaedah permainan silang kata saya terlebih dahulu telah membuat
tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah bermain serta
keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak tokoh yang
membincangkan mengenai keberkesanan kaedah bermain dalam pembelajaran murid. Dan
bertitik tolak dari keadaan ini telah mendorong saya memilih kaedah ini iaitu main sambil
belajar untuk dijadikan fokus kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur
mengenai kajian yang dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah
menemui jalan buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini.
kebanyakan literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah bermain sahaja. Ini
telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya. Namun kajian-kajian yang menggunakan
kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika kajian ini dilakukan.

Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan kajian yang
diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang
dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar telah dapat meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini
telah disokong dengan keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil
daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan pendapat-pendapat
daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan
masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk
menyelesaikan suatu permasalahan dengan menggunakan kaedah tertentu.

1.8.4 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid
terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini. Ini
kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana
keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya memfokus
kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian. Berlainan dengan
kajian yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang mana kajian seperti
ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan kaedah bermain.

Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana
kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang
menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid
dan guru dengan secara tidak langsung.

















RUJUKAN
1) Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :
UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2) Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3) Endra Devi Supiah (SMK DatoMohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK
Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4) Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi
Malaysia.
5) Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6) Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course
Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.
7) Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan Menengah.Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
8) Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.
DIGRAF
gun ting
bu rung
mang ga
u dang
an jing
pi sang
te rung
he lang
be la lang
song kok
kam bing
ken tang
ran ting
le sung
wang
Digraf:

Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti
ng, ny dan sy.
Contoh: nganga, nyanyi,syair
Digraf:
Kedudukan dua huruf konsonan yang bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny, gh, sy dan
kh.
Contoh: penyu, penyapu, singa, nyaman, nyamuk, ngilu, Khamis, bakhil, khusyuk, ghaib, ngeri,
maghrib, syarat, dahsyat, syiling


System APA BLIOGRAFI
http://cikgumael65.blogspot.com/2012_05_01_archive.html







Tajuk /Kemahiran

You might also like