You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU,

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR



Bilangan Jurnal : Pertama
Minggu praktikum : Minggu Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 Julai 2014 18 Julai 2014

1. Masalah / Peristiwa
Pertama kali saya menjejakkan kaki di sekolah ini, saya telah membina pemikiran yang
positif dalam diri. Pada saya, dengan hanya bersifat positif sahajalah saya dapat menyingkirkan
rasa gementar untuk berhadapan dengan warga sekolah ini. Saya perlu menyediakan diri saya
untuk menghadapi hari-hari mendatang sepanjang dua bulan berpraktikum di sekolah ini. Saya
sedar tidak mudah bagi guru pelatih seperti saya untuk berdiri sendiri tanpa tunjuk ajar dan
bantuan daripada pihak sekolah. Saya bersama rakan-rakan disambut baik oleh warga sekolah.
Ketika saya bersama rakan-rakan melaporkan diri di pejabat sekolah, saya melihat akan
kemesraan warga sekolah terhadap kami. Kami dimaklumkan bahawa Guru Besar iaitu Encik
Mazlan Bin Haji Sidek, tiada selepas perhimpunan pagi kerana terlibat dengan urusan peribadi.
Saya sempat bersapa dengan guru besar sebelum perhimpunan pagi diadakan di tapak
perhimpunan.
Saya juga telah berkolaborasi dengan guru pembimbing mata pelajaran major, Bahasa
Melayu iaitu Puan Siti Rohanani Binti Md. Zam dan guru pembimbing mata pelajaran minor,
Pendidikan Jasmani iaitu Encik Arif Bin Chamingan. Melihat kemesraan warga sekolah, saya
sendirinya merasakan yang segala rasa gelisah dan gementar itu hilang begitu sahaja. Apa
yang saya tahu, saya hanya perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka demi
keselesaan saya sepanjang berkhidmat di sini. Setelah diberi jadual waktu mengajar, saya mula
merasakan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Bukan senang untuk mendidik anak
bangsa.
Tambahan pula, dengan trenda sikap ibu bapa zaman sekarang yang banyak
ragamnya. Guru-guru pembimbing saya telah memberikan nasihat yang sangat berguna
kepada kami berempat. Sekali gus menyemarakkan lagi rasa untuk mengajar. Saya bakal
mengambil alih tugas guru mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Amanah dan Pendidikan
Jasmani Tahun 3 Rajin iaitu Cik Fatehah Zulkifli.
Setelah mendengar penerangan daripada guru pembimbing, saya berasa puas hati
kerana setiap persoalan yang bermain dalam fikiran saya telah terjawab. Saya lebih yakin untuk
melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Saya juga telah meminta izin daripada Cik
Fatehah Zulkifli untuk berkenalan terlebih dahulu dengan pelajar kelas 3R dan 4A sebelum
mengajar mereka pada minggu hadapan. Tambahan lagi, Cik Fatehah ingin menyelesaikan
pengajarannya buat kedua-dua kelas pada minggu praktikum pertama saya agar saya bersedia
awal untuk tema pengajaran yang seterusnya semasa mengambil alih kelasnya. Saya ingin
melihat latar belakang murid dan tahap kecemerlangan mereka sekali gus berkenalan degna
mereka secara tidak langsung. Saya telah dapat melihat beberapa pelajar yang cepat
penguasaannya dan yang sedikit lemah. Melalui pemerhatian ini, dapatlah saya menyediakan
aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk mengikuti pembelajaran yang saya kendalikan.
2. Analisis
Pada hari pertama persekolahan, saya terlebih dahulu bertanya kepada Puan Siti
Rohanani Binti Md. Zam bagi mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang saya
perlukan sepanjang praktikum selama dua bulan ini. Antara perkara yang diperlukan ialah:
Bahan bantu mengajar yang saya boleh gunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Maklumat sekoolah dan maklumat lain untuk dimuatkan dalam portfolio.
Masa atau jadual waktu untuk dihadiri setiap hari.
Bilik komputer
Saya sangat bersyukur kerana segala keperluan dan perkara-perkara yang saya
perlukan agak mencukupi walaupun tidak sepenuhnya. Kerjasama guru-guru memberikan saya
satu kelebihan dan kekuatan untuk membolehkan saya menjalankan praktikum ini dengan
selesa. Kekuatan ini memberikan satu aspirasi untuk mencapai markah yang cemerlang dalam
praktikum fasa kedua ini.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya akan cuba menimba seberapa banyak lagi ilmu yang dapat saya jadikan bekalan
untuk menjadi pendidik nanti. Saya juga akan banyak bertanyakan kepada guru untuk menilai
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan untuk melihat
kelemahan yang saya lakukan dengan bertujuan untuk penambahbaikan. Tentang ilmu KSSR
yang baharu saya ceburi ini, saya akan memperbanyak bacaan dan pertanyaan kepada guru-
guru di sekolah ini supaya saya lebih jelas dan boleh menguasai KKSR. Saya juga cuba sebaik
mungkin untuk bertegur sapa dengan guru-guru di sekolah.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan suasana
sekolah dan guru-guru serta staf sokongan. Mana tidaknya, masuk hari ketiga persekolahan
iaitu hari Rabu, saya sudah berasa selesa untuk berinteraksi khususnya dengan guru-guru dan
warga sekolah umumnya.
5. Kesimpulan / Harapan
Secara kesimpulannya, tempoh seminggu berpraktikum setakat ini sememangnya
memberikan satu impak yang positif kepada saya untuk meneruskan praktikum di Sekolah
Kebangsaan Bukit Ceraka. Saya berharap agar saya dapat memberikan yang terbaik semasa
berpraktikum fasa kedua ini. Usaha yang saya lakukan ini diharapkan dapat memberikan
perhatian kepada guru dan pensyarah pembimbing dalam memberikan markah yang cemerlang
kepada saya.


DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING




TANDATANGAN :
NAMA :
TARIKH :


DISEMAK OLEH PENSYARAH PEMBIMBING




TANDATANGAN :
NAMA :
TARIKH :

You might also like