You are on page 1of 1

FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008.

Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan di 25 buah
negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan Eropah, Produk
Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan.

Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat, Minuman Susu,
Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan Bahan Ramuan.

Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel,
Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit, Landliebe,
Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pttys, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje,
DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Kievit, Domo, Creamy Creation
dan Nutrifeed.

Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000 penternak
lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di dalam Syarikat.

You might also like