You are on page 1of 1

Pada 31 Mac 2014 hingga 04 April 2014, saya telah menjalankan PBS

selama lima hari di SJK Chung Hua No.4 Kuching, Sarawak.



Semasa PBS, tugasan yang diberi ialah tugasan berdasarkan subjek BCN
3104 Kesusasteraan Bahasa Cina. Tajuk yang diberi adalah kami dikehendaki
menghasilkan laporan selepas memerhatikan guru Bahasa cina di sekolah ini
apabila guru tersebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dan juga menghasilkan laporan selepas saya menjalankan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Semasa saya memerhatikan pengajaran dan pembelajaran tentang
kesusasteraan kanak-kanak Bahasa cina yang dijalankan oleh mentor saya iaitu
Cikgu Hoo Wan See, saya telah memerhatikan bahawa beliau dapat menarik
perhatian dan minat pelajarnya semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran kerana cara penyampaian beliau adalah sangat menarik dalam
P&P, semua pelajar di dalam kelas mendapat perhatian yang baik terhadap beliau.
Menurut beliau, dia juga selalu menggunakan bahan-bahan mengajar untuk
menyampaikan maklumat yang ingin di sampaikan kepada murid-murid untuk
menarik minat dan perhatian mereka. Contohnya, isyarat tangan, muzik, video
clip dan sebagainya untuk menarik perhatian murid dalam kelas.

Saya telah belajar banyak daripada beliau mengenai cara untuk menarik
minat dan perhatian murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Selain itu, suara seseorang guru juga sangat penting, kerana suara
yang jelas dapat menyampaikan maklumat-maklumat dengan berkesan.

You might also like