You are on page 1of 2

10.

1 Laporan Keseluruhan Tugasan



Pada 31 Mac 2014 hingga 04 April 2014, saya telah menjalankan PBS
selama lima hari di SJK Chung Hua No.4 Kuching, Sarawak. Tujuan PBS
adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang
persekitara sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif
terhadap profesion perguruan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah
untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan tugasan yang diberi iaitu
kaedah pemerhatian, kaedah senarai semak dan kaedah temu bual.
Semasa PBS, tugasan yang diberi ialah tugasan berdasarkan subjek BCN
3104 Kesusasteraan Bahasa Cina. Tajuk yang diberi adalah kami dikehendaki
menghasilkan laporan selepas memerhatikan guru Bahasa cina di sekolah ini
apabila guru tersebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dan juga menghasilkan laporan selepas saya menjalankan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
31 Mac 2014 merupakan hari pertama saya menjalankan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK Chung Hua di Kuching,
Sarawak. Pada awal pagi, saya telah melaporkan diri kepada Guru Besar di
pejabat beliau serta mengambil kesempatan untuk membuat temu bual
dengan beliau. Selepas itu, saya mendapatkan maklumat sekolah seperti
sejarah, carta organisasi, maklumat-maklumat tentang sekolah dengan kerani
sekolah ini. Selepas mengumpulkan maklumat-maklumat sekolah ini, saya
membuat pemerhatian terhadap alam sekitar, prasarana, pengurusan dan
pentadbiran sekolah.

01 April 2014 merupakan hari kedua saya menjalankan program PBS.
Selepas saya melaporkan diri di pejabat, saya telah berkenalan dengan guru
mentor saya iaitu Cikgu Foo Wan See. Selepas bekenalan dengan beliau,
saya membuat temu bual dengan beliau.
02 April 2014 merupakan hari ketiga saya menjalankan program PBS.
Selepas saya melaporkan diri di pejabat, saya telah membuat temu bual
dengan Penolong Kanan Kokurikulum. Selain itu, saya juga membuat
pemerhatian atas aktiviti kokurikulum dan membuat pemerhatian atas operasi
makmal computer.

03 April 2014 merupakan hari keempat saya menjalankan program PBS.
Selepas saya melaporkan diri di pejabat, saya telah mengemaskini maklumat
yang saya kumpul pada hari yang sebelum ini. Saya juga mengambil
kesempatan Membuat temu bual dengan pengawal keselamatan semasa
mengambil gambar di pondok keselamatan. Selepas itu, saya telah masuk
kelas 3M untuk menjalankan P&P di dalam kelas.

04 April 2014 merupakan hari terakhir saya menjalankan program PBS.
Selepas saya melaporkan diri di pejabat, saya telah mengemaskini maklumat
yang saya kumpul pada hari yang sebelum ini. Saya telah membuat tinjauan di
alam sekitar sekolah.dan mengambil gambar semasa proses P&P dijalankan.
Pada hari ini, saya telah membuat pemerhatian dalam kelas semasa guru
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan Oleh,




WONG MUI HIONG
PISMP BC JUN 2013

You might also like