You are on page 1of 8

Maklumat Umum Sekolah 2014

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PENGALAMAN BERASASKAN


SEKOLAH (PBS)
2. PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH
2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.



































Arah masuk
dan keluar
Almari
Meja guru
Tong sampah
Meja murid
Sudut penyapu

Ruang
pembelajaran
Televisyen
Papan putih
Pintu
Tingkap
Sudut
pembelajaran
Petunjuk:
Maklumat Umum Sekolah 2014

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran
pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara
berkesan.

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input
yang diberi oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber
pengajaran juga memainkan peranan. Saya menjalankan pengalaman
berasaskan sekolah di SJK Chung Hua No.4 Kuching selama seminggu.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah menjalankan pemerhatian
terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas pada sesi pagi.
Guru tersebut menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah.
Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan
pengajaran adalah kelas 4U. Dalam kelas ini terdapat pelbagai sudut yang
menarik perhatian kami. Kesemua sudut-sudut ini membantu dalam
perkembangan murid-murid di sekolah ini. Selain sudut-sudut ini terdapat juga
bahan-bahan pengajaran yang dipamerkan di sekeliling bilik darjah.
Dengan menggunakan bahan-bahan dan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan menarik, ini dapat menarik minat pelajar untuk
belajar dan secara tidak langsung P&P akan dijalankan dengan lebih
berkesan.
Selain itu, guru-guru telah meletakkan buku-buku dan bahan rujukan di
tepi kelas untuk bacaan pelajar. Selain memperoleh ilmu daripada buku-buku
sekolah, pelajar juga seharusnya menambah ilmu pengetahuan daripada
sumber lain untuk memperluaskan ilmu mereka.




Maklumat Umum Sekolah 2014


Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas juga mempamerkan
bahan-bahan pembelajaran yang berguna kepada pelajar. Pada setiap
papan kenyataan tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi dengan
maklumat mengikut setiap mata pelajaran yang dipelajari contohnya Bahasa
Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris dan Sains.
Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang
dipamerkan di bilik darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Bahan dan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang dipamerkan dapat memudahkan murid untuk belajar
sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar. Bahan-bahan seperti ini wajar
dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia dapat meningkatkan perkembangan
murid dari pelbagai aspek.





Maklumat Umum Sekolah 2014

2.3 Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah
digunakan oleh murid

Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran pembelajaran terdapat di
dalam sesebuah bilik darjah. Bahan bantu mengajar tersebut perlulah mudah
digunakan dan dapat menarik minat pelajar untuk menjalankan P&P dengan
berkesan.
Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
mudah digunakan oleh murid ialah papan kenyataan. Papan kenyataan
adalah satu bahan yang kekal dan tidak akan berpindah randah dari satu
tempat ke tempat yang lain. Melalui penggunaan papan kenyataaan, murid-
murid dapat belajar dengan lebih cepat tanpa perlu mebuang masa bergerak
ke tempat lain. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info dan
nota berkaitan memudahkan pelajar membuat rujukan. Dengan adanya
papan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara
kendiri.
Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali juga dengan
flashcard yang mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan
perkataan-perkataan yang jelas dan terang. Gambar-gambar pada kad
imbasan ini juga menggunakan kombinasi warna-warna yang terang dan
menarik sekaligus dapat menarik minat murid dan merangsang
perkembangan kognitif mereka.
Seterusnya, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan
murid. Contohnya penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Dengan
penggunaan radio, murid dapat mendengar lagu dan bunyi-bunyian. Begitu
juga dengan penggunaan televisyen pada masa pengajaran atau
pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yang biasanya dilakukan ialah
bercerita dalam bahasa Melayu.


Maklumat Umum Sekolah 2014

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran
yang berasaskan ICT?

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No.4 Kuching kerajaan
telah menyediakan LCD Projector di setiap bilik darjah. LCD ini adalah
digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah
ini, pelajar adalah diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan ICT.








Maklumat Umum Sekolah 2014

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti pembelajaran

Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara
aktif dalam setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk
memastikan setiap murid mendapat input yang sama daripada guru. Ianya
juga adalah bagi memastikan pencapaian yang seimbang antara murid.
.Melalui pemerhatian saya semasa PBS, para guru banyak menggunakan
teknik perbualan. Guru tersebut bertanyakan tentang sesuatu topik yang
ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada murid-murid.
Teknik ini digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
dalam proses pembelajaran. Melalui teknik ini juga, guru-guru berpeluang
untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam. Murid-murid akan
merasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan.
Maklumat Umum Sekolah 2014

Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang
tidak difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih
pelajar untuk berani meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis
perasaan malu yang masih kuat membelengu diri sesetengah mereka.
2.6 Pembahagian murid-murid dalam kumpulan tertentu
Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian murid-murid sebelum
pembahagian kumpulan dibuat. Selepas tahap pencapaian murid-murid
diperolehi, barulah pembahagian kumpulan dijalankan. Guru-guru mempunyai
strategi sendiri dalam membuat pembahagian kumpulan. Antara startegi yang
dilakukan ialah pembahagian murid mengikut pencapaian dan pembahagian
murid dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah.
Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan
dengan mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu
mengikut tahap kepintaran mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada 2
kumpulan iaitu kumpulan yang pandai dan kumpulan yang lemah.
Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan supaya guru dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan kepintaran.
Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang sedikit sahaja
manakala kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang
lebih daripada guru tersebut.
Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru
dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah.
Apabila tumpuan yang diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini,
maka prestasi pelajar lemah akan mula meningkat. Kesan lain yang
diperoleh dari pembahagian cara ini ialah murid yang lemah akan berasa
malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang lain. Murid yang pandai pula
akan berasa bangga dan cuba merendah-rendahkan kumpulan murid yang
lemah itu.
Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan
mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu
kumpulan tertentu. Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang
Maklumat Umum Sekolah 2014

kepada semua murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang
dijalankan tanpa merasa tersisih. Tindakan ini sangat bagus kerana ianya
memberi peluang kepada semua murid-muridnya untuk terlibat sama dalam
aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih dan murid yang bijak
dapat membantu murid-murid yang lemah.
Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk
bergaul antara satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga.
Murid-murid yang bijak ini juga dapat membantu guru dengan menjadi guru
kecil kepada rakan-rakan mereka yang lemah. Sudah menjadi kelaziman
kepada para pelajar, mereka takut untuk bertanya kepada guru kerana takut
dimarahi. Oleh itu, murid yang bijak dapat menjadi guru kecil kepada murid
yang lemah. Pembahagian ini dapat membantu guru dalam meningkat
prestasi pelajar.

You might also like