You are on page 1of 38

1

TAJUK 1: Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah




Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai
jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina
item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam
merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa
maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan
apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan
sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan
masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.
David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses
pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon
pelajar terhadap tugasan mereka.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam
pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula
menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana
seseorang itu memiliki sifat tertentu.

2

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan
maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan
sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke
atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi
untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum,
pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data
supaya kelemahan yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian
sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan
kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan
yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang
merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan
mengambil tindakan sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran
dan pengujian iaitu data-data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat
supaya cadangan yang tepat boleh diberikan.
Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku
seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan
ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana
pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah
dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak
balas.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar
atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud
sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara
khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-
tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah
dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan
yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang
tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-
tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri.
3

Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



Pentaksiran secara formal


Jenis-jenis penilaian formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat
keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat
jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat
dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas
tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang
sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan
dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu
kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti
pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian
formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui
tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru
akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki
peperiksaan akhir.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah
untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan
atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM.
Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran.
Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar
4

dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar
dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif:
UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF
Fungsi Menghasilkan maklumat
balik kepada murid dan
guru tentang kemajuan
murid
Pensijilan murid di akhir kursus
Masa
diberi
Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran
item
Berubah-ubah mengikut
segmen
Semua peringkat. Ada yang sangat
senang dan ada yg.susah
Jenis alat Alat pengukur formatif yang
di bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun
Contoh Ujian bulanan, lembaran
kerja dan lain-lain
UPSR, PMR, STPM, Peperiksaan
Sijil Perguruan, pepriksaan akhir
tahun

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai
serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan
tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh
dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
dapat dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara
berikut:
Membentuk jadual penentuan ujian.
Menulis item-item soalan.
Menyunting item.
Menjalankan pra-ujian.
Mentadbir ujian atau peperiksaan.

Menentukan Tujuan Ujian

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat
dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis
ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

5

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang
diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada
pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas
kepada guru.
ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara
menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan.
Ia merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom
1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan
seperti berikut:
a. mengetahui makna istilah pengujian.
b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian.
c. mengetahui prosedur perancangan ujian.
d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian.
e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.






Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia
menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan
satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting
untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk
menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan
untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
6


Tujuan JSU diadakan:
1. JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.
3. sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.
4. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.
5. JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.
6. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah
ditetapkan.
7. Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.
8. JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep
adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang
mudah, sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
1. Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan
spesifikasi ujian yang telah ditetapkan
2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang
seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh
dilaksanakan oleh murid.
3. JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.
4. Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi
tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan
diuji.
5. JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.
6. Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan
item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item
ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).
7

7. JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan
aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan
pada aras pengetahuan dan kefahaman.
8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik
oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian
Beberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah:
1. Keseimbangan sasaran ujian
2. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan
3. Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan,
struktur esei dan sebagainya.
4. Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.
5. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi
Bloom.








JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras
kemahiran
isi atau
kandungan

Pengeta-
huan
(7.5%)

Kefaha-
haman
(25%)

Aplikasi

(55%)

Analisis

(10%)

Sintesis

(2.5%)

Peni-
laian
(2.5%)

Jumlah

Sikap ber-
sih fizikal &
mental








1




1














2


8

Sikap belas
kasihan

Sikap se-
derhana

Sikap rajin

Sikap ber-
terima kasih




1


1

1

1



1


5

2
1



4


12

4







3

1







1
2



6


22

8
Jumlah


3

10 22 4 1 40



Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala
aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan
aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras
analisis dan 1 aras sintesis.



Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan
25% kefahaman
55% aplikasi
10% analisis
2.5% sintesis

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.
ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
9

Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.
Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .



Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom
Aras kemahiran dalam bidang kognitif Contoh soalan
1. Pengetahuan
Menguji pengetahuan murid-murid
Mengingat kembali fakta, menjelaskan erti,
menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah,
menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang
telah dipelajari

Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami, menukar
dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum
dan teori yang telah mereka pelajari.

Huraikan dua tanggungjawab seorang anak
kepada kedua ibu bapanya.
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta,
konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan
kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan.

Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia
selalu meminta bantuan orang lain untuk
menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan
nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia
boleh menjadikan dirinya cemerlang.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan,
perbezaan dan perhubungan di antara satu sama
lain.
Banding bezakan antara dua watak yang
terdapat dalam cerita Bawang Putih Bawang
Merah.
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan,
menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-
fakta atau idea-idea yang berkaitan
Lengkapkan peta minda berikut dengan
meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul
berdasarkan teks yang telah anda baca.
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktikan,
menilaikan, mengesahkan, mengkritikan,
merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan
penilaian anda terhadap kempen kitar semula
yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.


ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL
Taksonomi Bloom Aras Kesukaran Tugasan

Pengetahuan
Kefahaman
Aras Mudah

Aplikasi
Analisis
Aras Sederhana

10

Sintesis
Penilaian
Aras Kompleks




Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:
Mengetahui
Mengingat Kembali
Takrifkan Padankan Senaraikan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan
Memahami
Menterjemah bahan atau idea
drp satu bentuk idea ke bentuk
lain; mentafsir bahan atau idea;
merangkakan trend masa depan
Ubahkan Tentukan Buat inferens
Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan
Terangkan Banding bezakan Cirikan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi
Menggunakan bahan atau idea dalam situasi
yang baru dan konkrit
Kirakan Hitungkan Ubahsuai
Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh
Menganalisis
Mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya untuk
memahami struktur
organisasinya dan perhubungan
antara komponen
Cerakinkan Jelaskan melalui contoh
Pilih Buat Urutan
Asingkan Selesaikan masalah
Buat andaian
Kawal pembolehubah
Susun mengikut keutamaan
Huraikan
Buat Kesimpulan
Mensintesis
Menggabungkan komponen-
komponen untuk menghasilkan
keseluruhan idea atau struktur
yang baru dan kreatif
Gabungkan Konsepsikan
Rancangkan Buat gambaran mental
Ringkaskan Definisi secara operasi
Binakan Buat hipotesis
Rangkakan Reka bentukkan
Buat eksperimen
Buat analogi
Buat reka cipta
Menilai
Menilai idea/maklumat/ /kaedah/
bahan berdasarkan kriteria yang
spesifik untuk tujuan yang
tertentu
Taksirkan
Tafsirkan
Kritik
Wajarkan
Kesan kecondongan
Buat keputusan
Sokong
11




Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
Pemerhatian
Senarai semak dan skala pemeringkatan
Rekod Anekdot
Hasil kerja pelajar
Temu bual




i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam
dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar
boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku
murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.


ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun
enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan
kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah
senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan
oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-


SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama : kelas: Tempoh :

12


BIL

TINGKAH LAKU
PEMERHATIAN
(YA) (TIDAK)
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4. Bersopan santun
5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6. Selalu bersikap adil
7. Menepati masa
8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.
Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya
atau `Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan
penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak
dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo
merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol
memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi
penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain
tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-



BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : Kelas : Tahun:
TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2.Berdiri tegak semasa
13

menyanyikan lagu `Negaraku
3. Berbaris semasa perhimpuan
4.Memberikan salam apabila
berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa
guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru
7.Menghantar kerja rumah pada
masa yang ditetapkan

8.Memakai pakaian seragam
sekolah yang kemas dan bersih

Skor
Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh
tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar
dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya
merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.
Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-




REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

9.7.04
17.8.04
23.8.04

Bergaduh di dalam kelas
Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah

14

2.9. 04
3.9.04
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________




V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh
murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan
isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai
termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan
peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa
menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai
situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.















15








TAJUK 2 Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral


Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal.

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal
dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk
ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian
objektif dan subjektif :-


Soalan Objektif


Soalan Subjektif
Soalan aneka pilihan
- jawapan terbaik
- Positif dan negatif
- Cantuman
Soalan betul salah
Soalan memerlukan jawapan yang
pendek
Soalan melengkapkan perkataan /
ayat / cerita
Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
iaitu aras pengetahuan, kefahaman, analisis, sintesis dan kefahaman. Dua jenis soalan
ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis
ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis
soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan
mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Sujektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-
16

merangkumi semua bidang matapelajaran.
masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.
Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut ; iaitu:-

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
menggalakkan pelajar meneka jawapan.
pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

senang dibina dan ditadbir.
menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Keburukan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Sekiranya anda ialah seorang pustakawan. Semasa menjalankan tugas anda
Medapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.
Apakah tindakan anda
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Tidak memperdulikan mereka
D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan
17



2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunujukkan sikap menyayangi alam sekitar
I Menebang pokok sesuka hati
II Membuang sampah ke dalam sungai
III Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-
perkara berikut Kecuali
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Menggantikan pasu bunga yang baru
C. Melarikan diri dari tempat kejadian
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir akan hampir menjelang, anda harus ________________________
b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita
kerana ____________________________________________________

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)
18


a) Huraikan 3 cara sayangi alam sekitar
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor.
Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan
yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri

1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________




















Contoh Soalan

Aras Pengetahuan
19

Objektif: Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.
1 . Bilakah terbentuknya Malaysia?
- Malaysia telah terbentuk pada 16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak.

Aras Pemahaman
Objektif : Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis
sumber yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.
2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak sumber-
sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-sumber tersebut?
- Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah
pembentukan Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium
dan juga pihak persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia boleh dirujuk
untuk mengetahui mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah catatan-catatan yang dilakukan
oleh mereka/ahli sejarah yang terlibat dengan peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan
daripada mereka yang pernah terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh
diambil untuk mengetahui mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi
kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa
pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbar-akhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh
dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut
peristiwa pembentukan Malaysia.

Aras Aplikasi
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di
singkirkan daripada Malaysia.
3 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat dengan
pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah dikeluarkan oleh
Tunku Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku bertindak demikian?
- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP
mungkir janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus
melanggar perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian tersebut,PAP tidak
akan menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu juga MCA tidak akan
menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah melanggar persetujuan
tersebut dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan
20

pengaruh MCA dalam kalangan kaum Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang
berlaku ini, Tunku Abdul Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada
Singapura.

Aras Analisis
Objektif: Pada soalan ini,pelajar akan dapat membezakan antara golongan kanan dan
golongan kiri di Malaysia.
4. Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ?
Dr Burhanuddin al Helmy Dato Onn
Pak Sako Tunku Abdul Rahman

- Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha menuntut
kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai golongan kiri yang
mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui peperangan secara kekerasan.
Namun Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya mahukan kemerdekaan dengan cara
aman dengan melakukan rundingan.
Aras Sintesis
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan membuat ramalan mengenai apa yang akan
berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan.
Pelajar akan dapat mengetahui kesan daripada perkara tersebut.
5 Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk
menuntut kemerdekaan?.
- Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato Onn dan golongan kiri
bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah semestinya kemerdekaan akan
cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

Aras Penilaian
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan
kepada penduduk di Tanah Melayu.
6 . Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu?
Kemerdekaan amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak parti-
parti yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul
Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan sebuah
21

kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya sebuah pentadbiran
yang diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan amat penting kepada orang
Melayu kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk menjadi pentadbir yang selama ini
dilakukan oleh penjajah.
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html






















3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral



3.1 Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal.
1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti pada peringkat
awal supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.
22

2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan
secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai
kejayaan.
4. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.
5. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar
6. Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku murid-
murid yang diajar.

3.2 Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.
1. Membebankan pelajar dan guru.
2. melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir.
Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti
kekeluargaan dan kemasyarakatan.
3. para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang
keseronokan belajar.
4. Pentaksiran secara keseluruhannya tidak mampu mencapai objektif untuk
menimba pengetahuan secara menyeluruh.
5. Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu
memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.


3.3 Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk
formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif
iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian mengenainya
menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

23

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah nilai kebersihan. Pelajar-pelajar didapati menyimpan
kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong
dan membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan.
Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala
pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan.

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang
yang bermoral atau pun ia takut didenda $300.00?

Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai
pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini
susuah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa
banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh kerena Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang
nilai dan sikap maka ia mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.



24





















TAJUK 4 Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah


4.1 Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan berkesan satu-satu mata pelajaran di sekolah memerlukan penyelerasan dan
pengawasan yang rapi. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran Pendidikan Moral perlu
diwujudkan di sekolah. Guru-guru Pendidikan Moral boleh meminta bantuan guru besar
atau pengetua sekolah untuk menubuhkan panitia Pendidikan Moral di sekolah. Beberapa
orang guru Pendidiikan Moral akan dilantik untuk menjalankan tugas penyelarasan dan
pengawasan.

Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran Pendidikan Moral ialah:
1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran
a) sebagai seorang guru, Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata
pelajaran Pendidikan Moral.
25

b) menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, supaya mereka akan
dimotivasikan untuk mengajar Pendidikan Moral.
2. Pemimpin dan Pengurus Kurikulum
a) Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan
keberkesanan pengajaran Pendidikan Moral.
b) Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua
guru Pendidikan Moral.
c) Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS.
d) Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral.
e) Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral.
f) Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.
g) Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
h) Mengurus dan mengerakkan panitia.
i) Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran
yang akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada
semua pelajar
j) mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak
bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral
k) Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral
l) Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik
audiovisual.
m) melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan
pengayaan
3. Memastikan kemajuan staf
a) Membuat analisis keperluan-kepperluan staf dalam mengajar moral
b) merancang dan melaksana program latihan dalaman
c) menilai program Pendidikan Moral di sekolah
d) memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus
4. Menyediakan bahan:
a) menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru untuk digunakan di
dalam kelas.
b) menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah.


26

4.2 Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.
Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia ialah:
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.
Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,2003
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,
berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global.
Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan
matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program
mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak
mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan
moral.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal
yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid
dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap
segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang
menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar;
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.





Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR

27

KBSR KSSR
Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia;

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;
Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

Menghayati dan mengamalkan budi pekerti
mulia;

Menyedari dan menerima kepentingan
tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial
bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan
keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
dan

Mengembangkan pemikiran moral, perasaan
moral dan amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan
yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
Mengembangkan dan mengaplikasikan
penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral dalam membuat pertimbangan
dan keputusan.


Objektif-objektif di atas, merupakan peranan guru Pendidikan Moral khususnya dalam
mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna di dalam
bilik darjah dan di luar bilik darjah. Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu
menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi atau
isu yang sesuai seperti yang dicadangkan dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral sekolah rendah dan menengah.

Guru merupakan penghubung penting di antara sekolah dan rumah. Peranan utama guru-
guru adalah bagi memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu
mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua
institusi iaitu rumah dan sekolah. Oleh itu Guru Pendidikan Moral mempunyai
tanggungjawab yang berat. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan
berkesan dia perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja
mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta
mengamalkannya.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna
kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari
mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
28

ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak
langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat adanya sikap-sikap moral yang tertanam
dalam diri murid-murid, dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral
dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid. Guru
dikehendaki melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka
semasa pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk
melanjutkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk
melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti,
seperti mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa. Guru juga menjadi
fasilitator yang membantu pelajar-pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan mereka
menceritakan pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong-royong. Seorang
guru juga harus memahami peranannya dan menberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan
oleh para pelajar dan guru-guru dengan cara melapangkan masa untuk melihat dan
mendengar lakonan yang disediakan oleh pelajar.

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral
perlu menghidupkan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan
pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang
berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan
membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman
tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan.

Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan
menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata
guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar,
mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung
yang masih boleh dilentur.

Seorang guru Pendidikan Moral juga boleh bertindak sebagai pegawai sumber yang
membolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu para pelajar mencari
maklumat bagi setiap dilemma seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains. Guru juga
boleh menjadi perangsnag dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema
dan tindakan moral.
29


Guru juga boleh menyimpan rahsia pelajar-pelajar dalam menjalinkan hubungan baik
sesama pelajar. Guru Pendidikan Moral boleh menjadi pendengar yang baik kepada setiap
masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya andai ada para pelajar yang ingin menceritakan
masalah peribadi mereka.





4.3 Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan
lebih berkesan dan menyeronokan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru.

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh
disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru
daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara
bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui
tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk
menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka.

Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber
biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata
pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan
sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru
tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-
bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas
menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang
dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat
tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini
pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang
dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu
30

mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya
pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik
sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik
mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu
diambil.





4.3.1 Ciri-ciri Bahan Sumber
Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai
yang diajar.
o Bentuk, warna dan saiznya sesuai.
o Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.
o Membantu menambah keberkesanan pengajaran.
o Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.
o Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.
o Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh
digunakan adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip
lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan
seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
5. Bahan pandang dengar seperti video, Cd-rom,filem dan sebagainya.
6. Alat-alat tayangan seperti komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan
sebagainya.


4.4 Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar
sekolah.
31


Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia
dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya
mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan
pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang
sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan
kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau kelas bercantum.

4.4.1 Pengajaran Secara Kelas
Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas.
Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta
memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam kelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-
murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan
diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang
mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut:
o Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar
o Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan
o Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan
o Ajarkan semua murid dalam kelas.
o Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja
o Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi
semasa
mengajar
o Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti
pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas
hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah
sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang
hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama

4.4.2 Kelas Bercantum
32

Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang
mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral
mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:
o Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan
satu kelas biasa
o Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-
tiap kelas secara berasingan
o Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam.

4.4.3 Kaedah Pengajaranpembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum
Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut
perlu dipertimbangkan:
1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan
2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan
3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu
4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas
5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi
6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat
7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza
8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut-
sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta
membuat kerja sendiri.
9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti,
mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja
tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan
pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan
proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.






33


TAJUK 5 : Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan aspirasi negara

5.1 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara
Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan tanggungjawab
penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi
negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua
guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus
menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej
yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah
sebuah sekolah memaparkan bahawa amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal
perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan
sehingga melibatkan ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut
ialah guru cemerlang. Isu
pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu
bertanya soalan serius, Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?

5.1.1 Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan.
a) Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988.
Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi
warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita
FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam
usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.


5.1.2 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara.
34

a) Intipati Rukunegara.
Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk
rakyat Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan
rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hisup masyarakat yang
harmonis, demokratik, adil, liberal,progresif lagi beretika. Pernyataan
Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan
dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang
berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua,
setiap
prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru
Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin
tercapai.

35


5.1.3 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020.
a) Intipati Wawasan 2020.
Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada
tahun 1991. Tujuan visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah
negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak
sembilan cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah
wawasan ini dan dapat mencapai hasrat tersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
dengan apa yang dicapai.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama tetapi setia peda negara.
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik
dan
teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem
sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada
diri sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik,giat dan kental.

36

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-
cabaran Wawasan 2020 Ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawabharian di sekolah
agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.

5.1.4 Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.
a) Intipati kod etika perguruan.
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal
kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan
atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional
harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping
mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam
menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka
surat 245.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun
2001) muka surat 243.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.






Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
37


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan
keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendiakawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.




Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
38

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

5.1.5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
a) Intipati Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber
tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni
dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru
Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid
yang dapat memenuhi kehendak aspirasi negara

You might also like