You are on page 1of 4

ROSLINDAWATI BT ISMAIL 760705035206

1

JURNAL REFLEKSI
Assalamualaikum wbt .
Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk
segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3109 Tenaga Dalam Kimia telah menjadi
salah satu subjek major yang dibimbing oleh pensyarah iaitu En Che Asran Bin Md
Amin. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian tindak
balas-tindak balas kimia.
Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini.
Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak
mana maklumat berkenaan tajuk pengaratan. Kemudian bagi peringkat kedua, iaitu
peringkat penguasaan ilmu. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan mencari bahan
dilakukan pada peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat
pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan
membuat keputusan bagi menghasilkan bbm yang bersesuaian untuk mengajar tajuk
pengaratan di sekolah.
Tugasan yang perlu diselesaikan pada kali ini amat menyeronokkan kerana kami
mempelajari sesuatu yang boleh digunakan dalam pengajaran kami di sekolah.
Pengaratan merupakan satu topik yang perlu diajar oleh guru sains sekolah rendah
pada murid di tahun 4. Ia adalan kesinambungan daripada tajuk tindak balas redoks.
Konsep yang perlu ditekankan bagi tajuk ini ialah proses penurunan dan pengoksidaan
yang berlaku yang menyebabkan pengaratan besi berlaku. Faktor penyebab dan
langkah pencegahan dapat dikenalpasti melalui tayangan slaid powerpoint yang
ditayangkan kepada pelajar. Kami secara berkumpulan telah merancang untuk
membina bbm agar konsep pengaratan dapat difahami oleh pelajar tanpa menimbulkan
miskonsepsi.
Untuk menyiapkan bbm yang bermutu ia mengambil masa yang agak lama dari
segi mencari sumber dan bahan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar kami.
Impak yang paling besar dapat saya kuasai di sini ialah ilmu pembinaan bahan bantu
ROSLINDAWATI BT ISMAIL 760705035206

2

mengajar saya bertambah apabila saya berupaya sedaya upaya yang mungkin untuk
menghasilkan bbm yang menepati citarasa pensyarah pembimbing kami sekaligus
dapat diaplikasikan di sekolah apabila mengajar tajuk ini.
Saya adalah seorang guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT.
Maka apabila diberi tugasan ini saya terpaksa mencari dan belajar sesuatu yang tidak
dikuasai daripada rakan sejawatan di tempat saya bertugas. Inilah ilmu yang paling
mahal saya perolehi daripada tugasan yang diberi. Pihak IPG telah berjaya
membekalkan sesuatu yang menepati kehendak kementerian di mana ia menginginkan
setiap guru mahir dalam perkembangan dunia IT hari ini.
Walaupun saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan
tugasan yang diberi tetapi ia telah memberi manfaat yang tidak ternilai daripada
penambahan ilmu pengetahuan serta aplikasinya di sekolah. Makanya tugasan yang
diterima kali telah mendatangkan banyak manfaat kepada pelbagai pihak iaitu pihak
sekolah, anak murid dan pelajar IPG sendiri.
Adalah lebih berjaya sekiranya pensyarah dapat memberi pandangan dan
cadangan bagaimana bbm yang kami hasilkan ini adalah lebih bermutu dan menepati
piawaian yang telah ditetapkan. Kami hanya menjalankan tugasan berdasarkan
pengalaman kami di sekolah serta keupayaan yang ada di dalam diri sahaja. Apabila
kami dibekalkan dengan sedikit pembaharuan yang meransang pemikiran kami,
makanya sesuatu yang lebih kreatif dan kritis akan tercetus. Sebagai contoh kami
didedahkan bagaimana hasil eksperimen pengaratan dapat disimpan dan dijadikan
sumber rujukan kepada pelajar kami untuk ulangkaji pada masa akan datang. Bagi
guru sekolah rendah seperti kami, ilmu ini tidak kami pelajari di maktab pada masa
pengajian kami dahulu.
Saya sentiasa mencari pembaharuan dalam penyampaian pengajaran untuk
menambah minat murid dalam mempelajari sains hari ini. Pengajaran adalah lebih
berkesan dengan memberi pengalaman sebenar kerana ia akan menjadi ingatan kekal
dan dapat memberi ruang pelajar mempelajari tentang diri mereka dan alam sekeliling
dengan lebih mendalam secara kreatif. Oleh itu kami warga pendidik juga harus diberi
ROSLINDAWATI BT ISMAIL 760705035206

3

pengalaman sebenar dalam menyediakan bahan pengajaran yang inovatif serta boleh
meransang pemikiran murid kerana kita sedar dunia hari ini menginginkan manusia
sentiasa berfikir secara matang dan bijaksana serta sentiasa maju ke hadapan dalam
setiap apa yang dilakukan untuk memantapkan diri bagi bersaing dengan dunia luar
Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya
dapati bahawa kelemahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam
menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang
yang pakar seperti pensyarah pembimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan
dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu kami berharap pensyarah diberi
ruang masa membimbing kami dengan baik dalam melaksanakan tugasan projek ini.
Walaubagaimanapun kami sedar yang pengajian kami tidak memperuntukkan banyak
masa kami bertemu dengan pensyarah pembimbing kami.
Impak yang paling besar saya perolehi adalah pelajaran sains adalah suatu
pembelajaran yang menyeronokkan akan terhasil sekiranya seorang guru dapat
mengadaptasikannnya dalam kehidupan sebenar murid-murid. Saya dapati untuk
menarik minat murid , seorang guru harus mengetahui pendekatan yang sesuai untuk
menerangkan konsep sains dan digalakkan bekerja dalam kumpulan yang kecil untuk
mengumpul data, menganalisis, membuat ramalan dan keputusan serta perbincangan
tentang konsep-konsep yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Strategi bagaimana
pengetahuan boleh digunakan melalui latihan dan masalah yang relevan serta realistik
di dalam dunia sebenar.
Pengaratan adalah suatu proses yang mudah berlaku dan melibatkan kehidupan
sekeliling murid-murid. Makanya tajuk ini adalah lebih mudah disampaikan sekiranya
guru dapat mengaitkan dengan kehidupan sebenar pelajar. Minat murid adalah
sesuatu yang sukar dicapai tetapi mudah diperolehi dengan pendekatan dan
pendedahan kreatif guru.
Sememangnya saya teruja untuk menyiapkan bbm ini agar keberkesanan
pengajaran saya mencapai tahap maksimum dan murid berminat untuk memberi
perhatian terhadap persembahan yang dibuat. Oleh itu segala kekurangan telah cuba
ROSLINDAWATI BT ISMAIL 760705035206

4

di atasi seboleh yang mungkin Cuma agak ralat apabila banyak lagi yang perlu
dipelajari tetapi tidak sempat diperolehi kerana kekangan masa dengan pelbagai aktiviti
di sekolah untuk lebih lama mentelaah di depan komputer menghasilkan bbm yang
menarik. Maka apa yang terhasil kali ini adalah usaha gigih kami ke arah membantu
anak didik kami dalam memahami konsep pengaratan dengan lebih bermakna.
Walaubagaimanapun banyak pengajaran dan ilmu yang diperolehi dari tugasan
ini, antaranya ialah setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan
masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima pandangan
orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan
tugasan ini. Semangat yang kuat untuk berjaya dalam mendidik anak didik adalah
penting. Ilmu harus dicari dan sentiasa diperbaharui untuk kecemerlangan dan
keberkesanan pengajaran.
Ilmu mengenai proses kakisan amat bermakna kerana ia mempunyai
kesinambungan dengan tajuk pengaratan yang akan didedahkan kepada pelajar tahun
4 sekolah rendah. Pertambahan ilmu akan menjadikan seorang guru bertambah yakin
dalam penyampaiannya dan akan lebih kreatif dalam membentuk sebuah pengajaran
yang unik bagi menarik minat pelajar sekolah rendah untuk meminati subjek sains.
Guru yang kreatif dan inovatif dalam PdPnya akan sentiasa melakukan
pembaharuan untuk menarik tumpuan pelajar di dalam kelas. Penguasaan ilmu yang
tinggi akan menjuruskan seseorang menjadi manusia yang sentiasa maju ke depan dan
sanggup menerima segala cabaran dan tidak mudah berputus asa. Kemahiran yang
ada akan menjadi batu pengasas untuk terus melangkah ke hadapan serta
menyelesaikan kesulitan yang mendatang secara berhemah.
Oleh hal yang demikian, saya cukup berterima kasih di atas latihan dan kerja
kursus yang diberikan pada kali ini kerana banyak manfaat yang tersirat telah berjaya
saya perolehi dalam kesukaran belajar sambil bekerja pada kali ini. Saya berharap agar
tugasan ini diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Sekian, Terima kasih.

You might also like