You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH RAKNA SAKTI

34140 RANTAU PANJANG PERAK


Email : aba6044@1bestarinet.yes.my
No. Tel : 05-8392473

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS KALI 4/2013

TARIKH : 17 OKTOBER 2013
HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PETANG

KEHADIRAN :

1. En. Abd Rahim b. Hj. Mohd (Guru Besar)
2. En. Omar Baki b. Ahmad (PK 1)
3. En. Mohd Yatim b. Mohd Noor (PK HEM)
4. En. Zakaria b. Md Surian (PK KoKu)
5. En. Zulkifly b. Taib
6. En. Danial b. Samhudi
7. En. Mohd Radzi b. Kamaruddin
8. En. Azlan b. Kamaruddin
9. En. Asrulizan b. Baharuddin
10. En. Mohd Fakhrorazi b. Mustafa
11. En. Mohd Bahkiar b. Mohd Hassan
12. En. Khairil Azuan b. Anuar
13. En. Azhari b. Yahya Arif
14. En. Mohd Izan b. Hazari
15. Tn. Hj. Mohd Noor b. Awang Kechik
16. Pn. Wan Zaiharina bt. Meor Idris
17. Pn. Faridah bt. Edar
18. Pn. Linda bt. Masdan
19. Pn. Rozita bt. Chik
20. Pn. Asmaniza bt. Saeedin
21. Pn. Maznah bt. Mahmud
22. Pn. Khaizura bt. Khalid
23. Pn. Haslinda bt. Idris
24. Pn. Amiroh bt. Ahmad
25. Pn. Farihah bt. Mohd Lazim
26. Pn. Nasiroh bt. Ibrahim
27. Pn. Zikirillah bt. Ariffin
28. Pn. Sarojiny a/p Muthusamy
29. Pn. Jamrah bt. Jelani








1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) kali keempat bagi tahun 2013.

Makluman : Semua Guru

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 1/2014
Pn. Jamrah Jelani selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Pn. Amiroh b. Ahmad mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan, disokong oleh Pn.
Maznah bt. Mahmud
Makluman : Semua Guru

3. Post Mortem Pelaksanaan PBS

3.1 Fail Portfolio Guru
Pengerusi memperingatkan semua guru bahawa sebagai pelaksana dasar kerajaan,semua guru
wajib menyiapkan tugasan yang diberi termasuk melengkapkan Fail Portfolio Guru (FPG).
Pengerusi meminta setiap guru menyemak dan memastikan kewujudan setiap dokumen yang
wajib diisi di dalam FPG.

3.2 Fail Perkembangan Murid

Pengerusi memaklumkan bahawa penyemakan Fail Perkembangan Murid (FPM) oleh pihak
pentadbir dan Setiausaha PBS menunjukkan terdapat FPM yang bermasalah misalnya tarikh
pelaksanaan yang lewat dan kuantiti evidens murid kurang daripada kuantiti yang sepatutnya.

3.2.1 Bilangan instrumen/evidens pentaksiran
Pengerusi menjelaskan bahawa setiap evidens perlu dimasukkan ke dalam FPM sekiranya
mana-mana murid tidak hadir pada hari yang berkenaan.Guru juga perlu sentiasa mengikut
perkembangan murid dan mencari jalan bagaimana untuk memastikan murid menyiapkan setiap
evidens yang dibekalkan.

3.2.2 Kepelbagaian bentuk evidens
Pengerusi memaklumkan bahawa evidens PBS boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk
seperti penghasilan kad ucapan dan poster.Para guru digalakkan menggunakan Teknologi
Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengerusi mengambil contoh
penggunaan Facebook Profile Form yang digunakan dalam subjek Bahasa Inggeris bagi
mentaksir kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris murid.

3.2.3 Penyediaan evidens
Pengerusi menyarankan agar setiap pentaksir mencetak semua evidens yang ingin digunakan
sepanjang tahun bagi memudahkan proses pentaksiran.Setiap evidens yang telah dicetak perlu
disertakan di dalam FPG.

3.2.4 Semakan evidens pelajar
Pengerusi menegur dan memperingatkan pentaksir bahawa setiap evidens yang telah disiapkan
pelajar haruslah disemak dan ditulis tarikh semakan.Pentaksir juga perlu memastikan pelajar
menyiapkan evidens mengikut arahan yang telah diberikan.Sebagai contoh, jika arahan
meminta pelajar menggunakan pensel dan jangka sudut untuk melukis rajah,pelajar perlu
menggunakan alatan seperti yang telah diarahkan.

Pengerusi memperingatkan pentaksir untuk menurunkan tandatangan pada evidens pelajar
sebgai bukti bahawa evidens tersebut telah disemak.

Pengerusi mengarahkan agar para pentaksir menyemak evidens mengunakan pen merah untuk
membezakan tulisan guru dan pelajar. Bagi evidens yang mempunyai kesalahan, pentaksir perlu
memberitahu pelajar cara untuk melakukan pembetulan dan memastikan pelajar melakukannya.

Makluman : Semua Guru
3.2.7 Masalah seorang Guru Pentaksir untuk beberapa subjek

Pengerusi mencadangkan agar guru yang mengajar lebih daripada satu ubjek untuk memiliki
satu fail sahaja. Semua eviden/instrumen dimasukkan kedalam fail yang sama cuma diasing
mengikut subjek.
Makluman : Semua Guru

3.3 Masalah akses ke Sistem Pengurusan PBS dan talian internet
SU PBS memaklumkan bahawa beliau baru mengemaskini sistem pengurusan PBS sekolah dan
menetapkankata laluan bagi semua guru.Semua guru mungkin menghadapi masalah untuk
memasukkan markah kerana sistem baru sahaja pulih dan boleh diakses dengan lebih baik.

Pengerusi bertanyakan semua guru samada mereka sudah mempunyai kata laluan atau
belum.Semua guru sudah dimaklumkan tentang kata laluan mereka.

Makluman : Semua Guru
4. Hal-hal lain

4.1 Komitmen para guru
Bagi memastikan PBS dapat dilaksanakan dengan lancar, guru sebagai agen pelaksana harus
berusaha bersungguh-sungguh.

Makluman : Semua Guru
5. Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memaklumkan
bahawa akan ada lagi pertemuan seterusnya berkenaan PBS.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.




Disediakan oleh Disemak oleh


......................................... .....................................................
( Pn. Jamrah binti Jelani ) ( En. Abd Rahim b. Hj. Mohd )
SU PBS, Guru Besar,

You might also like