You are on page 1of 12

DEFINISI BONEKA

Merupakan salah satu daripada peralatan


penting yang terkandung dalam beberapa
watak animasi yang dimanipulasikan oleh
seorang dalang yang mahir.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul
Aziz (1998) mendefinisikan boneka
sebagai objek atau bahan yang
digerakkan serentak dengan skrip bebas
yang sesuai dengan bahan yang
diceritakan.

Jamilah Ahmad mentakrifkan boneka
sebagai objek yang terdiri daripada alat
sebenar atau bahan ciptaan yang
berbentuk orang, haiwan, tumbuh-
tumbuhan dan sebagainya yang
digeraklakonkan oleh pemainnya dengan
menggunakan dialog atau mitos mengikut
sesuatu watak atau cerita.
Menurut Kamus Dewan Eja Pro, boneka
bermaksud 1. anak patung, anak-anakan; 2.
patung (mis orang atau binatang) yang
boleh digerakkan dengan tali.
SEJARAH BONEKA
Boneka berkembang mengikut
perkembangan zaman.
Setiap bangsa mempunyai pegangan
dan kepercayaan tersendiri terhadap
boneka.
Dicipta untuk tujuan keagamaan dan
hiburan.
Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan
mengikut olahan skrip.
JENIS-JENIS BONEKA
Boneka Daripada Peralatan Sebenar
Boneka Sarung Tangan
Boneka Penuh
Boneka Kosong Di tengah
Boneka Jari
Boneka Wayang Kulit
Boneka Tongkat
Boneka Tali
Boneka Topeng Muka
Pelaksanaan Simulasi Boneka
Penggunaan pentas boneka
memberikan kesan kepada murid-murid
Penggunaan pentas boneka berkait
rapat dengan reka bentuk boneka.
Reka bentuk pentas mengikut fungsi,
tujuan dan sasaran.
Penggunaan muzik dan kesan bunyi
membantu mewujudkan suasana
persembahan yang berkesan.
PENTAS BONEKA
Menggunakan kerusi untuk dijadikan asas
pentas.
Pemain boneka boleh duduk atau berdiri di
belakang kain tirai semasa
menggeraklakonkan boneka.
Merentang sehelai tirai hitam yang diikat
pada dinding ke dinding.Boleh dibina
secara tetap dengan situasi dan boleh
dilipat

Pentas sementara, tingkap terbuka
tanpa cermin.
Guru perlu duduk di luar dan murid-
murid menonton di dalam bilik darjah.
Pintu digunakan sebagai pentas.
Pentas sementara.
Meja digunakan sebagai pentas.
Guru duduk di belakang meja semasa
bermain boneka.
Penggunaan lukisan akan memberikan
kesan penghayatan yang lebih.
Dibuat menggunakan rangka kayu,bahan
terbuang seperti kotak besar yang dilukis
menggunakan cat minyak.
Guru memainkan boneka pada pentas
terbuka. Sesuai
untuk persembahan boneka jenis sarung
tangan dan alat sebenar.
Guru menggunakan OHP
Menyerupai wayang kulit, menggunakan
cahaya memancarkan bayangan.Objek
digerakan di atas cermin lut sinar OHP
berkenaan.
Tujuan Penggunaan Boneka
Dalam Literasi Bahasa
Mempelajari Bahasa Dalam Suasana
Menarik.
Pengalaman Sebenar.
Cepat dan Memudahkan Pemahaman
Memupuk Daya Kreativiti.
Penglibatan Aktif Dalam Bilik Darjah
Membina Keyakinan Diri.
Memupuk Semangat Kerjasama Dan
Berkongsi Pengalaman.
Terangsang Dan Berminat Untuk Belajar.
Penggunaan boneka berjaya
meningkatkan minat dan motivasi murid-
murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru boleh menggunakan boneka pada
mana-mana peringkat pengajaran sama
ada pada peringkat sei induksi,
perkembangan pelajaran ataupun untuk
tujuan pengukuhan.
Penggunaan boneka memberikan pelbagai
pengalaman kepada guru dan murid-murid.

You might also like