You are on page 1of 1

Perbandingan pendekatan antara Carl Orff, Zoltan Kodaly dan Dalcroze

Berdasarkan pendekatan yang dijelaskan dan diaplikasikan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut
,terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat melalui pendekatan mereka.Pertama sekali, kita
dapat lihat perbezaan daripada segi pandangan mereka dalam pendidikan Muzik terhadap kanak-
kanak. Zoltan Kodaly sepertimana yang kita tahu, beliau merupakan seorang yang menerapkan
muzik rakyat dalam pendidikan berpandangan bahawaMuzik rakyat perlu menjadi asas muzik yang
penting dalam pendidikan kanak-kanak.
Dalcroze pula berpandangan bahawa dalam pendekatannya perlu ditekankan mengenai
aplikasi kemahiran bermain alat muzik dalam pendidikan Muzik kanak-kanak. Manakala Carl Orff pula
berpandangan mengenai pendekatannya, pergerakan dalam aktiviti muzikal amat penting supaya
unsur muzik mudah untuk diterapkan.Seterusnya, perbandingan daripada segi kaedah yang
diterapkan oleh ketiga-tiga tokoh tersebut. Zoltan Kodaly menyatakan bahawa suara merupakan
aspek utama dalam permulaan pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Dalcroze pula menyatakan
bahawa sebelum memulakan pembelajaran muzik, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan dan
pengalaman bagi menghasilkan hasil pembelajaran yang berkesan. Manakala Carl Orff pula
menggunakan kaedahpergerakan sebagai alat muzik yang asas dan utama dalam pembelajaran
muzik kanak-kanak

You might also like