You are on page 1of 13

Sistem Saraf

78

Terminologi
o Sistem saraf pusat (Central nervous system) : Sebahagian sistem saraf yang terdiri
daripada otak dan saraf tunjang.
o Sistem saraf periferi (Peripheral nervous system) : Sebahagian sistem saraf yang di
luar daripada otak dan saraf tunjang.








Rajah 1: Gabungan sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi
o Neuron (Neuron) : Sel saraf yang menghubungkan system saraf yang terdiri daripada
jasad sel, dendrite dan akson.








Rajah 2: Struktur neuron
o Neuron aferen (Afferent neuron) : Neurone yang menghantar impuls dari reseptor ke
otak atau saraf tunjang.
o Neuron eferen (Efferent neuron) : Neuron yang menghantar impuls dari otak atau saraf
tunjang ke otot atau kelenjar.
o Rangsangan (Stimulus) : Perubahan pada persekitaran.
o Reseptor (Receptor) : Struktur khusus yang peka terhadap rangsangan.
Sistem Saraf
79

o Efektor (Effector) : Struktur khusus yang menerima isyarat arahan daripada pusat
kawalan dan bertindak mengikut isyarat yang dihantar.
o Impuls (Impulse) : Maklumat rangsangan yang telah ditukarkan kepada isyarat elektrik.
o Sinaps (Synapse) : Tempat bertemunya neuron yang terdiri daripada pre-sinaptik
membrane (akson) dengan ruang sinaptik dan pos-sinaptik membrane (dendrite).
o Neurotransmitter (Neurotransmitter) : Bahan kimia yang terdapat di hujung akson
yang bertanggungjawab dalam memindahkan impuls merentasi sinaps.









Rajah 3: Struktur synaps dan neurotransmitter
o Tindakan reflex (Reflex arc) : Tindakan luar kawalan yang melibatkan otot rangka
berlaku secara spontan.
o Sistem saraf somatik (Somatic nervous system) : Sebahagian daripada sistem saraf
periferi yang menyesuaikan badan dengan persekitaran luaran hasil interaksi reseptor
saraf pusat dan otot.
o Sistem saraf autonomik (Autonomic nervous system) : Sebahagian daripada sistem
saraf periferi yang mengawal fungsi organ dalaman seperti mengawal otot licin, otot
kardium dan kelenjar.
o Parasimpatetik (Parasympathetic) : Pembahagian daripada sistem saraf autonomik
yang mengawal organ dalaman dengan mengekalkan keadaan normal badan.
Sistem Saraf
80

o Simpatetik (Sympathetic) : Pembahagian daripada sistem saraf autonomik yang
menyediakan diri terutamanya persekitaran dalaman semasa situasi kecemasan.







Rajah 4: Sistem autonomik (simpatetik dan para-simpatetik)
Sistem Saraf
Apa itu sistem saraf?
Sistem saraf tersusun oleh berjuta-juta sel saraf yang mempunyai bentuk bervariasi dan
berhubung antara satu sama lain. Saraf memindahkan maklumat iaitu impuls yang mana dalam
bentuk arus elektrik melalui jaringan sel saraf yang menjadi unit asasnya iaitu neuron. Sistem
saraf berfungsi mengkoordinasi, mentafsir dan mengawal sistem lain dalam badan. Sistem ini
meliputi sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Terdapat tiga jenis neuron utama di dalam
sistem saraf.
1. Neuron sensori: Menghantar impuls rangsangan.
2. Neuron penghubung: Menghubungkan neuron sensori dengan neuron motor.
3. Neuron motor: Menghantar impuls tindak balas kepada organ terlibat.


Sistem Saraf
81









Rajah 5: Jenis-jenis neuron
Sistem saraf terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf pusat dan periferi. Sistem
saraf periferi pula terbahagi kepada somatik dan autonomik. Simpatetik dan para-simpatetik pula
terletak di bawah bahagian saraf autonomik.

Rajah 6: Rumusan komponen dalam sistem saraf

Sistem Saraf
Periferi
Somatik Autonomik
Simpatetik
Para-
Simpatetik
Pusat
Sistem Saraf
82


Sistem saraf pusat












Rajah 7: Struktur sistem saraf pusat







Sistem saraf pusat meliputi bahagian otak dan saraf tunjang. Sistem saraf
pusat berfungsi menghantar impuls sensori sama ada somatik atau autonomik ke
otak serta membawa impuls motor dari otak ke efektor yang berkaitan. Otak
berfungsi sebagai pusat pemprosesan maklumat yang diterima serta menghasilkan
gerakbalas dan koordinasi yang sesuai. Berikut merupakan struktur otak dan
fungsinya:

Sistem Saraf
83

Otak






Rajah 8: Struktur otak
Berikut merupakan bahagian otak berserta fungsinya:
a) Cerebrum (otak besar): Memainkan peranan penting dalam ingatan, pembelajaran,
percakapan, emosi serta menghasilkan tindakbalas tingkahlaku kompleks.
b) Cerebellum (otak kecil): Mengkoordinasi pergerakan tubuh, memainkan peranan dalam
pembelajaran dan mengingati perlakuan motor.
c) Medulla oblongata: Mengawal sistem pernafasan, aliran darah, mengunyah dan
pencernaan.
d) Kelenjar pituitari: Lobus posterior; menyimpan dan menghasilkan dua jenis hormon yang
dihasilkan oleh hypothalamus. Lobus anterior; menghasilkan dan merembes pelbagai
jenis hormon yang menetapkan fungsi tubuh yang pelbagai.
e) Hypothalamus: Pusat kawalan homeostatik, mengawal kelenjar pituitari.
f) Thalamus: Pusat input bagi data sensori untuk ke cerebrum. Pusat output bagi perlakuan
motor meninggalkan cerebrum; mengasingkan data.

Sistem Saraf
84

Saraf tunjang








Rajah 9: Struktur saraf dalam saraf tunjang
a) White matter: Mengandungi saraf fiber (akson).
b) Grey matter: Saraf sel tubuh dan dendrite.
c) Dorsal root: Laluan di mana neuron sensori memasuki tulang belakang.
d) Ganglion: Mengandungi sel tubuh neuron sensori.
e) Ventral root: Laluan di mana neuron motor meninggalkan tulang belakang.
Sistem saraf periferi
Sistem ini terdiri daripada serabut saraf yang bermula dari saraf pusat hingga reseptor
deria. Fungsinya adalah untuk menghantar impuls dari reseptor ke saraf pusat dan dari saraf
pusat ke organ yang berkenaan untuk tindakan yang bersesuaian. Sel yang membawa masuk
impuls dan maklumat tentang rangsangan dari reseptor deria merupakan sel sensori. Sel yang
membawa impuls dari sistem saraf pusat ke otot dan organ tumpuan ialah saraf motor.
Sistem saraf periferi terdiri dari sistem saraf sedar (somatik) dan sistem saraf tak sedar
(autonomik). Sistem saraf sedar mengawal aktiviti oleh otak, sedangkan saraf autonomik
Sistem Saraf
85

mengawal aktiviti yang tidak dapat dikawal otak. Terdapat dua jenis saraf yang terlibat dalam
system ini iaitu saraf kranial dan saraf spinal.






Rajah 10: Laluan bagi neuron motor somatik dan autonomik
Saraf kranial
Saraf kranial merupakan jaringan saraf yang terhasil dari bahagian bawah otak. Terdapat
12 pasang saraf kranial (kanan dan kiri).


Rajah 11: Struktur bahagian dalam saraf kranial
Sistem Saraf
86

Struktur saraf cranial berserta fungsinya:
Bahagian Fungsi
1. Offactory nerve Saraf untuk bau.
2. Optic nerve Saraf untuk melihat.
3. Occulomotor nerve Saraf ke otot mata.
4. Throchlear nerve Saraf otot mata superior oblique yang mempunyai
penyangkuk.
5. Trigeminial nerve Saraf tri-geminal kerana ada tiga bahagian:
i. Bahagian Ophthalmic ke orbit mata
ii. Bahagian Maxillary ke rahang atas (upper
jaw)
iii. Bahagian Mandibular ke rahang bawah
(lower jaw)
6. Abducent nerve Saraf otot lateral rektus yang abdusikan bola mata.
7. Facial nerve Saraf otot muka.
8. Vestibule-Cochlear nerve Terdiri daripada dua bahagian:
i. Vestibular nerve untuk keseimbangan
ii. Cochlear nerve untuk pendengaran
9. Glossopharyngeal nerve Ke lidah (glosso-lidah) dan pharynx
10. Vagus nerve Saraf merayau (vagrant wandering) kerana
mensarafi kawasan yang meluas ke leher, thorax
dan abdomen.
11. Accessory nerve Saraf aksesori kerana kelihatan seperti sebahagian
daripada saraf vagus.
12. Hypoglossal nerve Saraf ke otot lidah yang bergerak ke bawah lidah
sebelum mensarafinya.
Jadual 1: Bahagian saraf kranial dan fungsi
Saraf spinal
Saraf spinal terbentuk daripada akar dorsal dan akar ventral saraf tunjang. Saraf spinal
berjumlah 31 pasang saraf gabungan. Asalnya, saraf spinal dibezakan kepada 8 pasang saraf
serviks, 12 pasang saraf thoracic, 5 pasang saraf lumbar, 5 pasang saraf sacral dan satu pasang
saraf coccygeal.

Rajah 12: Struktur saraf spinal
Sistem Saraf
87

Saraf refleksi










Rajah 13: Tindakbalas saraf refleksi
Apabila lutut (patella) diketuk, reseptor sensori akan mengesan regangan di tendon.
Sensori neuron seterusnya akan menghantar maklumat kepada CNS (sistem saraf pusat - saraf
tunjang). Di dalam CNS, maklumat tersebut akan dihantar ke neuron motor dan menyebabkan
otot quadriceps mengecut sekali gus menyentak kaki ke hadapan.
Sistem saraf autonomik
Sistem ini mengawal tindakan luar sedar dan luar kawalan di mana melibatkan otot licin
dan otot kardiak. sistem saraf autonomik terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Simpatetik
Sistem ini menyediakan badan dalam menjalankan tindakan semasa badan dalam keadaan
tertekan atau terancam. Sebagai contoh seperti dalam keadaan dikejar babi hutan. Hal ini
akan merubah system di dalam badan. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, kadar
perpeluhan dan lain-lain akan meningkat sebagai menyediakan badan untuk menghadapi
keadaan tersebut. Keadaan ini juga dipanggil fight or flight.

ii. Para-simpatetik
Sistem ini pula menyediakan badan untuk keadaan yang tenang selepas menghadapi
keadaan simpatetik. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, kadar perpeluhan dan
lain-lain akan menurun menjadi normal. Keadaan ini dipanggil sebagai rest and digest.

Sistem Saraf
88

Jadual 2: Contoh tindakan simpatetik dan para-simpatetik













Rajah 14: Tindakan simpatetik dan para-simpatetik

Para-simpatetik Simpatetik
pengecilan pupil
memperlahankan kadar
respirasi
memperlahankan kadar
denyutan jantung
penghasilan air liur yang
banyak
merangsang pencernaan
menghasilkan hormon
noradrenalin
pembesaran pupil
nemingkatkan kadar
respirasi
meningkatkan kadar
denyutan jantung
menghalang
penghasilan air liur
menghalang
pencernaan
menghasilkan hormon adrenalin
Sistem Saraf
89

Rajah 16: Fungsi sistem saraf










Rajah 15: Keadaan simpatetik dan para-simpatetik
Fungsi sistem saraf

Fungsi sistem
saraf
Menerima
rangsangan
sensori dari
reseptor dan
organ lain dan
menghantar ke
CNS
Mentafsir dan
mengintegrasi
maklumat
Menghasilkan
tindakbalas
yang sesuai
dan
menghantar ke
organ melalui
saraf motor
Sistem Saraf
90

Rujukan
Madder, S.S. (2008). Biology Ninth Edition. Boston: Mc Graw Hill Companies.
Peter H. Raven. (2004). Biology for Matriculation. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Companies.
Reflex Action. (2006). Retrieved on January 7
th
, 2011 from
http://www.yachigusaryu.com/blog/2006/08/top-ten-principles-of-yachigusa-ryu_18.html
Saraf Kranial. Retrieved on Janyuary 8
th
, 2011 from
http://panmedical.wordpress.com/2010/05/12/saraf-kranial-saraf-otak/
The Autonomic Nervous System. Retrieved on January 7
th
, 2011
http://www.cliffsnotes.com/study_guide/The-Autonomic-Nervous-System.topicArticleId
22032,articleId-21948.html

You might also like