You are on page 1of 9

SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia


12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA, KUALA LUMPUR
MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN
BIL 1 / 2014

Tarikh : 21 Januari 2014
Masa : 1.30 pm-2.30 pm
Tempat : Makmal Sains
Pengerusi : En. Haron Bin Ismail
Kehadiran : 1. En. Sharudin Bin Abd Hadi (GPK HEM)
2. En. Haron Bin Ismail
3. En. Kamal Bin Abdullah
4. Pn. Norhafizah Binti Hamdi
5. En. Mohd Fadzil Bin Abd Wahab
Urusetia/Setiausaha : Mohd Fadzil Bin Abd Wahab


Nama Yang Tidak Hadir : -

















SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana sudi hadir
pada mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Bilangan 1/2014.
Tindakan: Makluman
1.2 Pengerusi mengingatkan tentang visi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada
semua guru iaitu, Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Tindakan : Makluman

2.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

2.1 Prestasi murid
2.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa prestasi murid bagi matapelajaran Kajian
Tempatan memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat murid yang masih
gagal didalam mata pelajaran Kajian Tempatan sedangkan mata pelajaran
ini melibatkan murid menyediakan folio bagi membantu mereka untuk lulus.
Berdasarkan maklumat yang diberikan terdapat murid Tahun 5 yang masih
gagal tahun lepas.
Tindakan : Makluman
2.1.2 Pengerusi mensasarkan 90% murid lulus untuk tahun 2014
Tindakan : Makluman

2.2 Penerapan nilai murni
2.2.1 Pengerusi mengingatkan guru supaya menerapkan nilai murni didalam
pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai murni ini bertujuan untuk
membentuk pelajar kearah sahsiah yang lebih baik pada masa akan
datang.
Tindakan : Makluman
2.2.2 Pengerusi memohon agar guru Kajian Tempatan juga perlu menerapkan
unsur Patriostisma di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan pelajar lebih mensyukuri dan menghargai negara Malaysia.
Tindakan : Makluman



SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

2.3 Jawatankuasa Kajian Tempatan 2014
2.3.1 Pengerusi memaklumkan Jawatankuasa Kajian Tempatan bagi 2014
dengan penambahan seorang guru baharu iaitu Encik Mohd Fadzil Bin Abd
Wahab.
Jawatankuasa 2014 adalah seperti berikut :

Penegrusi : Encik Soharto Bin Baharen
Timbalan Pengerusi : Puan Dawi Zubadah Binti Juperi
Naib Pengerusi : Encik Saharudin Bin Abd Hadi
Puan Wizana Binti Harun
Ketua Panitia : Encik Haron Bin Ismail
Setiausaha : Encik Mohd Fadzil Bin Abd Wahab
Ahli Jawatan Kuasa : Encik haron Bin Ismail (Penyelaras Tahun 6)
Encik Kamal Bin Abdullah (Penyelaras Tahun 5)
Mohd Fadzil Bin AbdWahab (Penyelaras Tahun 5)
Norhafizah Binti Hamdi (Penyelaras Tahun 5)
Tindakan : Makluman

2.4 Penetapan Folio Pelajar
2.4.1 Pengerusi menetapkan pelajar untuk membuat folio di samping
peperiksaan yang dijalankan seperti biasa.
Tindakan : Makluman
2.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa folio tersebut memperuntukkan
sebanyak 40% markah peperiksaan.
Tindakan : Makluman
2.4.3 Encik Kamal bin Abdullah mencadangkan supaya tajuk Benua Asia
dimasukkan di dalam folio. Beliau juga mensarankan supaya semua folio
diselaraskan mengikut aliran. Cadangan tersebut dipersetujui oleh semua
ahli mesyuarat..
Tindakan : Encik Kamal



SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

2.4.4 Pengerusi memaklumkan pembahagian markah folio adalah berdasarkan
seperti berikut :
Bil Pembahagian Markah
1 Isi kandungan 25 %
2 Kekemasan 5%
3 Kerjasama 10%
Jumlah 40%

Tindakan : Makluman

2.5 Peperiksaan
2.5.1 Pengerusi mengingatkan tentang tarikh peperiksaan yang bakal diadakan.
Semua guru boleh rujuk carta gantt yang dilampirkan bersama edaran.
Tindakan : Makluman
2.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa senarai pengubal soalan mengikut
peperiksaan seperti dalam lampiran buku panduan pengurusan panitia.
Pengubalan soalan peperiksaan mengikut format yang telah ditetapkan
iaitu
Bahagian A : 40 Markah 20 soalan
Bahagian B : 20 Markah 10 soalan
Folio : 40 Markah
Jumlah : 100 Markah
2.5.3 Pengerusi memaklumkan soalan yang digubal perlu dilengkapi butiran
seperti nama sekolah, nama peperiksaan, tahun, aliran, masa, muka surat
dan sebagainya. Draf soalan perlu disertakan JSU.
Tindakan : Makluman

2.6 Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran
2.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa rekod pencapaian 100% sukatan
pelajaran telah diedarkan kepada guru. Semua guru perlu melengkapkan
rekod pencapaian 100% untuk setiap aliran mata pelajaran Kajian
Tempatan dan perlu dihantar pada akhir tahun kepada Setiausaha panitia
untuk difailkan.
Tindakan : Makluman
SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00


2.6.2 Pengerusi memaklumkan sukatan, huraian dan rancangan pelajaran
tahunan telah diedarkan kepada semua guru.
Tindakan : Makluman
2.6.3 Pengerusi memaklumkan pembelajaran dan pengajaran perlu mengikut
minggu yang ditetapkan dalam rancangan tahunan.
Tindakan : Makluman


2.7 Semakan Hasil Kerja Pelajar
2.7.1 Pengerusi mengingatkan sekali lagi bahawa semakan buku latihan pelajar
hendaklah ditanda sekurang- kurangnya sekali seminggu.
Tindakan : Makluman
2.7.2 Pengerusi memaklumkan guru-guru perlu merekod hasil kerja pelajar
dalam borong semakan hasil kerja dan perlu dihantar kepada pentadbir
untuk pengesahan selepas 25 kali semakan.
Tindakan: Makluman

2.8 Buku Latihan dan Buku Kerja
2.8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku kerja bagi matapelajaran Kajian
Tempatan tidak disediakan. Guru-guru boleh menggunakan buku-buku
kerja yang lama untuk dijadikan sebagai kerja tambahan mengikut kreativiti
guru masing-masing.
Tindakan : Makluman
2.8.2 Pengerusi memaklumkan penggunaan buku latihan adalah berdasarkan
keperluan guru.
Tindakan : Makluman
2.8.3 Pengerusi memaklumkan buku Panduan Guru boleh diperolehi daripada
Encik Paaiz bin Che Pi.
Tindakan : Makluman




SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

2.9 Buku Rekod Pengajaran
2.9.1 Pengerusi mengingatkan guru supaya menulis buku rekod pengajaran
seperti format yang telah disediakan.
Tindakan : Makluman
2.9.2 Pengerusi mengingatkan kepada guru supaya menghantar buku rekod
pengajaran yang telah lengkap pada setiap hari Jumaat selepas tamat
persekolahan. Penghantaran adalah wajib untuk mendapatkan pengesahan
daripada Guru Besar.
Tindakan : Makluman

2.10 Pelan Strategik
2.10.1 Pengerusi membentangkan Pelan Strategik seperti yang telah
dilampirkan di dalam edaran.
Tindakan : Makluman
2.10.2 Pengerusi mengingatkan supaya semua guru perlu menjalankan semua
aktiviti yang telah dirancangkan mengikut ketetapan masa yang telah
ditetapkan. Perancangan yang telah dibuat adalah bagi meningkatkan
pencapaian akademik dari segi kualiti dan kuantiti. Selain itu, dapat
meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran semua murid.
Tindakan : Makluman

2.11 Pengurusan Fail Panitia Mengikut Fomat SPSK 2014
2.11.1 Pengerusi memaklumkan fail panitia bagi tahun 2014 hendaklah dikemas
kini oleh semua panitia mengikut seperti laporan post mortem 2013
sebelum 7 Februari 2014. Pengemaskinian fail perlu dilakukan secara
berkala.
Tindakan : Mohd Fadzil bin Abd Wahab
2.11.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pemantauan item-item fail akan
dijalankan secara berperingkat seperti tahun-tahun sebelum.
Tindakan : Makluman




SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

2.12 Jadual Waktu dan Maklumat Guru
2.12.1 Pengerusi meminta guru-guru perlu melengkapkan dan menyerahkan
satu salinan jadual waktu persendirian dan maklumat guru kepada
Setiausaha untuk difailkan.
Tindakan : Makluman
2.13 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
2.13.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua carta boleh didapati di dalam
bilik guru.
Tindakan : Makluman

3.0 HAL HAL LAIN
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru yang ingin menggunakan LCD
boleh mendapatkannya daripada pejabat untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran.
Tindakan : Makluman
3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat Panitia Kajian Temapatan
Bilangan 2 dijangka akan diadakan pada 17 Jun 2014.
Tindakan: Makluman
4.0 PENUTUP

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.




Disediakan oleh


_____________________________
(MOHD FADZIL BIN ABD WAHAB)
Setiausaha Panitia Kajian Tempatan
22 Januari 2014

Disemak oleh


________________________
(HARON BIN ISMAIL)
Ketua Panitia Kajian Tempatan
22 Januari 2014

SKSS/PK07/LAMPIRAN 3

Hak Cipta Terpelihara Sekolah Kebangsaan Seri Setia
12 Februari 2014-Keluaran 01 | Pindaan 00

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

NAMA MESYUARAT : Mesyuarat Kajian Tempatan
TARIKH : 21 Januari 2014
TEMPAT : Makmal Sains

MUKA
SURAT
PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
2 4.4.3 1. Encik Kamal mencadangkan
supaya tajuk Benua Asia di
masukkan didalam folio.
2. Beliau juga mensarankan
supaya semua tahun
diselaraskan tajuk folio
Encik Kamal 1. Encik Kamal telah
mengubal tajuk
folio tersebut dan
diselaraskan
kepada semua
tahun
1. Fail panitia bagi tahun 2014
telah dikemas kini mengikut
seperti laporan post mortem
2013.
Encik Mohd
Fadzil
1. Encik Mohd Fadzil
telah
mengemaskini fail
panitia bagi tahun
2014.


Disediakan Oleh, Tarikh :


( MOHD FADZIL BIN ABD WAHAB)
Setiausaha Panitia Kajian Tempatan

You might also like