You are on page 1of 25

SEKOLAH KEBANGSAAN

BATU 6 JALAN KUCHAI LAMA,


58200 KUALA LUMPUR

PORTFOLIO
PERTANDINGAN MAKMAL/BILIK SAINS

TEMA : MAKMAL KONDUSIF


MOTO : SAINS PEMANGKIN KECERMELANGAN

SERI SETIA,

Isi Kandungan
Muka Surat
i

Nama dan Alamat sekolah


Tema : MAKMAL KONDUSIF
Moto : SAINS PEMANGKIN KECERMELANGAN
Kandungan
Penghargaan
Pengenalan
Rasional, matlamat dan objektif
Jawatankuasa
Senarai jumlah bengkel Makmal / bilik Sains dan pelan lokasi
Jadual bertugas makmal
Usaha sekolah dalam mewujudkan makmal yang kondusif

ii
iii
1
2
3
4
5
6

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah saya
menyiapkan portfolio pertandingan makmal/Bilik Sains ini dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mengadakan


Pertandingan Makmal / Bilik Sains ini.

Selain itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutama Guru
Besar sekolah iaitu En.Soharto Bin Baharen di atas bimbingan, dorongan dan
nasihat sepanjang tempoh menyiapkan portfolio ini.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua semua guru sains
dan guru-guru lain yang banyak berkongsi ilmu, memberi sokongan dan nasihat
bagi memastikan portfolio yang terbaik dapat dihasilkan. Semoga Allah merahmati
dan memberkati kita semua, Amin.

PENGENALAN
Makmal / bilik Sains sekolah merupakan salah satu kawasan yang sentiasa
beroperasi bagi memastikan segala kelancaran pembelajaran dan pengajaran dapat
dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Dengan ini, persekitaran makmal
yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta
kerjasama

yang

tinggi

dikalangan

warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan

makmal adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana sekolah yang ceria,
tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah
Seterusnya Taman Herba Sekolah juga merupakan salah satu kriteria
penilaian pertandingan Makmal / Bilik Sains Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur 2016. Ianya termasuk di bahagian kreativiti dan inovasi. Oleh itu,
Sekolah Kebangsaan Seri Setia juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri.
Taman Herba SK Seri Setia adalah dibawah pengawasan Panitia Sains. Taman
Herba ini telah dibuat pemulihan dan penambahbaikan dari segi kualiti jenis-jenis
tanaman herba, mengecat batu-bata dan sebagainya lagi.

RASIONAL
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah
adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di makmal sains. Oleh itu
untuk mencapai

kecemerlangan,

sekolah

mestilah

memastikan

bahawa

Makmal Sains sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan
keceriaan makmal sains seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa

kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan makmal sains yang bersih dan
ceria amat sesuai
sentiasa

berada

diadakan

secara

berterusan

bagi

memastikan

pelajar

di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti

pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil
daripada kerjasama dan pertandingan

yang

sihat

diantara

pelajar

tentunya

akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar. Ini


adalah

sejajar

dengan Falsafah

Pendidikan

Negara

yang

mementingkan

penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memulihara dan memelihara
jenis -jenis tanaman herba yang semakin pupus dan dilupai oleh jenerasi masa
kini .Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang
tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh
generasi masa kini khususnya murid-murid sekolah.

MATLAMAT

Memastikan makmal / bilik Sains sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria
serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada murid-murid
dan warga SK Seri Setia . Senantiasa menambah baik dan menambah jenis-jenis
herba dan tanaman yang mempunyai nilai perubatan dari semasa ke semasa.
OBJEKTIF
1.Memastikan Makmal Sains sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
2.Menjadikan Makmal Sains sebagai bilik ilmu dimana telah melengkapi dengan
semua peralatan sains.
3.Mewujudkan

kawasan

sekolah

yang

lebih

ceria

dan

harmonis.

4.Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan


sekolah.
5.Memupukkan

sikap

bertanggung

jawab

terhadap

sekolah.

6.Membina semangat persaingan yang sihat diantara bilik bilik khas yang sedia ada.
7.Menjadikan Makmal Sains sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada

di sekolah.
8.Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas,cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman herba yang ditanamkan.
9. Memulihara dan memelihara tanaman herba daripada pupus.

CARTA ORGANISASI PANATIA SAINS 2016


PENGERUSI

En.Soharto Bin Baharen


Guru Besar

NAIB PENGERUSI 1

Pn.Norhamiza Bt Hassan
( GPK Tadbiran & Kurikulum)

TIMBALAN PENGERUSI
Pn.Dawi Zubadah Bt Juperi
( GPK Tadbiran & Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 2

Pn.Wizana Bt Harun
(PK Kokurikulum)

KETUA

En. Mohd Raduan Bin Kamaruddin

SETIAUSAHA

Cik Suria Bt Ab Rashid

AHLI JAWATANKUASA
Pn. Nageswari A/P Magiswaran
Pn. Nur Izzati Aisyah Bt Abdullah Sani

Senarai jumlah makmal/bilik Sains dan pelan lokasi


Makmal / bilik sains
Bilik sains
Pelan Lokasi

Jumlah
1 buah sahaja

JADUAL BERTUGAS MAKMAL / BILIK SAINS

USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN MAKMAL YANG KONDUSIF


Antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah :1.Menyediakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam makmal/bilik
sains
a) Persekitaran Fizikal

Suasana fizikal makmal / bilik sains yang kondusif adalah penting untuk
meningkatkan

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran

di

bilik

sains.

Persekitaran fizikal di dalam makmal / bilik sains merangkumi aspek-aspek seperti


susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran,
ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan
dan perabot serta kebersihan.
Meja guru diletakkan di berada di hadapan bilik sains dan hendaklah
menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan
guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap


murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan,
mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya.
Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang
semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

Seterusnya bilangan dan kualiti kerusi dan meja murid adalah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi
dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula,
meja murid disusun secara berkumpulan di mana satu meja mesti sekurangkurangnya terdiri daripada 5 atau 6 orang murid.Susunan ini memudahkan
pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi
antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga
masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan berkumpulan ini membolehkan
murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan
semasa gerak kerja berkumpulan.

Sistem
perkembangan

pendidikan
era

sedia

teknologi

ada

perlu

maklumat

dan

dimantapkan
komunikasi

selaras
(ICT).

dengan
Beberapa

penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing
dan relevan dengan kehendak semasa. Bagi membina persekitaran kondusif di bilik

sains pihak sekolah telah menyediakan sudut ICT untuk menjadikan bilik sains
sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. Di sudut ini, disediakan
sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang
disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Komputer
ini juga disambung dengan LCD. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi
memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga
dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar
menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Rasionalnya adalah supaya
semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau
kemalangan semasa berada dibilik sains. Selain itu ia juga dapat akan menarik minat
murid-murid untuk belajar dan sangat sesuai dengan pembelajaran masa terkini.

Pencahayaan

dan

pengudaraan

yang

cukup

amatlah

penting

untuk

keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi.
Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak
bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah
juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk
mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru
hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

Seterusnya

pihak

sekolah

juga

menyediakan

tiga

papan

kenyataan

dibahagian hadapan makmal / bilik sains dan satu lagi dibahagian luar. Papan
kenyataan ini dimuatkan dengan jadual tugasan murid, Jadual waktu penggunaan
bilik sains, info sains dan sebagainya lagi. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid
dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih
sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan
menampal carta organisasi guru dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung murid
dapat mengetahui secara lebih mendalam lagi perkara-perkara yang berkaitan
dengan Sains.

hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila
mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung
mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat
memberi input yang bermanfaat kepada semua murid

Di samping itu juga, dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah
dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
Seterusnya dengan adanya peti pertolongan cemas ini diletakkan di belakang kelas.
Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap
makmal / bilik sains telah disediakan peti pertolongan cemas. Ini kerana kita tidak
dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan
kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan
beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih
murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini. Satu rak disediakan
bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, buku-buku.
Seterusnya dibahagian belakang bilik sains juga disediakan satu sudut pameran
hasil kerja murid. Sudut ini disediakan bagi memaparkan hasil kerja murid.
Pihak sekolah juga telah menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan. Taman herba yang sedia ada ini terletak
di Blok Tahun 1 berperanan sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah.
Penubuhan Taman Herba ini adalah bertujuan untuk memelihara dan memulihara
tumbuh-tumbuhan dan warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi
oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan

tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-

kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Ia juga menjadikan
Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga SK Seri
Setia. Ia juga membantu mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang
mencergaskan minda murid bagi melibatkan aktif dalam pembelajaran. Taman herba
menjadiakan proses pengajaran dan pembelajaran sains seronok. Apabila murid

belajar di dalam bilik sains mereka akan merasa bosan dan tidak akan memberi
tumpuan.

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan

ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.
Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan

tentang

tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh


generasi masa kini.

2.Mengadakan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah


Aktiviti ini telah dijalankan pada awal tahun dengan kerjasama daripada
semua guru dan pekerja sekolah. Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa
kawasan sama ada di kawasan sekitar sekolah termasuklah membersih dan
mencerikan taman herba, taman ilmu dan di tempat-tempat tertentu seperti bilik
makmal/bilik sains, muzik dan sebagainya lagi. Persekitaran yang ceria dapat
menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari. Mereka merasa seronok
dan selesa ketika berada dalam kawasan sekolah.
3.Mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar
Pihak pentadbir juga mendapatkan sumbangan dana dari pihak luar.
Sumbangan seperti wang digunakan oleh guru-guru sains untuk menceriakan lagi
makmal/bilik sains. Wang tersebut digunakan untuk membeli cat, membeli kain untuk
membuat langsir dan sebagai lagi. Sekolah ini hanya terdapat satu sahaja
Makmal/Bilik sains. Ianya selalu digunakan pakai oleh guru sains. Proses
menghidupkan semula bilik ini berjalan secara berperingkat. Peringkat pertama
membersih dan membuang gambar di dinding dalam bilik sains yang dijalankan oleh
ketua panitia, guru-guru sains dan dibantu oleh murid-murid Tahun Enam yang
berusaha untuk menceriakannya sebaik mungkin. Peringkat kedua ialah mengecat
dinding di dalam bilik sains. Seterusnya memasang langsir, menampal carta dan
sebagainya lagi. Suasana makmal/bilik sains yang ceria dan selesa serta bersih
dapat meransang minda pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif.
4. Memohon sumbangan ikhlas dari guru, pekerja dan pentadbir sekolah

Seterusnya sumbangan ikhlas berupa wang, kain, pelbagai jenis tumbuh


-tumbuhan dan sebagainya lagi sama ada untuk bilik sains serta Taman Herba,
secara tidak langsung juga dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Selain itu,
dengan memulihara dan memelihara seperti menanam semula pelbagai jenis pokokpokok herba di dalam taman herba juga juga dapat meningkatkan pengetahuan
tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin
dilupakan oleh generasi masa kini. Pokok herba ini juga telah dilabelkan dengan
mengabungkan nama asal pokok tersebut dan nama saintifiknya. Ini adalah
bersesuaian dengan sekolah yang berkonsepkan sekolah dalam taman memerlukan
keceriaan landskap yang tersusun dan menarik.

KESIMPULAN DAN PENUTUP


Melalui projek ini, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan lagi
tahap keselesaan murid dan guru semasa menggunakan makmal sains sekolah.
Dengan adanya

makmal /bilik sains, taman,sudut dan sebagainya lagi dengan

memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan suasana yang kondusif dan


menarik perhatian murid terhadap pembelajaran. Pelbagai kemudahan-kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah, secara tidak langsung akan dapat membantu
para murid untuk memahami pelajaran sains

dengan mudah dan boleh

mempraktikan dalam kehidupan harian Di samping itu, diharap agar projek ini juga
turut menceriakan dan menjadikan makmal sains serta taman herba sekolah ini lebih
menarik untuk mempelajari mata pelajaran sains.

GAMBAR
a) SEBELUM

SEBELUM

SELEPAS

KESIMPULAN DAN PENUTUP


Melalui projek ini, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan lagi tahap
keselesaan murid dan guru semasa menggunakan makmal sains sekolah. Dengan
adanya makmal /bilik sains, taman,sudut dan sebagainya lagi dengan memainkan
peranan masing-masing dalam mewujudkan suasana yang kondusif dan menarik
perhatian murid terhadap pembelajaran. Pelbagai kemudahan-kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah, secara tidak langsung akan dapat membantu para
murid untuk memahami pelajaran sains dengan mudah dan boleh mempraktikan
dalam kehidupan harian Di samping itu, diharap agar projek ini juga turut
menceriakan dan menjadikan makmal sains serta taman herba sekolah ini lebih
menarik untuk mempelajari mata pelajaran sains.

a. PAPAN KENYATAAN

b. TEMPAT PENYIMPANAN PERALATAN DAN BAHAN


c. MEJA DAN KERUSI MURID
d. LANTAI MAKMAL/BILIK SAINS

e. Sudut-sudut

You might also like