You are on page 1of 8

1

MEMPERKENALKAN BAHAN BAHASA ARAB YANG MENARIK


DAN KHIDMAT BIMBINGAN SECARA PERCUMA

Abd Razak bin Abu Chik
drarabiah@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
70400 Seremban, N Sembilan.


Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan para pendidik
berkaitan inovasi dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa
Arab yang menarik dan bimbingan secara percuma. Ini kerana pelajar Bahasa Arab di
Malaysia menghadapi masalah kekurangan bahan bacaan tambahan. Antaranya ialah tiada
program belajar Bahasa Arab dalam akhbar, tiada majalah Bahasa Arab dan tiada buku
motivasi bagaimana menguasai Bahasa Arab. Oleh itu ruangan akhbar, majalah dan buku
motivasi telah diterbitkan. Kesemua bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan ini
berwarna-warni, mudah dan murah. Setakat 20 April 2011, bengkel buku 33 tip kuasai Bahasa
Arab telah dihadiri 15,000 peserta, Kenali Bahasa al-Quran Utusan Malaysia (mingguan)
mencapai siri ke-418 dan Majalah Mahir (bulanan) mencapai siri ke-60. Khidmat bimbingan
secara percuma setakat 25 April 2012 berjaya diadakan di lebih 90 institusi pendidikan
seluruh Malaysia. Dapatan kajian berdasarkan pengalaman, pemerhatian serta temubual
bersama pelajar menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap
tip pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang dikemukakan.


PENDAHULUAN

Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, bahasa al-Hadis dan bahasa antara bangsa kini banyak
diperkenalkan di pelbagai jenis institusi pendidikan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz, Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMK KAA),
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah
Kebangsaan (SK), sekolah-sekolah swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti.
Walaupun demikian, kehadiran mata pelajaran tersebut seolah-olah begitu asing dan
tidak mendapat tempat seperti mana yang dikehendaki. Hal yang sepatutnya ialah (a)
Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi kelebihan utama berbanding sekolah-
sekolah lain yang tidak menawarkan subjek tersebut, (b) Komunikasi dalam Bahasa Arab
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12)
disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967-
5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm.

2

samada secara lisan atau tulisan adalah sesuatu yang biasa dan lumrah bagi pelajar dan guru
dan (c) Bahasa Arab dijadikan kunci utama untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan
termasuklah sains, matematik, sejarah, geografi, komunikasi dan lain-lain.
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan samada oleh Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pelajaran, Jamaah Nazir Jaminan Kualiti, penyelidik universiti tempatan
dan beberapa orang pengkaji persendirian mendapati bahawa antara punca masalah ialah
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang kurang sesuai dan kurang
berkesan. Sehubungan itu, pengkaji telah membuat percubaan dengan membina tiga bahan
berwarna-warni berbentuk akhbar (mingguan), majalah (bulanan) dan buku motivasi
(tahunan) dan memberikan khidmat bimbingan berbentuk bengkel secara percuma selama
empat jam di pelbagai jenis institusi pendidikan. (Abd Razak Abu Chik 2009)

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini secara keseluruhannya bertujuan untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam
membina bahan B Arab berwarna warni dengan menawarkan perkhidmatan bimbingan secara
percuma.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan di atas, secara khusus kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif
seperti berikut:
1. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk akhbar (mingguan).
2. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk majalah (bulanan).
3. Memperkenalkan bahan B Arab berwarna-warni dalam bentuk buku motivasi
(tahunan).
4. Memperkenalkan perkhidmatan bimbingan B Arab secara percuma.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada teknik asas belajar Bahasa Arab kepada para pelajar yang
berminat. Kumpulan sasaran utama ialah para pelajar sekolah menengah.

3

PELAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada masalah tiadanya bahan B Arab berbentuk ruangan akbar harian,
tiadanya majalah B Arab di Malaysia dan kurangnya buku motivasi B Arab maka pengkaji
telah melakukan beberapa tindakan persendirian. Tindakan ini bertujuan untuk cuba
mengemukakan beberapa jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah yang dihadapi para
pelajar. Berikut pelan tindakan yang telah dilaksanakan dan masih berterusan hingga kini.

Tarikh Tindakan Pencapaian

27 Jan 06
hingga kini
Menulis di ruangan akhbar Kenali Bahasa al-
Quran Utusan Malaysia
Kolumnis sehingga siri
419

Mei 06 hingga
kini
Menulis dan menerbitkan Majalah MAHIR Majalah bulanan siri 60

Jul 06 hingga
Jun 07
Menjadi tetamu rancangan Haiya Bil
Arabiah IKIM.fm

Sehingga siri 250
Mei 09 hingga
April 12

Menulis dan menerbitkan buku 33 tip kuasai
B Arab
Cetakan ke 5
Mulai Mei 09
hingga kini
Mengadakan bengkel 33 tip kuasai B Arab Lebih 15000 peserta dari
lebih 100 buah institusi
pendikan seluruh
Malaysia


KANDUNGAN MODUL BENGKEL 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB

Modul bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab ini memfokuskan kepada empat perkara asas yang
dimiliki oleh pelajar iaitu:
a. Teknik penggunaan bahasa badan iaitu mata, mulut, muka, tangan dan badan
keseluruhan.
b. Teknik penggunaan 1 perkataan pelbagai intonasi.
c. Teknik penggunaan zikrullah dalam ayat yang dibina.
d. Teknik penggunaan kata pinjaman Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa
Arab.

4

Aktiviti bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab berpusatkan para pelajar (minima 100
orang) dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Kebiasaannya bengkel diadakan
seperti berikut:
Tarikh Dipersetujui bersama antara pihak penganjur (sekolah) dan pihak pengkaji

Hari Sabtu/Ahad/ Cuti kelepasan am/hari persekolahan (jika perlu)

Aturcara

0830-1030 Bengkel 1 - Teknik Menggunakan Bahasa badan dan intonasi

1030-1100 Rehat

1100-1300 Bengkel 2 - Teknik Menggunakan Zikrullah dan Kata Pinjaman

Tempat Dewan Sekolah


PERBANDINGAN ANTARA BENGKEL 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB
DENGAN BENGKEL MOTIVASI LAIN

Aspek Bengkel Motivasi Biasa Bengkel 33 tip

Tempat Hotel/dewan - perlu sewa Sekolah-tidak perlu sewa

Yuran Konsultan Ikut kelulusan/populariti
konsultan-perlu dibayar

Percuma
Perjalanan konsultan Perlu dibayar Percuma

Penginapan konsultan Perlu dibayar Percuma

Bahan kursus Catatan hitam putih Buku berwarna-warni

Perjalanan peserta Perlu dibayar Percuma


POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Semua pelajar dan guru Bahasa Arab di pelbagai institusi pendidikan.seluruh Malaysia. Bagi
pelajar ia memfokuskan kepada pembelajaran manakala bagi guru ia memfokuskan kepada
pengajaran.

KAEDAH PENGUTIPAN DATA

Data kajian ini dikutip melalui beberapa kaedah seperti berikut:
a. Pemerhatian terhadap bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab.
5

b. Soal selidik persepsi pelajar terhadap bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab .
c. Soal selidik persepsi guru terhadap bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab.

INSTRUMEN PENGUTIPAN DATA
Beberapa instrumen pengutipan data digunakan dalam kajian ini iaitu:
a. Soal selidik persepsi pelajar terhadap P&P Bahasa Arab.
b. Soal selidik refleksi guru-guru Bahasa Arab.
c. Borang pencerapan bengkel 33 tip kuasai Bahasa Arab.


DAPATAN DAN RUMUSAN

1. Persepsi Guru Terhadap Modul Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Arab mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap empat tip utama menguasai Bahasa Arab
iaitu dengan memfokuskan kepada empat perkara asas yang dimiliki oleh pelajar. Setelah
didedahkan dengan teknik ini, mereka bersedia untuk melaksanakannya dalam proses
pengajaran.

2. Persepsi Pelajar Terhadap Modul Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang belajar mata pelajaran Bahasa
Arab mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap empat tip utama menguasai Bahasa Arab
iaitu dengan memfokuskan kepada empat perkara asas yang dimiliki oleh mereka. Setelah
didedahkan dengan teknik ini, mereka bersedia untuk melaksanakannya dalam proses
pembelajaran.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Secara umum, kajian ini mendapati Bengkel 33 Tip Kuasai Bahasa Arab sepatutnya perlu
didedahkan kepada para guru dan pelajar Bahasa Arab samada di Sekolah Rendah mahupun
di Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.

RUJUKAN

6

Abd Razak bin Abu Chik. 2004. Pendekatan Pengajaran Berasaskan Kata Serapan Bahasa
Melayu Untuk Meningkatkan Pemahaman Perbendaharaan Kata Bahasa Arab
Tinggi. Tesis Phd. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abd Razak bin Abu Chik. 2007. Pengalaman Peribadi Dalam Membina Bahan Pengajaran
Dan Pembelajaran Melalui Media Massa. Kertas kerja Seminar Serantau Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab. Universiti Malaya. 10-12 Ogos..

Abd Razak bin Abu Chik. 2007. al-Khibrah al-Shahsiyyah fi binai al-mawad al-taallumiyyah
wa al-talimiyyah bi wasitah wasail ilam. Kertas kerja Seminar Antarabangsa
Kurikulum Bahasa Arab Untuk Bukan Arab. Universiti Brunei Darussalam. 20
November.

Abd Razak bin Abu Chik. 2009. Respon Pengguna Terhadap Inovasi Bahan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Inovasi dan Teknologi
Pengajaran-Pembelajaran. 28-29 April.

Abd Razak bin Abu Chik. 2009. 33 Tip Kuasai Bahasa Arab. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

IKIM.fm. 2006. Setiap isnin hingga Jumaat.mulai 3 JulaI. Haiya bil Arabiah.

IKIM.fm. 2007. Setiap isnin hingga Jumaat.mulai 1 Januari. Haiya bil Arabiah.

Majalah Mahir. 2007. Siri 1-8. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2008. Siri 9-22. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2009. Siri 23-34. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2010. Siri 35-44. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2011. Siri 45-56. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Majalah Mahir. 2012. Siri 57-60. Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia. 2006. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 1-91.

Utusan Malaysia. 2007. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 92-169.

Utusan Malaysia. 2008. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 170-249.

Utusan Malaysia. 2009. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 250-298.

Utusan Malaysia. 2010. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 299-350.

Utusan Malaysia. 2011. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 351-402.

Utusan Malaysia. 2012. Kenali Bahasa al-Quran. Siri 403-419.

7







LAMPIRAN
Antara institusi yang telah mengadakan program 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB setakat
30 April 2012 ialah:
Sek Men Keb
Agama (SMKA)
SMKA Tun
Sakaran Sabah
SMKA TAHAP,
Jerantut, Pahang
SMKA Limbang,
Sarawak
SMKA Irshad,
P.Pinang
SMKA Nurul Ittifaq
Besut, Trengganu
SMKA Maahad
Muar, Johor
SMKA Igan, Mukah,
Sarawak
SMKA Slim River,
Perak
SMKA Wataniah,
Besut, Trengganu
SMKA Sharifah
Rodziah, Melaka
SMKA Miri, Sarawak
SMKA Krian,
Gunung
Semanggol, Perak
SMKA Pedas, N
Sembilan
SMKA Saratok,
Sarawak
SMKA Matang,
Kuching, Sarawak

Sek Men Keb Kelas
Aliran Agama (SMK
KAA)
SMK Presint 8,
Putrajaya
SMK Palong 11,
NS
SMK Alauddin, Masjid
Tanah, Melaka
SMK Saujana Impian,
Kajang, Selangor
SMK Sg Limau,
Yan, Kedah
SMK Seri Pagi,
Senawang, NS
SMK Munshi Abdullah,
Batu Berendam, Melaka
SMK Seri Tanjung,
Kuala Selangor
SMK Muadzam
Shah, Pahang
SMK Simpang
Gelami, Jelebu, NS
SMK Tun Mamat,
Tangkak, Johor
SMK Sultan Abdul
Aziz Shah, Kajang,
Selangor
SMK Tampin,
NS
SMK Simpang
Durian, Jelebu, NS
SMK Bandar Maharani,
Muar, Johor
SMK Sg Buaya,
Rawang, Selangor
SMK Jelai, K
Pilah, NS
SMK Seri
Ampangan,
Seremban, NS
SMK Tun Aminah, Batu
Pahat, Johor
SMK Kuala Kubu
Baru, Selangor
SMK Dato Abd
Samad, PD, NS
SMK Tun Perak,
Melaka
SMK Permas Jaya, Johor
Bahru, Johor

Sek Agama Bantuan Kerajaan (SABK) SABK Sultan Ismail,
Dungun, Trengganu
SABK Tanjung
Karang, Selangor
SABK Rawang,
Selangor
SABK al-
Yahyawiyyah, K
Kangsar, Perak
SABK Johol, NS
SABK Sg Merab,
Selangor
SABK Sultan
Salahuddin, S
SABK Darul Falah,
Kuala Sg Baru,
SABK Dato Klana
Mamur, Seremban, NS
8

Bernam Melaka
SABK Sultan
Hishamuddin,
Klang, Selangor
SABK Haji Dorani,
Selangor
SABK Madrasah al-
Attas, Johor
SABK Tan Ahmad,
Jelebu, NS

Sek Berasrama Penuh (SBP) SBPI Kuantan,
Pahang
SMAP Kajang, Selangor
SMS Sultan
Iskandar, Mersing,
Johor
SMS Kuching,
Sarawak.
SMS Sultan Haji
Ahmad Shah,
Pekan, Pahang
SBPI Kubang Pasu,
Kedah

Sek Menengah Agama Negeri (SMAN) Maktab Mahmud,
Alor Star Kedah
SMA Simpang Pelangai,
Pahang
SMA al-Khairiah,
Temerloh, Pahang
SMA Raja Dr
Nazrin, Kg Gajah,
Perak
SMA Kerajaan
Johor, Kluang,
Johor
SMA Batu Talam, Raub
Pahang

SWASTA SMA Bugisiah,
Benut, Johor
Hospital KPJ, Johor
Bahru, Johor
Maahad Darul Anwar,
Kota Bharu, Kelantan
Maahad Tahfiz
Jugra, Banting,
Selangor
Maahad Tahfiz
Klang, Selangor
SM Agama
Integrasi Subang
Jaya, Selangor
Sek Sri Seremban, NS

Sek Kebangsaan
(SK)
SK Serting Hilir 2,
NS
SK Budu, Jerantut,
Pahang
KAP Ujong Pasir,
Seremban, NS
SK Taman Tasik
Jaya, Seremban,
NS
SK Rompin, NS SK Jempol, NS SK Convent, Johor
Bahru, Johor.

Institut Pendidikan
Tinggi /DEWASA
IPG Kota Bharu,
Kelantan
Masjid Negeri,
Seremban, NS
Akademi Islam, UM, K
Lumpur
Kolej Islam Darul
Ridwan, K Kangsar,
Perak
IPG Raja
Melewar,
Seremban, NS
OUM, Seremban,
NS
Kolej Darul hikmah,
Bangi, Selangor

You might also like