You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KOK PASIR

TAJUK CERITA : BURUNG HANTU & BELALANG





Tidak lama dahulu, tinggal seekor burung hantu di sebuah hutan. Dia membina rumahnya
disebatang pokok. Dia tinggal di dalam sebuah lubang dibatang pokok itu. Burung hantu itu suka
tidur di dalam lubang itu.

Pada suatu pagi, hutan itu dibasahi salji yang turun sepanjang malam. Semua haiwan
dihutan itu tidak keluar dari tempat tinggal masing-masing. Haiwan-haiwan yang tidak mempunyai
tempat tinggal menggigil dalam kesejukan. Manakala, burung hantu pula tidur lena didalam lubnag
pokok. Seekor belalang dihutan itu tidak bersetuju dengan idea duduk didalam rumah. Dia mula
merayau di hutan itu. Sungguh membosankan! Elok saya keluar mencari makanan kata belalang
itu. Belalang itu berasa sungguh kagum melihat salji yang terlekat pada batu dan pokok. Wah,
cantiknya pemandangan disini!. Teriak belalang sambil berterbangan dan menyanyi dengan
gembira. Aduhai cantiknya alam. Hidup aku senang, nyanyi belalang itu. Dia menyanyi dengan
kuat sambil menggerakkan kaki dan badannya. Seekor tupai dan burung kakaktua yang terdengar
akan nyanyian belalang itu berasa kurang senang. Mereka keluar dari rumah masing-masing lalu
menjerit, Wahai belalang ini bukan masa untuk kamu menyanyi. Pulang ke rumah kamu. Tetapi
belalang itu tidak mempedulikan nasihat mereka. Dia terus menyanyi sambil menghentak kaki.
Bagaimana serangga kecil ini dapat menahan sejuk? Sungguh mengkagumkan, kata burung
kakaktua.

Dua ekor tupai yang keluar dari lubang pokok mengarahkan belalang itu supaya tida berbuat
bising. Janganlah mengganggu orang lain. Pulanglah kerumah kamu dan berehat, kata tupai-tupai
itu. Berehat? Cuaca yang sejuk begini tidak seharusnya disia-siakan dengan berehat dirumah,
jawab belalang itu. Kamu boleh buat sesuka hati kamu, tetapi jangan mengganggu orang lain,
nasihat burung gagak. Belalang pun terus terbang kebahagian atas pokok, dimana burung hantu
sedang berehat. Ohla..la..la..la.. nyanyi belalang itu. Sungguh nyaman udara dihutan ini, kata
belalang sambil menyanyi dengan riang.

Burung hantu yang terdengar suara belalang bangun terkejut. Bunyi apa itu? Siapakah yang
berani mengganggu tidur saya? teriaknya dengan kuat. Burung hantu menjenguk dari lubangnya.
Dia ternampak belalang itu duduk di sebatang dahan. Manakala, tupai-tupai yang berda dibawah
pokok itu marah kepada belalang kerana mengganggu orang lain. Burung hantu yang memahami
keadaan disitu menjerit, serangga pengacau elok kamu berhenti menyanyi! tetapi, belalang tidak
mempedulikan burung hantu itu. Pergi dari sini! Kamu mengganggu kami semua! teriak burung
hantu. Wahai burung hantu, jangan menyalahkan saya. Saya cuma nak berseronok, barangkali
kamu semua dengki dengan saya kerana kamu tidak boleh menyanyo seperti saya, jawab belalang.
Burung hantu yang hilang sabar itu terus menangkap belalang dan terus memakannya. Belalang
kehilangan nyawa kerana tidak mempedulikan nasihat orang. Burung hantu pun memeruskan
tidurnya.

Pengajarannya, kita mestilah mendengar nasihat orang dan jangan bersifat keras kepala
kerana buruk akibatnya.

You might also like