You are on page 1of 2

Siti Irana Binti Ali

D20052023836,
Pendidikan Sains Sukan,
Blok 1-1-4 Kolej Harun Aminurrashid,
35900 Tanjong Malim,
Perak
_________________________________________________________________________
Pn. Nor Hayati bt. Aziz
Pengurus Asrama, Unit Perumahan Pelajar,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan. 22 APRIL 2010

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK TINGGAL BERSAMA DAN DI RUMAH YANG SAMA
Merujuk kepada perkara di atas, saya seperti nama di atas Siti Irana Binti Ali, no matriks
D20052023836 , saya mewakili rakan- rakan ingin memohon untuk tinggal bersama di rumah
dan bilik yang sama bagi semester hadapan (Sesi 1 2010/2011). Untuk maklumat pihak tuan,
kami berjaya mendapat penempatan di Kolej Harun Aminuurahid. Berikut ialah maklumat
berkaitan kami untuk semester depan:-
Nama No.Matrik No Bilik Semester
Siti Irana binti Ali D20052023836 1 9
Haryana binti Suaini D20071030312 2 3
Siti Farhana binti Md.Yassin M20092001350 4 4
Amreet Kaur A/P Jageer Singh M20091000683 3 4
2. Untuk pengetahuan pihak tuan saya ialah pelajar yang mengalami kemalangan pada tahun
lepas iaitu pada semester 2 Sesi 2009/ 2010.Dan untuk pengetahuan pihak tuan rakan serumah
saya juga iaitu Haryana binti Suaini juga mengalami masalah kesihatan iaitu dia penghidap
penyakit saraf. Dia mendapat rawatan di hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur.jadi di sini kami
sudah ada maklumat tentang teman serumah.Tambahan lagi jika ada sebarang masalah tentang
urusan yang diuruskan pihak kebajikan kepada kami. Contohnya tentang kemudahan kenderaan
yang akan menghantar kami ke hospital. Jika saya atau dia tidak dapat menghubungi pihak
kebajikan untuk tempahan pengangkutan, maka saya atau dia akan bantu membuat permohonan
kepada Unit Kebajikan. Saya juga adalah pelajar kurang upaya. Jadii dengan keadaan saya yang
kurang upaya memang saya tidak dapat untuk berpindah ke rumah lain dan ke bilik lain.
3. Dan saya memohon sangat untuk tinggal di bilik dan rumah yang sama kerana kelemahan
anggota badan yang saya alami. Kesan kemalangan tahun lepas telah menyebabkan fizikal saya
lemah yang teramat sangat di bahagian kiri.Pergerakan hanya mampu saya lakukan pada anggota
badan sebelah kanan tetapi bahagian badan kiri saya tidak dapat digerakkan seperti bahagian
kanan. Saya mengalami ketidakupayaan untuk melakukan kerja- kerja seperti mengangkat
barang- barang berat dan bergerak banyak. Sedangkan bangun dari berbaring di katil pun saya
pernah jatuh. Ini pula nak berpindah- pindah. Memang saya tidak mampu untuk melakukannya.
4. Di dalam surat ini juga saya lampirkan salinan laporan kesihatan saya yang doktor dan
jurupulih beri. Laporan kesihatan ini menyatakan keadaan saya serba sedikit apa yang saya
alami. Saya benar- benar berharap dapat tinggal di bilik dan rumah yang sama bersama- sama
teman serumah yang sama untuk semester depan iaitu Semester 1 Sesi 2010/2011.
5. Pihak kami juga berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini kerana
kami sudah serasi tinggal bersama dan sudah tahu tentang masalah teman serumah
terutamanya masalah kesihatan dan sesi perbincangan berkaitan akademik juga mudah
dijalankan.
6. Kerjasama dari pihak Tuan kami hargai.
Sekian, terima kasih
Yang benar

( SITI IRANA BINTI ALI )
Pelajar Pendidikan Sains Sukan
D20052023836

You might also like