You are on page 1of 4

SINOPSIS

BAB III
Perkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan Puteri Kesumba
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad
Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah
perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda
Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.

BAB IV
Panembahan Agung Ditangkap
Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng
lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita
kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku
dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka
berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa
mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung
agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan
Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan
Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng
berlima.
BAB V
Opu Yang Berlima Saudara di Riau
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu
daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan
isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat iaitu apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka
berlima menjadi Yamtuan Muda. Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan
orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima
kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, yang
Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak
dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

BAB VI
Opu Yang Berlima Saudara di Kedah
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima
bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan
berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang
yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah
memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan
pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari,
rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun
begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah
peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan
berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya
dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara.

BAB VII
Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi
ijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah
seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu
pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil
dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran
dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk
mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan
agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng
Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

BAB VIII
Pemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini
menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan sambutan
yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya
serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri
Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh
penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat
dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak
Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom
Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.

BAB IX
Opu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan Mas Inderawati Menziarah Makam Panembahan Sengkauk
Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah
mangkat. Seri Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan secara besar-
besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke
Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke
Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam
Marhum Panembahan Sengkauk.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

Aspek
Komsas
Pernyataan Isi Huraian/Contoh
Peristiwa


Kepahlawanan menakluk dan
meluaskan pengaruh di negeri-
Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri
Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti
Tema negeri Tanah Melayu Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi
dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas







Persoalan
Persoalan keberanian
menegakkan keadilan
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak
kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan
Raja Sulaiman.
Persoalan perebutan takhta
kerajaan membawa kepada
peperangan
Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta
kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima
bersaudara
Persoalan bersedia memberikan
bantuan jika diperlukan
Opu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada
Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara
perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan
kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta
kerajaan
Persoalan muafakat dan
kerjasama sebelum membuat
keputusan
Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih
dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan





Nilai
Muafakat/kerjasama Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum
memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah
Keberanian Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk
mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik
oleh Raja Kecil
Tolong-menolong Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah
apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing
Menunai janji Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah
sebagai Yang Amtuan Muda di Riau






Pengajaran
Kita hendaklah gigih berani
menegakkan keadilan untuk
mengembalikan hak
Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil
kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman
Kita hendaklah membantu orang
yang memerlukan bantuan
supaya beban mereka dapat
diringankan
Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak
sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri.
Kita hendaklah bekerjasama dan
bersatu bagi mencapai matlamat
Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum
memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah
Kita hendaklah menunaikan janji
yang telah dibuat supaya orang
mempercayai kita
Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng
Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau

WATAK PERWATAKAN
Opu Daeng
Menambun
Mempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
Dilantik menjadi raja di Mempawah
Daeng
Perani
Saudara yang tertua daripada lima bersaudara
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
Daeng
Kemasi
Beristerikan anak Raja Mempawah
Dilantik menjadi raja di Sambas
Daeng
Chelak
Dilantik menjadi raja di Riau
Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng
Merewah
Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung




LATAR MASA
PERNYATAAN HURAIAN
Tujuh hari tujuh malam Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun
Hari Jumaat Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar
Lapan hari Peperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya


LATAR TEMPAT
Riau Opu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman
menyerang Siak
Siak Peperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang
Siak
Negeri Matan Tempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik
menjadi Ratu Agung Senuhun


LATAR
MASYARAKAT
Masyarakat feudal Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Masyarakat istana Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja
Masyarakat yang suka
membantu
Opu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang
memerlukan bantuan
Masyarakat yang berani Opu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh

You might also like