You are on page 1of 29

Apakah itu Dadah?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya
kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin.
Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200
juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu Inggeris, makna perkataan Drug bermaksud ubat-ubatan. Walaupun
demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu
digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah
dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak
sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi,
dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan
negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini
mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan
Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan
penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan ecstasy diambil untuk mengubah perasaan fikiran
anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
dadah yang disalahguna.
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Apa itu Opiat?
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia
dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat
1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf
tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah
kepada udara.
2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia
selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : M, White Powder, Monkey, Morpho
Morfin Mentah
Bentuk blok / serbuk
Bertanda 999
Mengandungi 70% 90% morfin
Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% 70% morfin
Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat
3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam
bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin.
Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Fit, Fun, tepung, cik putih, barang, Penang pink
4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein
digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene.
Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk
melegakan kesakitan. Kini methadonedigunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : Fizzies, Dollies
Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis
stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants (ATS) dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy methamphetamine adalah dadah yang sangat
berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (chasing the dragon)
2. Methamphetamine

Syabu / Ice
Methaphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya
berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh methaphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya
diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk chasing the dragon
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (chasing the dragon)
Nama Jalanan : Ice
3. Kokain

Serbuk Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di
Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka
Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : Coke, Crack, Snow, Flake
Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen
dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan
berbentuk granusles. Crack mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : Ecstasy, XTC
Ganja/Kanabis

Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok cannabis
sativa.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan
bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang
mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang dikeringkan dalam
bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish

Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi
ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia
menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap

Bong Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan Bong

Bong buatan sendiri menggunakan botol
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan
visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh
kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen
1. Ubat Depresen

Barbiturates
Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem
saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer
Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-5,
rohypnol dan valium.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna club
drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin
tinggi.
Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan
sahaja sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan
kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam.
Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang
keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
3. GHB

GHB
Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul.
GHB atau gamma-hydroxybutyric acid tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal
haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drugs kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh
beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : G, Grieviuos bodily Harm, Liquid Ecstasy
4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk
cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara smoked atau snorted untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna
1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat
pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan
steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan
kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan
seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu
ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum

Daun Ketum
Daun ketum atau species mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam
Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan
tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang
baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan
mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum
telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya
memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.
Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance
1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
4. Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan
dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-
ubatan berkenaan.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang
wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan
kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:
1. Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang
ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal
ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
2. Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau
mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)
Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak
dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah
untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan
bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-
merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan
hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
Daya tahan meningkat.
Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat
mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya
heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya
ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin
menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna
bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan
dadah & aktiviti penagih
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah
adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di
pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya
dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan
berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara
menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih,
pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids
dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
3. Kesan Kepada Masyarakat
Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia
dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan
dadah.
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah
yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan
jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada
golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras
rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan
dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah,
tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan
dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-
tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun
merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan,
menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa,
menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu
adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952
sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum
penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002.
Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula
selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di
kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka
didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan
sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun
dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini
akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952
Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Pindaan 1988
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki
sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh
membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani
pengawasan selama 2 tahun atau
Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun
Seksyen 3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud
menjalani ujian.
Seksyen 4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa
dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu
selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
Seksyen 5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara
3 bulan.
Seksyen 6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai
Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun
dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan
tidak lebih 3 tahun.
Seksyen 7
Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai
sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan
dibawa kehadapan Majistret.
Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
Seksyen 8
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu
kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.

Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :
Mengesan
Membeku
Merampas aset pengedar
Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
Seksyen 39(B) ADB 1952
Seksyen 6(B) ADB 1952
Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985
Akta Langkah-langkah Pencegahan khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana
kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul
maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.
Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
Tidak dibicarakan di mahkamah.
Proses Siasatan :
Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan
pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah
Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :
Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya
ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan
khayal yg sama - SUMBER
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin,
gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .
Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan
mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh
diri
Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada,
denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi.
Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah
boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.
Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan,
kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.
Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik hilang
tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.
Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang
singkat
Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara
berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg
kekal.
Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya
adalah
1. Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox
5. Ubat Nyamuk
6. Abu tulang manusia yg dibakar
Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak menggunakan dapur & asap yang
keluar disedut.
Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan
berasa cergas lebih kurang 6 jam.
Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat
secara mendadak.
Kesan Pil kuda :
1. Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik
2. Halusinasi lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
4. Meth mouth kerosakan pada gigi
5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
6. Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar
Dadah Menurut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada
arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan
kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda
yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu
memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan
masyarakat.

You might also like