You are on page 1of 5

SEJARAH PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH DI DUNIA

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu
organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang
mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.
Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang
antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC International Committee of the Red
Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di
bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan
kehormatan mangsa perang.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada
tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang
besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant
(1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera
Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera
dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa
yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan
dan pengalamannya A Memory of Solferino telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua
ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah
menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.



SEJARAH RINGKAS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan
pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan
Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak
cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali
sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat
pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli
badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru
yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan
Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.






PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH
1. Kemanusiaan
Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan kesihatan,
serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan,
kerjasama dan kedamaian yang kekal antara manusia.
2. Kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik dalam kegiatannya.
Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan mengutamakan bantuan.
3. Keberkecualian
Untuk mempertahankan kepercayaan yang terletak padanya. Persatuan tidak menyebelahi
mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,
perkauman, agama atau ideologi.
4. Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang negaranya. Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala
tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
5. Khidmat Sukarela
Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
6. Ketunggalan
Hanya ada satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah
negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh
negara.
7. Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua persatuan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama iaitu
membantu satu sama lain.
LAMBANG BULAN SABIT MERAH

Pada mulanya, Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan
penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari diserang ketika
peperangan. Jadi Dr Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih selalunya
bermaksud perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General Henry Duffor
mrencadangkan palang merah ditambah pada kain putih.
Lambang Bulan Sabit Merah ini berasal dari lambang palang merah. Negara-negara Islam
tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan agama Kristian. Apabila perang
Rusia-Turki tercetus, negara Turki enggan mengiktiraf lammbang palang merah . Sebaliknya
menggunakan bulan sabit merah dan kebetulan bulan sabit merah sama dengan bendera Turki.
Ramai negara Islam mengikut langkah Turki. Mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah tidak setuju tindakan Turki ini dan mendakwa lambang palang merah tidak ada kaitan
dengan agama Kristian. Akhirnya 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf
lambang Bulan Sabit Merah.







IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bahawasanya kami, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, berikrar akan, taat setia
kepada, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di-Pertuan Agong, serta
permerintah-pemerintah, di negeri kami, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh, pada perlembagaan, dan undang-undang,
serta arahan persatuan, walau dimana kami berada
Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi, khidmat sukarela, kepada yang sakit, dan
menderita, diwaktu aman, atau bencana, berdasarkan kepada, prinsip-prinsip Bulan Sabit
Merah seperti berikut :
Kemanusiaan
Kesaksamaan
Keberkecualian
Kebebasan
Khidmat Sukarela
Ketunggalan
Kesejagatan

You might also like