You are on page 1of 2

PENGENALAN

Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata
perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap maklumat
dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang
dipelajari.
Kemahiran membaca merupakan satu komponen yang amat penting.
Teks bacaan merupakan bahan pengajaran yang utama. Melalui aktiviti
membaca teks, murid-murid menguasai lebih banyak perbendaharaan kata atau
kosa kata yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi secara lisan atau
bertulis.
Murid-murid juga sering menghadapi masalah untuk memahami artikel
yang dibaca kerana kurang memahami kosa kata yang terdapat dalam artikel
tersebut. Masalah ini mungkin berpunca daripada masalah murid yang kurang
membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.
Murid-murid hanya membaca tetapi tidak memahami ayat yang dibaca kerana
tidak memahami maksud kosa kata.
Pengkaji mendapati masalah ini perlu diatasi dengan menjadikan kamus sebagai teman murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

You might also like