You are on page 1of 22

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1

15Mac2012



























STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TINGKATAN 1

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

2








FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

3




PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina
sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

4



TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

5



KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

6

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJ I
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.



DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

7



MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.



OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

8



BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.
2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan
dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.
3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik
dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
4
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil
kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.
5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka
melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, mematuhi prosedur serta dapat
membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping
mengamalkan nilai baik
6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan
kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam,
warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.







DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

9


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1
Tahu


B1
Mengenali dan mengetahui
unsur seni dan prinsip rekaan
dalam Asas Seni Reka.



B1D1
Tahu dan kenal unsur seni dalam
Asas Seni Reka







B1D2
Tahu dan kenal prinsip rekaan dalam
Asas Seni Reka




B1D1E1
Mengenalpasti unsur seni
garisan
rupa
bentuk
jalinan
ruang
warna


B1D2E1
Mengenalpasti prinsip rekaan
Kontra
Harmoni
Penegasan
Imbangan
Irama dan pergerakan
Kepelbagaian
Kesatuan




DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

10


BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2
Tahu dan
Faham

B2
Mengetahui dan memahami
tentang unsur seni dan prinsip
rekaan dalam Asas Seni Reka
melalui pengamatan dan
pemerhatian terhadap sumber
alam, benda buatan manusia dan
hasil seni visual.

B2D1
Tahu dan faham tentang kewujudan
unsur seni pada sumber alam, objek
buatan manusia dan hasil seni visual











B2D2
Tahu dan faham tentang kewujudan
prinsip rekaan pada sumber alam,
objek buatan manusia dan hasil seni
visual













B2D1E1
Mengelaskan unsur seni, garisan, rupa, bentuk,
jalinan, ruang dan warna pada sumber alam

B2D1E2
Mengelaskan unsur seni garisan, rupa, bentuk,
jalinan, ruang dan warna pada objek buatan
manusia

B2D1E3
Mengelaskan unsur seni garisan, rupa, bentuk,
jalinan, ruang dan warna pada hasil seni visual



B2D2E1
Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama dan pergerakan,
kepelbagaian dan kesatuan pada sumber alam

B2D2E2
Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama dan pergerakan,
kepelbagaian serta kesatuan pada objek buatan
manusia

B2D2E3
Mengelaskan prinsip rekaan harmoni, kontra,
penegasan, imbangan, irama dan pergerakan,
kepelbagaian serta kesatuan pada hasil seni
visual


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat








B3
Mengetahui, memahami dan
meneroka Asas Seni Reka
menerusi penerokaan pelbagai
media dan teknik dalam
penghasilan Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional.

B3D1
Tahu, faham dan membuat aplikasi
Asas Seni Reka dalam penghasilan
karya Seni Halus, Komunikasi Visual
dan Kraf Tradisional menerusi
penerokaan pelbagai media dan
teknik




















B3D1E1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
lukisan melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik

B3D1E2
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
catan melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik

B3D1E3
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
arca melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik

B3D1E4
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
cetakan melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik

B3D1E5
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
tipografi pada reka bentuk poster atau seni reka
tanda melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik

B3D1E6
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
tembikar melalui penerokaan pelbagai media dan
teknik




DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

12



B3D1E7
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan
anyaman melalui penerokaan dan eksperimentasi
pelbagai media dan teknik


B3D2
Tahu, faham dan boleh menghasilkan
karya seni visual menerusi
penerokaan proses, alat, media dan
teknik .

B3D2E1
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan lukisan

B3D2E2
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan catan

B3D2E3
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan arca

B3D2E4
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan cetakan

B3D2E5
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan poster atau
seni reka tanda

B3D2E6
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, media dan teknik penghasilan tembikar

B3D2E7
Menghasilkan karya menerusi penerokaan
proses, alat, media dan teknik penghasilan
anyaman


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat Dengan
Beradab


B4
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
melalui penggunaan media yang
sesuai dan teknik yang betul
serta dapat menerangkan tentang
hasil kerja sendiri, di samping
mengamalkan nilai baik.
























B4D1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam
penghasilan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional.





























B4D1E1
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka berdasarkan lakaran idea dengan
memberi perhatian kepada kadar banding, hubung
kait kedudukan objek, perspektif, satah dan
imbangan

B4D1E2
Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka berdasarkan lakaran idea dengan
memberi perhatian kepada kadar banding, hubung
kait kedudukan objek, perspektif, satah dan
imbangan

B4D1E3
Menghasilkan arca dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka berdasarkan lakaran idea dengan
memberi perhatian kepada kadar banding, hubung
kait kedudukan objek, ruang dan imbangan

B4D1E4
Menghasilkan cetakan dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka berdasarkan lakaran idea dengan
memberi perhatian kepada disiplin cetakan

B4D1E5
Menghasilkan reka bentuk poster atau senireka
tanda dengan mengaplikasi Asas Seni Reka
berdasarkan lakaran idea dengan memberi
perhatian kepada olahan tipografi, reka letak dan
gubahan warna



DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

14



























B4D2
Memilih dan menggunakan media
yang sesuai dan teknik yang betul






















B4D1E6
Menghasilkan tembikar dengan mengaplikasi
Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea
dengan memberi perhatian kepada motif, bentuk
dan ragam hias

B4D1E7
Menghasilkan anyaman dengan mengaplikasi
Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea
dengan memberi perhatian kepada motif, bentuk
dan ragam hias

B4D2E1
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan lukisan

B4D2E2
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan catan

B4D2E3
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan arca

B4D2E4
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan cetakan

B4D2E5
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan poster
atau seni reka tanda

B4D2E6
Meneroka dan menggunakan media yang sesuai
dan teknik yang betul dalam penghasilan tembikar

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

15







B4D3
Membuat apreasiasi terhadap karya
sendiri


B4D4
Mengamalkan nilai kendiri yang baik
semasa menjalankan aktiviti



B4D2E7
Menggunakan media yang sesuai dan teknik yang
betul dalam penghasilan anyaman



B4D3E1
Mempamerkan hasil kerja yang dihasilkan



B4D4E1
Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa
menghasilkan lukisan, catan, arca, cetakan,
poster dan seni reka tanda, kraf tembikar dan
anyaman seperti bertanggungjawab, berdisiplin
dan yakin diri














DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Terpuji

B5
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional dengan mengaplikasi
Asas Seni Reka melalui
penggunaan media yang sesuai
dan teknik yang betul dan kreatif,
mematuhi prosedur serta dapat
membuat apresiasi terhadap hasil
kerja sendiri dengan
menggunakan istilah seni visual
di samping mengamalkan nilai
baik

B5D1
Mengaplikasikan asas seni reka
dengan betul dan kreatif dalam karya
Seni Halus, Komunikasi Visual dan
Kraf Tradisional.





























B5D1E1
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka dengan betul dan kreatif menerusi
lakaran idea dengan memberi perhatian kepada
kadar banding, hubung kait kedudukan objek,
perspektif, satah dan imbangan

B5D1E2
Menghasilkan catan yang menarik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dengan betul dan
kreatif menerusi lakaran idea dengan memberi
perhatian kepada kadar banding, hubung kait
kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan

B5D1E3
Menghasilkan arca yang menarik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dengan betul dan
kreatif menerusi lakaran idea dengan memberi
perhatian kepada kadar banding, hubung kait
kedudukan objek, ruang dan imbangan

B5D1E4
Menghasilkan cetakan yang menarik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dengan betul dan
kreatif menerusi lakaran idea

B5D1E5
Menghasilkan reka bentuk poster atau senireka
tanda yang menarik dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka dengan betul dan kreatif berdasarkan
lakaran idea dengan memberi perhatian kepada
olahan tipografi, reka letak dan gubahan warna


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

17














B5D2
Mempelbagaikan dan memanipulasi
penggunaan media dan teknik serta
mematuhi proses dengan betul dan
kreatif



















B5D1E6
Menghasilkan tembikar yang menarik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dengan betul dan
kreatif berdasarkan lakaran idea dengan memberi
perhatian kepada motif, bentuk dan ragam hias

B5D1E7
Menghasilkan anyaman yang menarik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dengan betul dan
kreatif berdasarkan lakaran idea dengan memberi
perhatian kepada motif, bentuk dan ragam hias


B5D2E1
Menghasilkan lukisan yang menarik dengan
penggunaan media dan teknik serta mematuhi
proses dengan betul dan kreatif

B5D2E2
Menghasilkan catan yang menarik dengan
penggunaan media dan teknik serta mematuhi
proses dengan betul dan kreatif

B5D2E3
Menghasilkan arca asemblaj, stabail dan mobail
yang menarik dengan penggunaan media dan
teknik serta mematuhi proses dengan betul dan
kreatif

B5D2E4
Menghasilkan cetakan timbulan, stensil dan
monoprint yang menarik dengan penggunaan
media dan teknik serta mematuhi proses dengan
betul dan kreatif



DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

18


















B5D3
Mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji semasa menjalankan aktiviti








B5D4
Membuat apresiasi terhadap hasil
kerja sendiri dengan menggunakan
bahasa seni




B5D2E5
Menghasilkan poster atau senireka tanda yang
menarik dengan penggunaan media dan teknik
serta mematuhi proses dengan betul dan kreatif

B5D2E6
Menghasilkan tembikar yang menarik dengan
penggunaan media dan teknik serta mematuhi
proses dengan betul dan kreatif

B5D2E7
Menghasilkan anyaman yang menarik dengan
penggunaan media dan teknik serta mematuhi
proses dengan betul dan kreatif



B5D3E1
Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa
menjalankan aktiviti penghasilan seni visual
seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin
diri

B5D3E2
Menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalam
proses penerokaan idea dan penghasilan karya


B5D4E1
Mempamer dan memperihalkan hasil kerja sendiri
dengan menggunakan bahasa seni yang betul






DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

19

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Adab Mithali

B6
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisonal dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka
dan mempunyai elemen nilai
tambah melalui penggunaan
media yang sesuai dan teknik
yang betul dan kreatif, serta
dapat membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dengan
menghubungkaitkan sumber
alam, warisan seni visual tanah
air dan luar negara, di samping
mengamalkan nilai baik..


B6D1
Menghasilkan karya Seni Halus,
Komunikasi Visual dan Kraf
Tradisional yang unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka dan
mempunyai elemen nilai tambah























B6D1E1
Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
idea dan proses dengan memberi perhatian
kepada kadar banding, hubung kait kedudukan
objek, perspektif, satah dan imbangan

B6D1E2
Menghasilkan catan yang kreatif dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi idea dan
proses dengan memberi perhatian kepada kadar
banding, hubung kait kedudukan objek, perspektif,
satah dan imbangan

B6D1E3
Menghasilkan arca yang kreatif dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi idea dan
proses dengan memberi perhatian kepada kadar
banding, hubung kait kedudukan objek, ruang dan
imbangan

B6D1E4
Menghasilkan cetakan yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
idea dan proses dengan memberi perhatian
kepada disiplin cetakan


DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

20




















B6D2
Menggunakan dan memanipulasi
pelbagai media dan teknik secara
betul dan kreatif serta mematuhi
proses yang betul dan tepat secara
manual dan berbantukan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.










B6D1E5
Menghasilkan rekaan poster atau senireka tanda
yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas
Seni Reka, menerusi idea dan proses dengan
memberi perhatian kepada gubahan tipografi, reka
letak, gubahan warna dan imbangan

B6D1E6
Menghasilkan kraf tembikar yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
idea dan proses dengan memberi perhatian
kepada motif, bentuk dan ragam hias

B6D1E6
Menghasilkan kraf anyaman yang kreatif dan
unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka,
menerusi idea dan proses dengan memberi
perhatian kepada motif, bentuk dan ragam hias


B6D2E1
Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
penggunaan media dan teknik mengikut urutan
yang betul dan kreatif

B6D2E2
Menghasilkan catan yang kreatif dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
penggunaan media dan teknik mengikut urutan
yang betul dan kreatif

B6D2E3
Menghasilkan arca yang kreatif dan unik dengan
mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
penggunaan media dan teknik mengikut urutan
yang betul dan kreatif

DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

21





























B6D3
Membuat apresiasi terhadap hasil
kerja sendiri dan hasil kerja rakan






B6D2E4
Menghasilkan cetakan yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
penggunaan media dan teknik mengikut urutan
yang betul dan kreatif

B6D2E5
Menghasilkan poster atau senireka tanda yang
kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni
Reka, menerusi penggunaan media dan teknik
mengikut urutan yang betul dan kreatif, secara
manual dan berbantukan ICT


B6D2E6
Mereka cipta karya kraf tembikar yang kreatif dan
unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka,
menerusi penggunaan media dan teknik mengikut
urutan yang betul dan kreatif.

B6D2E7
Mereka cipta kraf anyaman yang kreatif dan unik
dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, menerusi
penggunaan media dan teknik mengikut urutan
yang betul dan kreatif.



B6D3E1
Mempamerkan dan membuat apresiasi terhadap
hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan
menggunakan bahasa seni yang betul dan tepat





DSPPendidikanSeniVisualTingkatan1
15Mac2012

22
B6D4
Memahami dan menghargai hasil
kerja sendiri, sumber alam, warisan
seni budaya, seni visual tanah air dan
luar negara


B6D5
Membudayakan nilai kendiri terpuji
yang boleh dicontohi semasa
menjalankan aktiviti

B6D4E1
Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri yang
mempunyai hubung kait dengan sumber alam,
warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar
negara.


B6D5E1
Mengamal nilai baik semasa menjalankan aktiviti
seperti bertanggungjawab,berdisiplin dan yakin diri
dan menjadi contoh yang baik kepada rakan
sebaya

B6D5E2
Menjadi pembimbing rakan sebaya sewaktu
menjalankan aktiviti

B6D5E3
Membuat pertimbangan yang sewajarya apabila
berhadapan dengan pelbagai situasi

You might also like