You are on page 1of 6

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

WARNA :
Objektif Kognitif : i. Menyatakan wujudnya pelbagai warna dalam alam dan objek buatan manusia. ii. Menyatakan dan membezakan jenis-jenis warna : primer, sekunder, tertier. iii. Mengenalpasti campuran warna yang betul untuk warna sekunder dan tertier.

Nota ringkas
1. Warna merupakan pigmen pewarna kimia yang bertindakbalas pada sesuatu permukaan untuk menghasilkan imej tertentu. 2. Warna mempengaruhi suasana pada objek alam semula jadi, dan buatan manusia. 3. Kebiasaanya, kanak-kanak antara golongan paling mudah terpengaruh dengan warna. 4. Terdapat 3 jenis warna: warna primer (utama), warna sekunder, warna tertier. A. Warna Primer atau warna utama : Warna : merah, biru, kuning. Merupakan warna yang tidak boleh dihasilkan dengan mana-mana campuran warna. Warna ini juga menjadi warna asas untuk penghasilan pelbagai jenis warna lain. Ia mempunyai impak paling tinggi dalam penghasilan seni visual.

B. Warna sekunder : Warna : Jingga, hijau, ungu. Dihasilkan daripada campuran 2 warna asas. Mempunyai impak sederhana tinggi dalam penghasilan seni visual. Jingga : Merah + Kuning Hijau Ungu : Kuning + Biru : Biru + Merah
Roda warna

C. Warna tertier : -

Dihasilkan daripada campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder yang bersebelahan dengannya dalam roda warna.

Mempunyai impak yang agak rendah dalam penghasilan seni visual. Biru + Ungu Biru + Hijau = Biru Ungu = Biru Hijau

Merah + Jingga = Merah Jingga Merah + Ungu Kuning + Hijau = Merah Unggu = Kuning Hijau

Kuning + Jingga = Kuning Jingga

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Kognitif : i. Membezakan antara warna-warna panas dan sejuk Objektif Afektif

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

: i. Menyatakan kepentingan suhu warna pada hasil karya seni, objek alam dan objek buatan manusia. ii. Mengenalpasti kepentingan warna panas dan sejuk dari aspek kaitan dengan alam, suasana, perasaan dan tema bersesuaian menggunakan warna panas dan sejuk.

Nota ringkas

5. Suhu Warna Merupakan kesan pancaran cahaya panas atau cahaya sejuk. Terdiri daripada 2 jenis : warna panas , warna sejuk. Warna panas : Warna yang mempunyai kehebatan warna yang tinggi dan kesan terang. Berkaitan objek-objek yang memancarkan cahaya dan tenaga; matahari, api. Menimbulkan suasana bertenaga, cahaya terang, panas, garang, dekat, dll. Menunjukkan perasaan gembira, bersemangat, bertenaga, cemas, huru-hara, marah. Sesuai bagi menghasilkan karya yang bertemakan : peperangan, pertandingan, perayaan, kemeriahan, dll. Warna sejuk : Mempunyai kehebatan warna yang rendah dan kesan redup, selesa dan tenang. Berkaitan objek-objek alam seperti laut, air, langit, gunung dll. Menimbulkan suasana kesegaran, kelembutan, dan kedamaian. Menunjukkan perasaan tenang, aman, dingin, jauh, sedih dan sunyi. Sesuai digunakan bagi menghasilkan karya yang bertemakan alam sekitar seperti lautan, langit, hutan rimba, karya bertemakan kedamaian, dll.

Warna panas Warna sejuk

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Psikomotor : i. Mewarnakan roda warna mengikut contoh guru.

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

Latihan 1 : Berdasarkan contoh roda warna yang ditunjukkan guru, warnakan roda warna di bawah dengan warna yang sesuai.

RODA WARNA

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Psikomotor : i. Melabel jenis warna dengan betul. ii. Mewarnakan kotak mengikut warna yang betul.

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

Latihan 2 : Labelkan jenis-jenis warna ini dengan warna yang sesuai. Kemudian, warnakan kotak di bawah dengan warna-warna mengikut labelnya.

Warna Utama / Primer

Merah

Ungu
Warna Sekunder

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Psikomotor : i. Melabel jenis warna dengan betul. ii. Mewarnakan kotak mengikut warna yang betul.

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

Latihan 3 : Lengkapkan jadual di bawah dengan warna-warna utama, sekunder dan tertier yang bersesuaian. Kemudian, warnakan kotak-kotak di bawah dengan warna yang sepadan.

Warna Utama

Warna Sekunder

Warna Tertier

+
Ungu

=
Merah Ungu

=
Merah Jingga

=
Biru Ungu

Biru

+
Hijau

+
Jingga

+
Kuning

=
Kuning Hijau

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1


Objektif Kognitif : i. Membanding beza pernyataan untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Unsur Seni : Warna Instrumen B1D1E1

Latihan 4 : Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah. 1. 2. 3. 4. 5. Warna sejuk sesuai untuk menghasilkan karya bertemakan alam sekitar. Nilai kehebatan pada warna kuning lebih rendah dari warna biru. Semangat yang membara sesuai ditonjolkan dengan warna merah. Warna yang sesuai untuk menonjolkan kesan tenang pada bilik tidur ialah warna kuning. Untuk menambahkan emosi kesedihan dalam catannya, Raziq menggunakan warna jingga. ( ( ( ( ( ) ) ) ) )

You might also like