You are on page 1of 8

Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.

html

10 ISU PANAS DUNIA PENDIDIKAN MALAYSIA 2013
Sesi persekolahan bagi tahun 2013 dah lama melabuhkan tirainya. Banyak
kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya
kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya
akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih baik,
inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan isu-isu
yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2013 ini. Semoga yang baik,
kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!




Isu Ibubapa vs Cikgu
Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran
kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak
murid. Maka ramai lah yangrespon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa
mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej
tersebut daripada ibubapa?



Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K
Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah
meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam
komen juga keluar dari pelbagai pihak.

Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam
jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media
massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik
persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula.
Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara
kepada pihak sekolah!

Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html



Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak
menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi
mengenai isu ini. Kesian cikgu. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang
CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan
CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.



Isu Cikgu
Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai
seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih,
tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali
lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannya anak tersebut
ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen
lebih-lebih.

Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam
menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang
pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa
orang guru di Kelantan danKedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama
dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-
Muhammady, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr
Awang Had Salleh. Semoga Allah merahmati mereka semua!






Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html



Isu Buli
Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar
yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK
Tun Hussein Onnsehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak.



Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga
menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius.
Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap
sifar!



Isu Cikgu Berpolitik
Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir
sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit
melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu
Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis
dan KPM sendiri.

Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html




Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum
pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman
politik. Musim politik, sila jaga diri yer..



Isu Cikgu Perkauman
Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih.
Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi
melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang
sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di
PPD sementara menunggu siasatan.


Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua
semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya
melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar.
Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun
satu hal..
Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html





Isu PPPM
Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik
Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan
dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak.
Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang
dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pula tegas
dengan kenyataan akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada
bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya.





Isu PBS
Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini.
Sampai ada yang buat luahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat
PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih
kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen.
Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi
dibaikpulih selama sebulan.

Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam
memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan
dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya
dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia.



Isu Profesionalisma Guru
2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem e- dalam dunia
pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu
belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula
kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai
bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris
menerjah dunia blog.

Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga
memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di
peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk
Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html

sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan
jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu
berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat
mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan.



Isu Peperiksaan
Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan PMR dan
digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear
sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak
menjejaskan pendidikan generasi akan datang.

Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih
mengenai seoranganak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah
kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang
berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang
menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.



Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengan kisah sedih mengenai
kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini
mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM
pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut.

Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor.
Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html

Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih.
Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing.
Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu
soalan bocor. Selesai!



Isu Pertukaran Guru
Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang
dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu
utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri
mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah
berkahwin.

Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru
semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba
dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil
membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan
duit oleh orang tengah.


Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada
kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang
boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru,
iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam
permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang
gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)

Sumber daripada : http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html


Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua
guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih
perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan
dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa.
Amin!

You might also like