You are on page 1of 4

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada tahun 1983
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah
sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Melaluinya, kurikulum
matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik
Moden.Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam perlaksanaan KBSR ini,
antaranya ialah penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga
sebagai medium perpaduan. KBSR juga menekankan penguasaan terhadap
kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). KBSR boleh dibahagikan kepada
tiga bidang, iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan persekitaran dan
bidang perkembangan individu. Bidang komunikasi terdiri daripada matapelajaran
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan juga
Matematik. Manakala dalam bidang kemanusiaan dan persekitaran, matapelajaran
yang mewakili bidang ini ialah Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Bidang yang
ketiga iaitu perkembangan individu terdiri daripada matapelajaran Muzik, Pendidikan
Seni dan Pendidikan Jasmani. Secara keseluruhannya, matlamat pelaksanaan
KBSR adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh.

Pengurusan Bilik Darjah KBSR
Pada tahun 1982, bilik darjah KBSR mula cuba digunakan di beberapa buah
sekolah rendah. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara bilik darjah
tradisi dan bilik darjah KBSR. Antaranya ialah:-
Susunan kerusi dan meja adalah dalam bentuk kumpulan.
Penglibatan murid secara aktif
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
Pelaksanaan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.



Pengujian dan penilaian dalam KBSR
. Aspek penilaian dalam KBSR menekankan penguasaan tiga kemahiran iaitu
kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Melalui kurikulum ini,
kenaikan darjah akan dilakukan secara automatik manakala murid yang lemah akan
mendapat peluang untuk mengulang melalui kelas pemulihan. Dalam KBSR, bentuk
penilaian yang dilakukan oleh guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian
formatif bermaksud penilaian yang dijalankan secara berterusan manakala penilaian
sumatif ialai penilaian di akhir sesuatu matapelajaran.

Kelemahan KBSR
Antara kelemahan KBSR yang telah dikenalpasti ialah pelaksanaan prinsip
KBSR yang tidak berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
menyebabkan kemahiran dan nilai yang disasarkan tidak dapat dicapai dengan
sepenuhnya dalam bilik darjah. Antara faktor yang membawa kepada masalah ini
fokus yang banyak ke arah untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan.
Disebabkan itu, proses P&P dalam bilik darjah dilakukan semata-mata unruk
menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan bukan dengan tujuan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan bar, kemahiran dan nilai.













Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula digunakan di seluruh
Malaysia sejak tahun 2011. Bentuk kurikulum transformasi ini digubal dengan tujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang emempunyai pemikiran yang kreatif,
kritis dan berinovasi. KSSR digubal dengan berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan juga dengan mengekalkan prinsip-prinsip KBSR.
Prinsip-prinsip KBSR adalah seperti pendektan bersepadu, perkembangan individu
secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. Penambahbaikan dalam KSSR dilakukan kepada
reka bentuk organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
Terdapat 6 tunjang dalam KSSR ini, iaitu komunikasi, kerohanian,
kemanusiaan, keterampilan diri,perkembangan fizikal dan estetika dan juga tunjang
sains dan teknologi. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul
utama, iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Selain itu,
terdapat tiga elemen baru yang ditambah dalam kurikulum transformasi ini. Elemen-
elemen tersebut ialah Kemahiran Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Keusahawanan dan Kreativiti dan Inovasi. Dari aspek organisasi KSSR pula,
kurikulum transformaso ini digubala berasaskan kepada standard kandungan dan
standar pembelajaran. Standard kandungan bermakna pernyataan spesifik
mengenai perkara yang perlu murid ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan yang merangkumi aspek nilai dan kemahiran. Manakala standard
pembelajaran pula bermakna penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.






Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas
Dalam kurikulum transformasi ini, penekanan diberikan kepada penggunaan
pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid. Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan dalam KSSR ialah hands-on-learning, pembelajaran melalui bermain,
inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran masteri.
Kaedah P&P dalam KSSR juga memerlukan gutu untuk memberikan fokus utama
kepada strategi pembelajaran yang berpusatkan murid di mana tunjang-tunjang
utama bestari adalah seperti pembelajaran akses kendiri, pembelajaran kadar
kendiri dan pembelajaran terarah kendiri. Pembelajaran akses kendiri memberi
peluang kepada murid untuk belajar mengikut kemampuan dan keperluan mereka.
Pembelajaran kadar kendiri pula bermaksud proses di mana murid akan diberi
tanggungjawab untuk mengawal kadae kemajuan pembelajaran mereka melalui
modul pembelajaran berperingkat. Setelah menguasai sesuatu modul tertentu, murid
akan terus ke tahap atau topik yang lain. Pembelajaran terarah kendiri pula
bertujuan untuk mendidik murid untuk berdikari.

You might also like