You are on page 1of 42

018/028/038 SAINS

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010


FORMAT KERTAS SOALAN:
Kertas soalan terbahagi kepada dua, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Masa
keseluruhan yang diperuntukkan bagi menjawab ialah 1 jam 15 minit (75 minit) .
Bahagian A terdiri daripada 30 item aneka pilihan dengan 4 pilihan jawapan. Masa
yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 45 minit.
Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berdasarkan Kemahiran Proses Sains (KPS).
Masa yang dicadangkan untuk menjawab Bahagian ini adalah 30 minit. Calon
dikehendaki menjawab setiap soalan di ruang-ruang yang disediakan di dalam kertas
soalan itu sendiri, mengikut sub-soalan.
PRESTASI KESELURUHAN:
Sebahagian besar calon cemerlang menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam
aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala
calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan-soalan aras
pengetahuan dan kefahaman sahaja.
Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang. Mereka mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang
sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan respon yang
menepati kehendak soalan. Ini menunjukkan lebih ramai calon telah menguasai
Kemahiran Proses Sains yang diuji di Bahagian B.
Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran
Proses Sains yang ditaksir di bahagian B. Calon sederhana menghadapi masalah
memberikan respon yang baik dalam soalan-soalan inferens, pemerhatian,
hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula menghadapi masalah
dalam kebanyakan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka
hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan-soalan pembolehubah dan corak
sahaja.
Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON:
Calon Dalam Kumpulan Tinggi:
Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab soalan menepati kehendak soalan.
Persembahan jawapan baik dengan penggunaan istilah, kosa kata dan nahu
(grammar) yang betul yang dapat membezakan tugasan soalan dengan jelas.
Daripada aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir,
sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasai dengan baik.
Selain itu, sebahagian besar calon juga mempunyai pengetahuan, kefahaman dan
kebolehan mengaplikasi dengan baik terhadap konsep/prinsip sains yang dipelajari.
Sebahagian besar calon juga dapat menjawab dengan menepati kehendak soalan.
Contoh:
Hanya sebahagian kecil calon yang masih belum menguasai kefahaman yang
mendalam tentang beberapa konsep/prinsip asas sains seperti faktor-faktor yang
menyebabkan persaingan dalam situasi yang diwujudkan dalam penyiasatan yang
dibuat.
Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Calon Dalam Kumpulan Sederhana:
Mutu jawapan calon dalam kelompok ini masih baik, mudah difahami dan menepati
tugasan. Calon telah menguasai pengetahuan dengan baik terhadap beberapa
konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang ditaksir. Kehilangan
markah disebabkan calon tidak memahami tugasan soalan dengan tepat.
Contoh:
Calon sepatutnya memberikan jawapan kerana bulan di tutup awan bukan kerana
pada waktu itu ayam belum berkokok.
Calon dalam kumpulan ini masih menguasai pengetahuan asas tentang beberapa
konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang ditaksir, tetapi tahap
penguasaan dari aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Kebanyakkan calon
boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana.
Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Contoh 3 (a) dan 3 (b).
Calon Dalam Kumpulan Rendah:
Calon tergolong dalam kelompok ini semakin menurun bilangannya berbanding
dengan tahun lepas. Namun jumlah calonnya masih tinggi. Ini menunjukkan
penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman, dan juga kebolehan
mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains amat rendah. Calon juga masih tidak
menguasai Kemahiran Prose Sains (KPS) dan memiliki tahap Kemahiran Berfikir
Kritis dan Kreatif (KBKK) yang amat rendah.
Sebahagian besar calon dalam kelompok ini tidak dapat menjawab mengikut
kehendak soalan, khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat
tertentu seperti tujuan penyiasatan, hubungan antara pembolehubah, kesimpulan
dan juga inferens. Hampir separuh calon dalam kumpulan ini tidak memahami
rugasan soalan serta konstruk yang hendak ditaksir. Ditambah dengan penguasaan
bahasa yang sangat lemah, calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan
baik.
Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Contoh :
Kebanyakkan calon hanya memperolehi markah daripada sub-soalan yang
memerlukan jawapan ringkas (satu kosa kata sahaja) atau nombor, seperti sub-
soalan 1 (b), 3 (b). Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam
stimulus atau stem soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab.
Prestasi terperinci:
Soalan 1:
Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 1 a
Kekuatan Calon
Calon dapat menyatakan ayat hubungan (relationship) dengan betul dan tepat
seperti yang dikehendaki soalan dengan menyatakan hubungan What To Change
(WTC) dan What To Observe (WTO) yang betul .
Contoh :
Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan Calon
Calon tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan betul. Contoh :
Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang sering berlaku
Calon tidak menguasai cara penulisan dan langsung tidak memahami kehendak
soalan.
Contoh :
Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 1 b
Kekuatan Calon
Sebahagian besar calon yang dapat menjawab dengan tepat . Calon dapat meramal
dengan tepat dan memberi jawapan dengan menggunakan nombor bulat.
Contoh:
Kelemahan calon
Sebilangan kecil gagal membuat ramalan dengan betul kerana kurang memahami
arahan soalan.
Contoh:
Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang sering berlaku
Kesilapan yang di kenal pasti bagi sub item yang dilakukan oleh calon adalah
dengan menulis nombor dalam julat nombor iaitu : 111 hingga 129 bukan dalam
satu nombor bulat diantara 111 129. Walau bagaimana pun calon berbuat
demikian adalah kecil bilangannya.
Sub Item 1 c.
Kekuatan calon
Sebilangan besar dapat memberikan alasan yang betul walaupun dalam
penyampaian yang pelbagai.
Contoh :
Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan calon
Ramai calon tidak memahami kehendak soalan. Calon hanya memberikan
pemerhatian sahaja tanpa memberikan alasan yang munasabah seperti yang
dikehendaki oleh soalan.
Contoh :
Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan calon
Ramai calon tidak boleh memberikan jawapan yang lengkap.
Contoh :
Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 1 d.
Kekuatan Calon
Sebilangan calon dapat memberikan jawapan sebagaimana yang dikehendaki oleh
soalan. Calon juga dapat menentukan kedudukan What To Change (WTC) dan What
To Observe (WTO) di kedudukan yang betul.
Contoh :
Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan Calon
Sebilangan calon tidak mengenal pasti What To Change (WTC) dan What To
Observe (WTO) dari maklumat yang di berikan. Ini menyebabkan jawapan calon
tidak menepati kehendak soalan.
Contoh:
Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan Calon
Calon tidak dapat memahami maklumat yang di persembahkan menyebabkan
jawapan yang diberikan oleh calon langsung tidak berkaitan dengan soalan.
Contoh:
Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
SOALAN 2 :
Sub Item 2 a :
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat memberikan jawapan yang betul dengan
persembahan ayat yang baik bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan tujuan
penyiasatan.
Contoh:
Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan Calon
Ramai juga calon tidak menggunakan fasa ayat yang betul untuk menjawab soalan
yang berkaitan dengan tujuan penyiasat seperti yang di kehendak soalan.
Contoh :
Kesilapan yang
sering dilakukan
Terdapat juga calon sama sekali tidak menguasai dan memahami cara penulisan
jawapan bagi menyatakan tujuan penyiasatan.
Contoh :
Sub Item 2 b
( i )
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat menyatakan pembolehubah yang dimalarkan dengan
tepat.
Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Contoh :
Kelemahan
Calon
Hanya sebahagian kecil calon yang tidak dapat menentukan pembolehubah yang
perlu dimalarkan, sebaliknya hanya menamakan radas tertentu yang tidak
mempengaruhi hasil sesuatu penyiasatan.
Contoh :
Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang sering berlaku
Kebanyakan calon tidak menuliskan parameter sebelum memberikan jawapan yang
berkaitan dengan pembolehubah.
Contoh :
Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub-Item 2 b (ii)
Kekuatan Calon
Sebahagian besar calon dapat mengenalpasti pembolehubah yang bergerak balas
dengan betul.
Contoh:
Kelemahan Calon
Sebilangan kecil calon tidak dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul.
Sering juga didapati jawapan calon tidak lengkap.
Contoh:
Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Masih ada calon tidak boleh mengenal pasti pembolehubah yang terdapat pada
maklumat yang dipersembahkan dalam soalan.
Contoh :
Sub Item 2 c
Kekuatan Calon
Calon dapat memberi jawapan dengan tepat. Kedudukan Pembolehubah
manipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dinyatakan dengan betul dalam
jawapan yang dipersembahkan.
Contoh :
Kelemahan Calon
Calon memberikan jawapan yang tiada berkaitan denga Kemahiran Proses Sains
yang diuji.Sebaliknya memberikan jawapan yang tiada kaitan dengan Kemahiran
Proses Sains yang diuji.
Contoh:
Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Calon dapat memahami kehendak soalan, walaubagaimanapun jawapan yang diberi
lebih menjurus kepada tujuan penyiasatan.
Contoh :
SOALAN 3 :
Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub- Item 3 a :
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat menyatakan corak perubahan terhadap
pembolehubah bergerak balas apabila mereka merujuk rangsangan yang terdapat
dalam soalan.
Contoh:
Kelemahan Calon
Sebahagian kecil calon didapati masih tidak dapat menyatakan corak perubahan
dengan betul atau tidak faham langsung kehendak soalan.
Contoh :
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Ada juga calon yang memberikan jawapan tanpa menggunakan frasa yang berkaitan
dengan corak iaitu menaik atau bertambah. Sebaliknya menuliskan nombor.
Contoh :
( 20 ) sahaja.
Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 3 b
Kekuatan calon
Sebilangan kecil calon dapat mempersembahkan jawapan dengan betul dan
menepati kehendak soalan.
Contoh :
Saiz belon lebih kecil daripada saiz belon yang di pam lima kali.
(Untuk jawapan bagi soalan ini, rajah juga diterima dengan syarat rajah
tersebut mempunyai saiz yang lebih kecil dari rajah yang disediakan).
Kelemahan calon
Sebahagain besar calon tidak dapat memberikan jawapan dalam bentuk pernyataan
yang betul . Calon juga didapati tidak dapat memahami maklumat yang terdapat
dalam rajah yang dipersembahkan.
Contoh:
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Terdapat juga calon tidak dapat membuat ramalan. Sebaliknya memberikan jawapan
yang berkaitan dengan pembulehubah.
Contoh:
Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 3 c
Kekuatan Calon
Ramai calon didapati berjaya mempersembahkan jawapan yang betul berdasarkan
soalan yang di kemukakan. Calon dapat memberikan sebab yang berkaitan dengan
sifat udara yang berkaitan dengan ujikaji yang dipaparkan dalam rajah dengan
betul.
Contoh:
Kelemahan Calon
Sebilagan kecil calon tidak dapat memberikan jawapan yang betul kerana tidak
memahami kehendak soalan yang menyentuh tentang sifat udara. Ramai calon
hanya mempersembahkan jawapan berbentuk pemerhatian sahaja, bukan
memberikan inferens.
Contoh :
Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Didapati ada calon mempersembahkan jawapan yang tidak berkaitan dengan sifat
udara.
Contoh :
Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 3 d
Kekuatan Calon
Ramai calon dapat mempersembahkan jawapan dengan memberikan pemerhatian
yang betul sebagaimana yang dikehendaki dalam soalan.
Contoh:
Kelemahan Calon
Sebilangan kecili calon didapati tidak dapat mempersembahkan jawapan dalam
bentuk pemerhatian seperti yang dikehendaki.
Contoh:
Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Kesilapan calon yang paling ketara bagi sub item ini ialah calon tidak memberikan
jawapan lengkap yang perlu menyatakan perbandingan seperti kehendak soalan.
Contoh:
SOALAN 4 :
Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 4a
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat menjawab dengan tepat berdasarkan jadual yang
disediakan dalam soalan.
1
2
Kelemahan Calon
Kebanyakan calon yang mejawab teringgal perkataan the Moon dalam maklumat
pemboleh ubah yang bergerak balas.
Contoh :
1
2
Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Ada juga calon tidak dapat mencari maklumat dalam jadual malah memberikan
jawapan yang berkaitan dengan membuat kesimpulan.
1
2
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Ada calon tidak dapat mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
pemboleh ubah dalam topik gerhana Bulan.
Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 4b
Kekuatan Calon
Hanya sebilangan kecil calon dapat menjawab soalan ini dengan betul mengikut
kehendak soalan.
Contoh :
Kelemahan Calon
Ramai calon tidak dapat mengaitkan pola perubahan masa dengan pola
perubahan peringkat gerhana Bulan dalam jadual yang diberi.
Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Sebilang kecil calon tidak memahami konsep kejadian gerhana
Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 4c
Kekuatan Calon
Sebilangan kecil calon dapat menjawab soalan ini dengan betul
Contoh :
Kelemahan Calon
Sebilangan besar calon tidak dapat memberi alasan yang munasabah berkaitan
dengan rangsangan dalam soalan.
Contoh :
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Ramai juga calon masih tidak memahami kata tugas soalan iaitu inferens
malah memberikan respons yang tidak betul dengan membuat kesimpulan
berdasarkan maklumat dalam jadual.
Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
SOALAN 5
Sub Item 5 a
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat mempersembahkan jawapan yang tepat . Gaya
bahasa yang betul menunjukkan calon dapat menguasai konstruk ini dengan baik.
Contoh :
Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan Calon
Hanya sebilangan kecil calon yang tidak dapat menjawab seperti kehendak soalan.
Contoh:
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Ada juga calon didapati tidak menjawab mengikut frasa ayat tujuan yang betul.
Sebaliknya calon sekadar menjawab mengikut cara menjawab bagi mata pelajaran
Bahasa .
Contoh:
Sub Item 5 b (i)
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat menyatakan pembolehubah yang dimanipulasikan
dengan menggunakan parameter yang betul.
Contoh:
Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kelemahan Calon
Calon tidak dapat menyatakan dan mengenalpasti pembolehubah yang
dimanipulasikan dengan betul.
Contoh :
Kesilapan yang seringkali dilakukan.
Sebilangan kecil calon didapati tidak dapat mempersembahkan jawapan yang
berkaitan dengan pembolehubah. Ini menunjukkan mereka masih belum menguasai
konstruk ini. Calon didapati hanya mempersembahkan jawapan mengikut kefahaman
mereka sahaja.
Contoh:
Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub Item 5 b (ii)
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat manyatakan pembolehubah yang bergerak balas
dengan betul.
Contoh:
Kelemahan Calon
Ramai juga calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang terdapat dalam
jadual yang disediakan sebaliknya hanya menuliskan pernyataan yang berkaitan
dengan pembolehubah tersebut.
Contoh:
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Sebilangan kecil calon tidak dapat menentukan pembolehubah yang dikehendaki
oleh sub item ini. Ini menunjukkan calon tidak mengenal pasti maklumat yang
terdapat dalam rajah.
Contoh:
Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Sub- Item 5 c
Kekuatan Calon
Sebilangan besar calon dapat menyatakan hubungan di antara pembolehubah yang
dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas dengan betul.
Contoh:
Kelemahan calon
Ramai juga calon gagal untuk memastikan kedudukan pembolehubah-
pembolehubah yang barkaitan serta corak perubahan yang bersesuaian. Calon juga
didapati kurang memahami kehendak sub-item yang berkenaan.
Contoh :
Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
Kesilapan yang seringkali dilakukan
Sebilangan kecil calon tidak memahami konstruk yang diuji. Jawapan yang
dipersembahkan oleh calon lebih berbentuk pemerhatian dari rajah yang
dipersembahkan.
Contoh:
Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
SARANAN KEPADA CALON.
1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan.
Jika perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada
pembolehubah yang di manipulasi (What to change), yang bergerak balas
(What to observe/measure) dan yang dimalarkan (What to keep the same).
2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba di siasat kerana kebiasaannya
aspek ini tidak dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Calon
sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian
(observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan
sesuatu pemerhatian.
3. Kenalpasti pembolehubah daripada maklumat yang diberi melalui stimulus,
samada dalam bentuk teks, geraf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum
menjawab soalan. Dapat mengenalpasti pembolehubah dengan betul akan
memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan inferens, hipotesis,
tujuan penyiasatan, hubungan diantara pembolehubah dan pembolehubah
itu sendiri.
4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-
soalan dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang what to
change/observe/keep the same. Apabila telah dapat mengenalpasti/
memberikan maklumat-maklumat ini, akan memudahkan anda menjawab sub-
soalan lain seperti tujuan penyiasatan,hubungan dan juga kesimpulan.
5. Buat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang
pemerhatian,hubungan diantara pemboleh ubah, inference, kesimpulan
dan corak perubahan.
6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan
terikat dengan satu format tertentu sahaja.
7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua
pemerhatian. Oleh itu pastikan murid membuat perbandingan. Nyatakan
sebab untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang
perbezaan pemerhatiannya.
8 Apabila membuat ramalan tentang yang melibatkan nombor, pastikan ia
ditulis dalam satu nombor bulat dan bukan julat nombor.
9. Libatkan diri dalam aktiviti hands-on atau penyiasatan/eksperimen.
Kenalpasti apakah perkara yang diubah ( what to change), perkara yang
diperhati/ukur ( what to observe),perkara yang sama ( what to keep the
same ). Ini dapat membantu memperkukuhkan kefahaman anda dalam
mengenalpasti maklumat yang terlibat/perlu dikumpul.
10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu
keputusan penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan what to keep the same
.
Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2010
SARANAN KEPADA GURU
1. Perbanyakkan aktiviti Hands-on yang menghendaki murid explore, seperti
menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan
perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada
penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenalpasti pembolehubah.
2. Gunakan kaedah mengajar secara questioning dan bukan sekadar telling.
Soalan ini akan mendorong murid berfikir dan mereka akan belajar secara
aktif. Pelbagaikan kaedah diperingkat induksi set supaya murid berasa
seronok dan gembira dalam memulakan pembelajaran mereka.
3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung.
Contoh: Konsep kestabilan tidak boleh diukur, oleh itu cepat atau lambatnya
sesuatu objek tumbang apabila di sengetkan dapat dijadikan pengukur
kestabilan. Guru perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah
pembolehubah yang terlibat.
4. Guru perlu menjalankan Penilaian Kerja Amali (PEKA) dengan lebih kerap
dan sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi
membolehkan murid melakukan semua Sains Proses Skill (SPS) dan Sains
Manipulated Skills (SMS) yang telah ditetapkan.
5. Guru perlu menggunakan sepenuhnya Buku Teks dan Buku Latihan Amali
yang dibekalkan dan memastikan semua maklumat yang terdapat di dalam
buku-buku tersebut dapat di fahami oleh murid.

You might also like