You are on page 1of 4

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG


21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI PERTAMA
SMK SERI BERANG
TAHUN 2013
TARIKH : 27 DICEMBER 2012 (Khamis)
MASA : 11.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMKSB
PENGERUSI : En. Ahmad Tarmizi bin Abd Ghani

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Tarmizi bin Abd Ghani (Ketua Panitia)
2. En. Mohd Azman Esham bin Saat
3. Tn. Haji Wahab bin Awang
4. En. Ahmad Khaidir bin Ab Wahab
5. Pn. Che Rahayu binti Mohd Sabardin
6. Pn. Zulhazlia binti Zulkifli
7. Pn. Siti Salbiah binti Yusof (Setiausaha)

TIDAK HADIR
1. Tn. Haji Razali bin Mat Bersebab
2. Pn. Surina binti Mustapha Cuti Sakit

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan surah Al Fatihah
1.2 Pengerusi menyampaikan beberapa pesanan pengetua iaitu guru perlu membentuk
kumpulan pelajar dalam program mentor mantee bagi mengesan kelebihan dan
kelemahan pelajar.
1.3 Selain itu, guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah dalam P&P seperti
menggunakan kemudahan ICT supaya dapat menarik minat pelajar. Guru juga harus
menggunakan kelas dengan cara yang menarik dan bermaklumat.
1.4 Guru perlu membuat KPI pertengahan tahun untuk menilai sama ada sasaran sudah
tercapai atau tidak.

Tindakan: Semua guru



2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2012
2.1 Dicadang oleh : Tuan Haji Wahab bin Awang
2.2 Disokong oleh : Puan Che Rahayu binti Mohd Sabardin

2

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Pengerusi menyatakan bahawa Cikgu Surina telah memberikan tajuk buku rujukan
SPM, namun begitu buku tersebut sudah tidak diterbitkan lagi.
Makluman

3.2 Tugas penyelarasan PBS bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2 telah diagihkan kepada
guru-guru berikut mengikut penggal persekolahan.
Tingkatan 1- 1) Tuan Haji Razali bin Mat penggal pertama
2) Puan Siti Salbiah binti Yusof penggal kedua

Tingkatan 2- 1) Encik Mohd Azman Esham bin Saat penggal pertama
2) Puan Surina binti Mustapha penggal kedua

Tindakan: Guru Berkaitan

4.0 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2,4 danPMR 2012
4.1 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2
Keputusan bagi PAT Tingkatan 2 menunjukkan 2 orang calon telah mendapat A.
Peratus yang mendapat minimum D ialah sebanyak 15.12%. Calon yang gagal ialah
seramai 54 orang.
4.2 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4
Keputusan bagi PAT Tingkatan 4 menunjukkan tiada calon yang berjaya mendapat A.
Dua orang calon berjaya mendapat C
+
. Lima orang telah gagal. GPMP adalah
sebanyak 7.20.
4.3 Analisis PMR 2012
Secara keseluruhan keputusan Geografi pada tahun 2012 meningkat berbanding
tahun lepas. Bilangan calon yang mendapat A ialah seramai 29 orang calon. Peratus
lulus tanpa pelajar PKIBP adalah sebanyak 97.8 %. GPA sebanyak 2.74. Manakala
GPA termasuk pelajar PKIBP adalah sebanyak 2.77.
Makluman

5.0 Jadual Waktu
5.1 Guru perlu mengikut jadual waktu yang telah diberikan
5.2 Ketua Panitia meminta ahli panitia memberi salinan jadual waktu masing-masing
kepada beliau untuk simpanan dalam fail pengurusan panitia
Tindakan: Semua Ahli

6.0 Pengurusan Panitia Geografi
6.1 Fail Panitia perlu disemak dan dikemaskini supaya maklumat yang diperlukan
lengkap dan terkini.
6.2 In House Training perlu dijalankan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan
kepada guru Geografi tentang P&P subjek ini.
6.3 Guru perlu membuat analisis soalan mengikut topik supaya dapat mengesan
kelemahan pelajar dengan lebih terperinci.
3

6.4 Guru dinasihatkan supaya mengikut tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan.

Tindakan: Semua guru

7.0 Penulisan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran (BRPP)
7.1 Guru perlu melengkapkan BRPP dan menghantar BRPP tersebut pada hari Khamis
minggu kedua persekolahan (10/1/2013). BRPP perlu dihantar pada hari Khamis
setiap minggu untuk diperiksa oleh pihak pengurusan. Guru yang gagal menghantar
BRPP sebanyak dua kali perlu memberikan surat tunjuk sebab.

Tindakan: Semua guru


8.0 Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran
8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan guru akan dilakukan oleh pihak
pengurusan khususnya Penolong Kanan Satu dan Ketua-Ketua Bidang.

Tindakan : Pihak Pengurusan

9.0 Penyeliaan Pemeriksaaan dan Pembelajaran
9.1 Guru dinasihatkan supaya sentiasa memberi latihan dan membuat pemeriksaan
buku nota dan buku latihan pelajar secara berkala. Sebanyak 5 buah buku latihan
pelajar perlu diberikan kepada pencerap masing-masing untuk penyeliaan.

Tindakan : Semua Guru
10.0 Dasar MBMMBI/PPSMI
10.1 Dasar MBMMBI akan diteruskan manakala PPSMI akan dikurangkan dari semasa
ke semasa.
Makluman
11.0 Dasar 60:40
11.1 Dasar ini melibatkan strategi KPM dalam memupuk minat pelajar terhadap sains.
Dasar ini mensasarkan sebanyak 60 peratus pelajar dalam bidang sains dan 40
peratus pelajar aliran sastera atau kemanusiaan.
Makluman
12.0 Latihan Dalaman Guru (LADAP)
12.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun ini, kursus luar tidak akan
ditawarkan melalui surat. Guru yang ingin berkursus perlu memohon melalui
Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG).
Tindakan: Guru yang berminat

13.0 Pengurusan Unit-Unit Kurikulum(Media/ICT/PKIBP/Intervensi)
13.1 Bilik Media akan dipindahkan ke bilik tayang kerana bilik tersebut turut
digunakan oleh tetamu luar untuk bermesyuarat. Guru yang menggunakan bilik
tersebut dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan.
4

13.2 Guru digalakkan supaya menggunakan kemudahan ICT dalam P&P supaya dapat
menjadikan P&P lebih menarik sekaligus memberangsangkan minat pelajar untuk
belajar.
13.3 Terdapat dua buah kelas baru diperuntukkan untuk pelajar PKIBP
13.4 Program Intervensi akan diteruskan lagi untuk sesi 2013.

Tindakan: Makluman dan Semua Guru

14.0 Pengurusan Kewangan Panitia Geografi 2013
14.1 Ahli panitia diminta untuk memaklumkan kepada Ketua Panitia untuk pembelian
sesuatu barangan supaya KP boleh mengambil tindakan seterusnya.
Tindakan: Ahli Panitia

14.2 Pembelian barangan untuk sesi 2013 adalah seperti berikut:
1- Pensil Warna Luna 35 kotak
2- Set Alat Tulis 50 set
3- Set Pensil 30 Set
4- Jangka Lukis 40 set
5- Kertas A4 10 rim
6- Kertas Warna A4 3 rim dengan warna yang berbeza
14.3 Tujuan pembelian barangan tersebut adalah untuk menjadikan P&P lebih menarik
selain dijadikan hadiah kepada pelajar supaya mereka lebih bersemangat untuk
belajar.

Makluman
15.0 Hal-Hal Lain
15.1 Puan Che Rahayu mencadangkan supaya membeli buku latihan yang mengandungi
soalan PMR tahun-tahun lepas untuk pelajar tingkatan 3.
15.2 Ketua Panitia mencadangkan untuk menggunakan almari terpakai untuk
menyimpan barangan panitia.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 Tengah Hari.


Disediakan oleh, Disemak oleh,



(SITI SALBIAH BINTI YUSOF) (AHMAD TARMIZI BIN ABD GHANI)
Setiausaha Panitia Geografi Ketua Panitia Geografi
SMK Seri Berang SMK Seri Berang

You might also like