You are on page 1of 2

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa
juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling
bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru
biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat
membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami
pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri yang
rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi
konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk
menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan
dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan
prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang
rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara
individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling
untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-murid
mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan,
membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu,
membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-
isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan,
masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata
pelajaran yang ingin mereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha
untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat,
dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada
murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk
menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja,
menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping
membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong
murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha
untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari
semasa ke semasa.

You might also like