Professional Documents
Culture Documents
P h o to b u ck et
Keterangan Tugas
Menganalisa dan menyelesaikan masalah kejuruteraan;
Merancang dan mereka bentuk pembuatan dan pemasangan peralatan dan kemudahan kuasa
elektrik;
Menentukan jenis dan susunan litar, transformer, litar pintas, talian penghantaran dan peralatan
lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem bagi motor elektrik, kuasa tarikan elektrik dan
peralatan lain atau perkakas elektrik domestik;
Mentafsir spesifikasi, lukisan, piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan perlatan kuasa
elektrik dan peggunaannya;
Menyusun dan mengurus sumber yang digunakan dalam membekalkan komponen, mesin
perkakas dan peralatan elektrik;
Menyediakan jadual penghantaran dan pemasangan mesin, suis gear, kabel dan kelengkapan;
Menyelia operasi penyelenggaraan stesen kuasa, sistem penghantaran dan pengagihan dan loji
perindustrian;
Menyediakan piawaian dan prosedur kawalan untuk memastikan sistem penjanaan dan
pengagihan, motor dan peralatan elektrik berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengesan dan membaiki kerosakan;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaiatan;
Membuat kerja-kerja penyeliaan dll.
Ciri-Ciri Peribadi
Mempunyai kebolehan akademik
Analisa, minda yang analitik
Cekap mengenalpasti punca masalah
Mampu membuat penyelesaian,
Berkebolehan untuk menganalisa kesulitan dan mampu menterjemahkan kepada bentuk yang
praktikal
Tegas dalam membuat keputusan,
Berkeyakinan dan mampu bertindak positif dalam semua keadaan
Kreatif, mengubahsuai, menyesuai dan memandang kehadapan
Cekap berkomunikasi, idea yang tepat dan padat
Profesional dalam hubungan dengan personel sokongan
Cepat sedar, memahami isu sosial dan masalah alam sekitar
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk jurutera elektrik amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan
2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor
pembuatan, pemesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan
teknologi.
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah,
Pengurus atau Pengurus Besar.
Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan
seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan
dengan pembinaan dan bangunan.
Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd.,
di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji DLL .
Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Fizik, Matematik Tambahan atau lulus STPM Gred E dalam Kertas Am,
Matematik, Fizik atau yang berkaitan.