You are on page 1of 21

RELEVAN PEPERIKSAAN

DIMANSUHKAN DIKAITKAN
DENGAN PENERIMAAN PELAJAR
LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN:
SATU KAJIAN KES
May 2
2012

KURSUS
AT09D - DIPLOMA PENDIDIKAN
(SAINS PERTANIAN)

KUMPULAN C


DISEDIAKAN OLEH:

JOANNA DHAYAAL
(20112007269)

NURULHIDAYAH AZIZ
(L20112007266)

SITI NURWASILAH REMLI
(20112007303)

SITI ROSMAINI MOHD RASHID
(20112007274)
PENGAJARAN
KEPELBAGAIAN
PELAJAR
(KPD 4033)
1

PENYELIDIKAN RINGKAS

RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN
PENERIMAAN PELAJAR LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES

1. PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengkaji relevan peperiksaan dimansuhkan dikaitkan dengan
penerimaan pelajar lemah dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap masalah pelajar
lemah yang harus mengharungi peperiksaan tanpa mengira potensi sebenar mereka. Masalah
ini diukur dengan kajian soal selidik yang bersandarkan kepada pengalaman atau pemerhatian
guru di sekolah. Kajian ini juga mengambil data pemerhatian guru yang mengajar di bandar
dan di luar bandar bagi mengambil reaksi yang menyeluruh. Seramai 40 orang responden
telah diambil daripada kalangan guru GSTT DPLI yang mengajar lebih 3 tahun sebagai
kajian pemerhatian.
Peperiksaan yang telah dilansungkan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah
berlansung sejak zaman awal kemerdekaan lagi. Penambahbaikannya dari tahun ke tahun
sentiasa dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa. Namun begitu, peperiksaan,
pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya sesetengah guru apabila
mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar
atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud
sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan mempunyai makna yang
lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Kajian ini akan
menerangkan secara ringkas mengenai tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu sendiri dan
bagaimana sistem peperiksaan ini dimansuhkan bagi mendekati penilaian kepada setiap tahap
murid dengan lebih berkesan.
2

1.2. Penyataan Masalah
Saban tahun setiap sekolah di Malaysia membuat Hari Penyampaian Hadiah ataupun
dipanggil Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah. Program ini dijalankan setiap
tahun bagi mengangkat dan memberi pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang
dari segi akademik terutama dalam peperiksaan besar. Pada hari anugerah tersebut jugalah
kita akan melihat pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dalam akademik ini menaiki pentas
dengan perasaan gembira serta diiringi suara kebanggaan guru dan sekolah. Namun
pernahkah kita sedar di manakah letaknya pelajar yang lain terutama pelajar di kelas akhir?
Apakah sumbangan mereka terhadap sekolah? Adakah mereka tidak mampu untuk membawa
kecemerlangan sepanjang lima tahun di sekolah tersebut? Inilah persoalan jika pengikhtirafan
hanya diberikan kepada hasil peperiksaan semata-mata.
Nyatanya perkara ini telah berlansung sejak zaman persekolahan bermula. Kajian melihat
persoalan ini memberi impak kepada negara di mana potensi individu tidak dapat
dikembangkan di sekolah sepenuhnya. Keadaan realiti sekarang telah melihat beberapa
kejayaan yang dibina oleh bekas-bekas pelajar lemah dalam kerjaya yang berbeza. Walaupun
golongan ini tidak mampu menjadi seorang yang professional, namun mereka juga dapat
menjadi rakyat yang menyumbang dalam kemajuan negara. Alangkah baiknya golongan
mereka ini mendapat pendedahan awal di dalam zaman persekolahan. Jika sekolah tidak
dapat membina sesuatu kepada golongan ini, maka zaman persekolahan bagi mereka
hanyalah tempat untuk belajar membaca, menulis dan mengira sahaja yang seharusnya telah
mereka dapati dalam sekolah rendah sahaja.
Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan keputusan
peperiksaan dimansuhkan relevan atas pelajar yang lemah dalam peperiksaan. Kelemahan
peperiksaan di sekolah dilihat dari aspek cara pelajar menjawab dan bagaimana peperiksaan
boleh menilai potensi sebenar pelajar yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Reaksi pelajar lemah dalam peperiksaan ini kemudian dikaitkan bersama
bagaimana menilai potensi mereka secara telus bagi melahirkan generasi yang unggul. Kajian
ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah penilaian sebenar pelajar dapat dinilai
tanpa peperiksaan.


3

1.3. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan pelajar lemah dalam menjawab
peperiksaan. Melalui beberapa persepsi guru yang berpengalaman. Objektif kajian ini ialah:
1.3.1. Mengetahui reaksi sebenar pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan

1.3.2. Mengkaji perhubungan reaksi pelajar tersebut dengan kelemahan peperiksaan

1.3.3. Mengkaji relevannya pemansuhan peperiksaan


1.4. Soalan-soalan Kajian
*Sila rujuk lampiran

1.5. Definisi Konsep


1.5.1. Peperiksaan
Peperiksaan atau ujian adalah bahan bertulis yang bercetak atau dirakam untuk
mengukur sesuatu kemahiran. Ia juga memberi maksud proses penyerahan satu set terpiawai
soalan-soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen yang perlu dikendali untuk pengukuran
tahap seseorang individu. Pengujian biasanya melibatkan pengukuran namun definisi
pengukuran menggambarkan konsep yang lebih luas berbanding peperiksaan. Pengukuran
memberi maksud sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana
individu mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat (alat ujian atau
peperiksaan).
1.5.2. Pengujian
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu system yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian kecerdasan (1Q test) dan 80/100 bagi ujian
pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh system berkategori
pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personality, atau rabun warna bagi ujian
penglihatan.
4

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan
contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan (Raminah 1991:2).
Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa
baguskah prestasi murid yang diuji. Secara ringkasnya pengujian ialah satu prosedur yang
sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku bertujuan menentukan pencapaian murid
dalam sesuatu pembelajaran. Ia boleh terdiri daripada pemerhatian, ujian lisan mahupun
bertulis.
1.5.3. Penilaian
Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara,
Stufflebeam et.al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating
obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi mennetukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberi ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan
penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu, tetapi
hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.


5

1.5.4. Pelajar lemah
Pelajar yang tidak begitu menyerlah dalam pelajaran atau tidak dapat menguasai
pelajaran yang diberikan kepadanya. Secara umumnya, mereka ini menguasai kemahiran asas
pembelajaran (3M) iaitu membaca, mengira dan menulis namun mereka adalah pelajar yang
jarang sekali memperoleh A' dalam pelajaran. Dengan kata lain, mereka ini seringkali
dirujuk sebagai pelajar tidak pandai'.
Pelajar tidak pandai' ini disebabkan oleh pelbagai punca. Ada di antara pelajar ini yang
sememangnya sudah sedia menghadapi masalah ketakupayaan pembelajaran (learning
disabilities). Ada pula yang menghadapi masalah sikap dan tidak ketinggalan juga pelajar
yang sememangnya tidak menyukai sesuatu matapelajaran akibat daripada pengalaman
pembelajaran yang tidak baik atau tidak menyeronokkan.

1.6. Kepentingan Kajian
Pendidikan adalah sangat penting. Kenyataan ini dipersetujui oleh semua pihak. Oleh
kerana itu, tidak hairanlah pada setipa masa, dunia pendidikan negara mendapat perhatian
yang tinggi. Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi
memperbaiki sistem pendidikan negara. Namun sehingga kini usaha untuk merealisasikan
pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya.
Rungutan-rungutan yang diterima pula mempunyai pelbagai sifat. Daripada rungutan
terhadap pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada mutu guru, kandungan pelajaran, kaedah
pengajaran, tumpuan pendidikan dan peperiksaan serta penilaian sekolah. Segala rungutan ini
akhirnya amat mengelirukan masyarakat dan menimbulkan ketidakyakinan ibu bapa terhadap
dunia pendidikan itu sendiri.
Baru-baru ini kita didengarkan pelbagai usaha bakal dijalankan untuk memperbaiki
pendidikan negara. Perkara yang terbaru yang dibangkit adalah usaha untuk memansuhkan
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) serta penukaran Sekolah Teknik kepada Kolej Teknikal bagi penumpuan
kepada potensi kemahiran pelajar. Persoalannya adakah ini suatu usaha bagi mencungkil
potensi setiap pelajar terutama daripada golongan pelajar lemah dan wajarkah peperiksaan
dimansuhkan bagi golongan lemah akademik. Persoalan ini melambangkan kepentingan
6

kajian ini dalam mengkaji hubungan pemansuhan peperiksaan melalui reaksi pelajar lemah
dalam menjalani peperiksaan.
1.7. Tempat Kajian
Kajian dilihat secara menyeluruh dengan pemerhatian guru yang mengajar di sekolah luar
bandar dan luar bandar. Tujuannya adalah untuk mengesan kelemahan peperiksaan secara
rambang dengan mengambil kira pelajar lemah di luar bandar mahupun pelajar di bandar.
1.8. Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian diambil daripada kalangan guru-guru GSTT yang telah mengajar lebih
daripada 3 tahun. Kajian mengambilkira pemerhatian guru-guru tersebut melalui pengalaman
mereka mengenai keberkesanan peperiksaan terhadap pelajar lemah serta reaksi mereka.
Populasi ini dikatakan bersesuaian adalah kerana sejumlah besar guru ini mengajar di kelas
akhir di mana jumlah pelajar lemah besar di dalam kelas tersebut. Selain itu, pengalaman
guru itu sendiri yang berpindah beberapa sekolah dalam tempoh 3 tahun dapat memberi
gambaran yang lebih meluas mengenai tajuk kajian ini.
Sampel kajian pula memfokuskan kepada pelajar lemah yang selalunya terdiri daripada
kelas akhir. Ini kerana kajian memerlukan reaksi pelajar tersebut dalam menjawab
peperiksaan dan bagaimana peperiksaan yang mereka duduki membantu meningkatkan
potensi dalam pelbagai bidang mengikut kesesuaian kemahiran dan keupayaan pelajar.
Pelajar-pelajar lemah ini terdiri daripada kedua-dua gender iaitu lelaki dan perempuan, etnik
yang berbilang serta latar belakang soaio ekonomi yang rendah, sederhana dan tinggi.
1.9. Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan dan halangan kajian iaitu kekangan masa kajian. Masa yang
diperuntukan bagi menghasilkan kajian ini adalah tidak mencukupi bagi memperincikan
setiap dapatan dan soal selidik yang dijalankan. Selain itu, pandangan dan perasaan mengenai
peperiksaan bagi pelajar lemah ini tidak dapat dikaji secara dekat melalui lisan dan
sebagainya. Kajian ini juga tidak dapat menyediakan hipotesis memandangkan tidak
mendapat sorotan literature yang berkaitan dan sah. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan secara mudah dan terletak di peringkat awal di mana dikenali peringkat eksplorasi
dan pencarian maklumat sahaja.

7

1.10. Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang direka
bagi menjawab persoalan kajian secara total. Borang soal selidik lebih bersesuaian dalam
kajian ini adalah kerana ia mengambil masa yang lebih cepat dengan memberi keputusan
pemerhatian secara kuantitatif. Setiap soalan dijawab dengan pilihan jawapan yang
disediakan dan dapat dinilai melalui kiraan kuantiti pilihan jawapan yang mempunyai
kekerapan yang tinggi. Kaedah ini juga dapat membandingkan pilihan jawapan majoriti dan
minoriti sekaligus memudah cara penilaian kajian yang dijalankan.

2. DAPATAN KAJ IAN

2.1. Pendahuluan
Dapatan kajian yang dibincangkan adalah berdasarkan analisis data yang telah
ditetapkan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office
Excel. Pada bahagian ini huraian adalah berdasarkan statistik yang akan menyentuh aspek
latar belakang responden guru serta pengalaman atau pemerhatian guru yang mengajar di
bandar dan di luar bandar. Kemudian, perbincangan akan berkisar kepada reaksi sebenar
pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan. Seterusnya perbincangan akan menyentuh
wajarkah peperiksaan dimansuhkan bagi golongan lemah akademik. Akhir sekali, huraian
adalah berdasarkan pemansuhan peperiksaan melalui reaksi pelajar lemah dalam menjalani
peperiksaan.

Secara umumnya huraian dalam dapatan ini akan menjawab soalan kajian yang telah
ditetapkan seperti berikut:

1. Latar belakang pendapatan keluarga pelajar lemah dalam peperiksaan
2. Reaksi pelajar lemah dalam menjalani peperiksaan
3. Sebab pelajar kelas akhir tidak mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan
4. Sesuaikah pelajar lemah diberi peperiksaan yang sama dengan kelas-kelas yang lain?
5. Sesuaikah pelajar lemah diletakkan bersama dengan pelajar kelas yang lain?
6. Wajarkah pelajar lemah diasingkan?
7. Adakah pelajar lemah patut diajar silibus yang berbeza?
8. Releven peperiksaan awam dimansuhkan.
8

2.2. Latar belakang Responden
Seramai 40 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah terlibat dengan kajian ini.
Ringkasan maklumat latar belakang responden, seramai 30 responden adalah guru perempuan
dan 10 guru lelaki. Komposisi mengikut kaum pula melibatkan guru kaum Melayu seramai
40 orang. Dari segi pola mengajar di sekolah responden pula, kebanyakan responden
berpengalaman di sekolah bandar seramai 25 orang dan sekolah luar bandar seramai 15
orang.

2.3. Sikap Pelajar terhadap peperiksaan
Pelajar negara ini cukup sinonim dengan peperiksaan dan dianggap tunjang utama
dalam menentukan kecemerlangan individu serta institusi pendidikan. Peperiksaan menjadi
ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih
berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan. Justeru, apabila ada cadangan
memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR), pelbagai pihak tampil melontarkan pandangan.

Ada bersetuju kerana berasakan sistem berorentasikan peperiksaan sudah lapuk dan
tidak relevan dengan konsep pendidikan alaf baru tetapi tidak kurang yang membantah.
Profesor Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, peperiksaan sedia ada tidak
perlu dimansuhkan supaya tahap penguasaan dan pemahaman pelajar boleh dinilai.
Menurutnya, peperiksaan adalah teras dalam menentukan institusi persekolahan sudah
bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses
pembelajaran.

Falsafah pendidikan menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu
penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma
(membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap
dijangkakan).
Menurutnya, jika pelajar boleh memberi tindak balas positif terhadap kaedah asas itu,
bermakna mereka berkemampuan menjalani proses pembelajaran. Justeru, masyarakat perlu
jelas dan memahami matlamat utama peperiksaan serta tidak melihatnya sebagai mekanisme
menyusahkan pelajar.
9

Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan sikap sebenar pelajar lemah dalam
kajian ini terhadap peperiksaan dan sikap mereka dalam menjawab peperiksaan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar perempuan adalah lebih positif berbanding pelajar
lelaki dalam menjawab peperiksaan. Kebanyakkan pelajar perempuan akan cuba sedaya
upaya untuk menjawab soalan peperiksaan walaupun tidak tahu jawapan atau tidak membuat
ulangkaji berbanding dengan pelajar lelaki yang cenderung untuk berbincang ataupun sekadar
melihat-lihat soalan dan akhirnya tidur.

Pelajar menunjukkan kecenderungan untuk tidak membaca soalan sebaliknya hanya
melihat kertas soalan seterusnya menjawab soalan sekadar pengetahuan mereka dengan
bilangan seramai 29 orang guru berpendapat begitu. Seramai 31 orang guru berpendapat,
pelajar juga sukar untuk memahami kehendak soalan. Guru-guru ini berpendapat bahawa aras
soalan yang disediakan adalah terlalu tinggi untuk pelajar lemah sewaktu peperiksaan.
Seharusnya pelajar lemah diberikan soalan peperiksaan yang berlainan dengan pelajar kelas
yang lain agar sesuai dengan tahap aras pelajar-pelajar tersebut.

Dalam kajian ini juga 26 orang guru menyatakan bahawa pelajar berasa bosan dan
tidur sewaktu peperiksaan. Ini adalah disebabkan pelajar tidak membuat ulangkaji, seterusnya
menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada, lalu masa peperiksaan yang panjang
membuatkan pelajar bosan seterusnya tidur sementara menunggu waktu peperiksaan tamat.

Pelajar juga didapati tidak berminat untuk menjawab soalan berbentuk subjektif
berbanding soalan objektif. Jika ditinjau secara lebih lanjut antara bentuk soalan objektif dan
soalan subjektif, ianya menunjukkan perbezaan kedua-dua bentuk soalan tersebut. Soalan
objektif mempunyai pilihan jawapan yang membuatkan pelajar boleh membuat pilihan
jawapan dan dapat menjawab semua soalan walaupun jawapan yang diberikan salah. Dengan
pilihan jawapan juga adakalanya mengingatkan pelajar akan pelajaran yang diajar guru
sewaktu di dalam kelas berbanding dengan soalan subjektif, pelajar harus mempunyai
pengetahuan atau membuat ulangkaji terlebih dahulu sebelum menjawab soalan.





10

2.4. Analisis Item Kajian
Secara umumnya kebanyakan item dalam kajian ini boleh diterima. Item-item yang
digunakan adalah mudah dan ringkas yang membolehkan responden dapat menyampaikan
maklumat dengan tepat dan jelas. Kebanyakan item ini biasanya adalah daripada pemerhatian
atau pengalaman guru-guru semasa waktu peperiksaan yang dijalankan di sekolah.


2.5. Analisis Kajian
Daripada jawapan responden yang diterima, prestasi pelajar lemah dibentukkan
daripada dua kajian yang melibatkan pelajar lemah di sekolah bandar dan pelajar lemah di
sekolah luar bandar yang kemudiannya disatukan untuk melihat keberkesanan kajian dalam
mencapai objektif.



A. Pelajar tidak membaca soalan
B. Pelajar bosan dan tidur
C. Pelajar tidak dapat memahami soalan
D. Soalan tidak bersesuaian dengan tahap pelajar
E. Pelajar tidak cukup ilmu
F. Pelajar malas menjawab soalan
G. Soalan berbentuk subjektif
H. Soalan berbentuk objektif
I. Pelajar kurang penumpuan
A B C D E F G H I J K
0
5
10
15
20
25
30
35
Sebab pelajar lemah tidak mencapai
prestasi yang baik dalam peperiksaan
11

J. Soalan aras tinggi
K. Masa tidak cukup

Latar belakang pendapatan keluarga pelajar lemah dalam peperiksaan, 73% responden
guru menyatakan kebanyakan pelajar lemah berasal dari keluarga berpendapatan sederhana.
Pada masa kini, ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi
anak-anak dalam pembelajaran. Ini membuatkan pelajar lemah dalam pembelajaran dan tidak
mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan.

Sewajarnya pelajar lemah diberi peperiksaan yang berlainan dengan kelas-kelas yang
lain kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Soalan-soalan
yang perlu disediakan untuk pelajar lemah mestilah berbeza dengan pelajar kelas lain
bersesuaian dengan aras pengetahuan mereka. Pelajar lemah tidak perlu diletakkan bersama
dengan pelajar kelas yang lain, sebaliknya diletakkan bersama pelajar-pelajar lemah yang lain
tetapi dalam bilang yang sedikit antara 10-15 pelajar dalam satu-satu kelas agar guru dapat
memberi tumpuan dan membantu pelajar-pelajar tersebut menangani masalah dalam
pembelajaran.

Sememangnya wajar pelajar lemah ini diasingkan dan diajar silibus yang berbeza.
Silibus yang berbeza di sini bermaksud silibus dengan aras yang rendah yang dapat difahami
oleh pelajar lemah tersebut. Ini disebabkan terdapat guru-guru yang perlu membuat
penerangan atau arahan yang berulang-ulang kali kerana pelajar tidak dapat memahami
kehendak soalan atau objektif pembelajaran yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Oleh itu, releven peperiksaan awam dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di
negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Bagaimanapun pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih
sesuai untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan (UPSR
dan PMR) itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan
kokurikulum dan sukan. Kegiatan sukan dan kokurikulum yang sebelum ini dianggap
mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, terlalu
fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan sehingga mengetepikan usaha melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
12

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara serta mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali
gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik. Bukannya menjurus kepada peperiksaan, kerana sebahagian besar mengarah kepada
mahu mendapat keputusan terbaik.

2.6. Hipotesis
`Sampel terdiri daripada masing-masing 40 orang responden guru yang
berpengalaman mengajar di sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Analisis serentak
dijalankan bagi membincangkan reaksi sebenar pelajar lemah dalam menjawab peperiksaan
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman guru sewaktu peperiksaan berlangsung.

2.7. Kesimpulan
Kementerian Pelajaran mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini
menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Pada masa ini,
sistem pendidikan yang sedia ada terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru
terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan
usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awam saja.

Bagaimanapun KPM tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan
peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain. Pengurangan peperiksaan di peringkat
sekolah membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata
pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan
cara pendidikan pelajaran.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar perlu dinilai prestasi mereka setiap tahun, sama
ada dalam bentuk peperiksaan awam atau berasaskan sekolah. Dalam sistem persekolahan
sekarang sudah ada penilaian dibuat secara berkala, tiga bulan sekali dan ada yang setiap
13

bulan tetapi kerana sistem itu menjurus kepada peperiksaan, sebahagian besar mengarah
kepada mahu mendapat keputusan terbaik.

Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan
daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR). Selain itu,
kerajaan juga perlu memastikan 100% pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai
kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang
dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Pemansuhan itu juga katanya akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk
mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan. Bagaimanapun
katanya, pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai
untuk mengukur pencapaian pelajar. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan
membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan
sukan. Kegiatan sukan dan kokurikulum yang sebelum ini dianggap mengganggu masa
pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan
dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum
dan sukan, katanya.

Keadaan ini memberikan petunjuk bahawa peperiksaan wajar dimansuhkan tetapi
digantikan dengan kaedah yang lain yang dapat mengukur pencapaian pelajar tanpa
mengabaikan juga pelajar lemah. Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid
yang diajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi
kandungan pelajaran yang diajarkan, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi
pengajaran.

Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang
mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar yang
lebih kreatif dan inovasi, tambahnya lagi. Jika dilihat dari aspek pembelajaran ketika ini
ianya dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk
memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.


14

3. PERBINCANGAN

Perbincangan yang dibuat adalah berfokuskan kepada keseluruhan kajian ini berdasarkan
analisis data dan dapatan kajian.
Pada keseluruhannya dapatan kajian telah dibincangkan secara total dalam bahagaian
dapatan. Dapatan memperlihatkan betapa keputusan peperiksaan dimansuhkan amat relevan
terutama ke atas pelajar lemah. Peperiksaan dianggap sebagai penilaian sementara dan tidak
dapat mencapai FPK secara total. Peperiksaan yang terdapat dalam sistem pendidikan
sekarang perlu diubah dan mempunyai pendekan yang realistik dan adil bagi setiap kategori
pelajar. Ini kerana setiap pelajar adalah asset kepada negara dan perlu memberi laluan yang
bertepatan dengan keperluan negara.
Secara logiknya, negara ini memerlukan rakyat yang pelbagai dalam membangunankan
negara ke arah negara maju. Sebagai contoh negara kita memerlukan tenaga kerja yang
professional dan mahir dari setiap bidang iaitu akademik, perubatan, teknikal dan sebagainya.
Setiap daripada bidang tersebut perlu mengandungi kemahiran dalam kerjaya walaupun
bekerja sebagai pekerja kolar biru. Oleh yang demikian, sistem pendidikan di Malaysia perlu
bersedia melahirkan rakyat ataupun pekerja yang mahir kerana telah didedahkan sejak di
alam persekolahan lagi. Contohnya, pelajar tersebut amat berminat dengan bidang jahitan,
dan tidak berminat dengan mata pelajaran akademik yang lain. Dalam kes pelajar tersebut
pihak sekolah perlu kembangkan potensi terhadap kemahiran jahitan bukan hanya tertumpu
terhadap teori yang terdapat di dalam kertas peperiksaan.
Walaupun pelajar lemah ini tidak menyerlah dalam pelajaran dan mungkin, setiap kali
peperiksaan hanya mendapat markah cukup makan' namun ini tidak bermakna mereka tidak
mempunyai potensi atau kemampuan untuk berjaya. Namun malangnya, dalam keadaan kini,
potensi atau keupayaan pelajar ini tidak dikenalpasti kerana dunia pendidikan kita lebih
banyak menumpukan kepada pelajar yang berkeupayaan tinggi. Hasilnya, jarang sekali kita
mendengar masalah atau nasib pelajar lemah ini terbela setelah gagal atau hanya mendapat
markah minima dalam peperiksaan utama.
Oleh kerana inilah maka kajian menimbulkan persoalan diskriminasi dunia pendidikan
terhadap pelajar-pelajar lemah ini. Apakah yang terjadi kepada mereka selepas tidak
memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan? Adakah program-program atau
perancangan yang khusus dilakukan untuk pelajar ini? Atau mungkinkah mereka hanya
15

dibiarkan menentukan nasib mereka sendiri? Jika ini benar terjadi maka tidak hairanlah
pelbagai masalah yang berkait dengan dunia remaja semakin berleluasa kini.
Dalam dunia pendidikan negara ini, terdapat perancangan tertentu untuk pelajar yang
kurang menyerlah dalam pelajaran. Jika tidak masakan kerajaan memperkenalkan sekolah
vokasional atau sekolah kemahiran yang lainnya. Namun, berapa ramaikah pelajar lemah
yang berpeluang memasuki sekolah begini? Pasti tidak semua pelajar mempunyai peluang
yang sama untuk memasuki sekolah kemahiran itu. Apa pula yang terjadi kepada pelajar yang
tidak terpilih itu? Ini pastilah menimbulkan persoalan terhadap perlaksanaan dasar-dasar atau
perancangan yang tidak menepati sasaran yang dikehendaki.
Kajian ini memandang, semua anak atau pelajar adalah istimewa. Ini bermakna, tidak
kira mereka itu pandai atau tidak, mereka adalah istimewa. Istimewa di sini pastinya ada
kaitan dengan keupayaan si anak atau pelajar itu. Keupayaan ini tidak semestinya merujuk
kepada keupayaan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Ini juga
bermakna, kita sebagai golongan dewasa hendaklah bijak mengenalpasti keupayaan anak atau
pelajar itu dan seterusnya membangunkan keupayaan tersebut ke tahap tertinggi.
Misalnya, jika pelajar tidak mampu cemerlang dalam pelajaran, maka keupayaan lain
yang dimiliki pelajar tersebut mestilah dikenalpasti. Kemungkinan besar pelajar ini pandai
dalam lukisan atau musik. Maka, kelebihan itulah yang perlu digilap. Inilah yang berlaku
kepada beberapa insan ternama di dunia. Misalnya, siapa yang tidak mengenali Albert
Einstein (14 Mac 1879-18 April 1955). Einstein menghadapi masalah disleksia yang
menyebabkan beliau mempunyai daya ingatan yang tidak baik dan sentiasa gagal menghafal
walaupun satu perkara yang mudah seperti mengingati bulan-bulan dalam satu tahun.
Walaupun Einstein mungkin tidak dapat belajar dengan baik namun sumbangan beliau dalam
dunia saintifik dan teori sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Begitu juga dengan penulis terkenal Agatha Christie (15 September 1890-12 Januari
1976). Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, namun ini tidak menghalang
beliau untuk menjadi kreatif dan belajar untuk menulis. Hasilnya, beliau telah berjaya
menulis pelbagai buku misteri yang terjual sehingga 4 billion naskah di seluruh dunia. Malah
tulisan-tulisan beliau itu telah menjadi sumber ilham ramai penulis muda di seluruh dunia.
Contoh yang disebutkan di atas menunjukkan betapa manusia mempunyai pelbagai
keupayaan dan keupayaan itu perlulah digilap. Dalam dunia pendidikan negara, perbezaan
16

keupayaan ini sememangnya diakui wujud namun sejauhmana usaha-usaha untuk
mengenalpasti dan memupuk perbezaan keupayaan itu dilaksanakan masih lagi menjadi tanda
tanya.
Apa yang sangat diperlukan kini adalah usaha-usaha campur tangan awal (early
intervention) dalam pengenalpastian keupayaan pelajar. Ini haruslah dilakukan seawal
mungkin dan seterusnya kaedah pendidikan yang menjurus kepada keupayaan itu mestilah
dilaksanakan dengan segera. Jika ini dapat dilakukan maka keupayaan semua pelajar dapat
digembeleng dan diarahkan kepada jalan yang baik. Seterusnya ini membuktikan betapa kita
mengiktiraf keistimewaan' yang dimiliki setiap pelajar.

4. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, peperiksaan sememamngnya wadah yang penting bagi menilai tahap
pencapaian pelajar namun ia tidak boleh dilihat sepenuhnya sebagai penanda aras yang jitu.
Peperiksaan yang sedia ada perlu digubal mengikut keupayaan pelajar bagi mengelakkan
berlakunya diskriminisi terhadap pelajar terutama pelajar lemah akademik. Berdasarkan
kajian pemerhatian ini, pelajar yang lemah tidak berminat lansung untuk menjawab kertas
peperiksaan mereka. Ini menggambarkan tahap motivasi mereka rendah dengan keputusan
yang sering gagal dan tahap soalan tidak dapat membantu mereka berfikir. Kekangan-
kekangan ini membawa peperiksaan itu sendiri tidak dapat menilai golongan pelajar ini
dengan telus.
Oleh yang demikian, peperiksaan wajar dimansuhkan bagi menilai setiap potensi pelajar
melalui kerja dan tugasan yang diberikan. Perkara yang utama ialah setiap tugasan yang
diberikan adalah bersesuaian dengan tahap dan minat mereka. Dengan cara ini, secara tidak
lansung potensi setiap pelajar dapat dilihat dan diasah bagi persediaan ke alam pekerjaan.
Kemahiran telah dibentuk dalam alam persekolahan pastinya pelajar dapat
mengaplikasikannya dengan mudah ketika bekerja di luar. Selain itu, motivasi diri pelajar
lemah dapat ditingkatkan dengan kemahiran yang mereka miliki.
Pemansuhan peperiksaan juga memberi senario baru dalam suasana pembelajaran di
sekolah. Ini dapat dinyatakan dengan melihat gaya pembelajaran pelajar yang akan berubah
dari belajar untuk mendapatkan A semata-mata kepada belajar memahami sesuatu ilmu dan
mampu mengaplikasikannya secara nyata. Ilmu yang sebegini dianggap lebih bernilai
17

berbanding hanya tertera di atas kertas peperikaan. Selain itu, objektif guru juga dapat
mencapai ke tahap maksima di mana guru tidak mengejar silibus atas desakan peperiksaan
yang kadang-kadang menyebabkan pembelajaran berjalan dengan cepat walaupun tidak
mendapat pemahaman murid yang maksimum.
Penubuhan Sekolah Teknik & Vokasional ke Kolej Teknikal amat bertepatan dengan
kehendak sekarang terutama kepada pelajar lemah ataupun pelajar yang tidak dapat
menguasai akademik secara lancar. Sebaliknya di dunia realiti ataupun alam pekerjaan pelajar
yang mempunyai kemahiran lebih diutamakan berbanding yang mempunyai kelulusan
peperiksaan yang baik. Perkara ini turut dikatakan sebagai modal insan yang ingin dilahirkan
oleh kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020 dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan manusia seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.


5. RUJUKAN
Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian
Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya?
Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 15.

Amir Hasan Dawi (2009), Sekolah Dan Masyarakat, Tanjong Malim: Quantum Books
Amir Hasan Dawi (2002), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Kedua. Tanjong
Malim: Quantum Books
Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2012), Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Edisi Ketiga. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Norayati A.Rashid.[et. al.], Falsafah dan pendidikan di Malaysia (siri pendidikan guru).
Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah
Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik.
Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak, Malaysia.


18

6. LAMPIRAN

Borang Kaji Selidik
RELEVAN PEPERIKSAAN DIMANSUHKAN DIKAITKAN DENGAN
PENERIMAAN PELAJAR LEMAH WAKTU PEPERIKSAAN: SATU KAJIAN KES

A. Maklumat Asas Responden
i. Umur:.............................................................................................................

Sila tandakan ( / ) dipetak yang disediakan.
B. Pengalaman Mengajar C. Mengajar Sekolah






D. Matapelajaran Mengajar






E. Bidang Pengkhususan







A 1-3 Tahun
B 3-5 Tahun
C 5-10 Tahun
D 10-15 Tahun
E 15 Tahun Keatas
A Bahasa Melayu, Inggeris,Tamil
B Matematik
C Sains
D Pendidikan Moral
E Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
F Pendidikan Seni
G Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik
H Kemahiran Hidup
A Bandar
B Luar Bandar
A Bahasa Melayu, Inggeris,Tamil
B Matematik
C Sains
D Pendidikan Moral
E Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
F Pendidikan Seni
G Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik
H Kemahiran Hidup
19

F. Maklumat Sekolah

i. Maklumat Murid
A 100-500
B 500-1000
C 1000-1500
D 1500 ke atas

ii. Bilangan Guru dan Staff
A 1-50
B 50-100
C 100 ke atas

iii. Bilangan Bilik Darjah
A 1-50
B 50-100
C 100 ke atas

G. Pelajar kelas akhir

i. Bilangan pelajar kelas akhir bagi setiap darjah/tingkatan
A 1-15
B 15-20
C 20ke atas

ii. Latarbelakang pendapatan keluarga majoriti pelajar kelas akhir



iii. Sebab pelajar kelas akhir tidak mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan






Jgkjkjwqwhfklhwqlfhqkjfgjhbcmnxbcvkjdvkldbvjhbdsvkjbh
A Rendah
B Sederhana
C Tinggi
No. Soalan Ya Tidak
A Pelajar tidak membaca soalan
B Pelajar bosan dan tidur
C Pelajar tidak dapat memahami soalan
D Soalan tidak bersesuaian dengan tahap
pelajar

E Pelajar tiada cukup ilmu
F Pelajar malas menjawab soalan
G Soalan berbentuk subjektif
H Soalan berbentuk objektif
I Pelajar kurang penumpuan
J Soalan aras tinggi
K Masa tidak mencukupi
20


H. Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.
c



















Cadangan lain bagi meningkatkan prestasi pelajar kelas akhir semasa peperiksaan:
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
No. Soalan Ya Tidak
A Anda pernah mengajar pelajar kelas
akhir

B Pelajar kelas akhir malas
C Pelajar kelas akhir kurang memberi
perhatian semasa P&P

D Pelajar kelas akhir tidak berminat
belajar

E Pelajar kelas akhir tidak pandai
membaca, menulis dan mengira

F Pelajar kelas akhir baik tingkah lakunya
G Anda dapat menghabiskan silibus bagi
pelajar kelas akhir pada masa yang
ditetapkan

H Pelajar kelas akhir gemar soalan
objektif dalam peperiksaan

I Pelajar kelas akhir tidak suka
peperiksaan

J Adakah pelajar kelas akhir patut dinilai
dengan peperiksaan

K Sesuaikah pelajar kelas akhir diberi
peperiksaan yang sama dengan kelas-
kelas lain.

L Adakah wajar pelajar kelas akhir
diasingkan

M Sesuaikah pelajar kelas akhir diletakkan
bersama dengan pelajar-pelajar kelas
lain

N Adakah pelajar kelas akhir patut diajar
silibus yang berbeza

O Perlukah bentuk soalan diubah untuk
pelajar kelas akhir

You might also like