You are on page 1of 3

SK PUTERI PANDAN 1,

JALAN PERWIRA
55100 KUALA LUMPUR

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN


A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai
2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Taklimat Pentadbir
3. Pengerusi
Pn Noriah Bt Haji Ismail
4. Tarikh 20 September 2012
5. Masa 1.30 Petang
6. Tempat Bilik Mesyuarat SKPP 1
7. Nama Pegawai Pelapor Mohd Faizal bin Abdul Manaf
8. Pegawai IAB Lain yang Hadir

B. Perkara yang Dibincangkan

1. Taklimat Guru Besar Pn Noriah bt Haji Ismail
1.1 Peperiksaan Akhir Tahun bermula 12/10/2012 hingga 18/10/2012. Sehubungan
itu guru-guru diharapkan dapat menghantar kertas soalan sebelum 1/10/2012 ke
pejabat untuk dicetak. Tindakan : Ketua Panitia

1.2 Perancangan aktiviti selepas peperiksaan hendaklah dilaksanakan untuk
mengelakkan murid ponteng disamping guru guru yang berkenaan hendaklah
menyediakan lapoan mengenai aktiviti selepas peperiksaan yang telah dibuat.
Diharapkan juga aktiviti ini mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Tindakan : Guru penyelaras

1.3 Minggu LDP akan diadakan pada minggu pertama cuti akhir tahun melibatkan
guru-guru. Aktiviti minggu LDP ini akan diselangselikan diantara LDP dan
menyuarat. Tindakan : Pn Norsiah

1.4 Nota Minta Ketua Panitia diminta untuk menghantar keperluan pembelian
alatan utuk tahun 2013 dihantar secepat yang mungkin.


1.5 Laporan Dblat
1.6 eG-Tukar Kepada guru yang berkenaan, sila uruskan segera segala keperluan
untuk pertukaran secepat yang mungkin memandangkan tempoh permohonan
yang akan berakhir tidak lama lagi.
1.7 Hari Anugerah Cemerlang (HAC) akan diadakan seperti tarikh yang telah
ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang akan timbul dan
kekangan masa banyak aktiviti yang akan berlangsung.
1.8 Gotong royong perdana telah diubah dari 13/10/2012 ke 20/10/2012 dan cuti
peristiwa sempena gotong royong pada 22/10/2012
1.9 Menjelang 1/1/2013, diharapkan semua guru telah maklum dan bersedia dengan
pelaksanaan PBS dan KSSR. Semasa minggu LDP yang akan datang, sesi
taklimat info terkini KSSR akan diberikan kepada guru-guru.
1.10 Penyemakan buku tulis murid akan bermula dari 30/10/2012 mengikut jadual
yang akan dikeluarkan nanti
2 Taklimat Guru Tadbir & Kurikulum Pn Nor Aida Kamarudin
2.1 Peperiksaan akhir tahun akan dimulakan pada 12/10/2012 dengan dengan mata
pelajaran bukan teras dan berakhir pada hari Khamis 18/10/2012 untuk memberi
laluan kepada sambutan Hari Kanak-Kanak yang akan disambut pada
19/10/2012 seperti yang telah dirancang didalam takwim sekolah. Jadual
penggubal soalan telah dikeluarkan manakala jadual penanda jawapan akan
menyusul kemudian.
2.2 Segala soalan ujian akhir tahun hendaklah diserahkan kepada pentadbir untuk
disahkan pada atau sebelum 1/10/2012. Kertas ini akan mula dicetak pada tarikh
tersebut.
2.3 Guru tahun 1 dan 2 diminta untuk segera mengisi maklumat untuk aplikasi
SPPBS manakala aplikasi SAPS masih belum boleh diisi.
2.4 Semua guru dikehendaki mengambil borang LNPT. Borang ini perlu diserahkan
kembali pada atau sebelum 8/10/2012.
2.5 Pencerapan masih diteruskan. Diharapkan guru-guru yang berkenaan dapat
bersedia.
2.6 Sehubungan dengan pindaan tarikh peperiksaan akhir tahun, menyuarat panitia
akan diadakan semasa minggu LDP semasa cuti persekolahan nanti utnuk
memberi masa untuk guru menyiapkan laporan serta analisa ujian.
2.7 Semua minit serta laporan yang berkaitan dengan kurikulum perlu dihantar dalam
tempoh yang terdekat
2.8 Beberapa orang guru akan dihantar untuk kursus KSSR tahun 3 yang akan
dilaksanakan pada tahun 2013 nanti. Guru yang berkenaan diminta bersedia.
3. Taklimat Guru PK Hem Pn Hajjah Azizah bt Ayub
3.1 Siri menyuarat HEM akan bermula dari 8/10/2012 hingga 16/10/2012. Manakala
untuk mesyuarat induk HEM pula pada 23/10/2012. AJK yang berkenaan diminta
bersedia.
3.2 Sambutan Hari Kanak-Kanak 2013 akan diadakan pada 19/10/2012. Aktiviti yang
telah dirancang termasuklah perhimpunan, tokoh murid, Bintang Selasih dan
persembahan individu. Aktiviti-aktiviti ini dijangka dimulakan pada pukul 7.35 pagi
dan berakhir pada 8.35 pagi. Seterusnya murid akan terlibat dengan jamuan
kelas serta aktiviti dalam kelas yang dikelolakan oleh guru kelas sehingga tamat
waktu persekolahan.
3.3 Pemulangan buku SPBT pada 23/10/2012 untuk tahap 2 manakala 24/10/2012
untuk tahap 1. Penyerahan buku SPBT 2013 pula pada 6/11/2012 untuk tahun 2
& 3 manakala tahap 2 pada 7/11/2012
3.4 Pencalonan pengawas 2013 pada 1/11/2012 hingga 5/11/2012 dan temuduga
pada 24/11/2012. Jamuan perpisahan pengawas pada 8/11/2012.
3.5 Antara aktiviti gotong royong perdana ialah mengecat dewan bestari, tangga dan
mengemas kelas. Aktiviti ini akan ditambah lagi mengikut kesesuaian.
4. Taklimat Guru PK Ko-Kurikulum Pn Sadiah Bt Hj Ismail
4.1 Menyuarat AJK Kerja Perkemahan pada 26/9/2012 nanti.
4.2 Semua laporan dan dokumentasi aktiviti yang berkenaan perlu dihantar secepat
yang mungkin.
4.3 Ucapan tahniah kepada En. Hamdi yang telah mengambil alih tugas Pn. Hasliza
Saad sebagai S/U Ko-kurikulum. Pn Hasliza Saad sedang cuti bersalin.
4.4 Ucapan terima kasih kepada Cik Afifah yang telah mengusahakan uniform untuk
guru.
4.5 Gotong royong mini menanggalkan bendera akan dibuat pada hari Sabtu ini.
Guru guru berkelapangan diharap dapat membantu

5. Ucapan penangguhan pada pukul 2.53 petang.




Disediakan oleh



Mohd Faizal b Abdul Manaf
24/9/2012

You might also like