You are on page 1of 3

Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog ini.


Sekalung ucapan terima kasih atas kesudian kalian menjengah blog ini sebagai
sokongan kepada saya. Untuk maklumat semua, blog ini dibina adalah untuk memenuhi
tanggungjawab saya untuk menyudahkan tugasan KRT3013 Teknologi Maklumat
Sekolah Rendah. Terima kasih juga kerana dengan tugasan yang diberi ini, saya
berjaya membuat blog ini dan diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada
rakan-rakan, ibu bapa dan murid-murid.
Melalui tugasan ini, saya berminat untuk berkongsi tentang mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan UPSR. Untuk pengetahuan semua, Bahasa Melayu Penulisan UPSR
terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu :
a. Bahagian A - Memindahkan maklumat
b. Bahagian B - Menulis Karangan
c. Bahagian C - Membuat Ulasan

Baiklah, pertama sekali saya ingin berkongsi maklumat tentang cara penulisan
Bahagian A. Untuk pengetahuan semua, Bahagian A merupakan bahagian yang
memerlukan murid membina lima ayat berdasarkan gambar, carta, jadual, peta dan
sebagainya. Walau bagaimanapun soalan yang sering diuji dan popular dalam
peperiksaan ialah tulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberi. Berikut merupakan
contoh soalan bahagian A.

Soalan : Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.


Berdasarkan gambar yang diberi, kita perlu meneliti gambar tersebut dan
menyenaraikan kata kerja atauaktiviti yang terdapat dalan gambar untuk memudahkan
kita membina ayat. Antara kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar ialah :

1. Menyusun hadiah
2. Menyapu
3. Menggantung kain rentang
4. Memanjat tangga
5. Menampal gambar
6. Mengangkat podium
7. Menghias pentas
8. Meletakkan pasu bunga
9. Memegang tangga
10. Membetulkan kedudukan sofa

Selepas menyenaraikan kata kerja/aktiviti yang terdapat dalam gambar, barulah kita
membina ayat. Untuk membina ayat, kita perlu membina pelan maklumat supaya ayat
yang kita bina lebih tersusun dan gramatis. Sebagai contoh, mari kita lihat pelan
maklumat yang telah dilengkapkan di bawah ini;


Bil

Siapa /
Watak

Buat apa /
Aktiviti
Keterangan
di mana dengan siapa
guna apa untuk apa
bagaimana pertanyaan lain yang sesuai
1 Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.
2 Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.
3 Mustafa mengangkat
podium
di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah
cemerlang, dibantu oleh Zamri.
4 Mutu dan Sila menggantung
kain rentang
yang bertulis Majlis Anugerah
Kecemerlang pada dinding di hadapan dewan
itu.
5 Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding manakala
Raof memegang tangga yang dipanjat oleh Gary.

Selepas itu, barulah kita bina lima ayat yang lengkap seperti berikut;


Ayat Contoh
1. Aminah dan Lili menyusun hadiah di atas meja yang disediakan dengan berhati-hati.
2. Salina dan Mila menyapu sampah di dalam dewan supaya dewan itu bersih.
3. Mustafa mengangkat podium di atas pentas itu untuk persediaan hari anugerah
cemerlang,
dibantu oleh Ali.
4. Mutu dan Sila menggantungkan kain rentang yang bertulis Majlis Anugerah
Kecemerlang
pada dinding di hadapan dewan itu.
5. Gary memanjat tangga untuk menampal gambar pada dinding itu, manakala Raof
memegang
tangga yang dipanjat oleh Gary.

You might also like