You are on page 1of 48

Peruntukan dan Sumber

Kewangan
Jenis peruntukan dan sumber pendapatan bagi
institusi pendidikan
Teori dan praktis dalam agihan dan penggunaan dana
Menjana pendapatan
Pembiayaan sekolah kerajaan:
peruntukan / bantuan kerajaan,
kutipan yuran dan hasil,
sumbangan dan derma
Sumber utama: Bantuan Perkapita
Pengiraan
Agihan peruntukan
Perbelanjaan yang dibenarkan
Konsep virement
Menjana pendapatan sekolah: keusahawanan
sewaan kantin, kedai buku, fund raising
Maksud pembiayaan sekolah (School funding)
Pembiayaan sekolah kerajaan di luar negara
Teori agihan peruntukan


SUMBER
KEWANGAN
Modal
Pendapatan
Belanjawan
SUMBER MANUSIA
DAN ASET FIZIKAL
Guru
Kakitangan am
Peralatan
Bangunan
PENGGUNAAN
MASA
Kalendar
persekolahan
Jadual kelas
Hari dan waktu
bekerja
PROSES
PENDIDIKAN
Kurikulum, kaedah,
teknologi, latihan







Perkhidmatan
sokongan
Pengalaman
pembelajaran
pelajar
KELUARAN
Pengetahuan
Kemahiran
Sikap

MANFAAT
Tenaga kerja
Warganegara
baik
Individu
seimbang
PELAJAR
Bilangan
Umur
Kebolehan
Akademik
Motivasi

Dana Sekolah
Kerajaan
Derma
Yuran
Sumber lain
DASAR
PENDIDIKAN,
POLISI,
PERATURAN
Kerajaan
PIBG
Politik

Model sistem pengurusan kewangan Knight
Petunjuk
Sumber yang masuk

Maklumbalas dalaman

Maklumbalas luaran
Donated funds
Yuran
Fund raising
Donated
resources
Donated time
Staff
Pelajar
Ibubapa
komuniti
3
Sumber Kewangan Sekolah
1. Bantuan kerajaan
2. Sumbangan orang ramai, NGO, agensi
kerajaan, entiti perniagaan
3. Pendapatan sekolah

KUMPULAN
WANG
SEKOLAH
K.W.
KERAJAAN
K.W.
SUWA
K.W.
ASRAMA
Mengakaun
sumber kewangan sekolah
Bantuan Persekolahan KPM
Peruntukan Belanja Mengurus KPM - 18 jenis bantuan
persekolahan
Merangkumi :
1. peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti pengajaran
2. dan Pembelajaran (P&P) serta operasi sekolah,
3. elaun dan biasiswa kepada murid,
4. bantuan kepada murid miskin
5. bantuan sokongan lain seperti bantuan jaket keselamatan,
kelas dewasa bagi ibu bapa murid Orang Asli dan Penan dan
program susu.
PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA
Sejumlah wang daripada peruntukan belanja
mengurus KPM yang diperuntukkan kepada sekolah
untuk membiayai perbelanjaan pengurusan sekolah.
Tujuan memastikan aktiviti pendidikan mencapai
tujuan dan memenuhi matlamat KPM.
Tuntutan berdasarkan ketetapan yang dijelaskan
dalam surat-surat Pekeliling Kewangan.
Kadar adalah mengikut Surat Pekeliling Kewangan
yang berkuatkuasa.
Lapan jenis bantuan persekolahan
berdasarkan per kapita murid:
1. Bantuan Geran Per kapita (PCG)
2. Yuran Khas Sekolah (YKS)
3. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
4. Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
5. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKA)
6. Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
7. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
8. Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Garis Panduan Mengurus Peruntukan Bantuan
Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid
Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010
1. Jenis dan Kadar Bantuan ke Sekolah
2. Prosedur Tuntutan Awal
3. Prosedur Tuntutan Pelarasan
4. Prosedur Tuntutan bagi Sekolah Baru
Beroperasi
5. Baki Bawa ke Tahun Hadapan
Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah
dalam Pengurusan Peruntukan
Bantuan Persekolah
1. Mengemukakan tuntutan awal dan tuntutan
pelarasan bantuan persekolahan mengikut
tarikh yang ditetapkan;
2. Menyemak peruntukan yang diterima dan
melaporkan penerimaan kepada pihak yang
berkenaan;
3. Mengeluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada
pihak yang menyalurkan bantuan;


1. Menyelenggarakan Buku Tunai Kumpulan
Wang Kerajaan / Asrama;
2. Mengembalikan lebihan peruntukan bantuan
persekolahan (jika ada) melalui cek mengikut
tarikh yang ditetapkan; dan
3. Menguruskan baki bawa ke hadapan dengan
teratur.
Segala tuntutan bantuan yang tidak dituntut atau tidak
dibayar dalam tahun semasa akan luput dan tidak boleh
dituntut pada tahun berikutnya.
Sebarang peruntukan yang telah dipulangkan termasuklah
kes terlebih pulang juga tidak boleh dituntut semula.
Justeru, Pengurus Sekolah bertanggung jawab penuh untuk
menyemak dan memastikan semua pengiraan adalah tepat
Sekolah dinasihatkan untuk menyimpan peruntukan yang
diterima pada awal tahun (tahun semasa) sekurang-
kurangnya 5% atau 100 orang murid (mana lebih rendah)
sehingga bulan Julai tahun semasa supaya tidak terlebih
berbelanja daripada kelayakan yang sepatutnya sekiranya
berlaku pengurangan murid pada tarikh pelarasan dibuat.
Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
1. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan
kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
2. Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua
Bidang / Ketua Panitia dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah
mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta
agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan
dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia dan
peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan
oleh murid sepenuhnya.
Kumpulan PCG
PCG Mata Pelajaran
- Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan
Elektif.

PCG Bukan Mata Pelajaran
Pusat Sumber Sekolah,
Bimbingan dan Kaunseling,
Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas
(LPBT/LPK) Sekolah dan
LPBT/LPK Asrama.
Kategori Kadar PCG
1. Prasekolah
2. Sekolah Rendah
3. Sekolah Menengah Harian/Sekolah Berasrama
Penuh/Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional/Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah
Seni Malaysia
4. Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan
Khas Integrasi (Rendah)
5. Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan
Khas Integrasi (Menengah)
Agihan Peruntukan PCG Mata
Pelajaran Teras
a) 60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Daripada jumlah (a):
40% = Sains
30% = Matematik
30% = Bahasa Inggeris

(b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras
(Agihan ditentukan bersama oleh Pengurus
Sekolah dan Ketua Bidang/Panitia yang berkenaan)
Pindah Peruntukan (Virement)
1. Pengurus Sekolah dibenarkan membuat pindah peruntukan
di antara kumpulan PCG Mata Pelajaran sahaja.
2. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan melainkan
dengan kelulusan Ketua PTJ.
3. Peruntukan yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan
pindah masuk semula atau sebaliknya bagi satu tahun
kewangan.
4. Oleh itu, sebelum pindah peruntukan dibuat, Pengurus
Sekolah hendaklah memastikan baki yang tinggal selepas
pemindahan adalah mencukupi untuk menampung
keperluan sehingga akhir tahun.
5. Pindah peruntukan perlu menggunakan Borang Permohonan
Pindah Peruntukan Bantuan Persekolahan

BIL SEKOLAH KETUA PTJ
1 Sekolah Rendah Harian Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
2 Sekolah Menengah Harian
3 Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh / Sekolah
Kecemerlangan (BPSBP/SK)
4 Sekolah Teknik / Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik
Vokasional (BPTV)
5 Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan (BS)
6 Sekolah Seni Malaysia Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
(BKS)
7 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
8 Sekolah Menengah Pendidikan Khas
9 Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
10 Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
1. Sekolah hanya dibenarkan untuk membeli peralatan,
inventori dan harta modal tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan.
2. Pembelian hendaklah dibincangkan dan dipersetujui
bersama Ketua Bidang/Ketua Panitia dalam mesyuarat
yang dipengerusikan oleh Pengurus Sekolah;
3. Pembelian peralatan ICT dan alat penyaman udara
TIDAK DIBENARKAN menggunakan peruntukan PCG;
dan
4. Semua peralatan, inventori dan harta modal yang dibeli
hendaklah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia.
Syarat Pembelian bagi Peruntukan PCG -
Keperluan Pembelian bagi Pengajaran dan
Pembelajaran
Sekolah Rendah :
Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan
peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata
Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
Sekolah Menengah :
RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG
Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak
termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah).
Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) :
Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG
Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.
Syarat Pembelian bagi Peruntukan PCG
-
Keperluan Pembelian bagi Sekolah
Terhad kepada 5% daripada peruntukan di
bawah komponen LPBT/LPK Sekolah.

Keperluan Pembelian bagi Asrama
Terhad kepada 5% daripada peruntukan di
bawah komponen LPBT/LPK Asrama.
Prosedur Tuntutan Awal
Tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa
hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid
pada 1 Oktober tahun sebelumnya.
Contohnya:
Tuntutan bantuan YKS bagi tahun 2011 hendaklah dipohon oleh
sekolah berdasarkan enrolmen murid di sekolah pada 1 Oktober
tahun 2010.

Permohonan sekolah hendaklah sampai kepada Ketua PTJ masing-
masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober tahun sebelumnya.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Bantuan
Persekolahan/Rendah (Borang TBP/R) bagi murid di sekolah
rendah atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menengah
(Borang TBP/M) bagi murid di sekolah menengah

Apabila permohonan telah diterima, Ketua PTJ hendaklah
mengambil tindakan seperti berikut:
a. Mengunci masuk maklumat tuntutan sekolah ke dalam
Sistem eBantuan (eB) (http://fisu.moe.gov.my) selewat-
lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya; dan
b. Mencetak maklumat tuntutan daripada eB dan
menghantarnya kepada sekolah berkenaan sebagai rujukan.
Selepas daripada tarikh tersebut, akses untuk meminda data
dalam eB oleh Ketua PTJ TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya
terdapat sekolah yang tercicir daripada mengemukakan
permohonan (kecuali sekolah baru beroperasi rujuk Bab D),
ia hanya akan diproses semasa tuntutan pelarasan pada bulan
Julai tahun semasa.
Peruntukan awal tahun akan disediakan berdasarkan maklumat
yang dikunci masuk oleh Ketua PTJ ke dalam eB.
Peruntukan akan disalurkan kepada sekolah melalui
dua (2) kaedah berikut:
a. Dikreditkan terus ke akaun bank sekolah; atau
b. Melalui waran kepada Ketua PTJ sekolah masing-
masing.

Kaedah penyaluran peruntukan dan jenis bantuan
terlibat akan dimaklumkan lebih awal kepada
Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada
15 Disember tahun sebelumnya.
Tindakan Sekolah
1. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP01);
2. Merekodkan jumlah yang diterima ke dalam
Buku Tunai Akaun Sekolah - Kumpulan Wang
Kerajaan / Asrama;
3. Menghantar Borang Maklum Balas Status
Penerimaan Pembayaran Bantuan Persekolahan
Terus Ke Akaun Sekolah (Rujuk Bab G) kepada
Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh 5 hari
bekerja selepas peruntukan diterima.
Prosedur Pelarasan Peruntukan
Pihak sekolah WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan
tahun semasa untuk mengenalpasti
peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah
bagi tahun tersebut.

Pelarasan peruntukan tahun semasa hendaklah dibuat
berdasarkan perbezaan murid pada 1
Oktober tahun sebelum (tuntutan awal) dengan
enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa dan
mengguna pakai asas pelarasan yang ditetapkan.

Semua sekolah perlu mengemukakan maklumat
pelarasan kepada Ketua PTJ masing-masing.
Prosedur Pemulangan Lebihan
Peruntukan Akibat Pelarasan
Definisi Lebihan Peruntukan Tahun Semasa
ialah amaun/jumlah peruntukan bantuan
persekolahan terlebih tuntut oleh pihak sekolah
setelah mengambil kira pelarasan peruntukan
mengikut enrolmen murid pada 1 Julai tahun
semasa.
Lebihan peruntukan bantuan yang telah dikenal
pasti oleh sekolah hendaklah dipulangkan
selewatlewatnya pada 31 Julai tahun semasa.
Kaedah Pemulangan oleh Sekolah
1. Pemulangan kepada Bahagian Kewangan, KPM bagi
bantuan yang diterima terus daripada Bahagian
Kewangan, KPM (cek atas nama Ketua Akauntan,
Kementerian Pelajaran Malaysia); atau
2. Pemulangan kepada Ketua PTJ bagi bantuan yang diterima
daripada Ketua PTJ masingmasing (rujuk Ketua PTJ).

Selain mengemukakan cek, sekolah juga dikehendaki untuk
menyertakan bersama-sama maklumat terperinci mengenai
amaun dan jenis peruntukan yang dipulangkan dengan
mengisi Borang Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan
Persekolahan KPM.
PERINGATAN
Lebihan peruntukan semua jenis bantuan perlu
dipulangkan pada tahun semasa mengikut tarikh
yang telah ditetapkan.
Ia tidak dibenarkan disimpan atau dibelanjakan
oleh sekolah bagi apa-apa tujuan sekalipun.
Sebarang ketidakpatuhan kepada arahan ini,
pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan
tindakan surcaj / tatatertib sepertimana yang
diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta
Tatacara Kewangan 1957.
Baki Bawa ke Tahun Hadapan
1. Peruntukan Bantuan Persekolahan Yang Sepatutnya Diterima
Pada Tahun Semasa ialah sejumlah peruntukan bantuan
persekolahan tahun semasa yang layak diterima oleh sekolah
berdasarkan enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa.
2. Baki Terkumpul Tahun Lalu ialah jumlah baki peruntukan dari
tahun-tahun lalu yang di bawa ke tahun semasa.
3. Baki Peruntukan Bantuan Persekolahan Tahun Semasa ialah
sejumlah peruntukan bantuan persekolahan yang sepatutnya
diterima pada tahun semasa termasuk baki terkumpul tahun lalu
tetapi tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember setelah
ditolak semua tanggungan perbelanjaan.
4. Baki Bawa Ke Tahun Hadapan ialah baki peruntukan bantuan
persekolahan tahun semasa yang di bawa ke tahun berikutnya.
BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN BAGI BANTUAN
GERAN PER KAPITA (PCG) / BANTUAN
MAKANAN ASRAMA (BMA)
1. Pada akhir tahun, baki peruntukan PCG mahupun BMA
tahun semasa yang terdapat di sekolah dibenarkan untuk
di bawa ke tahun hadapan.
2. Walau bagaimanapun, bagi setiap jenis bantuan itu,
amaun yang boleh dibawa adalah terhad kepada
maksimum 5% daripada jumlah keseluruhan peruntukan
yang sepatutnya diterima pada tahun semasa dan baki
terkumpul tahun lalu yang dibawa ke tahun semasa.
3. Sekiranya terdapat lebihan yang terbit daripada baki
setelah ditolak 5%, maka ia hendaklah dikreditkan ke
Akaun Hasil Kerajaan Persekutuan sebelum 31 Januari
tahun kewangan berikutnya.
Formula:
Baki Bawa Ke Tahun Hadapan
= 5% x (Peruntukan Tahun Semasa Layak
Diterima + Baki Terkumpul Tahun Sebelum)
Contoh Pengiraan bagi BMA:
Baki terkumpul 2009 (Dibawa ke tahun 2010) : (a) = RM 18,000
Peruntukan Tahun Semasa Layak Diterima
(Berdasarkan enrolmen 1 Julai) : (b) = RM 215,000
JUMLAH PERUNTUKAN TAHUN 2010 : [ (c) = (a) + (b) ]
= RM 223,000
Katakan Baki Peruntukan Tahun 2010 yang telah dikenal pasti pada
31 Disember 2010
= RM 30,000
Maka amaun maksimum 5% baki dibenar bawa ke tahun 2011
[ 5% x (c) ]
= RM 11,150
Lebihan yang terbit daripada baki iaitu sebanyak
RM18,850 (RM30,000RM11,150)
hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan
sebelum 31 Januari 2011 (tahun kewangan
berikutnya).
Kebenaran Membelanjakan Lebihan
Baki PCG dan BMA Tahun 2011
KPM telah edarkan surat siaran
Penggantungan Arahan pemulangan Lebihan
Baki PCG dan BMA Tahun 2011 kepada Akaun
Hasil Kerajaan (6 Januari 2012)
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)-
A. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah
i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah
serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
iii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan
lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
iv. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada
semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
v. Perolehan Harta Modal adalah tidak dibenarkan.
1. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk
kertas braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera
padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
3. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
4. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains,
taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan
kepada program pengajaran dan pembelajaran.
5. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita
(PCG)- B. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran
1. Penentuan pembelian segala harta modal hendaklah
dibuat oleh Jawatankuasa Khas Peringkat Sekolah
yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar
sahaja.
2. Laporan dan salinan resit bagi setiap harta modal
yang dibeli hendaklah dikemukakan kepada Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) serta salinkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan
pemantauan dan rekod.
3. Pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua
Pusat Tanggungjawab (Pengarah JPN) dan
dikemukakan melalui PPD.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita
(PCG)- B. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran
1. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera
padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
3. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
4. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau
hari persekolahan.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (Pusat
Sumber Sekolah)
1. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,
cakera padat lain-lain yang bersesuaian untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang
boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa
cuti persekolahan atau hari persekolahan.
3. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer
yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran
(Bimbingan Kaunseling)
1. Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut
kelayakan dalam peraturan kewangan yang sedang
berkuatkuasa.
2. Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program
bimbingan dan kaunseling
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran
(Bimbingan Kaunseling)
i. Bayaran bil telefon, air, elektrik, telegram, setem,
internet dan pembetungan. (Sekolah hendaklah
memberi keutamaan bayaran bil utiliti)
ii. Pembaikan kecil bangunan sekolah yang tidak
melibatkan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai.
iii. Penyelenggaraan dan pembaikan perabot dan
peralatan kelengkapan pejabat dan sekolah kecuali
peralatan ICT.
iv. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah
dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran
(LPBT/LPK Sekolah/Asrama)
vii. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
viii. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan
pihak luar atas urusan rasmi.
x. Perolehan harta modal kecuali alat pendingin udara
dan peralatan ICT dengan nilai keseluruhan tidak
melebihi RM5,000.00 setahun adalah dibenarkan.

Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran
(LPBT/LPK Sekolah/Asrama)
ix. Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan
pembinaan) /kesihatan murid/keselamatan sekolah.
xi. Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh
guru/kakitangan sekolah berdasarkan kelayakan
tambang teksi.
xii. Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk
murid-murid dan guru pengiring.
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C.
Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran
(LPBT/LPK Sekolah/Asrama)
PENGIRAAN PCG
KEUSAHAWANAN SOSIAL SEKOLAH
FUND RAISING
TEORI AGIHAN PERUNTUKAN
AMALAN AGIHAN BANTUAN
PERKAPITA - perbincangan
PCG Mata Pelajaran / Bantuan Kokurikulum Sekolah
1. Apakah praktis cara agihan bantuan perkapita yang
dilaksanakan di sekolah anda? Terangkan latar
belakang sekolah anda.
2. Apakah kelebihan menggunakan pendekatan
tersebut?
3. Apakah kelemahan / masalah yang timbul
berdasarkan pendekatan tersebut?
4. Apakah cadangan untuk penambahbaikan?

You might also like