You are on page 1of 2

Tarikh : 1 Oktober 2014

Ruj. Kami : SKDHB 300-8/16(3)



Pegawai Pendidikan Daerah Jasin,
Pejabat Pendidikan Daerah Jasin,
77000 Jasin,
Melaka.
(u.p Unit Pembangunan Sekolah)

Tuan,

PERMOHONAN PENGGANTIAN DAN BAIK PULIH TINGKAP BILIK DARJAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin membuat penggantian dan baik pulih
tingkap naco.Untuk pengetahuan pihak tuan sebahagian besar tingkap di Blok A sudah rosak
dan membahayakan keselamatan murid sewaktu berada di dalam bilik darjah. Sehubungan
itu, pihak sekolah amat berharap agar jasa baik pihak tuan dapat memberi perhatian dan
pertimbangan sewajarnya atas masalah yang kami hadapi ini.

3. Bersama surat ini, pihak kami sertakan lampiran yang diperlukan untuk rujukan pihak
tuan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,




..................................................................




s.k
1. Fail sekolah











ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGGANTIAN TINGKAP
SK DATUK HAJI BAGINDA


ANGGARAN PERBELANJAAN

Tingkap Naco

Bil JENIS KUANTITI
ANGGARAN
HARGA
(seunit)
JUMLAH SUMBER
1. Naco 96 RM 83 RM 7968
Peruntukan
PPD Jasin






GAMBAR TINGKAP-TINGKAP YANG ROSAK
LAMPIRAN 1

You might also like