You are on page 1of 2

BM- SPM 5- Sajak

Dirgahayu Bahasaku

i) Maksud merentas dunia tak bertepi ialah tersebar ke seluruh pelosok
bumi/benua/buana.

ii) Pada pandangan saya, anak-anak harus digalakkan berbahasa Melayu sejak
kecil lagi. Selain itu, pihak berkuasa harus mewajipkan penggunaan bahasa
Melayu pada papan tanda , iklan, drama, filem dan seumpamanya.
Seterusnya, para pemimpin masyarakat harus menggunakan bahasa Melayu
dalam pelbagai situasi.

iii) Antara unsur bahasa yang terdapat dalam sajak ialah metafora,
contohnya lautan bijaksana dan mutiara silam. Selain itu, unsur lain ialah
hiperbola seperti gagah pelautku membelah hutan. Seterusnya , imej alam
digunakan dalam sajak, contohnya penggunaan kata lautan dan pulau.










SPM 5- BM- Sajak
Dirgahayu Bahasaku


1. Bangsa Melayu mengecapi kegemilangan apabila pernah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Pada masa yang sama,
bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa komunikasi(lingua franca)
di kepulauan nusantara. Selain itu, bahasa Melayu turut berperanan
sebagai bahasa penghantar di seluruh Kepulauan Melayu pada abad ke -18.

2. Salah satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu ialah
menjalankan pelbagai jenis aktiviti kebahasaan seperti forum, seminar
dan kolokiam berkaitan bahasa Melayu. Selain itu, pihak media massa
harus menyiarkan banyak artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Seterusnya, semua negara di kepulauan nusantara harus bersepakat dan
bersatu hati bagi memmartabatkan bahasa Melayu sama ada secara lisan
atau bertulis.

3. Antara persoalan yanag terdapat dalam sajak Dirgahayu Bahasaku ialah
persoalan semangat cinta akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda yang
tiada bandingannya. Selain itu, persoalan pengorbanan para pajuang bahasa
Melayu dalam mendaulatkan dan mengembangkan bahasa Melayu ke
seluruh nusantara, Seterusnya, persoalan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu dan alat wahana(saluran/perantaraan) perpaduan masyarakat
serantau.

You might also like