You are on page 1of 80

HIMPUNAN CADANGAN SOALAN DAN JAWAPAN

SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014














DISUSUN OLEH:
CKGRMY KSAH
ALOR SETAR













TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah
diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Cadangan soalan dan jawapan Guru-guru daerah Sabak Bernam

Aspek Perincian Markah
Pengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markah
Isi dan
huraian
2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah
3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi berparlimen)

(i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.
a. Keluhuran perlembagaan
b. Kepentingan perlembagaan
c. Pindaan Perlembagaan

(ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut
Perlembagaan Malaysia.

(iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep
pengasingan kuasa.
a. Badan Perundangan
b. Badan Pelaksana
c. Badan Kehakiman

(iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil
b. Proses Pilihan Raya
c. Syarat calon dan pengundi

30 markah
4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang
mengamalkan demokrasi berparlimen.

10 markah
5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah
6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran tersebut.

10 markah
7. Nilai-nilai murni. 5 markah
Kesimpulan

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih
harmoni dan stabil.

5 markah
1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah )

Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja
Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi
berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia
ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah )

1. PERLEMBAGAAN
Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri
daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju
pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16
September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan
seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi
Yang di Pertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan
Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri.

2. RAJA BERPERLEMBAGAAN
Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.
Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan
dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas
nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara
tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan
Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri
secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia.

3. KUASA PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

4. PILIHAN RAYA
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada
peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan
prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri
penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
5. PARTI-PARTI POLITIK
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk
mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-
ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli -ahli
parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingan
kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum
Cina dan pati MIC mewakili orang India.


3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.

a ) Keluhuran perlembagaan
b ) Kepentingan perlembagaan
c ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah )
a) Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan
Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang
yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan
Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di
luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah
berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

b) Kepentingan perlembagaan

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam
menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin
memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak
perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat
patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang
yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara
25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika
terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh
ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan
memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-
undang.

Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan
Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan
dan perdagangan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Pekara 153
tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan
kaum-kaum lain.

Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi
rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara
ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh
Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang
pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak
dan Sabah.

c) Pindaan Perlembagaan

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini
bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa
relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan
sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat
dengan rela hati.

Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan
termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak
istimewa orang Melayu.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang
sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk
memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di
negara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti
(kekebalan) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada
kesalahan jenayah.

Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan
persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-
Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,
kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong, Raja-
raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.

Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan
kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah
keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak
dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan
dari Sarawak dan Sabah.

Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara
perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan

Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang
boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74,
parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut
dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh
membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian
atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.


4. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia.
( 30 markah )
Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara
dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan
Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan
sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan
raja-raja Melayu.

Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai
kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa
melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
nasihat Perdana Menteri.

Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-undang
X jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga
orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab
melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA
mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.








3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa.
a. Badan Perundangan
b. Badan Pelaksana
c. Badan Kehakiman ( 30 markah )

a. Badan Perundangan
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-
undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada
Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara
Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang
ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiri
daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam,
bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar
Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihanraya. Senator memegang jawatan bagi
tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan
ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat
Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua
kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal
dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang
digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta, manakala yang digubal Dewan Undangan
Negeri dinamakan Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan
Sarawak dinamakan Ordinan.

b. Badan Pelaksana

Kabinet (Jemaah Menteri)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet
ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Kementerian
Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita.
Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab
dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu
oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri
yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.


Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Pada
peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian
dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai
perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan
tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan Kerajaan

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada
kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Badan Berkanun

Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga
pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka
mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran
dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).

Suruhanjaya
Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantau
disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan.

c. Badan Kehakiman

Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil
berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan
pelaksana. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah
pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh
meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau
parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid. Melalui sistem
ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh
membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat tanpa
sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam
politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu oleh
pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada
pada peringkat negeri atau persekutuan.
a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil
b. Proses Pilihan Raya
c. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah )

a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil

Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya umum atau
pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha
yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu
oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan
dasar SPR. Tujuaannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan
negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah
pula di adadakan secara berasingan.

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal -
hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya
kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi
Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

b. Proses Pilihan Raya

Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan
pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding
menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh
berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan
tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang
mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih ditempat pengundian. Pembuang
undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada kertas undi dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian,
pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan
pilihan raya pada hari tersebut.

c. Syarat calon dan pengundi

Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan
undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak
kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama
parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas
penamaan calon pada hari penamaan calon.

Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21
tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya,
dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya
boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan
membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka
terdaftar sebagai pengundi.


4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi
berparlimen.
( 10 markah )
Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kita
seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawab
sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormati
prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Ibu
bapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyat
haruslah setia kepada raja dan negara.
Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing
dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membina
hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersedia
menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.


5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @
Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @
Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.
( 10 markah )
Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat
memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masa
yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduan
antara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga dapat diteruskan.
Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan pandangan
masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga
akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin.
Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar
bandar serta pedalaman dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat
melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri.

6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
( 10 markah )
Contoh Jawapan 1
Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu
perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku.
Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab
sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap
keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta
akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini.

Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai
murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan
terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak
bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang
tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang
melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan
sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan
program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.

Contoh Jawapan 2
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah
pengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat.
Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat
palsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan
mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar
kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-Raja
Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza
di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar
jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih
bersifat perkauman daripada kepentingan rasional.

Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-
undang yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran
maklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu atau
pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap
penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia
melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber
ekonomi yang adil dan saksama antara kaum.

Contoh Jawapan 3
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik
perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi
manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-
burukkan nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan
jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif
daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan
mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan
dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan
menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan
individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah
mengatasi cabaran tersebut.


7. Nilai-nilai murni. ( 5 markah )
Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen
adalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada
pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara.
Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh
kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan
bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan
diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan
bersama.

8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.
( 5 markah )
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan
sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan
memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk
kerajaan yang mantap.

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan
disegani di persada dunia.






















Pulau Pinang
Aspek Perincian Markahp
Pengenalan 1. Pengertian perlembagaan. 5 markah


Isi dan Huraian
2. Kepentingan perlembagaan 15 markah
3. Proses pindaaan perlembagaan
(a) Kaedah pindaan Perlembagaan





















Kesimpulan


(b) Perkara pindaan Perlembagaan
(c) Perkara yang tidak boleh dipersoalkan
dalam Perlembagaan

20 markah
4. Institusi Raja Berperlembagaan
(a) Yang di-Pertuan Agong
(b) Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
20 markah
5. Pengaruh Islam dalam institusi pemerintahan
beraja
10 markah

6. Keunikan pemerintahan beraja dalam sistem
demokrasi di Malaysia
10 markah
7. Cabaran yang dihadapi untuk mengekal dan
mempertahankan institusi beraja serta langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh daripada pengamalan
sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.
5 markah

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah
dibincangkan
(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh
daripada prinsip kedua Rukun Negara
iaitu kesetiaan kepada raja dan Negara.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara
Malaysia cemerlang dan terbilang

5 markah

1. MAKSUD / PENGERTIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya
terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963
dan mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti
senarai kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian
kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.
2. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Kepentingan perlembagaan adalah untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin
kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.
Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara
lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan
identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki
harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong
dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di
Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau
bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan
berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan
utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem
pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan
Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Hal ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh
Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada
tahun 1963.



3. PROSES PINDAAN PERLEMBAGAAN
A. KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN
Kaedah Pindaan Perlembagaan yang pertama ialah berdasarkan persetujuan majoriti lebih suara
dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Kaedah Kedua berdasarkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan
kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
Kaedah Ketiga pula berdasarkan persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen manakala
Kaedah Keempat pula berdasarkan persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.
B. PERKARA PINDAAAN PERLEMBAGAAN
Perkara-perkara pindaan bagi kaedah pindaan pertama melibatkan tugas dan kuasa Majlis Raja-
Raja Melayu dan kewarganegaraan. Selain itu, ia juga berkaitan dengan keutamaan Yang di-
Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri. Ia juga
melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta
perubahan sempadan negeri.
Pindaan perlembagaan dalam kaedah kedua melibatkan keanggotaan dan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Ia juga merangkumi hak dan kuasa kepada Kerajaan
Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah iaitu
dalam Akta Imigresen 1961. Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama,
bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah juga merupakan
perkara pindaan Kaedah Kedua.
Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan adalah merupakan
perkara pindaaan Kaedah Ketiga.
Pindaan perlembagaan dalam Kaedah Keempat ialah pindaan jadual 2, 6 dan 7, bahagian 111
tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
serta persempadanan pilihan raya.
Perkara pindaan dalam Kaedah Keempat juga melibatkan pindaan Perkara 74 dan 76 dalam
Perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang
mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama
juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan
Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Selain itu, pindaan perlembagaan dalam Kaedah Keempat juga terkandung dalam Perkara 76
iaitu Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan
pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana
negara lain.
C. PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN DALAM
PERLEMBAGAAN
Perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan ialah perkara-perkara sensitif yang
melibatkan pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa
orang Melayu.
Parlimen juga telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif
yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.
4. INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN
A. YANG DI-PERTUAN AGONG
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong
merupakan tonggak negara dan ketua ulama negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong
merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana
Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam
perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada
sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
B. BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa mengikut Perlembagaan Malaysia iaitu
sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu Badan
Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga ialah baginda merupakan Ketua Angkatan Bersenjata
dan baginda juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang-orang
Melayu. Di samping itu, baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-
Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa
budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Selain itu, baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana
Menteri.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang lain ialah boleh mengisytiharkan undang-undang
darurat di bawah Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Perkhidmatan Awam. Selain
itu, baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi
persekutuan. Baginda juga mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara
kita.
5. PENGARUH ISLAM DALAM INSTITUSI PEMERINTAHAN BERAJA
Pengaruh Islam dalam institusi beraja ialah peranan raja dan institusi raja dalam penyebaran
agama Islam dan mempertahankan cara hidup Islam. Raja-raja Melayu mempunyai peranan
yang sangat besar iaitu ketua agama Islam bagi negeri masing masing. Fakta Sejarah
membuktikan, apabila raja sesebuah negeri memeluk agama Islam, rakyatnya akan mengikuti
jejak langkah raja tersebut memeluk agama Islam. Raja-raja juga didapati telah menggunakan
peluang memerintah untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan mengikut hukum syarak, antaranya
adalah mendaulatkan undang-undang Islam. Raja-raja boleh memerintahkan agar diadakan
pelbagai peraturan yang berkaitan dengan agama seperti menubuhkan sebuah majlis agama Islam
yang berfungsi sebagai penasihat kepada raja raja Melayu terhadap perkara-perkara yang ada
kaitannya dengan hukum hakam agama. Raja-raja Melayu mempunyai hubungan rapat dengan
para pembesar negara dalam kalangan ulama. Hal ini membuktikan institusi beraja menerima
pengaruh agama Islam. Pengaruh Islam juga dapat dilihat dalam istilah-istilah Islam yang pernah
digunakan kepada raja raja Melayu. Contohnya ialah istilah al-muttawakkil yang tertulis pada
dinar emas yang dijumpai di Kelantan pada tahun 1914. Al-Muttawakkil adalah gelaran raja
yang bermaksud orang yang bertawakkal iaitu bertawakal kepada Allah s.w.t. Hal ini
menjelaskan bahawa al-Muttawakil adalah gelaran kepada seorang raja yang pernah memerintah
kerajaan Islam di Kelantan pada abad ke-12. Selain itu, raja-raja mempunyai gelaran lain yang
berunsurkan Islam seperti Sultan, Syah dan khalifah. Penggunaan khalifah dijumpai dalam
Hukum Kanun Pahang.
6. KEUNIKAN PEMERINTAHAN BERAJA DALAM SISTEM DEMOKRASI DI
MALAYSIA
Keunikan intitusi beraja adalah merupakan simbol ketamadunan bangsa yang diwarisi sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, institusi beraja juga adalah unik kerana jawatan
raja sebagai ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong adalah dilantik dalam kalangan sembilan
sultan atau raja yang memerintah negeri dan bertukar mengikut giliran. Hal ini juga
melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi. Di samping itu , Yang di-Pertuan
Agong adalah individu yang terutama di Malaysia dan pelantikan baginda adalah dipilih oleh
sembilan raja-raja Melayu pada persidangan Majlis Raja-raja Melayu untuk tempoh lima tahun.
Takhta Yang di-Pertuan Agong adalah kekal walaupun rajanya silih berganti dan sistem
pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah diamalkan oleh mana- mana negara di
dunia. Keunikan pemerintahan beraja juga berkaitan dengan kesalahan dibawah mana-mana
undang-undang, Yang di-Pertuan Agong akan dibicarakan di mahkamah khas yang dibentuk oleh
Majlis Raja-raja. Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa perundangan, pemerintah dan kehakiman.
Institusi pemerintahan beraja dalam sistem demokrasi di Malaysia amat unik kerana baginda juga
berkuasa mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.
Keunikan pemerintahan beraja di Malaysia juga dapat dilihat melalui cara berpakaian iaitu warna
kuning yang merupakan warna diraja dan bertutur dalam bahasa istana. Selain itu, baginda juga
mempunyai lambang-lambang kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar
dan nobat.


7. CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MENGEKAL DAN
MEMPERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA SERTA LANGKAH UNTUK
MENGATASI CABARAN TERSEBUT
A) CABARAN
Cabaran yang dihadapi untuk mengekal dan mempertahankan institusi beraja ialah raja sebagai
simbol perpaduan rakyat dan raja juga sebagai tempat taat setia rakyat. Selain itu, mengekalkan
raja sebagai lambang keutuhan negara dan memelihara kesucian agama Islam. Disamping itu,
cabaran yang dihadapi ialah tanggungjawab baginda mengekalkan keharmornian dan lambang
penyatuan orang Melayu. Media massa juga bertanggungjawab memainkan isu yang
memperkotak-katikkan institusi beraja.
B) LANGKAH
Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah memupuk semangat cinta akan raja dalam
kalangan murid melalui lawatan ke muzium diraja. Selain itu, mengambil tindakan undang-
undang yang tegas terhadap mana-mana individu yang menggunakan medium media massa
untuk mempertikaikan kredibiliti raja-raja Melayu. Di samping itu, melibatkan pihak istana
dalam setiap program kerajaan bagi mendekatkan rakyat dengan istana melalui projek kembara
diraja. Raja juga haruslah bijak berkomunikasi dalam ucapan-ucapan rasmi bagi membuktikan
kewibawaan baginda. Raja juga hendaklah mempunyai pegangan agama kukuh dan menjadi
imam bagi mengekalkan peranan raja dalam memelihara kesucian agama Islam.
8. IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM RAJA
BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
Iktibar yang diperoleh daripada pengamalan sistem raja Berperlembagaan di Malaysia ialah
dapat menjamin kedaulatan negara. Selain itu negara akan mencapai kestabilan politik.
Pengamalan raja Berperlembagaan juga dapat menjamin peningkatan ekonomi. Negara juga akan
dihormati oleh negara-negara luar. Selain itu, perpaduan dapat dijalinkan antara masyarakat
pelbagai kaum malah dapat melicinkan pentadbiran negara dan undang-undang dapat
didaulatkan.




9. KESIMPULAN
(a) Pengetahuan
(b) Nilai Murni
(c) Harapan

Kesimpulannya, antara pengetahuan yang saya peroleh ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
merupakan tonggak keagungan Malaysia dan juga simbol perpaduan rakyat sejak merdeka
sehingga kini. YDPA dipilih daripada kalangan sembilan raja-raja Melayu secara bergilir-gilir
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis,
Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. Selain daripada memberi keseimbangan
kepada raja dan rakyat yang dinaungi raja, YDPA juga membantu memantapkan kewibawaan
institusi beraja di Malaysia.

Seterusnya, nilai murni yang diperoleh daripada prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan
kepada raja dan negara ialah rakyat haruslah taat dan setia kepada raja agar keamanan negara
terjamin. Selain itu, rakyat akan menghormati pemimpin-pemimpin negara supaya pembangunan
negara bertambah mampan. Selain itu, raja yang adil dan saksama dapat menjamin perpaduan
kaum di negara ini. Seterusnya wujud sikap saling hormat-menghormati antara raja dan rakyat
agar hak-hak rakyat terjamin dan institusi raja kekal berdaulat.

Akhir sekali, harapan saya semoga pengamalan sistem raja berpelembagaan di negara kita terus
terpelihara dan dihormati. Hal ini penting kerana negara kita terdiri daripada masyarakat
pelbagai kaum yang memerlukan satu simbol atau tonggak perpaduan.











Aspek Perincian Markahp
Pengenalan 1. Pengertian Demokrasi Berparlimen 5 markah
2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di
Malaysia
15 markah

Isi dan Huraian



















Kesimpulan


3. Ciri-ciri badan pentadbiran
a) Badan Perundangan (Legislatif)
b) Badan Pelaksana (Eksekutif)
c) Badan kehakiman (Judisiari)
20 markah
4. Pengagihan kuasa pentadbiran di
Malaysia
a) Negara Persekutuan
b) Kerajaan Persekutuan
c) Kerajaan Negeri
20 markah
5.Peranan rakyat Malaysia untuk
mengekalkan sistem Demokrasi
Berparlimen.
10 markah

6. Keistimewaan/Manfaat/Kebaikan yang
diperoleh melalui pengamalan sistem
Demokrasi Berparlimen.
10 markah
7. Cabaran yang dihadapi untuk dalam
mengekalkan demokrasi Berparlimen dan
langkah/usaha untuk mengatasinya.
10 markah
8. Iktibar yang diperoleh daripada sistem
Demokrasi Berparlimen
5 markah
9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah
dibincangkan
(d) Pengetahuan yang diperoleh
(e) Nilai-nilai murni yang diperoleh
daripada amalan sistem demokrasi
Berparlimen
(f) Harapan menjadikan bangsa dan
negara Malaysia cemerlang dan
terbilang.

5 markah

1. MAKSUD / PENGERTIAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya
terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan
sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintah yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh
Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja yang mana kerajaan diketuai oleh
presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi
Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada
melalui pilihan raya.

2. JELASKAN CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Demokrasi berparlimen dapat dibahagikan kepada beberapa ciri utama iaitu
Perlembagaan, Raja berperlembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa Pemerintahan, Parti-parti
politik dan Kebebasan Asasi. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen lahir yang
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan negara.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang terkandung peraturan dan
prinsip sebagai panduan untuk kerajaan menjalankan atau melaksanakan kuasa pentadbiran. Parti
politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan ini akan menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada
16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara. Perlembagaan mengandungi pelbagai
peruntukan seperti Senerai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang Dipertuan
Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Malaysia membahagikan kuasa
kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang. Keluhuran perlembagaan mengatasi
Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Mana-mana undang-undang
yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan
Persekutuan juga memperuntukan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang
diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap
undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan mempunyai beberapa kepentingan, antaranya menjamin kestabilan dengan
menentukan rangka dan bentuk pentadbiran. Perlembagaan memastikan kecekapan, kejujuran,
keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Pemimpin
memerlukan panduan semasa menjalankan pentadbiran agar menepati kehendak perlembagaan
dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada negara contohnya Perkara 24 dan Perkara 25. Tujuannya bagi memastikan rakyat
memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air. Perlembagaan juga memastikan hak asasi dan
kebebasan rakyat seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perlembagaan juga
menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Selain itu perlembagaan berkepentingan sebagai rujukan
utama semasa menggubal undang-undang persekutuan dan negeri. Ini dilakukan bagi
memastikan tidak akan berlaku perbalahan. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kedudukan
hak istimewa orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan. Perkara ini
dilakukan sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sejak kita mencapai kemerdekaan pada 1957 Pindaan Perlembagaan telah dilakukan
beberapa kali. Tujuan pindaan perlembagaan adalah melindungi kepentingan rakyat, menjaga
keselamatan negara dan melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda dari masa
ke masa agar sentiasa releven dan memenuhi keperluan semasa. Tujuan pindaan juga bagi
memastikan undang-undang munasabah dan kandungannya dipatuhi rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Antara perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai asama rasmi. Pindaan ini dilakukan
bertujuan memelihara keselamatan, ketenteraman dan juga keharmonian masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Bagi meminda perlembagaan terdapat beberapa kaedah yang perlu dipatuhi.
Kaedah pertama memerlukan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan
persetujuan Majlis Raja-raja, antara perkara yang tersenarai ialah kewarganegaraan dan
perubahan sempadan negeri. Manakala kaedah kedua pula memerlukan persetujuan majoriti
lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan
Sabah. Antara kaedah yang memerlukan perkara tersebut ialah keanggotaan dan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Kaedah seterusnya adalah kaedah ketiga di mana
kaedah ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen. Kaedah terakhir adalah
kaedah keempat yang hanya memerlukan persetujuan lebih suara dewan parlimen.
Ciri lain demokrasi berparlimen ialah Raja Perlembagaan. Raja Perlembagaan merupakan
ciri unik yang hanya terdapat di negara kita. Raja Perlembagaan bermaksud sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak
berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Semasa bertugas baginda
tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu. Yang di-Pertuan Agong dipilih
secara bergilir-gilir mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Yang di-Pertuan
Agong ialah sebagai Ketua Negara, Ketua Tertinggi Angkatan Tentera serta memanggil dan
membubarkan Parlimen. Sistem ini merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kita
mencapai kemerdekaan.
Kuasa Pemerintahan juga merupakan satu ciri lain demokrasi berparlimen. Negara kita
mengamalkan konsep pengasingan kuasa di mana kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga
cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Fungsi badan
perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan rakyat dan Dewan negara.
Dewan Negara juga dikenali sebagai senat dan terdiri daripada 69 orang ahli yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala dewan rakyat terdiri daripada 219 ahli yang
mewakili rakyat. Mereka dipilih melalui satu proses iaitu pilihan raya. Undang-undang yang
dibuat di Parlimen dinamai Akta manakala Enakmen dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
kecuali di Sabah dan Sarawak dinamai sebagai Ordinan.
Badan pelaksana adalah badan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Badan
pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri
dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Terdapat juga
badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Manakala suruhanjaya pula
ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin
kakitangan perkhidmatan awam
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit manakala perkara
jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang juga mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri di negara
kita. Sistem mahkamah di negara kita disusun mengikut hieraki piramid. Semua hakim di negara
ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Pilihan raya juga merupakan satu ciri demokrasi berparlimen. Pilihan raya adalah proses
memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan akan direkodkan. Calon yang mendapat undi
terbanyak di kira menang dan ini dikenali sebagai majoriti mudah. Suruhanjaya Pilihan Raya
adalah badan yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia. Pilihan raya terdiri daripada pilihan
raya umum dan juga pilihan raya kecil. Semua warganegara Malaysia yang berdaftar dan layak
boleh mengundi dalam pilihan raya bagi memilih wakil mereka.

3. TERANGKAN CIRI-CIRI BADAN PENTADBIRAN BERIKUT:
A) BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara merupakan
dewan tertinggi dan mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar senator dan mereka
dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan selama 3
tahun dan mesti berumur sekurag-kurang 30 tahun. Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen.
Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang mana senator telah
memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu. Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli. Tempoh jawatan ahli Dewan
Rakyat adalah lima tahun. Tugasnya adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-
undang yang dibuat Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah
dinamai Ordinan.
B) BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah
menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua pekara. Perdana Menteri merupakan Ketua
Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang
serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Terdapat 26 buah
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua pekara. Setiap kementerian diketuai seorang
Menteri dan dibantu timbalan menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Perkhidmatan Awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat
kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua
kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai badan berkanun.
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.
Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah
Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini
mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan
program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan
Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
C) BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah
pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-
undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Badan kehakiman juga
berkuasa mentafsir Perlembagaan Perekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah telah
diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang
bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda
undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem
Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau
kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat
rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat
dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya, supaya hakim dilindungi daripada pengaruh
politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang
kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi pendakwaraya atau peguambela
bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman
4. HURAIKAN / TERANGKAN PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN DI
MALAYSIA
A) NEGARA PERSEKUTUAN
Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah
negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam
Perlembagaan Malaysia. Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada 3
iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebagai contoh Senarai
Persekutuan merangkumi pertahanan, keselamatan dalam negeri dan kewangan. Senarai Negeri
merangkumi Undang-Undang Islam, tanah dan kerajaan tempatan. Manakala Senarai Bersama
adalah kebajikan sosial, biasiswa dan taman negara.
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan
mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan
kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai
Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam
bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
B) KERAJAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada kerajaan Persekutuan
berhubung dengan pentadbiran negara. Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek
perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Badan
pelaksana atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut perlembagaan Persekutuan kuasa
eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kabinet atau jemaah
Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan
Agong. Jemaah Menteri ini di ketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli
Dewan Rakyat.
C) KERAJAAN NEGERI
Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif
itu terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri
dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
Urusan pentadbiran peringkat negeri terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di
Semenanjung, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli
DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai
Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar
pentadbiran negara pada peringkat negeri.

5. PERANAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGEKALKAN SISTEM
DEMOKRASI BERPARLIMEN.
Rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengekalkan sistem
demokrasi berparlimen. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah menjalankan
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia seperti keluar mengundi pada hari pilihanraya
diadakan, mengamalkan prinsip Rukun Negara dan menghormati lambang-lambang negara. Di
samping itu, rakyat Malaysia juga perlu patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
negara. Contohnya menghargai hak asasi setiap warganegara, menghormati adat resam dan
agama kaum lain serta mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.
Selain itu, sebagai rakyat Malaysia, kita juga perlu taat dan setia kepada raja dan negara.
Contohnya menghormati institusi kesultanan dan tidak mengkritik institusi tersebut secara
terbuka seperti yang berlaku dalam media sosial pada hari ini. Seterusnya, rakyat Malaysia juga
dilarang membocorkan maklumat dan rahsia negara kepada negara luar. Kita juga boleh
mengamalkan semangat cinta akan negara bagi memastikan sistem demokrasi berparlimen di
negara ini terus terpelihara. Hal ini kerana, dengan menghayati sejarah negara, rakyat Malaysia
akan sentiasa bersyukur dan mengutamakan kepentingan negara. Oleh itu, kita akan sentiasa
berusaha mempertahan negara dari anasir asing yang cuba mengganggu gugat sistem
demokrasi berparlimen yang telah merealisasikan keamanan yang dinikmati selama ini.

6. KEISTIMEWAAN / MANFAAT / KEBAIKAN YANG DIPEROLEH MELALUI
PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pengamalan sistem demokrasi berparlimen memberi pelbagai manfaat untuk
kesejahteraan rakyat Malaysia. Kewujudan pilihan raya yang dijalankan lima tahun sekali dan
dikendalikan secara telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membolehkan kerajaan yang
adil dapat dikekalkan. Di samping itu, rakyat juga diberi hak untuk memilih pemimpin yang
disukai. Hal ini, dapat menjamin keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.
Selain itu, pemilihan Yang di-Pertuan Agong daripada sembilan raja-raja Melayu setiap
lima tahun hanya wujud di Malaysia memperlihatkan keistimewaan amalan demokrasi . Malah
sistem raja berperlembagaan dapat mempertahankan warisan kesultanan Melayu yang telah
wujud sejak abad ke 16 lagi.
Sistem pengasingan kuasa yang diamalkan membolehkan wujudnya sistem timbang tara
yang dapat mengimbangi kuasa pemerintahan dalam pentadbiran kerajaan. Hal ini akan
menjamin sistem pentadbiran negara yang cekap . Malah amalan demokrasi berparlimen juga
mengelakkan salah guna kuasa antara ketiga-tiga badan pentadbiran iaitu badan
perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman..
Kebebasan asasi yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen memberi peluang
kepada rakyat untuk hidup secara harmoni dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan warganegara. Hak asasi setiap rakyat terjamin dalam perlembagaan Malaysia yang
menyeluruh. Secara tidak langsung amalan demokrasi berparlimen ini akan melahirkan rakyat
yang taat dan setia serta sentiasa berusaha untuk kesejahteraan negara.

7. CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGEKALKAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN DAN LANGKAH /USAHA UNTUK MENGATASINYA
A) CABARAN
Cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan demokrasi berparlimen Malaysia berkait
rapat dengan sejarah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkan
kepelbagaian adat resam, budaya dan agama. Kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan
Malaysia seringkali dipersoalkan oleh segolongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan hak
sedia ada. Sebaliknya mereka mendesak diberikan kebebasan mutlak yang diperjuangkan seperti
hak-hak bersuara dalam mencapai demokrasi permuafakatan dengan berkumpul dan
mendirikan persatuan, di samping rule of law dan sebagainya.
Malah terdapat golongan yang sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti hak
keistimewaan orang Melayu dan kaum peribumi. Ketidakpuasan hati ini dipamerkan melalui
perhimpunan haram, demonstrasi jalanan dan sebagainya dianjurkan oleh pihak berkepentingan.
Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga datang daripada kewujudan parti
politik yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman. Percaturan kuasa yang diamalkan oleh
parti politik dalam menunjukkan kuasa dan pengaruh di negeri-negeri tertentu juga menyebabkan
pilihan raya kecil lebih kerap dijalankan sejak pilihan raya tahun 2008.
Selain itu cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga berpunca daripada media
massa alternatif seperti facebook, twitter dan lain-lain media alternatif lain. Kepantasan sebaran
maklumat berbaur perkauman dan anasir negatif tanpa tapisan dan tidak diketahui sumber dan
asas kebenarannya boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

B) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN DI ATAS.
Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah rakyat Malaysia perlu
menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. Dengan penghayatan mendalam terhadap Rukun
Negara, akan dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara, justeru rakyat akan sentiasa
berusaha mempertahankan negara.
Seterusnya, pengenalan Gagasan 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan juga merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
cabaran-cabaran di atas. Gagasan ini mementingkan asas keadilan untuk semua kaum. Oleh itu,
nasib semua kaum akan terbela dan tidak ada pihak yang dipinggirkan. Hal ini seterusnya akan
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warganegara.
Langkah yang seterusnya ialah pengenalan Akta Keharmonian Nasional yang akan
menggantikan Akta Hasutan 1948 juga dapat menangani cabaran- cabaran di atas. Antara
peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini akan memberi penekanan kepada pemupukan
semangat harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa dan agama. Hal ini membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang
menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Pengenalan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga dapat mengatasi cabaran yang
digariskan di atas. Dua peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 211 dan Seksyen 233 yang
membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang menyalahguna media
sosial untuk tujuan merendah-rendahkan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Akhir sekali, pemahaman yang mendalam mengenai sistem demokrasi berparlimen yang
diamalkan di negara ini boleh diterapkan dalam sukatan mata pelajaran tertentu pada peringkat
sekolah lagi. Contohnya, dalam mata pelajaran sejarah dan pendidikan sivik dan
kewarganegaraan. Kefahaman yang jitu terhadap amalan demokrasi berparlimen dalam kalangan
rakyat di negara ini membolehkan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan adil dan telus.

8. IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA SISTEM DEMOKRASI
BERPARLIMEN
Antara iktibar yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen ialah pengasingan
kuasa dapat melahirkan sebuah kerajaan yang cekap dan adil kepada rakyat. Oleh itu, kebajikan
dan hak rakyat Malaysia akan sentiasa terbela. Seterusnya kerjasama antara pemimpin dan
rakyat juga sangat penting demi merealisasikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
negara. Di samping itu, pemimpin negara harus bijak mengendalikan jentera pentadbiran agar
negara terus maju dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju
yang lain. Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat juga sangat penting untuk memastikan
agenda negara dapat dilaksanakan dengan adil dan telus. Akhir sekali, rakyat Malaysia harus
bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan harmoni hasil keberkesanan sistem demokrasi
berparlimen yang dilaksanakan di negara kita.

9. KESIMPULAN
a) Pengetahuan
b) Nilai murni
c) Harapan
Kesimpulannya antara pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia merupakan
sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Hal ini
bermaksud, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan pemerintahan iaitu badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Dalam hal ini, sokongan dan bantuan yang
dihulurkan rakyat sangat penting untuk menjamin kelicinan pentadbiran negara.
Seterusnya nilai murni yang diperoleh ialah rakyat haruslah terus mendokong dasar
kerajaan agar aspirasi negara dapat direalisasikan. Selain itu, pemimpin negara juga bersikap
amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kesejahteraan rakyat.
Taat setia yang ditumpahkan oleh rakyat Malaysia dari dulu hingga kini juga telah melahirkan
sebuah negara yang maju dan berdaulat.
Akhir sekali, harapan saya semoga sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di
negara kita terus terpelihara. Hal ini penting kerana kestabilan yang dinikmati hasil pelaksanaan
sistem tersebut sangat penting bagi memastikan kemerdekaan negara terus kekal selamanya.













JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
FORMAT PERINCIAN MARKAH
PENGENALAN 1. Pendahuluan
- Takrif / konsep Demokrasi Berparlimen
- Latar belakang

5 M





ISI DAN
HURAIAN













ISI DAN
HURAIAN



MEMAHAMI

2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen
(a) Perlembagaan (konsep/ keluhuran)
(b) Raja berpelembagaan
(c) Badan Kerajaan (B.Pelaksana/ Perundangan/ Kehakiman)
(d) Pilihanraya
20 M
3.Kepentingan / Faedah
(a) Perlembagaan
(b) Raja berpelembagaan
(c) Pilihanraya
(d) Pengagihan kuasa pemerintah

20 M


ANALISIS
4. Menganalisis
(a) Keperluan pindaaan perlembagaan dilakukan
(b) Membandingkan fungsi Badan Pemerintah
(c) Pembahagian kuasa kerajaan pusat & negeri
(d) Proses pilihanraya


15 M



APLIKASI
5. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(a) Peranan rakyat menjayakan Demokrasi Berparlimen
(b) Peranan perlembagaan memastikan keamanan /
perpaduan masyarakat
(c) Peranan rakyat mengekalkan institusi beraja sebagai
tonggak keagungan kerajaan
(d) Badan pemerintah menjamin kestabilan politik
(e) Melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil


10 M


MENILAI
6. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(a) Kejayaan negara melaksanan Demokrasi Berparlimen
(b) Kejayaan negara kesan daripada wujudnya keamanan /
perpaduan / keharmonian
(c) Kestabilan politik memacu kemakmuran negara
(d) Ketelusan pilihanraya jamin pentadbiran mantap



10 M

MENJANA
IDEA
7. Cabaran & Langkah Mengatasi
(a) Melaksanakan Demokrasi Berparlimen
(b) Memastikan keamanan melalui perlembagaan / undang-
undang
(c) Memastikan kestabilan politik berterusan
(d) Memastikan pilihanraya telus dan adil
(e) Mengekalkan institusi raja berperlembagaan di negara kita.




10 M
NILAI DAN
IKTIBAR
8. Nilai murni dan iktibar melaksanakan demokrasi
berparlimen
5 M


RUMUSAN
RUMUSAN
i. Pengetahuan yang diperoleh
ii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
iii. Harapan untuk masa hadapan sistem demokrasi yang lebih
cemerlang


5 M
KERTAS SOALAN TAMAT
SOALAN 1

(a) Maksud Demokrasi Berparlimen
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara,
manakala Raja-raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat.

Melalui sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilih
perwakilan melalui proses sistem pilihan raya. Rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan dan
menukarkan kerajaan yang sedia ada semasa proses pengundian dalam pilihan raya.

(b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak
mencapai kemerdekaan pada 1957. Selepas pembentukan Malaysia pada 1963, jentera pentadbiran
kerajaan telah diperkemaskan lagi.
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Sistem Raja
berperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan peranan raja sebagai
pemerintah tertinggi di peringkat negara dan negeri.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan kepada sistem pemerintahan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran negara dengan perkembangan politik semasa.
Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia telah berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera dan stabil.

SOALAN 2

a) Perlembagaan:
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi kerajaan dan mengandungi
segala peraturan serta prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dalam
mentadbir negara.

Melalui perlembagaan, parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran
negara. Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mengandungi 183
perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan dan
senarai kerajaan negeri, institusi Yang di-Pertuan Agong, parlimen, jemaah menteri dan badan
kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan
Malaysia telah memperuntukkan senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, parlimen, jemaah menteri dan
mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75
menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah
terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan
akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

b) Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam
perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri.
Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara
tertentu yang memerlukan budi bicaranya. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan
orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Baginda menjadi tonggak dan Ketua
Utama Negara. Baginda juga menjadi simbol perpaduan rakyat di negara ini.
Bidang Tugas Yang di-Pertuan Agong antaranya mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu Badan
Perundangan (Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda merupakan Ketua
Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman
terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Baginda juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan keistimewaan, kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Baginda
merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan,
Sarawak dan Sabah.
Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah 'Undang-
undang X' jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Selain itu, Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara
bagi Persekutuan. Baginda mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
c) Kuasa Pemerintahan
Malaysia ialah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan
kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak
yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan (Legislatif)
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-
undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan
Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli dewan negara yang digelar Senator ini mewakili
setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator
memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator
sama dengan Ahli Parlimen.
Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Senator dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang seperti dalam
perkhidmatan awam atau bidang masing-masing.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan
raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya.
Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkar
Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang
digubal oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmenkecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

Badan Pelaksana ( Eksekutif )
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri juga mengetuai sesebuah kementerian atau lebih. Setiap kementerian bertanggungjawab
menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan negara .
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh
Perdana Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat
kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian dan dibantu oleh kakitangan
kerajaan.
Kakitangan kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh
kerajaan.Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya
mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Ia mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepat
pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Beberapa
suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan lain-
lain.
Badan Kehakiman ( Judisiari )

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan
kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan
negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri.
Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di
sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan
kuasa badan perundangan atau Parlimen. Individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan
keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan hakim terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik dan dilindungi daripada pengaruh
politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaan
ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

d) Pilihan Raya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat
undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya
merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa
tekanan parti politik. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan
raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan
untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh
Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-
mana kawasan Parlimen atau Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku disebabkan kematian,
peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah. Warganegara Malaysia bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas
untuk bertanding dalam pilihan raya.
Calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di
Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan
awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Kelayakannya sebagai ahli
Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri akan hilang jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12
bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh
bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Setiap calon harus
mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang layak mengundi jika namanya
didaftarkan dalam Senarai Daftar pemilih, warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau
tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri boleh mengundi dalam pilihanraya tersebut. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam
sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara boleh mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka
terdaftar sebagai pengundi.
Sebelum proses pengundian dijalankan calon dibenarkan berkempen selama antara tujuh
hingga lima belas hari. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang
berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh kakitangan
awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR untuk memastikan pilihan raya
dijalankan dengan efektif dan adil.

SOALAN 3

3a) Kepentingan atau faedah perlembagaan
Kepentingan atau faedah perlembagaan ialah Perlembagaan Malaysia menjamin kestabilan
sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran.Selain itu, perlembagaan
Malaysia dapat membantu menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran
dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan sebagai panduan kepada pemimpin
supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Ini kerana Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
Manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatan jika didapati tidak setia kepada negara ini. Dengan ini, rakyat akan memberi sepenuhnya
ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan juga menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Contohnya
setiap warganegara diberi hak asasi dan kebebasan untuk berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Melalui Perlembagaan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Kepentingan lain ialah Perlembagaan memperuntukkan peranan YDPA dalam menjaga hak
istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Contohnya
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa, kemudahan pendidikan dan pemberian
lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun
begitu, Perkara 153 dilaksanakan berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum lain.
Perlembagaan Malaysia turut menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri agar sistem pentadbiran negara dapat
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan kerana Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia.
Selain itu ,Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak agar tidak dipersoalkan oleh kaum lain. Melalui Perlembagaan juga,
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan untuk membantu
memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah dalam bidang pendidikan, kesihatan,
perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.

3b) Kepentingan atau faedah Raja Berperlembagaan

Kepentingan atau faedah Raja Berperlembagaan ialah Yang Dipertuan Agong (YDPA) sebagai
lambang taat setia rakyat. YDPA juga merupakan tonggak dan ketua negara di samping menjadi
simbol keutuhan negara.Selain itu YDPA menjadi simbol perpaduan atau penyatuan rakyat.
Sistem Raja Berperlembagaan membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara
kita.Seterusnya sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang
dinaungi oleh raja.
Kepentingan yang lain ialah mengelakkan pertelingkahan atau perebutan kuasa kerana dipilih
secara bergilir-gilir. Peranan YDPA sebagai ketua angkatan bersenjata boleh mengelakkan rampasan
kuasa.
YDPA penting bagi menjamin kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.
YDPA mentadbir negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri . YDPA mempunyai bidang kuasa atau
kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri , Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri. Namun
baginda juga mempunyai kuasa melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri.
YDPA merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri , Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. YDPA juga boleh mengisytiharkan undang-undang darurat
di bawah Undang-undang X jika mendapati negara terancam. YDPA mempunyai kuasa tertinggi
untuk mentauliahkan duta-duta negara.

3 (c) Kepentingan atau faedah pilihan raya

Pilihan raya ialah merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di
peringkat Negeri atau Persekutuan. Pilihanraya menjelaskan pemilihan wakil rakyat ini dilakukan
dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem
demokrasi di Malaysia
Pilihanraya penting untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri di
seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu , melalui pilihan raya rakyat berpeluang
membentuk sebuah kerajaan, menyokong kerajaan yang disukai dan berhak menukar kerajaan yang
sedia ada.
Pilihan raya juga penting untuk mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Rakyat
dapat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara untuk menjamin kestabilan politik,
kemakmuran ekonomi dan permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan.
Seterusnya pilihan raya mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen di samping
memantapkan sistem pemerintahan demokrasi dengan sokongan rakyat. Kerajaan yang memerintah
dapat menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah.

Melalui pilihan raya rakyat akan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian , menjamin
keamanan seterusnya mengekalkan kestabilan negara. Pilihanraya penting kepada semua
warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat dapat menentukan bentuk kerajaan

3 (d) Kepentingan atau faedah pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia

Kepentingan atau faedah pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia ialah memperlihatkan
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang dapat menyatukan beberapa buah kerajaan negeri
di bawah sebuah negara Persekutuan. Pengagihan kuasa membolehkan kerajaan Pesekutuan dan
Kerajaan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan
Malaysia.
Melalui pengagihan kuasa , wujud Senarai Persekutuan yang memuatkan bidang kuasa
persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya seperti Hal ehwal luar
negeri, Pertahanan, Keselamatan dalam negeri dan lain-lain.
Senarai negeri pula mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada kerajaan negeri
seperti Undang-undang Islam, Tanah ,Pertanian dan Perhutanan.
Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di
mana kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya. Bidang kuasanya termasuklah kebajikan
sosial , biasiswa, Taman Negara , perancangan bandar dan wilayah
Pengagihan kuasa penting bagi meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran agar lebih
sistematik di samping memelihara keharmonian hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Seterusnya mengekalkan kedaulatan dan memelihara hak negeri .
Pengagihan kuasa dapat mengelakkan perbalahan etnik kerana pemimpin dan rakyat akan
sentiasa mengamalkan sikap toleransi untuk kepentingan bersama. Pengagihan kuasa memastikan
hak bumiputera terpelihara.
Pengagihan kuasa penting untuk mengurangkan beban kerajaan pusat supaya kerajaan pusat
dapat menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan . Pembentukan kerajaan Persekutuan
yang stabil dan berwibawa dapat mengimbangi kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri .
Kesannya akan memudahkan pembangunan ekonomi dan menyatupadukan pelbagai
wilayah dibawah satu jentera pentadbiran agar tradisi bangsa terpelihara .

SOALAN 4 : ANALISIS

4. (a) Keperluan pindaan perlembagaan dilaksanakan dalam sistem demokrasi berparlimen.

Antara keperluan pindaan perlembagaan dilaksanakan adalah untuk melindungi kepentingan
rakyat.Selain itu, pindaan perlembagaan penting untuk menjaga keselamatan negara. Di samping itu,
pindaan perlembagaan boleh membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Hal ini juga dapat
memastikan perlembagaan itu sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Seterusnya proses
ini dapat memastikan perlembagaan tersebut sebagai undang-undang yang munasabah.
Pindaan perlembagaan tersebut juga diharapkan dapat menjamin kandungannya dipatuhi oleh
rakyat dengan rela hati.Pindaan perlembagaan juga perlu dilakukan kerana kita dilarang mempersoalkan
perkara-perkara sensitif secara terbuka. Antara perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan
termasuklah pemerintahan beraja,/ agama Islam,/ kedudukan bahasa Melayu /dan hak istimewa orang
Melayu.
Akta hasutan 1970 pula mengehadkan seseorang individu daripada bercakap perkara sensitif
dengan sewenang-wenangnya.Pindaan perlembagaan juga perlu dilakukan demi mengelakkan
perbalahan antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, ia akan membantu memelihara
keselamatan,/ ketenteraman /dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
Dengan adanya pindaan perlembagaan, kestabilan politik sesebuah negara dan kemakmuran
ekonominya dapat dijamin. Pindaan perlembagaan juga turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat
dalam negara demokrasi dipenuhi.
Selain itu, ia dapat menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
Ia juga turut menjamin kerjasama, kesepakatan , keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan
persekutuan dan negeri. Pindaan perlembagaan juga dapat menjamin kecekapan kejujuran/ keadilan/
ketelusan dan kelicinan pentadbiran. Akhir sekali, pindaan perlembagaan juga perlu dibuat bagi
menepati aspirasi rakyat.

4(b) Fungsi Badan-badan Pemerintah diamalkan di negara kita.

Badan perundangan berfungsi sebagai penggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang
negara manakala Dewan Rakyat menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat
Dewan Rakyat.
Jemaah Menteri merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar
negara. Perdana Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri. Setiap kementerian diketuai oleh seorang
Menteri mengetuai Kementerian dibantu Timbalan Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik.
Selain itu Menteri Yang Tak Berportfolio tiada tugas dalam mana-nama kementerian akan
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua
Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Manakala Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah.
Fungsi Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
jenayah . Di samping itu dapat menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan
Perundangan dan Badan Pelaksana.
Seterusnya dapat mentafsir perlembagaan persekutuan serta perlembagaan negeri. Badan
kehakiman juga dapat mentafsir undang-undang, mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak sah di sisi undang-undang.
Selain itu,mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Badan
kehakinan dapat melindungi hakim daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan menjamin
kesaksamaan undang-undang.

4 (c) Kepentingan pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem
demokrasi berparlimen

Kedua-dua kerajaan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.Bidang kuasa terbahagi kepada tiga iaitu bidang kuasa persekutuan , bidang
kuasa negeri dan senarai bersama. Antara senarai bidang kuasa persekutuan ialah Hal ehwal luar
negeri, Pertahanan, Keselamatan dalam negeri dan lain-lain. (Pentadbiran dan keadilan ,Kerakyatan
Negara ,Pilihanraya Negara, Kewangan ,Perniagaan ,Perdagangan dan perusahaan ,Pelajaran ,Kesihatan
,Orang Asli dan Hal-hal Lain)
Bidang kuasa negeri hanya kerajaan negeri sahaja yang mempunyai kuasa terhadapnya. Antara
senarai bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri ialah Undang-undang Islam, Tanah ,Pertanian
dan Perhutanan.

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri iaitu kedua-dua kerajaan mempunyai
kuasa terhadapnya ialah Kebajikan sosial , biasiswa, Taman Negara , perancangan bandar dan wilayah
,Penjagaan haiwan ,Kesihatan dan kebersihan awam ,Parit dan tali air dan Pemulihan Hiburan Awam
Ketiga-tiga bidang kuasa ini mempunyai perhubungan/ perkaitan antara satu sama lain. Bidang
kuasa ini dapat membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan berwibawa. Selain itu dapat
membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.
Di samping itu, ia juga dapat menjamin keharmonian dan keamanan dalan negara kita.
Pemimpin dan rakyat saling mengamalkan toleransi untuk kepentingan bersama.
Pembahagian kuasa ini juga dapat melicinkan pentadbiran Negara di samping menjimatkan kos
pentadbiran. Selain itu, kedua-dua bidang ini saling membantu dalam urusan pentadbiran dan
seterusnya menjamin keberkesanan pentadbiran serta mendokong amalan demokrasi berparlimen.

4 (d) Proses pilihan raya dapat memantapkan sistem demokrasi berparlimen.

Pilihanraya diadakan untuk memilih perwakilan untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat
undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di
Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pilihan raya kecil berlaku apabila kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau
Undangan Negeri yang berlaku disebabkan kematian, perletakan jawatan dan
perlucutanjawatan.Seseorang yang ingin menjadi calon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
SPR.S.Malahan,pilihan raya juga dapat memastikan perwakilan bebas daripada tindakan mahkamah
dan jenayah.
Selain itu, kempen hanya dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh SPR untuk
memastikan pilihan raya dijalankan dengan berkesan. Penyediaan manifesto penting untuk
meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pengundi.Pemilihan pemimpin juga perlu melalui proses
pilihan raya yang telus.
Di samping itu, rakyat perlu akur terhadap keputusan pilihan raya .Rakyat juga harus menerima
pemimpin yang dipilih secara majoriti.Piliha raya juga memberi peluang kepada rakyat untuk memilih
pemimpin yang berwibawa .Malahan, pilihan raya juga membentuk kerajaan dan corak pemerintahan
demokrasi berparlimen.
Seseorang itu hanya layak mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun.
Hanya pengundi yang berdaftar sahaja yang layak mengundi.Mereka hanya boleh mengundi di kawasan
yang didaftarkan oleh SPR.
Proses pilihan raya juga boleh dilakukan melalui undi pos bagi kakitangan keselamatan dan
warganegara yang berada di luar negara.Pengundi perlu memangkah calon pilihan mereka pada kertas
undi melalui proses pembuangan undi. Pengiraan undi secara terbuka untuk menjamin ketepatan dan
ketelusan SPR. Sehubungan itu, setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu
perkembangan politik semasa.

SOALAN 5
5 (a): Peranan rakyat menjayakan Demokrasi Berparlimen memberi manfaat kepada kesejahteraan
negara
Antara peranan rakyat dalam menjayakan demokrasi berparlimen ialah berusaha menjadi warganegara
yang bertanggungjawab. Selain itu, rakyat bebas memilih pemimpin dalam pilihanraya, bebas bersuara
dan memberi pendapat. Selain itu, rakyat juga perlu gigih untuk menaikkan imej negara, tidak mudah
terpengaruh dengan dakyah anasir luar, bertoleransi antara kaum dan berfikiran terbuka menerima
pendapat orang lain.
Rakyat juga hendaklah bersama-sama mempertahankan kedaulatan Negara dan berganding
bahu untuk membangunkan ekonomi negara. Disamping itu,rakyat juga perlu berperanan menentukan
hala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan cekap. Rakyat juga perlu memastikan
pengekalan hak asasi mereka serta mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat yang
berbilang kaum.

5 (b) Peranan rakyat mematuhi undang-undang dan perlembagaan dapat menjamin keamanan negara

Antara peranan rakyat dalam memastikan perlembagaan dan undang-undang dapat menjamin
keamanan negara ialah dengan menghormati kandungan perlembagaan negara tersebut kerana
perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara dan dokumen rasmi untuk melaksanakan
tugas pentadbiran. Selain itu, rakyat perlu menghormati kedudukan hak keistimewaan orang Melayu
dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Pemilihan jawatan dilaksanakan secara bergilir-gilir daripada sembilan buah negeri. Rakyat
perlu taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong. Selain itu, rakyat berhak menentukan corak
pemerintahan melalui pelaksanaan pilihan raya lima tahun sekali membolehkan pemimpin dipilih
secara aman. Rakyat berkuasa memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri.
Rakyat juga perlu menghormati hak kebebasan rakyat demi perpaduan. Disamping itu, larangan
menyentuh isu sensitif dipersoal secara terbuka harus dielakkan demi perpaduan dan kehormanian
negara. Selain itu, rakyat juga perlu patuh kepada undang-undang bagi memastikan keamanan negara
terpelihara serta melaporkan sebarang kes perlanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa. Rakyat
juga perlu menjaga nama baik dan tidak memburukkan nama negara.

5 (c): Peranan rakyat mengekalkan institusi beraja sebagai tonggak keagungan kerajaan

Rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan institusi beraja di Malaysia kerana raja
merupakan tonggak keagungan kerajaan. Antaranya rakyat harus setia kepada raja dan menghormati
institusi beraja. Selain itu, rakyat juga seharusnya tidak sekadar melafazkan Rukun Negara, sebaliknya
perlu menghayati Rukun Negara. Kuasa Raja termaktub dalam perlembagaan, justeru rakyat perlu
menjunjung perlembagaan. Secara tidak langsung, rakyat dapat menjamin kedaulatan raja.
Untuk menunjukkan, kesetiaan kepada institusi beraja, rakyat perlu mengenali raja-raja
antaranya dengan cara mengunjungi muzium di raja dan membuat buku skrap tentang institusi raja.
Rakyat juga perlu menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh raja, menyambut hari keputeraan raja
atau berkabung pada hari kemangkatan Sultan. Sebagai rakyat, kita juga harus menghormati peranan
raja, dan memelihara kemuliaan raja. Rakyat juga perlu menghormati Majlis Raja-raja Melayu.


5 (d) Badan pemerintah menjamin kestabilan politik

Badan pemerintah menjamin kestabilan politik, dengan adanya amalan konsep pengasingan
kuasa antara badan pelaksana, badan kehakiman dan badan perundangan. Setiap badan pula dipegang
oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa mana-mana badan. Pembahagian kuasa
pemerintahan ini menjamin kestabilan politik negara kita.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal Undang-undang di
negara kita yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Parlimen terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya. Ahli Dewan
Negara dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Kabinet menggubal dasar-dasar kerajaan ke arah
kemajuan. Dasar-dasar kerajaan dilaksanakan oleh kakitangan awam untuk manfaat rakyat.
Pemerintah menubuhkan beberapa suruhanjaya untuk melantik dan memantau kaki tangan awam
untuk melicinkan pentadbiran.
Penerapan nilai-nilai Islam seperti rajin dan bertanggungjawab meningkatkan integriti penjawat
awam. Akta Hasutan dikekalkan untuk menjamin kestabilan politik supaya isu-isu sensitif tidak
dipermainkan. Mahkamah pula berfungsi mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
dalam sistem pemerintahan. Selain itu, mahkamah juga memberi hak kepada rakyat mendapat
pembelaan dan keadilan.

5 (e): Bagaimana melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil

Pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan jika rakyat Malaysia menghormati tarikh
penamaan calon dan tarikh pengundian oleh SPR. Selain itu, rakyat harus memahami manifesto parti
yang bertanding dan mengenali calon-calon yang bertanding. Sebagai pengundi, rakyat diberi hak
untuk menghadiri kempen pilihan raya. Rakyat juga mengetahui tempat pengundian dan tempat
pengiraan undi oleh SPR.
Sebagai pengundi, mereka akan diberi kertas undi di pusat pengundian dan diberi hak untuk
memilih dan memangkah calon yang bertanding. Mereka juga perlu memasukkan kertas undi ke dalam
peti undi yang disediakan. Untuk memastikan ketelusan, seorang wakil parti dipilih semasa proses
pengiraan undi. Selain itu, pengiraan undi dilakukan mengikut peraturan dan setiap undi adalah sulit.
Untuk memastikan ketelusan, dakwat kekal digunakan untuk mengelakkan undi dua kali. Manakala,
calon dilarang berkempen pada hari pembuangan undi.
Pengumuman keputusan pilihan raya pula dilakukan oleh Pegawai Pilihan raya manakala
pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan petisyen.

5 (f): Amalan pilihan raya di negara kita memberi manfaat kepada rakyat

Amalan pilihan raya di negara kita memberi manfaat kepada rakyat kerana pilihan raya
membolehkan rakyat menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Selain itu, rakyat bebas memilih
pemimpin dalam pilihanraya. Rakyat juga bebas bersuara dan memberi pendapat. Selain itu, rakyat
juga perlu berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. Hal ini secara tidak langsung,
membolehkan rakyat menentukan hala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan cekap.
Amalan pilihan raya juga membolehkan rakyat berhak menjadi calon dan menentukan dasar negara.
Rakyat dapat juga bermuafakat antara kaum. Amalan pilihan raya juga menjadikan rakyat patuh
kepada peraturan dan rakyat dapat berusaha mengelakkan berlaku salah faham antara kaum.

5 (g) Manfaat jentera pentadbiran kerajaan Malaysia yang cekap kepada rakyat/ licinkan pentadbiran

Jentera pentadbiran kerajaan Malaysia yang cekap memberi manfaat kepada rakyat kerana
adanya penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran negara seperti amanah, bersih dan
bertanggungjawab. Selain itu, kerajaan juga mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan mengambil
Jepun dan Korea sebagai contoh untuk pembangunan negara. Amalan slogan Bersih, Cekap dan
Amanah juga menguntungkan rakyat kerana amalan ini melicinkan pentadbiran dan menjauhkan
pegawai awam daripada rasuah. Seterusnya, penjawat awam mengamalkan budaya berintegriti dan
patuh kepada pekerjaan dan tanggungjawab mereka.

Penjawat awam diwajibkan pemakaian tanda nama bagi memudahkan rakyat mengenali
mereka. Amalan budaya kerja cemerlang membolehkan rakyat menjimatkan masa kerana kecekapan
penjawat awam melaksanakan tugas mereka contohnya, imigresen mengeluarkan pasport dalam masa
yang singkat. Dasar pengambilan pekerja pelbagai kaum dalam pentadbiran awam meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Disamping itu, Piagam Pelanggan yang diterapkan dalam jabatan
kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan memberi layanan yang memuaskan kepada rakyat.
Konsep Pejabat Pelan Terbuka pula membolehkan rakyat berjumpa dengan pegawai awam
dengan lebih harmoni. Penggunaan sistem nombor giliran memberi layanan yang adil kepada semua
rakyat yang berurusan. Kemudahan kaunter pertanyaan memudahkan rakyat berurusan dengan jabatan
tersebut. Selain itu, wujudnya tanda arah dan nombor kaunter memudahkan urusan rakyat.
Kemudahan perkhidmatan kesihatan percuma kepada rakyat dapat melindungi hak asasi rakyat untuk
mendapatkan kemudahan rawatan.

SOALAN 6: MENILAI

(a) Kejayaan negara melaksanakan Demokrasi Berparlimen dalam mewujudkan masyarakat dan
negara Malaysia yang sejahtera

Kejayaan sistem demokrasi parlimen dalam mewujudkan masyarakat dan negara Malaysia
yang sejahtera ialah rakyat bebas menjalankan aktiviti ekonomi dan hal ini dapat menarik pelabur asing
ke negara Malaysia. Seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia dan
menaikkan taraf hidup agar Malaysia terus maju dalam mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat
serta negara.
Kesan daripada kejayaan sistem demokrasi berparlimen dapat meningkatkan
infrastruktur untuk kemudahan rakyat agar nasib semua kaum terbela.Kesejahteraan Malaysia
menjadikan negara kita stabil dan pencapaian ekonomi
rakyat dan negara akan meningkat.
Kejayaan sistem demokrasi parlimen memberi peluang kepada rakyat untuk
mendapat pendidikan sehingga peringkat tinggi dan membentuk identiti rakyat Malaysia yang pelbagai
bangsa dan agama.Seterusnya membentuk kebudayaan kebangsaan berteraskan kebudayaan Melayu
dengan mengamalkan nilai toleransi dalam kehidupan.

(b) Kepentingan / kebaikan / faedah /manfaat yang diperoleh melalui pengamalan demokrasi
berparlimen.

Kepentingan pengamalan demokrasi berparlimen menjadikan negara aman dan terhindar dari
berlakunya perpecahan kaum apabila perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Hal ini akan menarik
ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara kita. Seterusnya melalui sistem demokrasi
berparlimen juga rakyat bebas bersuara dan dapat mengemukakan pandangan.
Pengamalan demokrasi berparlimen juga membolehkan rakyat memilih pemimpin melalui
pilihanraya serta membentuk kerajaan yang adil. Justeru politik negara akan sentiasa stabil dan dapat
bersaing di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang
Selain itu, ramai pelancong asing akan datang ke Malaysia dan hal ini akan menaikkan imej
negara serta dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.



(c) Kejayaan yang diperolehi Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia
dihormati dipersada antarabangsa.

Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan negara
kita dapat mengamalkan dasar-dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi
negara. Amalan sistem demokrasi yang mementingkan perpaduan kaum telah menjadikan Malaysia
dihormati sebagai negara aman dan damai.
Selain itu, amalan pilihan raya yang telus Berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan
terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang
berjaya membangunkan bidang social dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub
pendidikan antarabangsa.
Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identity Malaysia menyebabkan
Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum yang paling unik. Amalan memberikan kebebasan
telah melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.Amalan ini melatih masyarakat untuk memilih
pemimpin yang layak untuk memerintah. Sistem ini dapat memberi keadilan kepada masyarakat

(d) Kejayaan Malaysia melalui pengamalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan

Kejayaan Malaysia memalui pengamalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan
ialah mengwujudkan kestabilan politik negara. Corak pemerintahan demokrasi yang berkesan di bawah
pentadbiran Malaysia telah menyebabkan tidak berlakunya kekacauan dalam negara yang boleh
memecahbelahkan rakyat.
Kejayaan yang seterusnya ialah mewujudkan kesejahteraan negara iaitu dari segi keamanan
negara Kejayaan lain ialah perpaduan kaum dapat dikekalkan di mana masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dapat merayakan pelbagai perayaan bersama/ kongsi raya. Melalui perayaan ini
perpaduan kaum dapat dipupuk dan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni.
Pengamalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan telah membawa Malaysia ke
arah sebuah negara yang maju seperti dalam sektor perlancungan. Malaysia juga berjaya membentuk
identiti negara melalui kebudayaan kebangsaan Malaysia, lambang-lambang negara dan pengenalan
konsep 1 malaysia.
Ekonomi negara semakin berkembang apabila kepelbagaian sector pekerjaan diwujudkan
Negara mempunyai sektor automobil berjenama sendiri seperti Proton / Perodua dan menjadi
pengeluar utama Petroleum di dunia Dalam bidang sukan Malaysia berjaya menganjurkan sukan
bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Formula 1
Malaysia juga bergiat aktif dalam pertubuhan hubungan serantau apabila menjadi anggota
ASEAN, PBB, OIC dan Komanwel Malayisa mempunyai pelabuhan bertaraf antarabangsa contohnya
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Melalui sistem pendidikan kemajuan Negara dapat
dicapai dengan menubuhkan sekolah bestari / UIAM .

(b) Kejayaan Malaysia membentuk masyarakat yang bersatu padu/ keamanan / keharmonian
melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

Ketaatan rakyat kepada Raja dan negara mampu membentuk perpaduan di kalangan rakyat. Di
bawah Sistem Raja Berpelembagaan, raja menjadi lambang perpaduan bangsa. Perpaduan dapat
diperkukuhkan melalui penguatkuasaan undang-undang yang dikenali perlembagaan. Undang-undang dan
perlembagaan dapat menjamin keselamatan rakyat. Keadaan ini akan mewujudkan keamanan di kalangan
rakyat. Kejayaan Malaysia membentuk masyarakat yang bersatu padu melalui sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang stabil dalam
bidang politik , ekonomi , sosial. Seterusnya, melalui sistem demokrasi hak sama rata rakyat dari segi
undang-undang dapat memberi keadilan kepada semua kaum.
Hubungan yang harmoni di kalangan rakyat membentuk permuafakatan sama ada dalam politik,
ekonomi dan sosial. Permuafakatan akan membentuk keharmonian. Dalam politik permuafakatan
diwujudkan melalui penyatuan parti-parti politik pelbagai kaum dalam satu parti besar seperti Parti
Perikatan/ Barisan Nasional. Pemimpin pelbagai parti dan kaum akan bersatu tenaga untuk
membangunkan negara untk menjadi negara majumenjelang 2020. Keadaan ini dapat meningkatkan imej
negara di peringkat antarabangsa.
Faktor seterusnya ialah dapat menjamin hak asasi rakyat Malaysia agar semua masyarakat dapat
hidup dengan harmoni. Keamanan Negara terjamin dengan adanya sistem demokrasi berparlimen yag
membolehkan masyarakat hidup secara aman. Dengan ini dapat mengelak berlaku salah faham antara
kaum dengan adanya sikap toleransi antara kaum. Rakyat bebas bersuara untuk menyuarakan pendapat
demi mewujudkan keharmonian Negara. Rakyat juga bebas memilih pemimpin yang berkelayakan untuk
memimpin negara melalui proses pilihanraya.
Seterusnya kesan daripada keamanan negara rakyat bebas memiliki harta dan kekayaan.
Tuntasnya, institusi kesultanan akan terpelihara kesan wujudnya sistem demoraksi berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Keharmonan yang wujud ini menyebabkan rakyat akan menikmati agihan ekonomi
sama rata. Dengan ini rakyat akan mendapat pendidikan yang sama hasil daripada sistem demokrasi
berparlimen.Akhir sekali penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan yang akan
menyatupadukan masyarakat Malaysia.

(c) Kesan amalan demokrasi berparlimen menjamin kemakmuran sosioekonomi negara dan rakyat.

Kesan amalan demokrasi berparlimen dapat menjamin kemakmuran sosioekonomi Negara.
Sistem demokrasi berparlimen mampu mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Keadaan ini boleh
menarik ramai pelabur asing untuk melabur di Negara ini. Kedatangan pelabur akan membuka banyak
peluang pekerjaan, sekali gus akan menambah pendapatan rakyat di Negara ini. Selain itu, kedatangan
pelancong juga bertambah kerana kestabilan politik negara. Rakyat juga dapat menikmati prasarana
yang lengkap seperti lebuh raya hasil pentadbiran yang mantap. Dengan ini taraf hidup rakyat akan
meningkat serta dapat memacu ekonomi negara ketahap yang lebih baik.
Selain itu,. kemakmuran sosio ekonomi negara menjamin hak samarata rata rakyat dari segi
undang undang. Keadilan kepada semua kaum dapat diberi hasil daripada amalan sistem demokrasi
berparlimen. Seterusnya kelangsungan hak asasi dapat dijamin. Selain itu, rakyat dapat menikmati
kemudahan komunikasi seperti jalur lebar tanpa mengira tempat hasil daripada keberkesanan dasar-
dasar Negara di samping kemudahan infrastruktur.

(d ) Pengamalan sistem demokrasi berparlimen berjaya mewujudkan kestabilan politik Malaysia

Pengamalan sistem demokrasi berparlimen berjaya mewujudkan kestabilan politik Malaysia
ialah memastikan pentadbiran yang cekap dapat diwujudkan. Seterusnya, pentadbiran Kerajaan Pusat
dan Negeri akan lebih licin dan teratur.
Pengamalan system demokrasi berparlimen membolehkan rakyat bebas untuk menyuarakan
pendapat demi kemajuan Negara. Rakyat juga dapat menentukan bentuk kerajaan yang mereka mahu
melalui pilihanraya. Rakyat juga mampu mengemukakan idea-idea baru sekiranya dipilih menjadi
pemimpin dalam pilihanraya. Seterusnya kerjasama rakyat akan menjamin kelansungan hak asasi bagi
setiap warganegara. Rakyat juga bebas memiliki harta dan menikmati kekayaan negara secara
bersama.

Pengamalan sistem demokrasi yang mewujudkan kestabilan politik juga dapat menentukan hala
tuju dan dasar Negara tanpa halangan. Badan Pemerintah dapat merangka pembangunan Negara untuk
kesejahteraan rakyat. Rakyat pula dapat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi untuk membangunkan
negara. Keadaan ini dapat memberikan ruang kepada kerajaan mengagihkan kekayaan Negara secara adil
kepada rakyat tanpa mengira kaum agar hidup dengan sejahtera.
Tuntasnya, demokrasi berparlimen juga menjamin keamanan Negara agar pembangunan negara
dapat dinikmati bersama. Akhir sekali, perpaduan kaum dapat dikekalkan hasil kestabilan politik negara
dengan ini dapat mengelak berlaku salah faham antara kaum.

(e) Kejayaan sistem demokrasi berparlimen dalam menjana kemakmuran dan kestabilan politik
negara Malaysia

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kepada kestabilan politik di
Malaysia Politik yang stabil membolehkan rakyat bebas menjalankan aktiviti ekonomi. Seterusnya
kerjasama rakyat dalam bidang ekonomi membantu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju
dan makmur. Kemakmuran negara yang terbentuk daripada kestabilan politik dapat menarik menarik
pelabur asing melabur di Malaysia dengan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Hal
ini akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita Kemakmuran negara Malaysia turut
mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat dan Negara. Keadaan ini juga dapat meningkatkan
infrastruktur untuk kemudahan rakyat
Kestabilan politik juga dapat melahirkan keadaan sosial yang mantap. Perpaduan di kalangan
rakyat dapat dibentuk. Sekaligus mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi di kalangan yang pelbagai
kaum dalam memacu kemajuan Negara. Dengan ini, rakyat berpeluang mendapat pendidikan yang
sempurna sehingga ke peringkat tinggi. Seterusnya kejayaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah dapat membentuk identiti rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama. Justru
itu, pembentukan kebudayaan kebangsaan berteraskan kebudayaan Melayu . Hasil daripada nilai
toleransi dalam kehidupan rakyat , mereka akan memperolehi hak sama rata secara adil dan saksama.

(f) Peranan/ usaha warganegara Malaysia menjayakan dan memantapkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen

Usaha bagi memantapkan perlaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah senantiasa
mematuhi serta menghormati undang-undang negara dan menghayati konsep keluhuran
perlembagaan negara. Selain itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara daripada
dicerobuh kuasa asing.
Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan
demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat. Semangat perpaduan diperkukuhkan di kalangan masyarakat agar kedaulatan negara
terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai
sejagat. Selain itu, kita juga haruslah mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak terpengaruh
dengan gejala negatif
Pengenalan dakwat kekal semasa pilihanraya juga merupakan usaha kerajaan dalam
memantapkan perlaksanaan demokrasi berparlimen. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
perlu dilaksanakan untuk membenteras golongan pelampau dalam negara.Setiap warganegara perlu
menghormati pemimpin negara dan mengamalkan semangat toleransi serta meningkatkan ilmu
pengetahuan. Seterusnya kita haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir sekali,
mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
.
(g) Kejayaan Malaysia kesan daripada kemantapan sistem pemerintahan negara.

Kejayaan Malaysia kesan daripada kemantapan sistem pemerintahan negara ialah mencipta idea
bagi mengatasi krisis kewangan dunia. Seterusnya mengelakkan negara daripada penguasaan imf adalah
kesan daripada kemantapan sistem pemeritahan negara.
Malaysia telah menjadi suara bagi dunia ketiga dalam beberapa pertubuhan serantau dan juga
antarabangsa. Malaysia juga bersuara lantang mendesak agar menghapuskan dasar apartheid di Afrika
Selatan.Seterusnya kejayaan Malaysia ialah menubuhkan koridor raya multimedia, membina litar
formula 1 dan membina lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (KLIA) Kejayaaan lain ialah
semasa Tun Dr Mahathir Muhammad telah membuat dasar Idea dasar pandang ke timur untuk
memntapkan lagi sekonomi Malaysia
Malaysia juga telah mampu untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri seperti kereta proton
saga dan perodua.Akhir sekali Malaysia terlibat dalam politik antarabangsa dengan membela negara
islam dalam forum antarabangsa.

(h) Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia
serta kesejahteraan rakyat di samping menjamin kestabilan politik di Malaysia. Buktikan.

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sememangnya dapatmenjamin kestabilan politik
negara iaitu tiada penggulingan kerajaan yang memerintah secara tidak sah. Selain itu, tidak berlaku
revolusi atau demonstrasi yang radikal. Perebutan kuasa antara pemimpin juga tidak berlaku.
Hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat terjalin. Pemimpin yang mendapat mandat daripada
rakyat dapat melahirkan politik yang stabil dan kesannya negara aman makmur.
Kestabilan politik dijamin dengan konsep pengagihan kuasa yang diamalkan kerana hal ini dapat
mengelakkan pertindihan kuasa. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara boleh mengisytiharkan
undang-undang darurat. Demokrasi Berparlimen di Malaysia menjamin kestabilan politik apabila raja
dan pemimpin tertakluk kepada Perlembagaan. Raja berperanan memberi kata putus dalam
menyelesaikan krisis politik. Raja bertanggungjawab mempertahankan isu sensitif yang boleh
mencetuskan ketegangan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kestabilan politik juga jelas
dengan konsep muafakat.

(i ) Ketelusan pilihanraya jamin pentadbiran mantap Manfaat pilihan raya kepada rakyat dan
negara
Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggungjawab apabila diberi mandat, dan akan hilang
mandat jika tidak bertanggungjawab. Pilihan raya juga menjadikan rakyat bertanggungjawab untuk
memilih pemimpin. Peluang memilih pemimpin dan parti politik yang baik untuk membentuk kerajaan.
Kesannya pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab dapat membantu rakyat mewujudkan hidup
yang sejahtera.
Dengan adanya pilihan raya, negara akan menjadi aman sejahtera. Proses pilihanraya dapat
memastikan peralihan kuasa berlaku secara licin tanpa pertumpahan darah. Keadaan ini sekali gus
dapat mewujudkan kestabilan politik di negara ini.
Saya juga berpendapat melalui pilihanraya membolehkan mana-mana individ berpeluang
menjadi calon. Selain itu, dapat melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis muda yang dapat
mengemukakan idea-idea baru yang dapat dipraktikan untuk membangunkan negara. Di samping itu,
pilihanraya dapat memberi peluang kepada rakyat untuk sama ada menyokong kerajaan yang
bertanggungjawab atau sekiranya wujud rasa tidak puas hati rakyat boleh menukarkan kerajaan yang
sedia ada.
SOALAN 7 : Cabaran dan langkah mengatasi

(a) Cabaran melaksanakan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
Cabaran yang terpaksa dihadapi dalam melaksanakan demokrasi di Malaysia ialah segelintir
masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi. Malah masyarakat masa kini terdedah dengan
ideologi baharu dalam politik. Selain itu rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik
melalui teknologi maklumat. Secara tidak langsung ianya mengganggu proses pelaksanaan demokrasi
berparlimen. Seterusnya terdapat masyarakat Malaysia yang kurang matang serta bertindak mengikut
perasaan. Mereka juga terpengaruh dengan media sosial baharu yang telah merosakkan perpaduan
rakyat. Ekoran terlalu taksub dengan parti masing-masing sehingga ada menyalahgunakan kebebasan
hak asasi sewenang-wenangnya, dan menggunakan pelbagai isu sensitif telah menjejaskan
keharmonian rakyat.
Langkah bagi mengatasi cabaran-cabaran di atas ialah proses pendidikan hendaklah bermula
dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. Disamping itu pihak kerajaan perlu
mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi
berparlimen. Kerajaan juga perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat Malaysia agar proses
demokrasi dapat dikekalkan. Bagi mereka yang cuba menggugat sistem demokrasi kuatkuasa undang-
undang dengan lebih tegas perlu dilaksanakan. Pihak kuasa perlu mengenalpasti individu atau pihak
yang mencabar perlembagaan tersebut dan tindakan keras perlu diambil. Disamping itu pihak
pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat agar sistem
demokrasi dalam pemilihan pemimpin dapat dirasai penting oleh rakyat.

(b) Cabaran memastikan keamanan melalui perlembagaan/ undang-undang.
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia dalam memastikan keamanan tercapai melalui
perlembagaan ialah ketelusan dan kebebasan sistem kehakiman negara kita daripada pengaruh parti-
parti politik. Malah penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan terdapat pegawai penguatkuasa
yang mudah menerima wang suapan dalam menjalankan tugas. Kita juga tercabar dalam memastikan
ketelusan dalam melaksanakan undang-undang tanpa membezakan kedudukan individu tertentu. Ini
dapat dilihat jika pesalah yang berkedudukan atau mempunyai pengaruh mudah terlepas dari tindakan
undang-undang. Masyarakat kita juga kurangnya pengetahuan tentang hak individu seperti yang
termaktub dalam perlembagaan negara, ini menyebabkan ramai yang tertindas atas jahilnya terhadap
undang-undang. Negara tidak aman kerana kurangnya intergriti di kalangan anggota penguatkuasa yang
diamanahkan dalam menjalankan tugas berkaitan, dan ada pegawai yang bersekongkol dengan pihak
penyeludupan. Di samping itu masalah kebanjiran warga negara asing menyukarkan proses
penguatkuasaan yang berkesan serta kadar jenayah yang semakin meningkat disebabkan kemasukan
PATI yang berleluasa.

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan keamanan dicapai melalui perlembagaan
ialah dengan memberi pendedahan tentang perlembagaan dan undang-undang negara di peringkat
sekolah agar para pelajar sudah sedia maklum dengan perlembagaan tersebut. Pihak kementerian juga
hendaklah memperkasakan mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan supaya jati diri pelajar
dapat dibina pada peringkat bawah. Bagi memastikan pegawai yang dilantik berintegriti tinggi maka
proses perlantikan penguatkuasa perlulah melalui tapisan yang ketat. Pihak kerajaan juga hendaklah
mempelbagaikan program jati diri di kalangan generasi muda serta mengukuhkan penghayatan agama
di dalam kehidupan seharian. Hukuman berbentuk pengajaran perlu dilaksanakan secara meluas agar
rakyat takut untuk melakukan kesalahan. Langkah akhir kerajaan perlulah menawarkan pelbagai insentif
kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas sumbangan mereka memberi kesedaran kepada
masyarakat agar berpengetahuan tentang perlembagaan.
(c) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjawab kestabilan politik bagi memacu
kemakmuran negara.

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia untuk menjamin kestabilan politik bagi memacu
kemakmuran negara ialah terdapat tekanan serta ancaman dari negara maju. Rakyat Malaysia juga
kurang pengetahuan tentang politik semasa. Masalah lambakan warga asing di negara kita turut
menjejaskan kestabilan poltik negara. Masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita
perlu diperkukuhkan. Seterusnya masalah pecah amanah di kalangan kakitangan awam juga berlaku
dalam negara serta gejala sosial seperti rasuah dan dadah turut membimbangkan. Malahan kalangan
rakyat turut menjurus kepada perpecahan kaum. Seterusnya keruntuhan akhlak di kalangan remaja
dan penyebaran ajaran sesat turut mengancam kestabilan negara pada masa depan.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menjamin kestabilan politik bagi memacu
kemakmuran negara ialah mengadakan kempen pilihan raya yang adil dan telus dilaksanakan.
Seterusnya menjalankan kempen anti rasuah juga perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Rakyat perlu
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memperkukuhkan jati diri dan seterusnya melahirkan
modal insan yang cemerlang. Malahan perlu memperkukuhkan semangat patriotisme serta
mengamalkan konsep 1Malaysia di kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya aspek rohani terutamanya
didikan agama perlu diberikan keutamaan sejak kecil lagi. Malahan pihak berkuasa perlu bersiap siaga
bagi menguatkuasa undang-undang secara berkesan.

(d) Cabaran dan langkah untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil

Antara kesukaran yang dihadapi untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil ialah
kesukaran untuk mendaftarkan pengundi-pengundi muda sebagai pemilih apabila telah mencapai
umur 21 tahun. Cabaran kedua ialah peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai
sasaran. Ini adalah kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap kepentingan mengundi. Cabaran
ketiga ialah banyak isu sensitif yang timbul semasa kempen pilihanraya dan menyebabkan berlaku
banyak spekulasi negatif dan seterusnya mewujudkan pepecahan dalam masyarakat. Cabaran yang
seterusnya ialah masalah untuk menjamin ketelusan dan keselamatan peti undi semasa dibawa ke
tempat pengiraan undi. Selain itu, kemungkinan terdapat pengundi yang mengambil kesempatan
untuk mengundi lebih sekali iaitu mengundi di beberapa tempat ataupun digelar pengundi hantu. Di
samping itu, terdapat calon yang bertanding menggunakan kaedah politik wang untuk memenangi
pilihanraya. Cabaran yang seterusnya ialah wujud salah guna media massa dan media sosial sepanjang
proses pilihanraya sehingga mengelirukan masyarakat dan menyebabkan masyarakat mendapat
maklumat yang tidak benar.

Antara langkah-langkah untuk memastikan pilihanraya agar telus dan adil ialah SPR perlu
menggunakan medium media massa dan media sosial seperti facebook dan twitter untuk menarik
minat pengundi muda untuk mendaftar dan juga mengundi. Selain itu, SPR juga perlu mengadakan
kempen untuk mendekati generasi muda untuk mengundi dengan menekankan kepentingan
mengundi. Langkah yang seterusnya ialah SPR perlu mengenakan syarat yang ketat semasa
berkempen serta mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang menyentuh isu-isu
sensitif . Di samping itu, pihak keselamatan dan SPR perlu mengetatkan kawalan keselamatan agar
peti-peti undian dan kertas undi tidak diselewengkan semasa proses pengiraan undi. SPR juga telah
mula menggunakan kaedah dakwat kekal iaitu pengundi perlu mencelupkan jari ke dalan dakwat khas
untuk mengelakkan pengundi mengundi kali kedua di tempat lain. Langkah yang seterusnya pihak SPR
perlu bekerjasama dengan SPRM untuk mengatasi masalah calon yang terlibat dalam politik wang agar
plihanraya di Malaysia dapat berjalan dengan telus dan adil.
(e) Cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan institusi raja berperlembagaan/ Raja- raja Melayu di
negara kita.

Antara cabaran yang dihadapi di negara kita ialah rakyat kurang memahami peranan dan fungsi
raja-raja Melayu. Raja dianggap sebagai simbol perpaduan sahaja. Terdapat segelintir individu yang
beranggapan kedudukan Raja-raja Melayu sama seperti rakyat yang lain kerana tidak mempunyai
pengetahuan tentang salasilah Raja-raja Melayu.Generasi muda juga tidak tahu menghargai konsep
kedaulatan raja. Hingga hilang rasa hormat dan ketaatan kepada institusi Raja-raja Melayu. Cabaran
yang berikutnya ialah pengaruh negatif yang menular dalam masyarakat negara ini dan ancaman dari
luar turut menggugat institusi pemerintahan beraja kita. Wujudnya jurang antara raja dan rakyat turut
menjadi faktor yang menggugat institusi raja-raja di negara kita. Terdapatnya golongan yang
menggunakan media sosial seperti Facebook, Telegram, Blog dan Skype untuk memburuk-burukkan
institusi raja. Terdapat juga segolongan individu yang menganggap bahawa institusi raja tidak relevan
ketika ini.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah penerapan nilai-nilai murni seperti
taat pada raja dan negara. Peranan media massa dan media sosial seperti twitter, dan facebook
sewajarnya menjadi saluran untuk memperkukuhan institusi raja dalam masyarakat kita. Langkah yang
seterusnya ialah setiap anggota masyarakat haruslah menghayati dan mengamalkan prinsip kedua
Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Dari aspek pendidikan turut memperkenalkan
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral di sekolah.
Memantapkan lagi mata pelajaran Sejarah agar remaja mengetahui warisan negara. Hubungan antara
raja dengan rakyat perlulah mesra agar menjadi lebih erat dan akrab. Raja perlu berjiwa rakyat seperti
terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan . Contoh seperti bergotong-royong, solat Hari Raya berjamaah
dan menyertai program ziarah kampung. Raja juga perlu turun padang melihat musibah yang dihadapi
oleh rakyat seperti banjir dan kebakaran yang melanda. Raja mestilah terlibat dalam kerja amal seperti
mengadakan majlis iftar untuk anak-anak yatim dan menyampaikan bantuan untuk ibu tunggal dan fakir
miskin agar nasib rakyat terbela dan dilindungi.

SOALAN 8

Nilai-nilai atau iktibar yang diperoleh hasil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen

Nilai daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah pentingnya
muafakat dan toleransi antara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran Negara. Rakyat perlu mematuhi
Perlembagaan negara demi mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran negara. Rakyat mesti taat setia
kepada pemerintah dan menyanjung tinggi raja sebagai tonggak utama Negara. Rakyat hidup dalam
suasana aman dan sejahtera. Rakyat Malaysia bebas bersuara dan memberi pendapat untuk
kepentingan negara. Rakyat juga bebas memilih pemimpin untuk mentadbir negara. Justeru rakyat
sentiasa menyokong usaha kerajaan memajukan negara.

Selain itu, nilai yang dapat diamalkan ialah menghormati raja dan pemimpin negara. Semangat
kerjasama-sama di kalangan rakyat dapat menjamin kedaulatan negara berkekalan. Kepatuhan
kepada undang-undang dapat menjamin keamanan negara berkekalan. Amalan bertolak ansur dan
berdiplomasi pula terbukti memastikan semua masalah didalam pentadbiran negara dapat diatasi.
Sikap saling hormat-menghormati di kalangan rakyat dapat mewujdkan perpaduan dan mampu
memantapkan lagi pentadbiran Negara. Kestabilan politik membolehkan Negara meneruskan matlamat
menjadi Negara maju

Iktibar yang diperoleh daripada pengamalan demokrasi berparlimen ialah rakyat hendaklah
sentiasa taat dan setia kepada pemimpin. Ini membolehkan institusi beraja dapat dipertahankan.
Kerajaan hendaklah mengagihkan kekayaan dan ekonomi secara adil dan sama rata kepada semua
rakyat. Rakyat mestilah menunaikan hak dan tanggungjawab dengan berhemah dalam memilih
pemimpin. Selain itu, semua rakyat haruslah memastikan perpaduan kaum dan toleransi dapat
diperkukuhkan dalam kalangan rakyat. Setiap rakyat mestilah mengutamakan kepentingan negara
berbanding kepentingan diri dan bersedia menerima perubahan demi kestabilan dan keselamatan
negara.

Iktibar yang diperoleh ialah perlunya amalan berganding bahu membangunkan negara menjadi
negara yang cemerlang dan gemilang. Rakyat perlu bekerjasama dengan pemimpin untuk mewujudkan
negara yang aman sejahtera.Kita perlu bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam
pelbagai bidang. Kerajaan juga sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara.
Kerajaan juga berfikiran terbuka dalam menerima pelbagai pandangan untuk memantapkan
pentadbiran negara. Pemimpin dan rakyat sentiasa patuh kepada undang-undang bagi mengekalkan
keamanan negara.

SOALAN 9
i. Pengetahuan yang saya peroleh ialah , negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen
sejak kemerdekaan negara. Sistem demokrasi berparlimen telah membentuk pentadbiran negara yang
mantap dan stabil. Kestabilan ini membawa kepada kemakmuran negara sebagai mana yang kita kecapi
pada hari ini.

ii. Iktibar yang saya peroleh ialah kita sebagai rakyat perlu menanam taat setia kepada pemimpin dan
negara agar kedaulatan negara terjamin. Masyarakat juga perlu bersatu-padu membantu kerajaan
membangunkan negara agar kemakmuran negara dapat dikecapi bersama. Kerajaan haruslah
bertanggungjawab memastikan keamanaannegara terus dijamin agar keselamatan rakyat di negara ini
terpelihara.

iii. Harapan saya ialah negara Malaysia akan terus stabil sama ada dari segi politik , ekonomi dan social
agar matlamat ingin menjadikan negara sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Saya juga
berharap keamaan negara terus terpelihara dan memastikan kedaulatan negara terjamin.













TEAM SEJARAH JPN KEDAH

Pengertian / maksud sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Konsep demokrasi berparlimen
1. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu
sistem Raja Berperlembagaan
sistem Republik.
2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.
Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya.
4. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
5. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.
6. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik
semasa.

Latar belakang pentadbiran negara sebelum pemerintahan negara sebelum pemerintahan demokrasi
berparlimen
1. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan
2. Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
3. Demokrasi Berparlimen di negara kita bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
4. Manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
5. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
6. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.
7. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
8. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
9. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.
10. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik
semasa.

Ciri-ciri demokrasi berparlimen
(a) Perlembagaan***
(b) Raja berpelembagaan****
(c) Kuasa pemerintahan****
(d) Pilihanraya****
(e) Parti politik
(f) Kebebasan asasi

(a) Perlembagaan
1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
2. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan
menunaikan tanggungiawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalarnnya.
3. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti
Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,
Institusi Yang di-Pertuan Agong,
Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.

(b) Raja berpelembagaan
1. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia.
2. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
3. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang
memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
4. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri
Melayu secara bergilir-gilir.
5. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
6. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga
kini.
7. Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan
keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

(c) Kuasa pemerintah
Tiga cabang kuasa pemerintahan
I. Badan Perundangan
II. Badan Pelaksana (Eksekutif)
III. Badan Kehakiman (Judisiari)

(d) Pilihanraya
1. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
2. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
3. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak
dikira menang.
4. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia.
5. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
6. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
7. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti
pemerintah atau pembangkang.
8. Tiga fungsi utama SPR adalah
menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,
menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
9. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara
serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
10. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negara diadakan
secara berasingan.
11. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri.
12. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan
perlucutan jawatan.
13. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak
dan Sabah selepas kekosongan itu.
14. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.

(e) Parti politik
1. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk
mencapai matlamat bersama.
2. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.
3. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuangan parti.
4. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.
Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan
Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita.
5. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-
masing.

(f) Kebebasan asasi
Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan.
Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

Sebab dan kaedah pindaan perlembagaan
Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan
untuk melindungi kepentingan rakyat,
menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi
oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara
sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah

Kaedah Pindaan perlembagaan
Kaedah Pertama
Persetujuan majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja
Perkara Pindaan
Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.
Kewarganegaraan.
Keutarnaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri.
Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Perubahan sempadan negeri.
Kaedah Kedua
Persetujuan majoriti lebih
suara 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua
Negeri Sarawak dan Sabah

Perkara Pindaan
Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.
Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan
Sabah (Akta Imigresen 196 1).
Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan
burniputera di Sarawak dan Sabah.

Kaedah Ketiga
Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen
Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Kaedah Keempat
Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen

Perkara Pindaan
Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan
persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.
Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan. Dalam Perkara 7.4, Parlimen boleh membuat atau meminda
undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.
Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai
Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Dalam Perkara 76, Parlimen boleh
membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perianiian atau
konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain

Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia
Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu badan Perundangan
(Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil
dan membubarkan Parlimen.
Baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri Baginda mempunyai
kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah 'Undang-undang X' jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda
bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang
diPertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.

Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan dan negeri /Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia
1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan.
2. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta
beberapa buah Kerajaan Negeri.
3. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
4. Bidang kuasa Persekutuan dan negeri dinyatakan dalam
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan
mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri
sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam
bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

Senarai Persekutuan
- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang jenayah dan sivil
- Kewarganegaraan
- Pilihanraya Persekutuan
- Perdagangan, Perniagaan dan
Industri
- Kewangan
- Pengangkutan
- Perkapalan
- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat
hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama
Senarai Negeri
- Undang-undang orang Muslim,
agama dan adat Melayu
- Pertanian dan Perhutanan
- Tanah
- Perkhidmatan tempatan
- Kerajaan Tempatan
- Jentera Kerajaan Negeri
- Hari kelepasan Negeri
- Kerjaraya Negeri dan Air
- Penyu dan penangkapan ikan di
sungai

Senarai Bersama
- Kebajikan Sosial
- Perlindungan binatang liar, taman
kebangsaan
- Biasiswa
- Pengembaraan
- Perusahaan Ternakan
- Perancanagn bandar dan desa
(kecuali WP)
- Pengaliran dan pengairan
- Kesihatan Awam, peraturan
kesihatan
- Pemulihan tanah perlombongan


Peranan / tanggungjawab warganegara dalam menjayakan demokrasi berparlimen
Peranan Warganegara
Mematuhi undang-undang negara
Mentaati raja yang memerintah
Mendokong prinsip rukun negara
Menyokong dasar-dasar kerajaan
Mengeratkan perpaduan kaum
Tidak membocorkan rahsia negara
Menjadi warganegara yang berintegriti
Menjadi warganegara yang patriotik
Membantu mengukuhkan ekonomi negara
Menunaikan hak sebagai pengundi
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
Berpegang teguh kepada ajaran agama


Peranan dan tanggungjawab saya: Bagaimanakah sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan ?
Mengekalkan kedaulatan kerajaan
kerajaan dipilih oleh rakyat
Menjamin hak rakyat menentukan masa depan negara berpeluang menentukan kepimpinan negara
menjamin Kestabilan negara
Segala permasalahan diselesaikan melalui rundingan
Mewujudkan kecekapan pentadbiran negara
secara sistematik bagi memudahkan perancangan kerajaan
Mengekalkan perkongsian kuasa dalam kalangan pemimpin pelbagai kaum
Memperkukuh perpaduan denganmeningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat dan semua lapisan rakyat tidak
dipinggirkan
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam sistem pemerintahan negara dan undang-undang
Mempertahankan sistem social, budaya dan politik daripada ancaman budaya negatif

Faedah/ manfaat / kepentingan / kebaikan demokrasi berparlimen kepada bangsa dan Negara
Faedah/kepentingan demokrasi berparlimen
Mewujudkan keamanan negara
Rakyat hidup sejahtera
Rakyat berfikiran matang
Berlaku persaingan yang sihat dalam bidang politik
Taraf hidup rakyat meningkat
Memantapkan politik
Membangunkan ekonomi negara
Mewujudkan keadilan sosial
Hak warganegara terjamin
Pembangunan negara
Agama Islam terpelihara dalam demokrasi
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi terpelihara

Kejayaan Malaysia melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen (buletin)
Mengekalkan kerajaan yang adil
Rakyat menerima pemerintah yang dipilih melalui pilihanraya
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia diiktiraf peringkat antarabangsa
Rakyat diberikan hak bersuara dalam dalam parlimen
Kebebasan berparti
Wujud parti-parti politik yang bergabung
Rakyat sedia menerima perubahan

Kestabilan negara
Pemimpin dapat merancang pengurusan pentadbiran negara
Negara Malaysia menjadi contoh kepada negara Islam dan negara dunia ketiga

Kesejahteraan negara
Rakyat hidup dalam suasana aman
Rakyat menikmati peluang pekerjaan
Wujud masyarakat yang bermoral dan beretika
Berfikiran terbuka
Menerima pandangan dan pendapat orang lain
Tidak bertindak melulu

Perpaduan kaum dapat dikekalkan
Konsep 1 Malaysia dapat diamalkan
Melibatkan semua kaum dalam penjawat awam
Melibatkan semua kaum dalam semua aktiviti/program yang dianjurkan
Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
Ke arah sebuah negara yang maju
Mewujudkan masyarakat maju dan saintifik
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi

Kemakmuran ekonomi
Semua kaum terlibat dalam perniagaan
Agihan ekonomi negara yang sama rata
Bantuan BR1M kepada rakyat
Taraf hidup rakyat meningkat
Pendapatan isi rumah meningkat

Membentuk identiti negara
Konsep 1 Malaysia
Mendokong Rukun Negara
Wujud kebudayaan kebangsaan
Satu aspirasi/ matlamat
Mewujudkan masyarakat demokratik yang matang

Melahirkan rakyat yang taat dan setia
Raja lambang perpaduan
Raja dihormati
Mematuhi undang-undang
Bangga dengan kejayaan negara
Patriotisme yang tinggi

Kepentingan warga negara Malaysia memahami nilai DB
Sebab perlunya mengekalkan sistem demokrasi berparlimen
Kepentingan warganegara Malaysia memahami nilai demokrasi berparlimen
Membentuk kerajaan yang stabil yang berwibawa
membantu mengurangkan perbalahan antara kaum
untuk menjamin keharmonian
mengamalkan tolenrasi untuk kepentingan bersama
mewujudkan kesetiaan
kesanggupan untuk berkorban terhadap tanahair
supaya rakyat bersemangat dan bersatu padu
menjadikan rakyat lebih patriotik kepada negara sendiri
supaya rakyat memahami dan menghormati pemimpin/jata/bendera/lagu
menuntut rakyat bersyukur sebagai warga Negara
rakyat berbangga sebagai warganegara
untuk mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa
untuk melahirkan warganegara yang memahami hasrat Negara
supaya menyedari peranan mempertahankan negara
bagi mewujudkan jati diri
bagi melahirkan masyarakat yang menyanjung tinggi kepimpinan Negara
untuk melahirkan nmasyarakat yang mematuhi peraturan dan undang-undang
rakyat dapat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan anjuran kerajaan
semua rakyat mendapat layanan, kebebasan, dan hak sama rata seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam
Perlembagaan Malaysia.
rakyat bebas bersuara, mengemukakan pendapat dan cadangan, tetapi harus berlandaskan prosedur dan tidak
mengganggu hak serta kehidupan orang lain.
Rakyat bebas membuat kritikan, tetapi haruslah berlandaskan ilmu dan analisis yang objektif, keterangan yang
jitu, dan bukti-bukti yang sahih.
Menggunakan kebebasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Usaha memantapkan pengamalan sistem demokrasi berparlimen / sistem pemerintahan / pentadbiran
Negara
Usaha memantapkan pengamalan demokrasi berparlimen
Pengenalan nilai murni perkhidmatan awam dalam membimbing penjawat awam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mengikut kaedah yang ditetapkan
Pelan Intergriti Nasional ( PIN) yang merupakan hala tuju dan membimbing untuk bekerjasama membina
masyarakat bermoral dan beretika serta berintegriti tinggi
Mengurangkan karenah birokrasi dengan memudahkan prosedur kerja
Kempen Bersih, Cekap dan Amanah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam
Mengurangkan penyalahgunaan kuasa dengan mengamalkan integriti dalam setiap tindakan
Menghapuskan amalan rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasia (SPRM)
Penerapan nilai-nilai Islam sebagai amalan budaya kerja yang berteraskan nilai murni yang digariskan
dalam agama Islam
Budaya Kerja berkualiti dengan mengurangkan pembaziran dan meningkatkan hasil kerja yang bermutu
Kod Etika Kerja sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan dalam melakukan sesuatu tindakan
Piagam Pelanggan
Pengenalan ISO 9009 standard kualiti yang ditetapkan sebagai pencapaian utama
Biro Pengaduan Awam sebagai saluran utama dalam menyampaikan masalah dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam
Penubuhan Jawatankuasa Khas Karbinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan dengan meletakkan isu
keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya
Pengenalan Akta Hasutan bagi menghalang isu-isu sensitif dibincang secara terbuka
Penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan proses pilihanraya dijalankan secara telus
Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dengan menggunakan kaedah pengurusan pencapaian yang baru dan
berkesan
Mengukuhkan istitusi beraja supaya terus relevan dengan kehendak semasa
Kod Etika Kehakiman sebagai garis panduan institusi kehakiman dalam pengendalian bidang kehakiman
Pengamalan Doktrin Pengasingan Kuasa yang memisahkan badan perundangan, badan perlaksana dan
badan kehakiman
Mengamalkan tolerasi
Meningkatkan perpaduan kaum
Menyemarakkan semangat patriotism
Menghormati pemimpin
Mematuhi undang-undang
Meningkatkan semangat jati diri
Mengutamakan rundingan
Menghayati konsep Rukun Negara
Mengamalkan kosep 1 Malaysia
Membentras gerakan militan
Menghargai kemerdekaaan negara
Menjaga imej negara
Mengekalkan kedaulatan Negara


Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan sistem demokrasi berparlimen dan langkah-
langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran:
1. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan sistem pemerintahan tidak dapat bergerak dengan baik.
2. Politik perkauman menyebabkan wujudnya sifat benci antara satu sama lain
3. Politik cacamarba/ kotor/ untuk kepentingan individu menyebabkan perlumbaan kuasa
4. Sistem pendidikan diasingkan berasaskan kaum menyebabkan penyatuan rakyat tidak dapat dilaksanakan sejak
dibangku sekolah
5. Media massa sering meracuni pemikiran rakyat dengan isu-isu sensitif dan perkauman
6. Hubungan antara kaum sering dipermainkan dan dijadikan isu yang menimbulkan ketegangan kaum
7. Melupai sejarah pembentukkan negara berdasarkan prinsip pakatan murni.
8. Institusi Raja dan kuasa raja dipertikaikan,penghinaan terhadap institusi raja
9. Masalah sosial masa kini mengancam kepercayaan/keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi berparlimen.
10. Memenuhi kehendak/tuntutan rakyat yang menetukan kuasa politik negara walupun keputusan pemimpin itu
tidak popular

Langkah-langkah untuk mengatasinya.
1. Mengekalkan keamanan,pemimpin harus berpegang kepada prinsip kebebasan berteraskan prinsip
perlembagaan.
2. Tindakan undang-undang diambil pada sesiapa sahaja yang mennyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik.
3. Mengambil tindakan terhadap individu atau parti politik yang mengamalkan politik perkauman mengikut akta
hasutan dan peruntukan undang-undang.
4. Mengadakan aktiviti komuniti dan kempen-kempen perpaduan supaya rakyat mengetahui hak masing-masing
mengikut perlembagaan negara
5. Mewujudkan sistem penddidkan secara menyeluruh tanpa pengasingan kaum,memberi hak-hak pendidikan
seperti peruntukkan perlembagaan.
6. Media massa harus memain peranan menyatukan rakyat .
7. Semua rakyat dari pemimpin hingga rakyat mesti mengetahui sejarah pembentukan negara Malaysia dan
berpegang kepada prinsip pakatan murni.
8. Tidak bertolak ansur di dalam mengambil tindakan undang-undang yang tersedia ada atau membentuk undang-
undang baru bagi menjamin Intitusi raja di hormati.
9. Pembinaan modal insan diperkukahkan,halatuju golongan muda mengikut acuan negara Malaysia
dilaksanakan.
10. Kerajaan harus memberi penjelasan yang sewajarnya dan menyakin kan rakyat tanpa berselindung di atas
sesuatu dasar yang dilaksanakan.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara dan bangsa Malaysia dan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Cabaran:
1. Mendapat pengiktirafan dari negara maju
2. Institusi kekeluargaan semakin luntur dan perceraian meningkat
3. Demontrasi jalanan untuk menyuarakan ketidak puasan hati
4. Masalah kemiskinan
5. Kadar pengangguran tinggi
6. Keruntuhan akhlak remaja
7. Nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar
8. Penyalahgunaan dadah

Langkah-langkah mengatasi
1. Melahirkan modal insane berkualiti
2. Memperkukuh jati diri melalui PLKN
3. Menerapkan integrity-anti rasuah
4. Merealisasikan wawasan 2020
5. Menjayakan konsep 1 Malaysia
6. Memperkasa sekolah agama
7. Mengukuhkan institusi kekeluargaan
8. Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasai gejala social
9. Menguatkuasakan undang-undang secara adil.

Nilai / iktibar
kita rakyat Malaysia perlulah sentiasa rasa bertanggungjawab menjaga tanah tumpah darah kita untuk generasi
akan datang
kita perlulah mempunyai rasa cinta akan negara yang mendalam terhadap tanah air sendiri tanpa berbelah
bahagi,
semua rakyat perlu menjaga keutuhan sistem pemerintahan yang ada dengan sentiasa patuh kepada peraturan
dan undang-undang negara ini.
demokrasi berparlimen akan mantap dalam negara bermasyarakat majmuk sekiranya nilai toleransi menjadi
pegangan kita
sentiasa rasional menerima dasar dan sistem pemerintahan yang telah dilaksanakan demi mengekalkan
keharmonian dan kesejahteraan
hormat dan patuh kepada pemimpin perlu diamalkan oleh semua warganegara Malaysia untuk memantapkan
sistem politik negara

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
(a) Pengetahuan yang diperoleh.
(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang;

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
Pengetahuan yang diperoleh:
saya dapat mengetahui tentang sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
dapat memahami tentang keunikan perlaksaan sistem raja berperlembagaan
saya dapat mengtahui tentang peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia.
saya dapat mengetahui peranan parti-parti politik yang wujud di negara kita

Ikhtiar kepada diri, bangsa dan negara:
Diri
kita perlulah saling bekerjasama antara kaum untuk mengekalkan kedaulatan negara
Bangsa
masyarakat Malaysia perlu saling hormat-menghormati amalan baik bagi mengekalkan keutuhan
pemerintahan dan politik negara
semua rakyat perlu sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri
setiap lapisan masyarakat perlulah sentiasa berfikiran terbuka
menghormati pendapat orang lain untuk memantapkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang
sedia ada.
Negara
semua rakyat Malaysia perlulah menjaga kepentingan bersama untuk memajukan negara dan memberi
sokongan padu kepada pemerintah demi menjaga kestabilan negara
negara akan dipandang tinggi di mata dunia kesan perlakasanaan Demokrasi Berparlimen mengkut acuan
sendiri
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang;
perasaan setia,bangga dan cinta akan negara perlu kita pupuk ,dan usaha ini perlu diteruskan oleh generasi akan
datang untuk mengukuhkan lagi bangsa




JPN PERLIS
1) KONSEP/MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN
a) Konsep /Maksud/ Latar belakang sistem demokrasi berparlimen

a) Konsep sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan Negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Melalui sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan
melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong , mengekalkan dan menukarkan kerajaan yang sedia ada
melalui pilihanraya.
Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Selain itu, pindaan-
pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik
semasa.
Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah sistem demokrasi berparlimen
mula diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem demokrasi berparlimen ini
menjadikan perlembagaan Malaysia sebagai garis panduannya.

2) CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

2i) PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti
politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan menjamin kerajaan
menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara.
Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
Negeri, Insitusi Yang di Pertuan Agong, ParlimenJemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan
Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri-
negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia diberi hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan Negeri.

Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran berperlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran
berperlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan
Mahkmah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembangaan Malaysia adalah tidak
sah.
Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan. Perkara 75
menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan adalah terbatal
dengan sendirinya. Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkmah untuk
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran
dan ketinggian Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjaminkan kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan
dan kelicinan pentadbiran. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya
pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya
memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotism dapat dibentuk. Perkara 24 perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan
kewarganegaannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh
ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity negara dan bangsa Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap warganegara
mempunyai hak asasi dan kebebasan seprti berpersatuan ,beragama dan memiliki harta.
Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam
menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan
Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan
pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaupun bagaimanapun, perlembagaan
juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak
mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Perlembagaan Malaysia juga menjaminkerjasama,kesepakatan,keadilan dan kepentingan bersama
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini system pentadbiran negara dapat
diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak
boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan
Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan
Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan
pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.

Pindaan Perlembagaan
i) Faktor-faktor pindaan perlembagaan
Pindaan Perlembagaan bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara
dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya relevan dan sesuai dengan
keperluan semasa. Perlembagaan dipinda bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka.
Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitive dalam perlembagaan yang tidak
boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja,agama islam,kedudukan bahasa melayu dan hak
istimewa orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada
bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitive yang boleh menimbulkan
perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuaanya untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan
keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita . Antara pindaan besar yang telah dibuat
termasuklah pemansuh imuniti bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada
kesalahan jenayah.
ii) Langkah /Kaedah Pindaan Perlembagaan
Terdapat empat cara pindaan perlembagaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara
dua per tiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara pindaan kaedah pertama ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan,
keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja dan Yang di Pertuan Negeri.
Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan kelulusan
Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa
Mahkamah Tinggidi Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan
kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan
perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga Dewan Parlimen.Perkara-perkara yang
tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan terkandung dalam kaedah pertama.
Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang terkandung dalam
kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7, bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk
sumpah,ikrar,pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaan
perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam paerkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda
undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal
yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan
Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan
pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

2ii) RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam
Pelembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua
negara. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan
Pemerintah dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai
kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan
Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman
terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri, berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-
undang X jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan
tiga orang ahli Suruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk
mentauliahkan duta-duta negara kita



2 iii) PARLIMEN
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara
kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap
negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator
sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu
yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau
bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili
sesuatukumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di
seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan
Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-
undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan
Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. Proses Meluluskan Undang-
undang di Parlimen

2 iv) PILIHAN RAYA
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri
atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi
terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di
Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya
ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang.
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan
apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan
perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia
dan 90 hari bagiSarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka
gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang
ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin
di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan
awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undanga
Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding
atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas
penamaan calon pada hari penamaan calon. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,
seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-
mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan
raya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.Perlembagaan
membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas
di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. Di negara
kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil,
calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR telah menubuhkan urus
setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua
Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan
mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan
efektif dan adil. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka
harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan
corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

2 v) KUASA PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan
kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan
atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini
harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan atau Legislatif .
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-
undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara
kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator. Mereka mewakili setiap
negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. Seseorang Senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator
sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli
ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN. Dua orang ahli
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang
lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang
terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu
yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu
kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan
raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama
Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh
Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
Di Malaysia, sesuatu undang-undang yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses meluluskan
undang-undang di parlimen. Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. Seterusnya,
penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama
akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. Diikuti dengan pembacaan kedua dan
rang undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-
undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini
dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. Sekiranya rang undang-undang
tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses
yang sama seperti di Dewan Rakyat . Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan
diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor
Negara. Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan.

Badan Pelaksana atau Eksekutif
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-
dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau
beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,
merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini,
terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh
Perdana Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan
yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun
mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah
rancangan lima tahun kerajaan. Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM).
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan,
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman atau Judisiari
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan
kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan
undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan
atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu
atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan
ke mahkamah yang lebih tinggi. Di Malaysia, mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah
dan Mahkamah Atasan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sarawak dan
Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-
wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi
daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman.

3 KONSEP PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN DI MALAYSIA
3 a)
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan
serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam
PelembagaanMalaysia.
Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan senarai Bersama.
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa
terhadapnya.
Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan luar), pertahanan dan
keselamatan dalam negeri.
Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan negara dan pilihan raya negara.
Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan, perdagangan dan perusahaan.
Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga terletak di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan.
Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan.
Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri
sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan pertanian dan perhutanan.
Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan perkhidmatan tempatan .
Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan
Negeri.
Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara.
Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai bersama.
Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan
awam dan parit dan tali air.
Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di bawah Senarai Bersama.

3 (b) Jelaskan konsep pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia.
i) Badan Perundangan
ii) Badan Pelaksana
iii) Badan Kehakiman

i) Badan Perundangan
Konsep Badan Perundangan ialah merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap
negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan pilihan raya. Seorang Senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator
sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu
yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau
bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili
sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan
raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di
seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama
Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh
Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.


ii) Badan Pelaksana
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
Tugas Jemaah Menteri atau kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana
Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menyelaras program pembangunan ekonomi dan
sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua
perkara.
Setiap kemeterian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik. Seorang Menteri yang diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana
Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kemnterian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan
yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir
oleh sebuah Lembaga Pengarah yaang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan
berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran
dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan,
kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

iii) Badan Kehakiman
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan
kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh
Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang,
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai
kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak
boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau
Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem individu
atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat
rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
Pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab
yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi
daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

4 a) Syarat-syarat menjadi calon dan pengundi dalam pilihan raya.
Syarat syarat bagi menjadi calon dalam pilihan raya ialah mereka mestilah
warganegara Malaysia. Mana-mana yang bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan menjadi calon
dalam pilihan raya di negara ini. Calon juga mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mereka yang di bawah
umur 21 tahun tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Semua calon mestilah yang bermastautin
di Malaysia dan mereka yang tinggal di luar negara jika mahu bertanding mesti pulang dan bermastautin
di Malaysia. Calon mestilah yang sempurna akal atau waras dan mereka yang tidak waras tidak
dibenarkan bertanding. Seseorang yang muflis juga tidak dibenarkan bertanding. Ini bertujuan untuk
mengelakkan daripada berlakunya perbuatan rasuah apabila calon menang dalam pilihan raya. Mereka
yang memegang jawatan dalam kerajaan atau perkhidmatan awam tidak dibenarkan bertanding jika
mereka mahu bertanding mereka mestilah melepaskan jawatan mereka. Hal ini bertujuan untuk mengelak
daripada berlakunya salahguna kuasa semasa pilihan raya. Seseorang yang disabitkan dengan kesalahan
mahkamah juga tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya iaitu hukuman penjara tidak kurang
daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM2000.
Syarat- syarat untuk menjadi pengundi ialah mestilah berdaftar dalam senarai daftar pemilih
yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka yang tidak berdaftar tidak layak untuk menjadi
pengundi. Pengundi juga mestilah warganegara Malaysia dan rakyat asing atau orang luar tidak layak
untuk mengundi. Pengundi mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mereka yang berumur kurang daripada
21 tahun tidak layak untuk mengundi. Pengundi mestilah bermastautin atau tidak bermastautin di mana-
mana kawasan pilihan raya yang diadakan. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam satu
kawasan pilihan raya sahaja. Bagi pelajar luar negara atau pegawai kerajaan di luar negara mereka boleh
mengundi melalui undi pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. Anggota pasukan
keselamatan seperti polis dan askar juga menggunakan undi pos. Seseorang pengundi juga mestilah waras
atau tidak gila. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah semasa pengundian dijalankan.
(15 markah)
4b) Jelaskan tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963.
Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi
politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-
ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuangan parti.
Selain idelogi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pempentukan dan penyatuan ahli-ahli
parti.Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu
(MCA) dan Kongres India Tanah Melayu(MIC) di Negara kita .Parti-parti ini ditubuhkan dengan
matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
Malayan Democratic union (MDU), ditubuhkan oleh golongan professional Cina pada bulan
Disember 1945.MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana
dianggap tidak demokratik.Tujuan penubuhannya adalah menentang Malayan Union.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk
menumbangkan gagasan Malayan Union. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC
menubuhkan Parti Perikatan. Antara tujuan penubuhan adalah untuk menyatukan orang Melayu
menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu dan mencapai
kemerdekaan.
Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yang di-Pertuanya ialah
John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan
memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain
Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA),
ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan
Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentang Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut
kewarganegaraan yang sama.
Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal
tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh
Haji Abu Bakar al-Baqir. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanah
Melayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang
merdeka.
Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antara pengasasnya ialah
Tan Cheng Lock,Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik (H.S. Lee) dan Leong Yew Koh. Tujuan
penubuhan parti ini ialah menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama
menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.
Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP), diasaskan oleh Dato
Onn Jaafar pada bulan Sepetember 1951. Ia merupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat
sambutan. Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan pada tahun 1955 dan
mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas,
Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Tujuan penubuhan parti ini pula ialah
untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara.
Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertamanya ialah
Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialah menentang keganasan komunis dan merancang
kemerdekaan Tanah Melayu.
Parti Negara, diasaskan oleh Dato Onn bin Jaafar pada bulan Februari 1954. Parti ini
menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato Onn Jaafar ingin mendapatkan sokongan semula
masyarakat Melayu terhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaan Tanah Melayu
dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

5 a) Manfaat atau kepentingan perlembagaan Malaysia
i) Manfaat atau kepentingan keluhuran perlembagaan dalam melicinkan pentadbiran negara
Perlembagaan berperanan untuk memjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka
dan bentuk pentadbirannya. Selain itu, ia juga menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta
kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan
semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan juga menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Perkara 24
Perlembagaan menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan
kewarganegaraannya. Manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh
dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara. Tujuannya adalah supaya rakyat
memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa
Malaysia.
Di samping itu, perlembagaan Malaysia juga menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta.
Dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara
hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa
tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan dan
pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Ini dilaksana dengan berhati-hati supaya tidak
mengabaikan kaum-kaum lain.
Perlembagaan Malaysia juga penting untuk menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ia menjadi rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara
dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri
tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga menjamin kedudukan hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah
jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai
persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan
untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku
pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan
polis terutama di kawasan pedalaman.
5 (a ) Kejayaan demokrasi berparlimen.
Buktikan kejayaan negara melalui pengamalan sistem pentadbiran demokrasi berparlimen .

Bukti kejayaan negara melalui pengamalan sstem pentadbiran demokrasi berparlimen ialah Malaysia
diiktiraf sebagai antara negara yang aman dan selamat untuk dikunjungi.

Kejayaan negara hasil pengamalan sistem pentadbiran demokrasi berparlimen dapat dilihat melalui
kemajuan dalam sistem pengangkutan contohnya syarikat penerbangan Malaysian Airline System (MAS)
telah mendapat pengiktirafan lima bintang dalam Anugerah Penerbangan Dunia SKYTRAX 2013 dalam
kalangan 160 negara.MAS turut menerima Anugerah Makanan Utama Terbaik syarikat penerbangan untuk
sajian sate yang merupakan sajian tradisional Negara.

Malaysia turut diiktiraf sebagai hab kewangan Islam melalui sistem perbankan Islam dan sistem ekuiti
Islam yang berlandaskan prinsip syariah.Kedudukan perbankan Islam adalah antara yang terkemuka di
dunia .

Kejayaan negara seterusnya hasil pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah Malaysia menjadi
pelopor hab halal dunia dan Malaysia menjadi rujukan dunia terutama dalam industri pemakanan
,kosmetik dan farmaseutikal. Pensijilan halal Malaysia telah diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Kesan daripada pengamalan sistem demokrasi berparlimen ,teknologi getah dan kelapa sawit turut menjadi
contoh Negara-negara di dunia. FELDA menjadi contoh kepada Myanmar,Kemboja,Indonesia dan Afrika
Selatan kerana kejayaan dalam membasmi kemiskinan masyarakat di luar bandar.

Pengamalan sistem demokrasi berparlimen menyebabkan imej negara kita dipandang tinggi di mata dunia
melalui konsep memakmurkan sahabat melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman bersama dengan
negara lain.

Kestabilan negara juga terjamin sehingga Malaysia berjaya mengelola beberapa pertandingan di peringkat
antarabangsa seperti Formula One di Sepang dan Lima di Langkawi. Selain itu, dapat mengekalkan
kesejahteraan negara dan perpaduan kaum seperti penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolak
ansur dan gotong royong selalu di amalkan.

Negara kita juga telah membangun ke arah sebuah negara yang maju melalui kemakmuran ekonomi. Bukti
lain ialah negara kita berjaya membentuk sebuah identiti negara tersendiri dengan konsep 1Malaysia dan
dapat melahirkan rakyat yang taat dan setia kepada agama, bangsa dan negara.

Negara berjaya melahirkan rakyat yang bijak memilih pemimpin melalui pilihan raya.. Wujudnya
keadilan sosial dalam kalangan rakyat di negara ini juga merupakan bukti kejayaan demokrasi
berparlimen.

5a iii) Manfaat/Kepentingan pindaan perlembagaan yang dapat melicinkan pentadbiran
negara.

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi
kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.

Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja,
agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu
daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh
menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan,
ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang
Di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah


5(b) Buktikan pengamalan raja berpelembagaan dapat mengharmonikan kehidupan
masyarakat di negara Malaysia

Kejayaan negara melalui sistem raja berperlembagaan dapat mengharmonikan negara melalui
bukti dengan terjalinnya hubungan perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia. Selain itu, dapat
mengukuh dan menstabilkan politik negara kita. Seterusnya, keamanan negara dapat dikecapi sehingga
hari ini.
Raja berpelembagaan turut menjamin keselamatan rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Kesucian agama di Malaysia terpelihara melalui bangsa lain bebas beragama dan agama Islam adalah
agama rasmi negara. Negara menjadi aman dan makmur dengan tertegaknya kedaulatan undang-undang
yang teguh. Kejayaan negara juga dapat dibuktikan dengan terpelihanya institusi kesultanan Melayu
Melaka.
Justeru, pertahanan negara dapat ditingkatkan dan menjadi kuat. Institusi Raja-raja Melayu turut
menjamin kedudukan istimewa orang Melayu di Malaysia. Sektor pelancongan negara dapat ditingkatkan.
Malaysia menjadi rujukan dan model kepada negara-negara lain di dunia dalam mengekalkan keamanan.
Kini, negara Malaysia menjadi lebih makmur dengan kekuatan politik yang stabil menuju negara maju.

6 a) Manfaat dan kepentingan pilihan raya terhadap rakyat dan negara dalam
mengharmonikan negara Malaysia.

Manfaat dan kepentingan pilihan raya terhadap rakyat dan negara dalam
mengharmonikan negara Malaysia adalah pilihan raya dapat menjamin kebebasan rakyat serta dapat
menyatu padukan rakyat berbilang bangsa. Selain itu, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan
sejahtera. Keselamatan rakyat terpelihara dan kebajikan rakyat diutamakan.
Pilihan raya dapat memastikan suara majoriti rakyat dihormati dalam menentukan bentuk kerajaan.
Pilihan raya dapat mewujudkan kesepakatan dan pemuafakatan dalam kalangan rakyat . Pilihan raya juga
dapat mengekalkan amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara kita.
Di samping itu, melalui pilihan raya , rakyat dapat memilih pemimpin yang adil dan berkaliber.Pilihan
raya dapat melahirkan rakyat yang memberi sokongan penuh kepada pemimpin .Pilihan raya juga
menjamin pemimpin yang amanah serta bertanggungjawab. Pilihan raya dapat membentuk sebuah negara
yang stabil dan makmur.
Pilihan raya dapat mewujudkan negara yang aman. Negara kita akan maju setanding dengan negara yang
lain. Negara kita akan dikunjungi oleh ramai pelabur asing dan meningkatkan ekonomi negara kita .
Pelancong asing juga akan berkunjung ke negara kita dan meningkatkan pendapatan negara melalui
pertukaran wang asing. Pilihan raya dapat menjamin hak asasi manusia serta melahirkan masyarakat yang
tenteram dan harmoni.
6. (b) Pengagihan kuasa dapat melicinkan pentadbiran negara.
Pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ini dapat melicinkan
pentadbiran negara iaitu menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
Pengagihan kuasa dapat mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri. Selain itu, pengagihan kuasa juga dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan
berwibawa malah membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.

Pengagihan kuasa dapat menjamin keharmonian. Melalui pengagihan kuasa pemimpin atau
rakyat sentiasa dapat mengamalkan sikap toleransi untuk kepentingan bersama. Pengagihan kuasa
berpandukan perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara bagi membentuk kerajaan
yang adil dan stabil. Pengagihan kuasa ini mengelakkan pemusatan kuasa. Pengagihan kuasa juga
berperanan untuk mengimbangi check and balance antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan kepada rakyat. Pengagihan kuasa menjamin
kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dapat dilindungi. Seterusnya, pengagihan kuasa juga dapat
menjadikan pentadbiran bersistematik dan mengurangkan bebanan tugas serta menjadikan pembangunan
negara kita pantas berkembang. Selain itu, pengagihan kuasa juga menjamin keadilan, menjamin
keharmonian dan mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Pengagihan kuasa mengelakkan salah guna
kuasa dan dapat mengelakkan perbalahan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Akhir sekali,
pengagihan kuasa yang diamalkan di Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara Malaysia.
[10 markah]

6. (c) Manfaat kebebasan asasi dalam mensejahterakan rakyat Malaysia. (10 markah)
Manfaat kebebasan asasi dalam mensejahteraan rakyat Malaysia ialah kebebasan
berpersatuan yang mewujudkan keadilan dalam masyarakat. Rakyat mempunyai hak menyuarakan
pandangan menerusi aktiviti berpersatuan. Contohnya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Selain itu, rakyat juga mempunyai kebebasan bersuara. Melalui kebebasan bersuara,
pandangan rakyat diutamakan oleh pemimpin. Keadaan ini mewujudkan negara yang aman. Politik
negara juga akan stabil dan seterusnya mewujudkan negara yang maju.
Kebebasan asasi memperuntukkan kebebasan beragama kepada rakyat. Kebebasan
beragaman mewujudkan masyarakat yang harmoni. Ini membawa kepada masyarakat yang bertolak ansur
antara kaum yang berbeza agama. Ini seterusnya memperkayakan budaya negara Malaysia. Rakyat turut
bersatu padu melalui kepelbagaian perayaaan.
Akhir sekali ialah kebebasan memiliki harta. Kekayaan dikongsi bersama di mana ini
dapat mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat. Di samping itu, lahirlah sikap berlumba-
lumba untuk memajukan diri. Keadaan ini dapat melahirkan individu yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa sebagai antara individu yang paling kaya di dunia. Justeru itu, Malaysia dipandang tinggi di
merata dunia. Contohnya ialah T. Ananda Krishnan.

6(d) Kepentingan warganegara Malaysia memahami nilai-nilai demokrasi berparlimen
Melalui demokrasi berparlimen dapat memberi peluang kepada rakyat bersama-sama mentadbir
negara. Setiap pemerintah perlu memenuhi kehendak dan pemintaan rakyat untuk kesejahteraan hidup
mereka. Rakyat juga dapat mengawal dan menyelia terhadap sesuatu dasar kerajaan yang dijalankan
dalam sesebuah negara.
Rakyat juga boleh bertanggungjawab menentukan pemerintahan bagi sesebuah negara. Rakyat
berpeluang membentuk sesebuah kerajaan bagi sebuah Negara. Rakyat berpeluang membentuk sesebuah
kerajaan bagi sebuah Negara Malaysia. Rakyat boleh menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan yang sedia ada.
Kerajaan dapat menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada.
Kerajaan dapat memberi jaminan bahawa mereka dapat mengekalkan sebuah kerajaan yang adil, sejahtera
dan stabil. Dapat memastikan sesebuah kerajaan itu dapat memberi sebuah pemrintahan yang cekap,
mantap dan berkesan.
Rakyat boleh memilih wakil mereka melalui pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali.
Kerajaan yang dipilih mesti memerintah Negara berpandukan kepada perlembagaan yang dgubal dan
dibentuk untuk Negara Malaysia. Apabila sesebuah kerajaan tidak menjalankan pemerintahan
berdasarkan perlembagaan rakyat berkuasa menukar sesebuah kerajaan melalui pilihnraya.
Rakyat juga dapat menilai dan bertindak memepertahankan institusi raja yang mewakili
keistimewaan orang melayu. Rakyat yang prihatin dengan demokrasi berparlimen dapat menonjolkan
imej Negara kita yang baik di mata Negara-negara luar.
Warganegara akan sentiasa memastikan perpaduan terjalin di antara kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia.

6e) Kepentingan dan faedah sistem demokrasi berparlimen kepada kestabilan politik negara kita.
Kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara ialah pelaksanaan
pilihanraya lima tahun sekali. Melalui pelaksanaan pilihanraya ini, rakyat diberi hak untuk memilih
wakil rakyat dan membentuk kerajaan. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan
kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya.
Seterusnya ,kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negaraa dalah
menjamin sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Ini adalah kerana pemimpin yang dilantik akan
lebih bertanggungjawab untuk memimpin negara kerana rakyat yang memilih mereka. Maka pemimpin-
pemimpin akan terus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Secara tidak langsung kestabilan politik
Negara akan terjamin. Seterusnya, keamanan negara akan terjamin.
Kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara juga menjamin hak
asasi rakyat. Ini adalah kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan yang mereka kehendaki tanpa
sebarang paksaan. Ini adalah kerana mereka melibatkan diri secara langsung untuk menentukan corak
pemerintahan demokrasi berparlimen. Hak yang seterusnya ialah rakyat dapat bersuara melalui wakil
yang dipilih oleh mereka.
Malahan pula melalui sistem pilihanraya ini, dapat merealisasikan generasi rakyat yang peka
dalam politik semasa. Maka setiap rakyat akan melibatkan diri dalam apa jua perkembangan politik tanah
air.

7a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memantapkan sistem pentadbiran negara dan
langkah mengatasi cabaran tersebut

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan sistem pentadbiran
negara adalah pencorobohan sempadan negara seperti peristiwa Pencerobohan Lahad Datu
yang berlaku di Sabah.
Cabaran seterusnya Malaysia telah dijadikan transit pengedaran dadah dari negara-negara
Amerika Latin. Dadah telah diseludup melalui pintu masuk negara melalui jalan darat, laut
dan udara.
Pencerobohan pintu sempadan juga menyebabkan kemasukan pendatang-pendatang asing / PATI
tanpa saluran yang sah.
Malaysia juga telah dijadikan negara untuk sindikat memperdagangkan manusia untuk tujuan
pelacuran terutamanya dari China, Vietnam dan lain-lain negara.
Kadar jenayah dalam negara juga semakin meningkat. Saban hari peristiwa jenayah seperti
perompakan, perogolan, pembunuhan dan bermacam lagi telah menjadi berita utama di dada akhbar di
negara kita.
Penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, whatsup dan sebagainya telah mengancam
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia. Ramai yang berani mempertikaikan perlembagaan negara
secara terbuka seperti menghina kedudukan raja-raja Melayu dan membangkitkan isu-isu perkauman serta
mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Demostrasi jalanan tanpa permit juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi o;eh pemerintah
negara kita. Demostrasi telah mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan boleh menjejaskan ekonomi
negara apabila peristiwa ini disebarkan secara meluas di era globalisi dunia tanpa sempadan.
Terdapat juga campurtangan kuasa-kuasa asing dalam politik negara dengan memihak mereka
yang berkepentingan dengan menyalahkan pihak kerajaan dalam sesuatu isu atas kebebasan bersuara
walaupun kadangkala tindakan mereka ini menggugat kedaulatan negara Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka.

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam isu pencerobohan Lahad Datu, kerajaan
telah menubuhkan ESCOM dan memperkemaskan pertahanan negara dengan menghantar lebih ramai
tentera ke kawasan tersebut untuk mengawal sempadan perairan negara.

Kawalan pintu masuk ke negara kita telah diperketatkan untuk membendung kemasukan pendatang-
pendatang asing tanpa izin. Perairan negara dan lapangan terbang telah diberi kawalan ketat dan sentiasa
diawasi untuk membanteras penyeludupan dadah dan permerdagangan manusia.

Kerajaan juga telah menguatkuasakan undang-undang jenayah dan menjalankan operasi bagi
membanteras dan menurunkan kadar jenayah di negara kita. Pihak keselamatan seperti polis telah
bertungkus-lumus dan sentiasa siapsiaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang dicetuskan oleh
penjenayah.
Kerajaan telah menggubal akta komunikasi melalui SKMM bagi menghadapi masalah penyalahgunaan
media sosial.
Pihak sekolah dan ibu bapa juga berperanan untuk memantau kanak-kanak agar mereka tidak
menyalahgunakan alam siber.
Kerajaan telah mewujudkan pelbagai program seperti PLKN, IM4U, Gagasan 1 Malaysia untuk
menangani isu perkauman dan masalah perpaduan.
Kerajan juga telah memberi permit dan menyediakan tempat-tempat khas seperti stadium pihak-
pihak tertentu untuk mengadakan demostrasi selaras dengan hak kebebasan bersuara seperti yang
diperuntukkan dalam sistem demokrasi negara.

7 b) Cabaran/Halangan/Masalah untuk mengekalkan demokrasi berparlimen
Cabaran yang pertama ialah parti yang di wakili oleh kerajaan kehilangan majoriti dalam
pilihanraya. Selain itu sikap segelintir masyarakat yang terlalu percaya dengan provokasi untuk
menjatuhkan kerajaan. Masalah seterusnya ialah tuntutan perkauman yang melampau oleh kaum-kaum
tertentu yang boleh menggugatkan keharmonian kaum. Sikap segelintir masyarakat yang
berkecenderungan untuk mempertikaikan keluhuran perlembagaan juga merupakan cabaran terhadap
pentadbiran negara. .Kecanggihan teknologi maklumat yang tidak terkawal boleh menjejaskan
pentadbiran demokrasi negara. Sikap keterbukaan yang terlalu bebas bersuara juga boleh menjejaskan
kelancaran demokrasi berparlimen di negara kita.

Langkah yang pertama ialah kerajaan perlu meningkatkan keyakinan rakyat dengan menjaga
kebajikan rakyat. Selain itu kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab
yang menyebarkan provokasi .Kerajaan perlu mengadakan program yang dapat memupuk toleransi dalam
masyarakat. Selain itu program seperti gotong royong perdana penting untuk meningkatkan
perpaduan.Kerajaan melalui SKMM, perlu memantau bahan-bahan yang dimuat naik di laman sesawang
untuk mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Kerajaan perlu
menguatkuasakan undang-undang untuk menghalang individu yang terlalu bebas menyuarakan pendapat .

7 c) Cabaran dalam mewujudkan keamanan di negara kita dan langkah mengatasinya
Cabaran dalam mewujudkan keamanan ialah institusi kekeluargaan yang semakin luntur kerana
kesibukan ibu bapa dalam urusan kerjaya. Seterusnya, segelintir pihak di Malaysia sering menyuarakan
ketidakpuasan hati dengan melancarkan demonstrasi jalanan sehingga mengganggu pengguna jalan raya
dan premis perniagaan. Selain itu, kadar kemiskinan yang masih tinggi di negara kita. Di samping itu,
kadar pengangguran dalam masyarakat semakin meningkat. Masalah keruntuhan akhlak semakin
meruncing seperti gejala samseng jalanan dan pergaulan bebas. Nilai nilai kemanusiaan dalam kalangan
masyarakat semakin pudar apabila masyarakat tidak prihatin dengan masalah persekitaran. Cabaran
seterusnya masyarakat Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang berbeza dari segi budaya,
bahasa dan agama. Akhir sekali penyalahgunaan dadah semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan ialah mengukuhkan institusi kekeluargaan
khususnya melalui program keibubapaan. Demonstrasi jalanan boleh diatasi dengan cara penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas. Kerajaan seharusnya menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira
kaum untuk mengatasi masalah kemiskinan. Peluang pekerjaan boleh diwujudkan dengan lebih banyak
sekiranya kerajaan berjaya meningkatkan kemasukan pelabur asing. Keruntuhan akhlak remaja boleh
diatasi dengan mengadakan program peningkatan sahsiah. Kerajaan juga seharusnya menyediakan
pelbagai program untuk meningkatkan jati diri. Perbezaan masyarakat pelbagai kaum boleh diatasi
dengan melaksanakan program 1Malaysia. Akhir sekali, kerajaan seharusnya membanteras
penyalahgunaan dadah secara menyeluruh dan berterusan.

8)Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
Berparlimen.

Nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Antara
nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam negara demokrasi berparlimen ialah sikap setia kepada
pemimpin dan negara. Kita juga harus mematuhi undang-undang untuk menjamin keamanan negara.
Selain itu sikap menghargai jasa pemimpin negara terutama yang telah memberi sumbangan kepada
negara . Sikap bekerjasama di antara kaum perlu dikekalkan.Sikap bertolak ansur perlu di praktikkan
dalam masyarakat.Kita juga perlu berusaha untuk menjadi warganegara yang produktif untuk
pembanguna negara.
Kita hendaklah bersatu padu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kita haruslah bijak
menjalankan pentadbiran . Kita mestilah bertanggungjawab menjaga keamanan negara.Akhir sekali kita
perlu membuktikan kesetiaan kepada negara dan sentiasa menghormati semua lambang-lambang
kebesaran negara.

9) KESIMPULAN KESELURUHAN ISI YANG TELAH DIBINCANGKAN
( Pengetahuan ,Iktibar, Harapan )
Pengetahuan yang saya perolehi ialah negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Disamping itu juga saya dapat mengetahui tentang proses pilihanraya yang berlaku di Malaysia serta
perlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Saya juga dapat mengetahui
tentang bidang kuasa Yang DiPertuan Agong .

Iktibar kepada diri saya ialah saya mestilah mematuhi undang-undang negara yang berlandaskan
Perlembagaan Malaysia. Iktibar kepada bangsa ialah kita mestilah bekerjasama membangunkan negara .
Manakala iktibar kepada negara pula ialah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijak dan adil dalam
menjalankan pemerintahan.

Harapan saya agar pentadbiran di Malaysia terus kukuh dan stabil ke arah keamanan dan kegemilangan
Malaysia pada masa hadapan. Saya juga berharap negara kita akan setanding dengan negara-negara lain
di mata dunia.

PANDANGAN TENTANG KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM DEMOKRASI

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang
mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada
suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk
rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang
akan membentuk dan menerajui kerajaan.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang
mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar
mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat.
Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti berkerjasama untuk
mencapai kepentingan bersama. Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan,
mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain.
Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan disanjung kerana beberapa faktor.
Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti
monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang
kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia
mengganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan.
Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati
kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih
mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada
penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan
kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata.
Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-
tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira
kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian
awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih
terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana
yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap
aspek.

Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh
mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam
membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan
mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan
rakyat yang aktif menjadi pasif.
Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai
dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan
merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup
dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi.
Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang
mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang
dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya
Demokrasi Menggalakkan Semangat Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk
menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk
tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk
perundangan dibuat oleh perwakilan.
Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara
dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu
disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan
rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi
kepentingan rakyat dan negara.

Kelemahan demokrasi
Kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza
mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan
yang berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat
dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu kebebasan perlu dikawal oleh
pihak berkuasa.
Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam cirri-ciri
asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya dan
melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu kebebasan dalam sesuatu perkara
dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan tersebut. Memudahkan perebutan kuasa
antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana
demokrasi memberikan kebebasan berpolitik.
Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya.
Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila
rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik
Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan sebuah
negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan
sebuah negara memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi
pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk
menentukan siapa yang akan memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan
yang terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua individu jika dibandingkan
dengan sistem pemerintahan yang lain. P

You might also like