You are on page 1of 7

Sejarah 3

8.3-Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia sebelum Kedatangan Barat


Kesan terhadap politik dan pendidikan masyarakat Tanah Melayu.

1. Pengenalan
Agama Islam lahir di Semenanjung Tanah Arab. Namun Islam bertapak di Asia
Tenggara sekitar abad ke 13 dan ke 14. Islam tersebar ke Asia Tenggara kerana
lokasinya yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan timur dan barat.
Kawasan ini terbuka kepada pedagang luar antaranya pelabuhan Acheh, Pasai,
Melaka, Johor Riau dan Jawa.
Faktor utama penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara ialah peranan pedagang
Islam yang bersikap mahmudah. Melaka yang menjadi pusat perdagangan utama
juga menjadi pusat penyebaran Islam sehingga negeri-negeri lain seperti Kedah,
Kelantan, Terengganu , Pahang dan Johor.
Di Melaka, pengaruh Islam dapat dilihat dari segi politik, ekonomi dan social.
Penyebaran Islam berlaku melalui perluasankuasa , perkahwinan siasah dan diraja,
pendidikan dan kegiatan intelektual. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah
membawa banyak perubahan, antaranya perubahan dari segi cara hidup dan budaya.
Sebelum Islam, penduduk d sini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu
dan Buddha. Namun Islam telah mengubah segalanya.


2. Pembaharuan Islam dalam politik

Pentadbiran, Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam mengamalkan pemerintahan beraja
dengan konsep dewa raja. Selepas kedatangan Islam pemerintahan telah berkonsepkan Islam
telah dititikberatkan. Gelaran tertentu bagi sultan digunakan seperti gelaran Zilullah Filaalam
dan gelaran Khalifatul Mukminin. Pemerintahan negara mengikut sistem warisan. Terdapat
tiga lapis struktur pentadbiran iaitu; Pemerintah Pusat (sultan), Pemerintah Daerah (pembesar)
dan Pemerintah Kampung (penghulu). Memegang konsep daulat dan derhaka.

Sistem Perundangan; Sistem perundangan masyarakat Melayu terbahagi dua iaitu undang-
undang bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis: Adat Pepatih, diasaskan oleh
Datuk Pepatih Nan Sebatang. Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan pihak perempuan.
Mengutamakan musyawarah dalam pentadbiran. Perlantikan ketua mengikut prinsip ketua di
atas dilantik oleh ketua di bawah. Adat Temenggung; adat ini diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan. Mengamalkan sistem patrilineal iaitu mengutamakan keturunan lelaki.
Pembahagian harta pusaka mengikut sistem faraid.

Undang-Undang Bertulis: Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Undang-Undang
Laut Melaka mengandungi 24 fasal. Undang-Undang Perak dikenali sebagai undang-
undang 99. Undang-Undang Pahang. Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah
mengandungi empat bahagian.


3. Kasan pengaruh Islam dalam pendidikan di Malaysia

Terdapat 2 jenis pendidikan iaitu pendidikan formal dan tidak formal.Pendidikan
tidak formal ialah pendidikan awal seperti asuhan dalam institusi keluarga dan
penekanan pengajaran nilai-nilai moral. Biasanya pembelajaran ialah melalaui
pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Contohnya, anak-anak akan belajar cara
untuk menangkap ikan, bertani dan membuat kerja-kerja pertukangan..
Selain itu, anak-anak di ajar mengenai hal-hal agama serta kelakuan dan adat resam.
Mereka diajar sikap bersopan santun dan menjaga maruah diri dan keluarga.

Tidak kurang juga pendidikan dilakukan melalui cerita-cerita. Certita lisan seperti
cerita binatang dan cerita jenaka memberi teladan dan pengajaran kepada
pendengarnya. Di samping pendidikan memlaui pantun, peribahasa dan teka teki.
Tujuan pendidikan seperti ini ialah supaya tidak bercakap bohong, berkelakuan baik
dan menjauhi unsur- unsur negatif.

Sementara pendidikan formal pula berkaitan dengan aspek kegamaan secara
langsung. Istana menjadi antara tempat pengajian utama . pendidikan diberikan oleh
golongan pendita dan guru-guru agama. Pada awalnya, mereka memberikan
penagjaran kepada pemerintah dan pembesar kerajaan. Selepas kedatangan Islam
pendidikan formal berkembang pesat kepada semua golongan masyarakat. Sebelum
kedatangan Islam pendidikan hany terhad kepada golongan bangsawan sahaja. Hal ini
telah berubah selepas kedatangan Islam. Pendidikan berteraskan Islam di lakukan
di istana , masjid, surau, madrasah dan pondok. Semua kanakan-kanak berumur 7-15
tahun diajar di rumah guru al Quran.

4. Langkah-langkah ke arah memartabatkan Islam dalam cara hidup rakyat
Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam menobatkan
Islam dalam kurikulum pendidikan negara kita.

Di sekolah-sekolah , pelajar-pelajar digalakkan memakan pakaian Islam khususnya
pada Hari Jumaat. Di Kelantan dan Trengganu, hari Jumaat dianggaop sebagai hari
suci Islam, maka cuti pada hari Jumaat dan bukannya hari Ahad. Pelajaran Islam
menjadi satu subjek penting dalam sukatan pelajaran negara kita. Kanak-kanak kecil
pula menghadiri sekolah agama bagi memupuk nilai-nilai Islam yang boleh membentuk
akhlak dan sahsiah yang tinggi.

Guru-guru sekolah dalam matpelajaran Islam harus dihantar untuk melanjutkan
pelajaran Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Misalnya mereka boleh dihantar
untuk belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk melanjutkan pelajaran.

Kita juga harus mengambil langkah untuk mepelopori penggunann bahasa Arab dan
tulisan jawi. Hal ini boleh memberi pendekatan kepada kita dengan negara-negara
Timur tengah dari segi politik , ekonomi dan sosial.

Kerajaan pula harus menambahkan peruntukkan kepada semua aspek pendidikan
Islam seperti perbankan Islam , ekonomi Islam, pertanian Islam. Maka, rakyat boleh
mendekati cara-cara Islam secara keseluruhan dalam hidup harian mereka.












5. Kejayaan Malaysia sebagai pusat pendidikan Islam yang maju pada hari ini.
Malaysia dipilih sebagai lokasi penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang dibina
di Gombak. Universiti ini menjadi pusat pembelajaran pelajar-pelajar dari negera-
negara Islam. Juga terdapat programtwining dengan Universiti dari Madinah dan
Makkah. Pemilihan negara kita ini dianggap satu kejayaan kerana negara kita menjadi
model negara Islam bersama rakyatnya.

Kerajaan juga telah memperuntukkan bajet kepada pembinaan infrastruktur
pendidikan Islam seperti Sekolah-sekolah agama dan pusat pengajian tinggi.
Misalnya kerajaan telah mendirikan Institut Baitulmal Mara untuk memberi
pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Islam.

Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi bermula secara formal pada tahun
1955 setelah Kolej Islam Malaya ditubuhkan di Klang, Selangor. Tahun 1959,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya ditubuhkan sebagai
hasil kerjasama di antara Kolej Islam Malaya dan Universiti Malaya. Seterusnya
Kolej Islam Malaya digabungkan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang
dikenali sebagai Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi Malaysia diperkukuhkan dengan
pengenalan Kursus Tamadun Islam yang diwajibkan kepada semua mahasiswa dengan
tujuan setiap orang daripada warganegara Malaysia yang mendapat pendidikan tinggi
di universiti akan mengenali Islam dan ajaran-ajarannya sesuai dengan kedudukan
Islam sebagai agama rasmi negara.


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah university awam yang berlokasi is
a Nilai, Negeri Sembilan. USIM yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti
Islam Malaysia (KUIM) ditubuhkan pada 1998, USIM mempunyai lapan fakluti dan
25 prrogram ijazah sarjana antaranya ialah undang-uandang syariah, Quran dan
Sunnah, perubatan, dan teknologi maklumat. Matlamat utama USIM ialah penekanan
kepada pendidikan Islam dan pengunaan teknologi maklumat. Fokus juga diberikan
dalam memperkasakan bahasa Arab dan Inggeris serta Bahasa Melayu.


6. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia sebagai sebuah negara Islam

Sebagai sebuah negara Islam yang utuh dan dipandang tinggi oleh negera-negera
lain, pastinya ada golongan tertentu yang cuba memecahbelahkan perpaduan umat
Islam di negara. Golongan subversif sering membantah tindakan kerajaan dan
adakalanya menimbulkan isu-isu agama yang boleh memudaratkan negara. Golongan
ini ada di dalam negeri dan juga di luar negeri.

Muncul juga golongan yang mengajar ajaran songsang tetapi mengaitkannya dengan
Islam. Ajaran songsang ini yang sebenarnya di buat oleh segelintir orang yang
sengaja ingin mengaut untung dan nama. Namun, semua aktiviti mereka berjaya
dipantau oleh kerajaan dan berjaya dihapuskan.

Anak muda di kala ini juga ramai yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti
penyalahgunaan dadah, lepak, kes buli dan sex rambang. Hal ini berlaku kerana
kurang pendidikan agama Islam sejak dari kecil lagi. Mereka lebih terpengaruh
dengan media media sosial yang kebanyakkannya berunsur budaya kuning dan lucah.
Hal ini sukar dibendung jika individu tidak mempunyai nilai-nilai moral dan akhlak
yang tinggi. Jika dibiarkan masa depan negara kita akan hancur.

Selain itu, kemajuan Internet dengan laman-laman sosial yang tumbuh bagai
cendawan lepas hujan pada masa ini, turut mengancam kemurnian Islam. Sering kali
rakyat alat komunikasi ini digunakan untuk menyebarkan fitnah dan propaganda yang
anti-Islam atau yang mengaibkan Islam. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita
haruslah menggunakan alat komunikasi sebegini untuk kemajuan diri dan bukannya
menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Pelajar-pelajar negara yang melanjutkan pelajaran di luar negara tidak menghargai
usaha negara , malah sering membuat bantahan terhadap rancangan kerajaan. Ini
termasuklah pelajar-pelajar Islam yang belajar di negara-negara Arab yang sering
memuatkan isu-isu anti-kerajaan . Walaupun perkara ini tidak serius namun ,
pelajar-pelajar haruslah menumpukan perhatian pada pelajaran dan bukannya
terlibat dengan permainan politik.




7. Nilai murni dan pengajaran yang kita pelajari

Agama Islam telah mengajar kita untuk menghormati orang lain terutamanya orang
yang miskin. Dengan itu, kita harus menderma kepada orang orang yang kurang
berada.

Selain itu, Islam mementingkan konsep perpaduan. Hal ini sangat penting kepada kita
di negara Malaysia kerana kita terdiri daripada masyarkat berbilang kaum. Nilai
perpaduan sangat penting untuk menjamin masa depan negara agar tidak dicemari
oleh konflik .

Kita juga harus menpraktikkan nilai-nilai Islam dalam hidup harian kita, seperti
menghormati orang lain, hormati orang yang lebih tua dan mempunyai sifat-sifat
peribadi seperti Nabi dan Khalifah Islam. Kita mestilah sabar, pemaaf, jujur,
berwibawa dan mempunyai wawasan.

Kita juga harus membekalkan diri kita dengan pelbagai kemahiran yang
kreatifseperti senibina dan sebagainya. Hal ini membolehkan kita menggunakan
kemahiran kita untuk kemajuan Islam. Untuk itu, kita haruslah mempelajari bidang-
bidang Islam yang telah dipelopori oleh intelek-intelek Islam.

Kita harus bangga dengan pelbagai kemajuan pendidikan Islam terutamnya dari segi
ekonomi, perubatan dan sains secara umumnya. Kita harus melibatkan diri dalam
pembelajaran ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita.


8. Rumusan
Islam telah mempengaruhi hidup kita. Seharusnya kita harus menggunakan nilai-nilai
Islam dalam hidup kita kerana cara ini teleh terbukti membawa kepada kejayaan
kepada kerajaan kerajaan Islam sebelum ini. Kita haruslah menghayati ajaran Islam
dalam hidup kita agar kita menjadi insan yang lebih baik. Kita wajarlah meneruskan
unsur-unsur Islam agar kita dijauhi daripada amalan jahiliah yang masih wujud pada
masa ini.

You might also like