You are on page 1of 4

Nota EDU 3107 Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak

3 fasa:
1. Membentuk & membina hubungan:

- Perkenalkan diri sebagai kaunselor
- Pastikan klien berasa selesa dengan
perhubungan tersebut
- Pastikan klien percaya kepada
kaunselor untuk berkongsi masalah
- Bercakap ikut tahap pemikiran klien
tanpa menghukum klien
- Rahsiakan semua perkara yang
dikongsikan oleh klien dirahsiakan

2. Penerokaan masalah klien secara
mendalam:

- Mengetahui masalah klien dengan
sebanyak mungkin
- Klien menjadi lebih terbuka, lebih
bersedia utk ambil risiko dgn teroka
perkara2 yg dianggap ve @ kurang
menyenangkan dalam sesi kaunseling
- Klien diminta membuat penjelasan
atau meluahkan perasaan mereka
- Kaunseling menggunakan cabaran
dan serta konfrantasi yg sesuai
dengan tahap perhubungan
- Sebaiknya kaunselor mempunyai sifat
empati
- Terjadinya proses penyembuhan
semulajadi dan keperluan
kebergantungan kepada bantuan
kaunselor berkurang

3. Penerokaan alternative jalan
penyelesaian:

- Tanya klien samada mereka sendiri
telah bertemu jalan penyelesaian
- Digalakkan utk memikirkan ttg
masalah mereka sendiri
- Kaunselor cadangkan jalan
penyelesaian yg mungkin xdapat
difikirkan oleh klien
- Cadangan kaunselor tidak semestinya
berbentuk nasihat tetapi dalam bentuk
kerjasama antara kaunselor dan klien.




Maksud melayan?

- Bersama seseorang dan memberikan
sepenuh perhatian kepada apa yg
diperkata @ dilakukan
- Kemahiran sosial yg menyokong
perhubungan dan mesti diberikan oleh
kaunselor
- Perkara yg perlu diberikan perhatian:
kesenyapan dan bahasa badan klien.

Bagaimana melayan?

- Terima klien dengan mesra
- Buat klien rasa selesa dengan
persekitaran
- Pastikan kontak mata berkekalan
- Memberi perhatian semasa klien
bercerita
- Sedar tentang intonasi suara klien
semasa bercerita
- Tunjukkan eksperi wajah berminat
dengan cerita klien
- Pastikan kaunselor benar2 faham
dengan cerita klien

Apa itu melayan secara selektif?

- Kaunselor buat pilihan utk beri
perhatian khusus kepada elemen
ttentu ttg apa yg diperkatakan oleh
klien
- Kaunselor mungkin akan memberi
fokus kepada cara percakapan klien
dari segi rasa tekanan yg dihadapi,
marah, rasa kurang selesa dll @
mungkin beri fokus kepada frasa/ayat
tertentu sahaja.
- Memberi perhatian kepada klu @
petanda yg menunjukkan mengapa
klien menunjukka corak TL ttentu.
- Kaunselor kumpul maklumat ttg klien
dan buat interpretasi segala yg telah
didedahkan supaya dapat sokong dan
galakkan klien melalui proses
kaunseling.


Tahap2 dalam kaunseling
Kemahiran melayan & mendengar
Nota EDU 3107 Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak

Apa itu kawalan tumpuan?

- Fizikal dan psikologikal kaunselor
diarahkan kepada klien sepanjang sesi
kaunseling individu
- Mendengar secara aktif dan memberi
respon merupakan 2 kemahiran utama
dalam sesi kaunseling
- Kaunselor mesti berkemampuan utk
berkomunikasi secara berkesan dalam
proses teraputik

Bagaiman pula dengan mendengar,
apa kepentingan mendengar:

- Membolehkan seseorang merasakan
dirinya dihargai dan dihormati
- Memberi respon positif semasa proses
interaksi berlaku
- Klien merasa terdorong utk terus
bercerita
- Wujud komunikasi 2 hala yg positif

Penyertaan aktif dalam mendengar:

- Hadap klien dengan duduk tegak @
condong sedikit ke hadapan utk
tunjukkan kaunselor memberi memberi
perhatian dan sedang mendengar
- Kekalkan kontak mata dengan klien
utk tunjukkan minat
- Beri respon dengan cara yg paling
sesuai spt menganggu, menaikkan
kening serta apa sahaja respon utk
galakkan klien terus bercerita
- Bantu kaunselor ikut arah perbualan
dengan mudah
- Tanya soalan hanya apabila kaunselor
memerlukan penjelasan

Mendengar secara reflektif:

- Melibatkan proses menyatakan
semula apa yg telah didengar dengan
jelas @ apa yg telah didedahkan oleh
klien
- Menunjukkan kaunselor menghargai
klien.
- Parafrasa merupakan kemahiran yg
dapat menyokong kemahiran
mendengar secara aktif




- Bahasa badan yg ditunjukkan oleh
klien
- Bahasa badan sebenarnya
menunjukkan maksud tersendiri yang
perlu kaunselor ambil perhatian.
- Seringkali apa yg disampaikan oleh
bahasa badan berlainan dengan apa
yg diperkatakan oleh klien
- Kaunselor perlu buat pilihan samada
utk percaya dengan bahasa badan
klien atau bahasa lisan mereka.

Ekspresi muka:

1. Senyuman:

- gambarkan kemesraan, persahabatan,
juga boleh menggambarkan kepedihan
dan rasa malu.
- Kaunselor perlu tahu membezakan
ssenyuman yang dipamerkan oleh
klien.
- Namun begitu, kaunselor perlu
menunjukkan senyuman mesra
kepada klien.

2. Pergerakan kepala:

- Anggukan membawa makna ya
dikebanyakan tempat tetapi membawa
makna tidak di Negara Asia Barat.
- Klien harus berhati2 ketika
mengendalikan murid yg datang dari
Asia Barat.

3. Bahasa isyarat tangan:

- Mampu memberi gambaran tentang
perasaan klien seperti genggaman dll.

4. Sentuhan:

- Sentuhan di bahu, pelukan, tepukan
dibahagian belakang, berjabat dengan
erat, sentuhan di kepla semuanya
mempunyai maksud tertentu.
Kemahiran menginterpretasi TL
Nota EDU 3107 Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak

5. Kontak mata:

- Cara kita melihat seseorang
menyampaikan mesej.
- Penting untuk mengekalkan arus
perbualan dan melibatkan orang lain
utk memberi tindak balas.

6. Postur dan pergerakan badan:

- Cara duduk, cara berdiri, kedudukan
tangan dan kaki semuanya membari
makna tertentu.

7. Ruang dan jarak:

- Memastikan penggunaan ruang dan
jarak yg sesuai semasa berlakunya
komunikasi dalam hubungan
interpersonal.

8. Suara:

- Beri perhatian kepada intonasi suara,
kadar kecepatan berkata, kadar
kekuatan suara dll.





- Memberikan tindak balas yg positif
seperti menunjukkan fokus, tumpuan
dan minat kepada apa yg diperkatakan
oleh klien.
- Berguna utk memotivasikan klien utk
terus berkongsi secara terbuka.

Kemahiran bertindak balas:

1. Menyoal:
- Gunakan soalan terbuka dan tertutup
untuk mencungkil masalah yang
dihadapi oleh klien bagi menggalakkan
mereka berkongsi pengalaman yg
dihadapi.

2. Memparafrasa dan merumus
- Rumusan merupakan penyataan
ringkas yg menggabungkan beberapa
fakta utama dpd sesi kaunseling.
- Tujuannya adalah utk pastikan
kaunselor dan klien telah faham antara
satu sama lain serta isu yg
diperbincangkan dengan betul.
- Rumusan sebaiknya dilakukan
sepanjang proses kaunseling berlaku.
- Memparafrasa melibatkan kaunselor
menyatakan semula apa yg telah
dikatakan oleh klien dengan
menggunakan perkataan lain.

Penggunaan kedua2 kemahiran di
atas dapat difahami dengan
menggunakan akronim CLEAR:

C CLARIFY iaitu jelaskan apa yg
anda katakana supaya klien dapat
memahaminya.

L LISTEN iaitu dengar apa yg
diperkatakan oleh klien dengan pebuh
perhatian.

E ENCOURAGE iaitu galakkan klien
utk terus bercakap secara bebas.

A ACKNOWLEDGE iaitu hargai apa
yg diperkatakan oleh klien

R REFLECT AND REPEAT iaitu
mereflek dan mengulang semula apa
yg telah diperkata oleh klien.




- Petanda yg mungkin berguna utk
mengesan murid yg menghadapi
masalah ialah:
1. Bercakap tentang kematian dan
bunuh diri
2. Menyatakan keperluan utk
dapatkan bantuan @ pertolongan
3. Perubahan yg ketara seperti
perubahan pencapaian akademik,
Kemahiran memberi t/balas
Kemahiran mengenalpasti masalah
Nota EDU 3107 Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak

mengasingkan diri, tak mahu
melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran, menangis, marah
tiba2, jadi sangat aktif atau kurang
aktif berbanding biasa dll tanda yg
dapat diperhatikan.
4. Penyalahgunaan dadah dan
meminum arak
5. Masalah akademik seperti
kemerosotan yang dialami oleh
murid yang berprestasi tinggi.




- Intervensi krisis merujuk kepada
kaedah yg digunakan utk bantu
individu yg alami peristiwa yg
menimbulkan masalah emosi, mental,
fizikal dan kecelaruan TL tetapi
dilaksanakan secara segera dalam
jangka masa yg pendek.
- Tujuannya ialah:
1. Kurangkan darjah reaksi tekanan
emosi, mental, fizikal dan TL individu
terhadap sesuatu krisis.
2. Bantu individu kembali ke tahap
kefungsian diri sebelum berlaku krisis.
3. Bantu individu hadapi kesukaran2 yg
mendatang
4. Bantu individu pulih dpd krisis serta
dapat haling perkembangan masalah
serius jangka panjang.

- Intervensi krisis bermula denagn
penilaian terhadap apa yg berlaku
semasa krisis serta siapakah individu
yg bertanggungjawab menimbulkan
krisis tersebut.
- Respon individu terhadap krisis dapat
dilihat dari segi reaksi emosi, mental
dan fizikal.

Apa kaitan pendidikan dan
intervensi krisis?
- Terdapat komponen pendidikan dalam
intervensi krisis.
- Maklumkan kepada individu ttg
pelbagai respon terhadap intervensi
krisis.
- Maklumkan juga bahawa adalah
normal seseorang bertindak balas
kepada situasi abnormal yang
dihadapinya dan tindak balas itu
sebenarnya hanya bersifat sementara
- Individu bboleh bantu dirinya utk pulih
dengan melibatkan diri dengan
kemahiran mengendali dan
menyelesaikan masalah.

Mengurus dan menyelesaikan
masalah:
- Elemen lain dalam intervensi krisis
ialah membantu klien memahami krisis
berkenaan & tindak balas mereka
selain menyedari serta meluahkan
perasaan.
- Fokus utama intervensi krisis ialah
penerokaan strategi mengurus diri.
- Kemahiran mengurus diri mungkin
melibatkan teknik merehatkan diri,
latihan utk tegangkan otot badan serta
latihan utk kendalikan stress dan
luahkan pemikiran dalam bentuk
jurnal.
- Bantu klien utk selesaikan masalah.
- Terapi kognitif boleh digunakan dalam
intervensi krisis.
- Dalam fasa terakhir intervensi krisis,
kaunselor akan semak perubahan yg
telah dilakukan oleh individu.
Kemahiran melaksana intervensi krisis

You might also like