You are on page 1of 11

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG

MODUL PEMULIHAN EMOSI PELAJAR


(PSYCHOLOGICAL TUNE UP SESSIONS)
KHAS UNTUK CALON UPSR TAHUN 2014


CADANGAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 28 29 September 2014
Masa : 7.00 9.00 Pagi ( Ikut Kesesuaian Sekolah )


DI SEDIAKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG
NEGERI JOHOR .






PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KUMPULAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING NEGERI SABAH

Encik Awang Hj. Madsaid (Penolong Pengarah SPK, JPN Sabah)
Encik Musli Andalan (SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu)
Encik Hj. Shapawi Bin Salleh (SMK Tebobon, Kota Kinabalu)
Cik Sabriah Binti Maili @ Mohd Rasli (SMK Tansau, Penampang)
Encik Darmashah Djoni (Sk Petagas, Penampang)
Encik Dino Shamsuddin (Sk Sri Gaya, Kota Kinabalu)

DENGAN KERJASAMA

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN (SPK)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH.

MENGHASILKAN

MODUL PEMULIHAN EMOSI PELAJAR . SEMOGA USAHA MURNI INI
DAPAT MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI
SEKOLAH MENANGGANI ISU EMOSI BERKAITAN KEBOCORAN
SOALAN UPSR MATA PELAJARAN SAINS , BAHASA INGGERIS DAN
MATEMATIK .









AKTIVITI 1: TERAPI PERMAINAN

MASA : 30 minit
ALATAN : Tiada

LANGKAH :
1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.
2. GBK memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan isyarat.
3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan GBK (Contoh tepuk tangan dan
hentak kaki berirama).
4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal.

FALSAFAH :
1. Mewujudkan suasana riang.
2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan.
3. Menimbulkan perasaan yang gembira pada diri murid.
4. Peka kepada arahan.















AKTIVITI 2 : PERASAAN SAYA

MASA : 30 minit
ALATAN : Kertas A4, Crayon

LANGKAH :
1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.
2. GBK memberi arahan untuk melukis atau mewarna di atas kertas yang disediakan
3. Peserta diminta mewarna atau melukis mengikut arahan GBK untuk melukis
mengambarkan perasaan murid berhubung penangguhan UPSR
(Contoh : Rasa marah, sedih dan sebagainya).
4. Aktiviti ini dilakukan secara terkawal.

FALSAFAH :
1. Menyedari perasaan sendiri.
2. Sedar keadaan emosi terkini.
3. Peka kepada arahan.
















AKTIVITI 3 : TERAPI MUZIK

MASA : 30 minit
ALATAN : Radio, Muzik Instrumental, Skrip (Lampiran 1)

LANGKAH :
1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.
2. GBK memainkan muzik.
3. Peserta diminta mendengar dengan teliti skrip yang dibacakan oleh GBK.

FALSAFAH :
1. Pelajar memahami perasaan dan emosi sendiri.
2. Peka kepada arahan.

Lampiran 1 : SKRIP

Pejamkan mata. Tarik nafas anda. Bayangkan anda berada ditepi pantai. Alunan ombak, desiran
angin membelai anda. Rambut anda terurai. Anda senyum. Kicauan burung kedengaran. Anda
berasa lapang, tanang, syahdu dan amat selesa. Sebutkan dalam hati sebanyak 9 kali perkataan
tenang.
**(Boleh diubahsuai oleh GBK).












AKTIVITI 4 : FANTASI KEJAYAAN

MASA : 30 minit
ALATAN : Tiada

OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan.

LANGKAH :
1. GBK mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan
hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang.
2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda.
Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu.
3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda
mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah anda
merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
4. Sekarang, sedarkan diri anda.
5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing.

FALSAFAH :
1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat.
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguh-
sungguh.









AKTIVITI 5 : DOA DAN HARAPAN

MASA : 5 - 10 minit
BIDANG : SQ
ALATAN : Teks doa (Lampiran 1)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Menerima hakikat segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
2. murid memahami perlu bangkit semua meneruskan cita-cita kearah kecemerlangan.
3. menolong murid mengurangkan tekanan emosi yang di hadapi kerana pembatalan Kertas
Bah Inggeris , Kertas Sains , Matematik dan Bahasa Tamil.

LANGKAH :
1. GBK / ustaz menyatakan setiap murid dan warga sekolah mengangkat tangan tanda berdoa
dan mengaminkan lafaz doa tersebut.
2. Murid tidak beragama islam berdoa mengikut amalan dan kepercayaan mereka
sendiri.
3. GBK / ustaz membeca teks doa [ Kepilan A.D1 & 2 ].
4. Kaunselor / ustaz mengunakan nada suara yang lembut dan tegas agar setiap
yang mendengar rasa bersemangat.
5. Mendakapkan tangan kemuka setelah doa selesai.

FALSAFAH : Hidup perlu diteruskan.










LAMPIRAN 2

Kepilan A.D1

.

Ya Allah, Kurniakanlah kami kefahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul serta ilham daripada
para malaikat yang hampir dengan Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat
Mengasihani.

Ya Allah , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami dan
sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah, bila Engkau terima taubat kami dan Engkau ampunkan dosa kami , maka berilah kami
kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga kami dapat menghafal semua ilmu yang
kami pelajari dan juga ayat-ayat al-Quran.

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kami
sangka-sangka.

.

Kepilan A.D2

P

.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama Tuhan yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit
dan ia maha mendengar dan maha mengetahui
.
Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafiaddarajaat ,
Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang
menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan peperiksaan
kami Ya Allah. Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi
bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya.

Ya Allah Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah
semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya Ghaffar , Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah
hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang
Engkau hindarkan daripada kami.

.














SOAL SELIDIK PELAJAR

Nama :________________________ Jantina :__________________________

Sekolah :________________________ Tarikh :__________________________


Arahan.

Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang sesuai sebagai penilaian kepada setiap item dalam maklum
balas ini.

Bil Item Ya Tidak
1 Bagaimana perasaan anda ketika ini? Adakah anda rasa gembira,
tenang dan bahagia?


2 Penangguhan kertas peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris , Sains dan Matematik , mendatangkan rasa kecewa kepada
anda?


3 Saya rasa cemas dan bimbang untuk menduduki peperiksaan UPSR
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris , Sains dan Matematik


4 Saya berasa seolah-olah tiada semangat untuk menduduki
peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris , Sains dan
Matematik


5 Adakah anda bersedia untuk hadir ke sekolah dan menduduki
peperiksaan iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris , Sains dan
Matematik.


6 Ibu bapa memberi dorongan dan galakan kepada anda untuk
menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris , Sains
dan Matematik.


7 Ibu bapa menaruh harapan tinggi kepada anda untuk menduduki
peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Ingeris , Sains dan
Matematik.


8 Ibu bapa memberi kebebasan kepada anda untuk membuat
keputusan sama ada menduduki peperiksaan UPSR bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris , Sains dan Matematik.


9 Pihak sekolah terus membantu anda untuk membuat persiapan
akhir menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ,
Sains dan Matematik.


10 Guru-guru sekolah sentiasa mendorong bagi memberi sokongan
moral kepada anda menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris , Sains
dan Matematik.




Panduan Kepada Guru Bimbingan & Kaunseling.

1. Sila edarkan soal selidik mengikut bilangan calon UPSR di sekolah masing-masing sebelum
30 September 2014.
2. Terangkan kepada murid kaedah menjawab soal selidik.
o Tempoh masa selama 10 minit.
3. Bimbing murid mengira skor dan kenal pasti murid yang perlu perkhidmatan Kaunseling
Individu.

Pengiraan skor tahap kecerdasan emosi.

i. 1 hingga 3 Dorongan dan Galakan
ii. 3 hingga 5 Dorongan dan Rasionalkan Pemikiran.
iii. 5 hingga 10 Sesi Kaunseling
4. Kutip semula soal selidik dan failkan.
5. Buat laporan kepada Guru Besar tentang keberkesanan kajian ini untuk dokumentasi.
6. Buat laporan dalam mesyuarat bersama Pen PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid PPD Muar.
7. Pelaksanaan soal selidik mengikut kreativiti GBK sendiri. Sila permudahkan item agar lebih
mudah difahami.

** Modul ini hanyalah panduan kepada GBK dan sangat
dialu-alukan untuk menambahbaik dengan aktiviti yang
dirasakan sesuai. Laporan perlu dihantar(format spsk PK13)
kepada :-

En Muhamad Hafidz Bin Nasiri
Penolong PPD
Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid
PPD Kluang
di alamat berikut :
Email : ppdbkkm@gmail.com atau
wasshaap / telegram. : 012 7259798

You might also like