You are on page 1of 10

TOKOH BERPROFIL TINGGI:

Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid





Y.M. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan seorang tokoh yang
paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak
menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau dilahirkan di London pada 28
Januari 1922, merupakan keturunan Diraja Johor. Beliau berkahwin dengan Pn. Azah Aziz dan
dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor
Bank Negara Malaysia sekarang.

Kepintarannya diwarisi dari ayahnya, seorang pelajar Universiti Cambridge ketika itu. Ayahnya
dapat menguasai beberapa bahasa termasuklah bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit. Beliau tidak
suka menonjolkan dirinya tetapi ilmu pengetahuannya bukan sedikit. Sikapnya yang sukakan
ilmu menjadikan anaknya Ungku Aziz begitu biasa dikelilingi belbagai buku di rumahnya sejak
kecil lagi. Walaupun jauh di rantau orang, namun hatinya tetap kasihkan negaranya. Beliau
pernah mengatakan sendiri kepada anaknya Ungku Aziz bahawa beliau tidak mahu anaknya itu
dewasa sebagai seorang Inggeris, lebih-lebih lagi ketika menghembuskan nafas yang terakhir.
Memandang dan memikirkan masa depan anaknya Ungku Aziz, beliau telah bersetuju untuk
pulang semula ke Johor. Dalam teras pendidikannya pada Ungku Aziz, ayahnya beliau begitu
tegas sekali dalam memastikan anak tunggal kesayangannya itu membesar dan hidup sebagai
seorang melayu. Oleh itu meskipun beliau dilahirkan di Kota London, namun pendidikan yang
mempengaruhi perwatakan beliau tidak sekali-kali menggugat keutuhan jiwa kemelayuan beliau

Minat Ungku adalah luar biasa dan luas sekali, merangkumi kebudayaan Islam, seni muzik
Islam dan ekonomi Islam.

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di
Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru. Beliau menyambung
pengajiannya di Raffles College, Singapura. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam
bidang Ekonomi (Kepujian Kelas Pertama) di Universiti Malaya Singapura pada 1951.
Kemudian mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi di Waseda University,
Tokyo 1964.

Ada tiga faktor utama yang mempengaruhi minat beliau untuk membaca. Beliau membaca
untuk mendapatkan pengetahuan. Membaca sebagai satu pekerjaan dan membaca sebagai
satu kerehatan. Presiden John F. Kennedy umpanya dikatakan boleh membaca hingga tiga ribu
perkataan seminit. Ungku sendiri begitu berusaha untuk mencapai seribu perkataan seminit.

PERKHIDMATAN

Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian sebagai Pensyarah
Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1949-1960). Pada tahun 1960-1965, beliau dilantik
sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti
Malaya (1965-1968), seterusnya dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Malaya dari tahun
1969-1988







ANUGERAH

Y.M Ungku Aziz telah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan
Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun
1978.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka
Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997 beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agong.

Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari
Koperasi Negara.

Beliau telah menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama Anugerah
Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005 oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Abdullah
Hj Ahmad Badawi.

Seterusnya pada 25 Jun 2005 beliau telah dianugerahkan Tokoh Ekonomi Melayu oleh
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Anugerah terbaru yang diterima oleh YM Profesor Diraja Ungku A. Aziz ialah Anugerah
Akademik Negara 2006 sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan
Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato Seri Najib Tun
Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

SUMBANGAN

Siapa tidak mengenali YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid.
Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang
pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama,
bangsa dan Negara.

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah:-

Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati
agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
Beliaulah orang yang melahirkan idea dan mengasaskan DEB. Ini bagi membantu
bumiputera yang sememangnya terkebelakang dari segi ekonomi untuk turut sama
menikmati agihan kekayaan negara ini. Melayu tidak boleh berada selesa seperti
sekarang kalau bukan kerana DEB.

Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
Beliau juga yang mencetuskan idea penubuhan Lembaga Tabung Haji. Tabung Haji
yang telah membawa begitu ramai manusia ke Tanah Suci ini asalnya adalah idea
asli beliau untuk membantu orang islam menunaikan ibadah haji

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Demi untuk menyelamat Bahasa Ibunda kita, Bahasa Melayu, beliau mencadangkan
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa)
Beliau mencadangkan penubuhan ANGKASA di mana beliau mengumpulkan semua
koperasi-koperasi yang ada dan bernaung di bawah satu organisasi supaya dapat
diselaraskan dan mengelakkan koperasi kecil daripada bankrap atau ditutup.

Universiti Malaya Akademi Islam, Pusat Asasi Sains, Pekan Buku
Beliau juga mengasaskan Universiti Malaya untuk anak2 melayu menyambung
pengajian. Akademi Islam, Pusat Asasi Sains, Pekanbuku, semua itu adalah hasil
buah fikiran beliau, seorang pemikir sejati.

Professor Diraja Ungku Aziz merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama
berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun (1968-1988).



Prof Diraja Ungku Aziz, tokoh akademik yang sering mencetuskan pelbagai idea untuk
membasmi kemiskinan Bumiputera, mencabar masyarakat itu supaya menjadi lebih berani dan
mengamalkan sikap "kiasu" iaitu tidak mahu mengalah, ke arah menjadi usahawan berjaya.

"Kiasu adalah perkataan Hokkien (bermaksud takut kalah) yang popular dalam kalangan rakyat
Singapura. Beliau berpendapat masanya sudah tiba bagi penduduk luar bandar turut
mempunyai sifat kiasu dan menjadi agresif sedikit

Kata beliau, "Disebabkan kiasu ini, seseorang itu akan kata dia mahu menjadi yang terbaik,
menjadi nombor satu. PM (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pula bercakap
mengenai 'towering Malays' (Melayu hebat). Namun tidak semua Melayu boleh menjadi hebat
tetapi semuanya boleh mempunyai sifat kiasu. Beliau berpendapat bahawa penduduk luar
bandar bersifat kompleks, pemalu, terlalu baik hati untuk menyemai sifat kiasu ini. Ini adalah
satu daripada perkara penting untuk menjadi seorang usahawan Bumiputera yang berjaya,"

Tahukah anda, pekan sari dan pasar malam adalah idea beliau? dengan tujuan untuk
membantu orang kampung, makcik2, petani2, pekebun kecil yang ada hasil tani untuk dijual
tetapi tiada tapak atau kedai. Maka mereka ini dikumpulkan di pekan sari dan pasa malam
untuk berniaga. Idea asalnya ialah peniaga professional seperti yang mempunyai lori atau kedai
Dari kaca mata YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz,

Rajin Berkerja, Rajin Bercakap - Bagus

Rajin Berkerja, Malas Bercakap - Kena Buli

Malas Berkerja, Rajin Bercakap - Wayang Cina

Malas Berkerja, Malas Bercakap - Tak Guna

Malas Berkerja, Suka Mengadu - Lalat Hijau

Malas Berkerja, Suka Ponteng - Lebih Baik Berhenti

Malas Berkerja, Suka Termenung - Lebih Baik Mati

tetap tidak boleh meniaga di pekan sari. Ia khusus untuk petani kecil atau makcik2 yang ada
sayur pucuk paku untuk dijual... ini semua demi membantu kaum bumiputera yang hakikatnya
lemah dari segi kuasa ekonomi.

Ungku Aziz berkata usahawan Bumiputera harus mempunyai kemahiran berfikir, sesuatu yang
tidak diajar di sekolah, bagi memahami perkara seperti pengurusan risiko dan perakaunan
asas.

Katanya usahawan yang baik perlu mempunyai sifat sadiq, amanah dan telus.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini berkata : "Sadiq bermakna yang benar...bercakaplah
apa yang benar Kita juga mesti amanah, yang bermakna kita hendaklah menjadi orang yang
boleh dipercaya..jika berjanji, tunaikan. Kalau tak mampu, jangan berjanji.
Kita juga hendaklah telus. Amalan menyogok untuk menjalankan sesuatu urusan tidak baik
untuk pembangunan luar bandar. Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah semua pihak yang
terlibat dalam pembangunan luar bandar mestilah telus, bermakna mereka mestilah terbuka,
tidak memihak kepada sesiapa dan memilih kasih. Ungku Aziz juga meminta usahawan luar
bandar mengamalkan 4 S iaitu Sopan, Santun, Selalu Senyum.Dengan 4 S ini, anda akan
menjadi ahli perniagaan dan usahawan yang baik," katanya. Beliau juga berharap untuk melihat
satu "ledakan bumi" di luar bandar, seperti fenomena "ledakan bayi" yang berlaku apabila
tentera pulang daripada Perang Dunia.Mereka (Bumiputera) mesti meledak dan berkembang
dengan banyak untuk menjayakan program pembangunan luar bandar," katanya.

Ungku Aziz juga bercakap mengenai perlunya "perubahan generasi" bagi membolehkan
usahawan muda mendapat peluang menikmati pekerjaan lebih baik dan mengumpul kekayaan
di sektor luar bandar. "Ini akan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan
lulusan universiti," katanya

Ungku Aziz berkata produktiviti yang rendah merupakan satu masalah yang melibatkan modal
insan di luar bandar. Katanya tumpuan perlu diberi ke arah mengutamakan penduduk luar
bandar dalam pelaksanaan program modal insan.




TOKOH BERPROFIL RENDAH:-
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dilahirkan pada 10 April 1950 di Masjid Tanah, Melaka
merupakan seorang ahli politik yang juga bekas Ketua Menteri Melaka (1982-1994) dan pernah
memegang Naib Presiden UMNO di peringkat akar umbi politik. Pada masa ini beliau adalah
pengerusi RISDA, Yayasan Penggerak Wawasan(YPW), Gagasan Ekonomi Penggerak Melayu
(GAPEM) dan juga pengerusi eksekutif Syarikat Artac Holdings Sdn. Bhd.
PENDIDIKAN
Tan Sri Rahim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Masjid
Tanah. Kemudian beliau belajar di SMK Ghafar Baba dan juga di Sekolah Menengah Datuk
Seri Amar DiRaja, Muar, Johor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti
Malaya(UM) dan berjaya mendapatkan ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan (1969-1973).
KRONOLOGI JAWATAN YANG DISANDANG
Pegawai Pembangunan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)
Pengurus Projek Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
Exco Pergerakan Pemuda Umno (1976)
Ketua Pemuda Umno Negeri Melaka (1978)
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelemak (1979)
Ketua Menteri Melaka (1982-1994)
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri (1983-1984)
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri (1984-1994)
Ketua Pergerakan Pemuda Umno (1993-1996)
Politik
1970-an menjadi ahli UMNO Cawangan Peringgit.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO . Calon tunggal MT dari Melaka.
Ketua UMNO Bahagian Melaka Tengah
Ketua Pemuda UMNO Melaka
Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
Jawatan Dalam Kerajaan
Setiausaha Parlimen, Kementerian Perusahaan Utama.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Industri
Timbalan Menteri Dalam Negeri

KONTROVERSI
Saman Seks Mirip Anwar Ibrahim
o Beliau adalah antara Datuk T - tiga individu termasuk Datuk Eskay Abdullah dan
Datuk Shuib Lazim di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang
kepada wartawan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun
2011.
o Tuduhan ke atas beliau berbunyi: Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay
dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan
perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen
109 Kanun Kesiksaan.
o Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel
Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21
Mac 2010.
o Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu,
Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak RM5,500.

Kes Rogol Bawah Umur
o Menyebabkan Lim Guan Eng yang tampil untuk mencari keadilan kepada keluarga
mangsa kemudiannya dipenjara selama tiga tahun.

Kes Rasuah
o Laporan polis telah dibuat berhubung tuduhan kes rasuah Rahim Tamby Chik oleh
Jabatan Peguam Negara yang disahkan oleh Abdul Ghani Patail mengenai
pertuduhan terhadap Rahim Tamby Chik bertarikh 10 Jun 1994. Dokumen tersebut
menyatakan bahawa terdapat kes Prima Facie rasuah dan penyalahgunaan kuasa
terhadap Rahim Tamby Chik mengikut seksyen 2(1) Ord.22 1970, keterangan dan
pertuduhan dikemukakan seperti berikut:

o Tuduhan Pertama:
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah beliau telah meluluskan
permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak
mengistiharkan kepentingannya.

o Tuduhan Kedua:
Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar Syarat Lot 1727 Tuduhan
Ketiga: Tidak mengistiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan
Peguam Negara.

o Tuduhan Keempat:
Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengistiharan harta
yang boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 199 kanun keseksaan
(FMS Cap.45) dan boleh dihukum dibawah seksyen 193.

o Harta dan kepentingan Dalam Syarikat
Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam pulohan Bank.
Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:
1. Hotel Ayer Keroh D'Village.
2. Stesen Pam Minyak Shell.
3. Lot 706 yang dijual kepada EON.
4. 17 anak syarikat Daya Promile
5. 3 ekar dusun durian di Bertam.
6. Rumah kedai di Mesjid Tanah
7. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
8. Peringgit Point.
9. Taman Buaya Melaka
10. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
11. Taman Ikan Melaka

Kereta-Kereta:

1. BMW 525 harga RM 180,000.00
2. Porche 928 harga RM 448,495.00
3. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00
Sehingga 31 Mei 1993, harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69. .

You might also like