You are on page 1of 7

COLLEGE OF ART (CAS)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


___________________________________________________________________________

SGDU 5033
SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

JOURNAL REVIEW:
KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN KETEGANGAN GURU
Written by;
DR. TANG KEOW NGANG
___________________________________________________________________________
PREPARED FOR:
ASSOC. PROF DR. MOHD. HASANI DALI

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

ULASAN JURNAL:
KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DAN KETEGANGAN GURU
DITULIS OLEH:
DR. TANG KEOW NGANG

1.0

PENGENALAN

Seorang guru besar mempunyai peranan yang cukup besar untuk menjana dan
mengerakkan kecemerlangan sesuatu organisasi sekolah. Justeru guru besar yang dilantik
seharusnya mempunyai sifat-sifat pemimpin yang cekap bagi memastikan sekolah itu
berada di landasan yang terbaik. Dan di dalam menggerak dan memacu organisasi sekolah
itu, terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin di antaranya ialah
bagaimana hendak mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya (warga sekolah)
supaya menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Untuk itu juga, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan 9 garis panduan Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia di mana standard tersebut telah menggariskan peranan
dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada pengetua untuk dilaksanakan
bagi memacu kecemerlangan sekolah. Daripada garis panduan tersebut, gaya kepimpinan
transformasi dapat diamalkan oleh guru besar dan pengetua dengan harapan dapat
mendorong guru-guru mengubah nilai dan sikap mereka supaya mempunyai komitmen
terhadap misi dan visi pendidikan. Gaya kepimpinan transformasi juga dapat dinilai apabila
warga sekolah terutamanya guru-guru bersedia untuk bekerja secara sukarela dan bekerja
keras demi mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh pemimpin mereka iaitu guru
besar. Menurut Dr Tang Keow Ngang daripada kajian yang telah beliau jalankan, di dalam
jurnal beliau yang bertajuk Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Ketegangan
Guru telah menggariskan 4 dimensi amalan dalam kepimpinan transformasi yang
dikenalpasti mempunyai hubungan signifikan diamalkan oleh guru besar tetapi mempunyai
sonsangan kepada tekanan serta ketegangan guru di tempat kerja. Kajian ini yang
mempunyai perkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Muniandy M. Sandapan
(2007) yang bertajuk Perkaitan antara kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan
Ketegangan Kerja Guru di SJKT (T) Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak adalah
bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara kepimpinan transformasi guru besar
dengan ketegangan kerja guru di SJK (T) Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Bagi
menentukan gaya kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan ketegangan guru
beliau telah menggunakan kaedah tinjauan iaitu kajian kuantitatif dan borang soal selidik
digunakan sebagai satu instrumen dalam kajian. Selain itu kajian yang berbentuk kualitatif
dan melibatkan kajian kes pelbagai dengan menggunakan soalan temubual yang dibentuk
untuk menjawab kepada persoalan kajian, pemerhatian, dokumen-dokumen dan laporan.
Sampel kajian beliau terdiri daripada 136 orang guru yang dipilih secara rawak dari
kesemua tujuh belas buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) yang terletak di Daerah
Larut Matang dan Selama pada tahun 2007 di negeri Perak. Dapatan kajian diperolehi
berdasarkan kepada set kajian yang telah disediakan oleh Dr Tang, yang mengandungi soal
selidik sebanyak 78 item yang terbahagi kepada tiga bahagian, Bahagian A mengandungi
soal selidik bagi mengenal pasti latar belakang responden, Bahagian B pula mengandungi
soal selidik berkenaan dimensi kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar
811498

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

dan Bahagian C adalah soal selidik untuk mengukur tahap ketegangan kerja guru di tempat
kerja. Penyelidik menggunakan data yang diperolehi daripada kajian rintis untuk
menentukan kebolehpercayaan bagi soal selidik dan mendapati bahawa nilai pekali bagi
kebolehpercayaan item adalah tinggi dan baik dengan menggunakan kaedah penilaian
Cronbachs alpha sebagai asas penilaian item. Dan daripada kajian rintis beliau, item
bahagian B dan C masing-masing memperolehi skor sebanyak 0.937 dan 0.906 di mana
menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tertinggi mengikut skala Cronbachs alpha.
Di dalam jurnal ini, Dr Tang telah menggariskan beberapa isu yang difikir dalam
kajian bermanfaat dijadikan panduan ke arah menjadikan sekolah bersedia menghadapi
cabaran dalam menempuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan
menumpukan gaya kepimpinan transformasi dengan harapan gaya tersebut berjaya
mengurangkan ketegangan guru di tempat kerja seterusnya mencapai misi dan visi yang
telah ditetapkan. Pengkaji telah mendapati bahawa terdapat empat dimensi amalan bagi
kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar di sekolah iaitu,: (1) karisma. (2)
motivasi inspirasi. (3) ransangan intelek, dan (4) pertimbangan individu. Abdul Ghani
Abdullah (2005) telah memperincikan lagi kepimpinan transformasi dengan memberikan
dimensi amalan iaitu: dimensi merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan
sekolah, keprihatinan individu, keterampilan individu, merangsang intelek organisasi,
mempunyai ekspektasi dan keyakinan tinggi, menjana permuafakatan dan ganjaran
kontigensi. Ketegangan kerja guru pula telah dikaji oleh Dr Tang dalam dua aspek iaitu (1)
pengalaman mengajar dan (2) status perkahwinan. Ini adalah kerana perasaan ketegangan
hidup, konflik rumah tangga dan pelbagai masalah luar organisasi dirasakan oleh beliau
dapat menjadi penyumbang kepada kelakuan negative ditempat kerja. Seterusnya jika sikap
sebegini dapat dielakkan, mereka boleh mencapai kejayaan dalam setiap tugas yang
dilaksanakan.
2.0

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji dengan menyasarkan sampel kajian dari kalangan
guru di SJK (T) Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Bagi menentukan gaya
kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan ketegangan guru beliau telah
menggunakan kaedah tinjauan iaitu kajian kuantitatif dan borang soal selidik digunakan
sebagai satu instrumen dalam kajian. Sampel kajian beliau terdiri daripada 136 orang guru
yang dipilih secara rawak dari 207 orang guru SJK (T) melalui formula Yamane (1967).
Menurut Azizi Yahaya (2007), pemilihan sampel adalah satu aspek yang penting dalam
membuat penyelidikan. Pemilihan sampel seharusnya mewakili populasi agar dapatan
kajian dapat digeneralisasikan dan hasil dapatan dapat memberi suatu keputusan yang
jelas kepada kajian yang dijalankan. Menurut Chua (2006) ciri-ciri untuk sesuatu kajian
tinjauan adalah: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang
cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada
responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu
populasi kajian.
Kajian yang beliau jalankan juga mendapat kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
diikuti dengan kebenaran Jabatan Pelajaran Perak dan juga PPD Larut, Matang dan
Selama. Menurut Surat Pekeliling Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Bil1/2006 penyelidik yang hendak menjalankan penyelidikan di mana-mana
institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah memperoleh kebenaran
811498

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

daripada pihak Kementerian Pelajaran. Kajian beliau telah menggunakan skor min dan
peratus untuk menentukan persepsi guru terhadap perlaksanaan kepimpinan transformasi.
Manakala ANOVA sehala digunakan untuk menguji perbezaan antara faktor-faktor
demografi dengan ketegangan kerja guru. Selain itu, Dr Tang menggunakan analisa
korelasi untuk menentukan darjah magnitude yang menunjukkan kekuatan hubungan antara
variable tersebut. Menurut Mohd. Najib (1999), kolerasi digunakan untuk mengukur
hubungkait antara dua pemboleh ubah. Ia menerangkan kekuatan kaitan samada ianya
signifikan ataupun tidak. Keseluruhan metodologi kajian yang dijalankan oleh pengkaji amat
bersesuaian berbanding kaedah lain seperti eksperimen makmal, kajian lapangan atau
kajian perbandingan kerana kesan kepimpinan itu dapat dilihat secara signifikan kepada
keputusan kajian yang diperolehi. Menurut Yulk.G (2002), kaedah kajian tinjauan seringkali
digunakan berbanding kaedah lain untuk kajian ke atas kepimpinan transformasi dan
kepimpinan karisma. Selain itu juga apabila melibatkan institusi kerajaan, kaedah ini
merupakan cara yang terbaik kerana dapat menjimatkan kos dan juga tenaga kerana setiap
kajian di kementerian mempunyai prosedur-prosedur dan karenah birokrasi yang perlu
dipatuhi.

3.0

ULASAN KRITIKAL KAJIAN

3.1 Analisis Deskriptif Kepimpinan Transformasi Guru Besar


Berdasarkan kajian responden, guru besar di sekolah-sekolah kajian mengamalkan
kepimpinan transformasi dengan menunjukkan dimensi karisma memperolehi skor min yang
paling tinggi iaitu 3.286. Ini diikuti dengan dimensi pertimbangan individu, seterusnya
dimensi ransangan intelek dengan skor masing-masing 3.194 dan 3.110. Terakhir amalan
kepimpinan transformasi adalah dimensi motivasi inspirasi dengan nilai skor 3.028. secara
keseluruhannya, kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar SJK (T) berada
pada tahap yang tinggi dengan skor min sebanyak 3.155. Menurut pengkaji melalui dapatan
tersebut menunjukkan guru besar SJK (T) di daerah Larut, Matang dan Selama
mengamalkan kepimpinan transformasi dalam pentadbiran serta melaksanakan setiap
dimensi kepimpinan transformasi dengan tahap yang amat menggalakkan. Menurut Burns
(1978), dalam Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan yang dikemukan oleh beliau yang
mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti Bernard Bass (1990), mengatakan
seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia
berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan
kepentingan diri sendiri kepada mementingkan kelompok.
3.2 Analisis Deskriptif Ketegangan Kerja Guru dan Perbandingan Tahap Ketegangan
Kerja Guru Berdasarkan Faktor-faktor Demografi.
Merujuk kepada taburan responden, dapatan menunjukkan bahawa ketegangan
kerja guru didapati berada tahap sederhana dan memuaskan dengan skor min sebanyak
2.542 dan Dr Tang menggambarkan keadaan ini sebagai tiada impak negatif akibat
daripada ketegangan kerja guru. Beliau turut mengandaikan bahawa para guru masih
mampu mempamerkan prestasi cemerlang dalam kerjaya mereka. Untuk itu juga beliau
menilai tahap ketegangan guru berdasarkan dua faktor demografi dan mendapati wujud
perbezaan ketegangan kerja guru yang signifikan atas faktor pengalaman mengajar dan
status perkahwinan.
811498

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

3.3 Analisis Hubungan Antara Setiap Dimensi Kepimpinan Transformasi Dengan


Ketegangan Kerja Guru.
Bagi hubungan antara dimensi kepimpinan transformasi dengan ketegangan kerja
guru, melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji mendapati bahawa menurut
persepsi guru berkolerasi sederhana kuat dan sonsang dengan ketegangan kerja guru. Ini
bermakna apabila semakin dimensi kepimpinan transformasi itu tinggi maka ketegangan
kerja guru semakin menurun. Nilai yang diperolehi melalui kajian beliau untuk keputusan
pekali kolerasi r adalah negative untuk kesemua dimensi kepimpinan transformasi guru.
Begitu juga untuk nilai pekali kolerasi p menunjukkan nilai di bawah 0.01 untuk kesemua
dimensi kepimpinan transformasi yang telah diamalkan oleh guru besar. Menurut Sekaran
(1992), jika nilai pekali kolerasi berada pada aras keertian 0.01 menunjukkan hubungan
negative, sederhana kuat dan signifikan.
3.4 Analisis Sumbangan Variabel Bebas Terhadap Ketegangan Kerja Guru
Dari kajian yang telah dijalankan, menurut Dr Tang terdapat tujuh variable bebas
daripada 11 yang menjadi peramal yang signifikan terhadap ketegangan guru iaitu; dimensi
ransangan intelek, umur guru, jantina guru, dimensi pertimbangan individu, dimensi motivasi
inspirasi dan status perkahwinan guru tersebut. Empat peramal menunjukkan nilai yang
negative iaitu apabila semakin meningkat perlaksanaan dimensi pertimbangan individu,
semakin lama pengalaman mengajar dan status perkahwinan seperti duda dan janda maka
ketegangan kerja semakin tinggi. Manakala semakin meningkat perlaksanaan dimensi
ransangan intelek, semakin meningkat dimensi motivasi inspirasi, umur yang lebih muda
dan jantina adalah lelaki, maka semakin merosot ketegangan kerja.

4.0

PERBINCANGAN KAJIAN

Dari kajian pengkaji menunjukkan pengalaman mengajar guru dan status


perkahwinan guru menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap ketegangan guru.
Walaubagaimanapun, menurut beliau terdapat kajian yang bercanggah dengan dapatan ini
apabila Smith et al. (2003) menyatakan pengalaman berkhidmat tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan terhadap suasana bekerja. Pendapat ini disokong oleh Sheena
Johnson (2005) di mana beliau berpendapat perubahan dalam iklim profesion pendidikan
dalam 10 tahun ini menyebabkan penambahan ketegangan kerja lalu menyebabkan
pengalaman mengajar guru tidak memberi kesan kepada guru di tempat kerja. Selain itu,
pengkaji mendapati wujudnya hubungan sonsang antara dimensi-dimensi kepimpinan
transformasi dengan ketegangan guru. Dr Tang juga mendapati hubungan sederhana kuat
antara dimensi karisma dengan ketegangan guru. Selain itu, kajian beliau menunjukkan
dimensi motivasi inspirasi mempengaruhi ketegangan kerja guru dengan mengurangkan
ketegangan tersebut. Menurutnya lagi, guru besar dapat mencetuskan ilham guru dengan
memberi ceramah peransang dan menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dengan gaya
mempersona dan meyakinkan. Menurut pengkaji juga, dimensi ransangan intelek dapat
menggalakkan kreativiti dan penyelesaian masalah secara inovatif ke seluruh organisasi
sekolah kerana pada kajian beliau menunjukkan hubungan negative dan sederhana kuat
terhadap ketegangan kerja guru. Pada kajian beliau jelas menunjukkan variable-variabel
mengenai kepimpinan transformasi telah banyak menyumbang terhadap ketegangan kerja
guru seperti dimensi ransangan intelek sebanyak 22.7 peratus, motivasi inspirasi 3.4
peratus, dan pertimbangan individu 1.6 peratus. Menurut pengkaji kepimpinan transformasi
811498

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ketegangan kerja guru. Dan sekiranya
guru besar ingin mengurangkan ketegangan kerja guru di tempat kerja, maka mereka perlu
memberi fokus terhadap peramal-peramal yang signifikan, seterusnya memberi perhatian
yang serius terhadap ketiga-tiga dimensi kepimpinan transformasi iaitu; dimensi ransangan
intelek, dimensi motivasi inspirasi dan dimensi pertimbangan individu. Ini adalah kerana
formula asal teori kepimpinan transformasi (Bass,1985) mengandungi tiga jenis kelakuan
transformasi iaitu pengaruh ideologi, ransangan individu dan pertimbangan individu (Yulk G,
2002). Kadang kala pengaruh ideologi juga dikenalpasti sebagai motivasi inspirasi seperti
mana dimensi-dimensi kajian ini dibuat oleh pengkaji. Pada pendapat saya faktor
berlakunya hubungan yang signifikan ini disebabkan gaya kepimpinan transformasi lebih
menekankan soal emosi subordinat lalu menghasilkan kesan kepada guru untuk lebih
menghormati dan mempercayai guru besar mereka dengan memberikan komitmen yang
tinggi kepada kerja mereka. Seterusnya soal ketegangan kerja hanya akan berlaku
disebabkan faktor demografi yang mana guru akan lebih mengutamakan penghasilan kerja
yang berkualiti di tempat kerja tanpa mencampur adukkan soal faktor demografi di tempat
kerja seperti mana hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji.

5.0

KESIMPULAN

Menurut kajian Dr. Tang Keow Ngang terdapat hubungan antara kepimpinan
transformasi dengan ketegangan kerja guru. Beliau juga telah menyatakan beberapa
panduan untuk menjayakan pelaksanaan kepimpinan transformasi iaitu: i) guru besar harus
sentiasa memberi penekanan dalam semangat kerja berpasukan, ii) guru besar harus bijak
berkomunikasi bagi menjelaskan harapan dan ekspetasi positif, iii) guru besar perlu
mendemonstrasi komitmen yang tinggi dengan penekanan pada perkongsian kejayaan, iv)
guru besar perlu memperbanyakkan usaha untuk memberi ransangan kepada guru. Kerja
seorang guru memerlukan guru tersebut memiliki kesihatan fizikal yang baik dan psikologi
yang sentiasa bersedia di mana dua faktor ini dapat menyumbang kepada ketegangan kerja
guru (Sheena Johson, 2005). Saya menyokong kajian ini boleh membantu sesebuah
sekolah itu mempunyai pengurusan yang lebih sistematik. Guru besar juga akan dapat
mengenalpasti dimensi kepimpinan transformasi yang harus diutamakan di mana di dalam
gaya kepimpinan transformasi akan lebih memberi motivasi kerja kepada guru melalui
motivasi inspirasi, ransangan intelek dan pertimbangan individu dan pada masa yang sama
juga mengamalkan nilai berkarisma dalam kepimpinan di sekolah. Oleh itu, seorang guru
besar haruslah bukan sahaja berusaha memastikan kejayaan cemerlang dalam pencapaian
akademik serta ko-kurikulumnya, malahan harus dapat diterima oleh semua warga sekolah
dalam usaha memacu pentadbiran sekolah ke arah kecemerlangan keseluruhannya tanpa
mengorbankan aspek penting kepimpinan dan pengurusan.

811498

SGDU 5033 SCHOOL MANAGEMENT AND SUPERVISION

6.0

RUJUKAN

Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (1997). Hubungan persepsi Kepimpinan Transformasi


dengan Kepuasan dan Komitmen Kerja. Laporan Praktikum Ijazah Sarjana
Pendidikan. Pusat Ilmu Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Abdul Shukor Abdullah. (1998). Fokus pengurusan pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Lim Ting Theng. (2007). Gaya kepimpinan guru besar
dan hubungannya dengan faktor kepimpinan di sekolah penerima anugerah sekolah
cemerlang (ASC) di negeri Melaka.
Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row
Bass, B.M. and Stogdill, R.M. (1985). Bass and Stogdills Handbook of Leadership: Theory,
Research, and Managerial Applications, (3rd ed) New York: Free Press
Dr. Tang Keow Ngang (2008). Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Ketegangan
Guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut
Aminudin Baki.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). (2006). Tatacara Menjalankan Kajian Penyelidikan
Di Institusi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1
Muniandy M. Sandapan (2007). Perkaitan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar
dan Ketegangan Guru di SJK(T) Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Kertas
projek sarjana yang tidak diterbitkan. Minden: Universiti Sains Malaysia.
Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah: Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distribution.
Sekaran Uma. (1992). Research Methods For Business: A Skill Building Approach. New
York: John Wiley and Sons Inc.
Sheena Johnson (2005). The experience of work-related stress across occupations.Journal
of Managerial Psychology. Vol. 20 No. 2. London: Emerald Group Publishing
Limited.
Yulk, G. (2002). Leadership in Organizations. 5th. Ed. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

811498

You might also like