You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI

84000 MUAR, JOHOR


TEL / FAKS : 06-9534387

KERTAS KERJA
PROJEK KECERIAAN BILIK KOKURIKULUM
==============
TEMPAT :
BILIK KOKURIKULUM SKPK

TARIKH :
7 JULAI 2014 7 OGOS 2014
ANJURAN :
GURU PELATIH
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang
baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, di mana sekolah yang mereka berada
selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di
sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah antaranya ialah;
aktiviti keceriaan bilik kokurikulum.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
telah berbincang dengan pihak sekolah untuk menghias bilik kokurikulum supaya penggunaan bilik
tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh warga sekolah.
2.0 RASIONAL
Projek keceriaan bilik kokurikulum merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penggunaan
bilik kokurikulum ke arah penggunaan yang lebih efektif dan kreatif untuk menyalurkan maklumat
dan informasi yang berguna kepada warga sekolah. Oleh yang demikian, keceriaan adalah
merupakan elemen utama untuk menarik warga sekolah untuk membaca dan menjadikannya
sebagai bahan rujuk termasuklah tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.
Di samping itu, projek menghias bilik kokurikulum ini menjadi salah satu projek yang dijalankan oleh
guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi memenuhi syarat internship bagi
semester 8.

3.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Mewujudkan persekitaran bilik kokurikulum yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian teruamanya pelajar.
2. Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
3. Hasil kerja tangan guru pelatih sebagai buah tangan / kenang-kenangan apabila
meninggalkan sekolah kelak.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN


Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship bagi guru pelatih semester 8. Guru pelatih
dikehendaki melaksanakan empat projek / aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau
kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

5.0 ANJURAN
Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
6.0 TARIKH / TEMPAT
6.1 7 Julai 2014 7 Ogos 2014

6.2 Bilik Kokurikulum SK Parit Kadzi (Rujuk Lampiran 1)


7.0 JAWATANKUASA PENGENDALI PROGRAM
7.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

: En. Mohd. Yazid Bin Ahmad


Guru Besar SK Parit Kadzi
: Pn. Rashidah Binti Ibrahim
Guru Penolong Kanan Kokurikulum , SK Parit Kadzi
: Cik Nur Farhana Binti Muhammad Fuad
Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu
: Cik Norhafizah Bt. Abd. Rahman
Kerani Sekolah SK Parit Kadzi

7.2 JAWATANKUASA KERJA


Ketua Projek
Pereka hiasan
Logistik dan Peralatan
Keselamatan dan Kebajikan
Dokumentasi

: Cik Nur Farhana Binti Muhammad Fuad


: Cik Nur Adzrini Binti Mohd. Nayan
: Pn. Maryani Binti Hashim
: Cik Nur Farhana Binti Muhammad Fuad
: Cik Nur Adzrini Binti Mohd. Nayan

8.0 BIDANG TUGAS


JAWATANKUASA
Ketua Projek

Setiausaha

Bendahari
Pereka Hiasan
Logistik dan Peralatan

Keselamatan
Kebajikan

dan

Dokumentasi

BIDANG TUGAS
Mempengerusikan mesyuarat, projek dan bertanggungjawab
atas keseluruhan pelaksanaan projek.
Berhubung dengan pihak sekolah berkenaan pelaksanaan
projek.
Menyusun jadual kerja projek dan memastikan projek
dilaksanakan mengikut jadual.
Memastikan semua jawatan kuasa melaksanakan tugas projek.
Menitikberatkan aspek keselamatan.
Menyediakan kertas kerja projek.
Menguruskan minit mesyuarat dan laporan
Membantu ketua projek menyelaras projek.
Mengurus perihal kewangan projek.
Memberikan idea cadangan bahan yang sesuai untuk papan
kenyataan
Memohon peralatan dan bahan daripada pihak sekolah.
Memastikan alatan dan bahan di simpan di tempat yang sesuai
dan selamat.
Memastikan alatan dan bahan diletakkan ditempat yang
selamat.
Memastikan tempat pelaksanaan projek bebas daripada
sebarang peralatan berbahaya.
Megambil gambar sepanjang pelaksanaan projek.

9.0 TENTATIF PROGRAM

10.0

TARIKH
Minggu 1
7 Julai 2014
10 Julai 2014

AKTIVITI
Penyediaan Kertas Kerja
Berbincang tentang cadangan bahan untuk hiasan bilik
kokurikulum untuk sudut-sudut yang terlibat

Minggu 2
13 Julai 2014
17 Julai 2014
Minggu 3
20 Julai 2014
24 Julai 2014
Minggu 4
3 Ogos 2014
7 Ogos 2014

Penyediaan bahan dan alatan


Mendapatkan maklumat untuk hiasan bilik kokurikulum
Menyusun semula carta organisasi
Menghias papan kenyataan
Menghias papan kenyataan
Mengemas bahan dan alatan

ANGGARAN KEWANGAN
BIL
1.
2.
3.
4

PERKARA
Kertas warna
Plastik laminate
Gam
Pembalut hadiah

UNIT / BILANGAN
1 paket
10 keping
2
4

Jumlah Keseluruhan

RM

ANGGARAN
RM 3.50
RM 10 (RM 1 x 10)
RM 10 (RM 5 x 2)
RM 4.80 (RM 1.20 x 4)

28.30

11.0 PENUTUP
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada
guru pelatih dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Semoga, projek keceriaan bilik
kokurikulum ini dapat meningkatkan motivasi diri murid-murid di samping mengindahkan lagi
kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

Disahkan Oleh :

.........
( CIK NUR FARHANA BINTI MUHAMMAD FUAD)
Pengerusi,
Projek Keceriaan Bilik Kokurikulum,
SK Parit Kadzi

.............................................
(EN. MOHD. YAZID BIN AHMAD)
Guru Besar,
SK Parit Kadzi

LAMPIRAN 1

Sudut 1: Sudut asal carta organisasi

Sudut 2: Papan kenyataan

You might also like