You are on page 1of 12

*SULIT

MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
(Satu jam)
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA
MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA

PERCUBAAN STPM
2014

944/3

EKONOMI
KERTAS 3

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab lima soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B.
Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian A dan B.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.
Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda
kurung [ ].
Kertas soalan ini mengandungi 40 markah

Kertas soatan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak dan 1 halaman kosong.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

Bahagian A [30 markah]


Jawab lima soalan sahaja.
1

(a) Berikan maksud upah wang dan upah bukan wang

[2]

(b) Bincangkan dua faktor perbezaan upah mengikut sektor dan dua faktor perbezaan
upah mengikut pekerjaan di Malaysia
[4]
Skema Pemarkahan
(a) Upah wang ialah jumlah wang yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan
mental dalam proses pengeluaran atau kegiatan ekonomi (1m)
Upah bukan wang ialah upah yang diterima oleh buruh selain daripada wang. Contohnya dalam
bentuk barangan, tempat tinggal, pengangkutan, perubatan dll. (1m)
(b) Dua faktor perbezaan upah mengikut sektor
(i) Keanjalan penawaran barang
Keajalan penawaran barang sektor industri lebih anjal dan keluarannya dapat ditambah lebih
lebih cepat dan pengeluar sanggup bayah upah buruh yang lebih tinggi
(ii) Harga keluaran
Pengeluar sektor industri mempunyai kuasa menentukan harga menyebabkan hasil yang
diterima lebih tinggi dan mampu membayar upah buruh lebih tinggi.
(iii) Daya keluaran sut buruh
Daya keluaran sut di sektor industri lebih tinggi kerana dibantu oleh teknologi moden dan
upah yang diterima lebih tinggi
(mana-mana 2 fakta dengan huraian ringkas 1m setiap satu)

Dua perbezaan upah mengikut pekerjaan


(i) Perbezaan tahap pendidikan
Pekerjaan yang memerlukan tahap pendidikan yang lebih tinggi akan menawarkan upah
yang lebih tinggi.
Contoh: Gaji jurutera adalah lebih tinggai daripada gaji kerani kerana tahap pendidikan yang
diperlukan untuk menjadi jurutera adalah lebih tinggi daripada kerani
(ii) Perbezaan kemahiran dan kepakaran
Pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang lebih tinggi akan dibayar upah
yang lebih tinggi kerana memerlukan daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Contoh: Seorang dokor pakar yang lebih cekap akan dibayar upah yang lebih tinggi
berbanding dengan doktor biasa.

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

(iii) Perbezaan risiko


Pekerjaan yang berisiko tinggi akan menawarkan upah yang lebih tinggi berbanding dengan
pekerjaan yang berisiko rendah.
Contoh: Juruteknik Petronas yang bekerja di pelantar minyak akan mendapat upah yang
lebih tinggi berbanding dengan kerani di pejabat.
(iv) Perbezaan tanggungjawab
Pekerjaan yang memerlukan penjawatnya memikul tanggungjawab yang lebih berat akan
menawarkan upah yang lebih tinggi.
Pengurus akan menerima upah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan upah pekerja am
(v) Kekuatan kesatuan sekerja
Bagi pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja atau mempunyai kesatuan sekerja yang
kuat, ahli-ahlinya cenderung untuk mendapat tingkat upah yang tinggi berbanding dengan pekerjaan
yang tidak mempunyai kesatuan sekerja atau mempunyai kesatuan sekerja yang lemah.
Ini kerana kesatuan sekerja memainkan peranan membela hak dan menjaga kebajikan
ahlinya daripada ditindas oleh majikan.
(vi) Perbezaan mobiliti buruh
Sesuatu pekerjaan yang memerlukan buruh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
serta buruh yang mudah berpindah dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain cenderung untuk
menerima upah yang lebih tinggi daripada pekerjaan dan buruh yang tidak mempunyai mobiliti untuk
bergerak.
(mana-mana 2 fakta dengan huraian ringkas 1m setiap satu)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

2 (a) Apakah maksud kos sara hidup dan taraf hidup. Apakah hubungan antara keduaduanya
[3]
(b) Jelaskan dua cara bagaimana Dasar Kewangan digunakan oleh kerajaan untuk
mengawal inflasi
[3]
Skema Pemarkahan
(a)
Kos sara hidup ialah jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk seseorang individu
meneruskan kehidupan seharian.
(1 markah)
Taraf hidup ialah sejauh manakah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan
tempat tertentu dapat memenuhi keperluan kehidupan mereka
(1 markah)
Apabila kos sara hidup tinggi, taraf hidup adalah rendah dan sebaliknya apabila kos sara hidup
rendah, taraf hidup adalah tinggi. Hubungan songsang antara kos sara hidup dengan taraf hidup.
(1 markah)
(b) (i) Mengubahkan Kadar Cadangan Minimum
Bank Pusat akan menaikkan nisbah cadangan minimum untuk mengurangkan keupayaan
bank perdagangan memberikan pinjaman-pinjaman baru. Penawaran wang akan berkurang, kadar
bunga meningkat dan pelaburan merosot. Kegiatan ekonomi akan merosot dan masalah inflasi akan
dapat diatasi
(ii) Operasi Pasaran Terbuka
Bank Pusat menjual surat-surat jaminan kerajaan dan bil-bil perbendaharaan kepada
masyarakat dan bank-bank perdagangan.Tindakan ini akan mengurangkan kuasa beli masyarakat, dan
bank-bank perdagangan menghadapi kekurangan cadangan. Ini akan membantutkan keupayaan bank
perdagangan untuk mewujudkan pinjaman-pinjaman baru. Kesannya, penawaran wang akan
berkurang, tingkat kegiatan ekonomi merosot dan ini akan mengatasi masalah inflasi
(iii) Menaikkan kadar bank
Bank Pusat akan menaikkan kadar bank untuk mengurangkan pinjaman bank perdagangan
dari bank pusat. Ini akan mendorong bank-bank perdagangan menaikkan kadar bunga ke atas
pinjaman-pinjaman yang diberikan untuk tujuan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan. Kegiatan
ekonomi merosot dan akan mengatasi maslah inflasi
(iv) Funding
Merupakan tindakan Bank Pusat menukarkan bil-bil perbendaharaan jangka pendek kepada
surat surat jaminan jangka panjang untuk mengurangkan aset-aset cair bank perdagangan. Tindakan
ini akan menyebabkan berlakunya penguncupan deposit (simpanan) bank perdagangan dan seterusnya
mengurangkan keupayaan mereka untuk mencipta kredit.

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

(v) Kredit Kawalan Terpilih


Bank pusat menetapkan syarat margin yang lebih tinggi untuk mengurangkan permintaan
wang bagi tujuan spekulasi bagi mengawal kegiatan spekulasi di pasaran saham
mengawal pembelian barang tahan lama secara ansuran dengan meningkatkan bayaran pendahuluan
minimum dan mengurangkan tempoh masa bayaran balik bagi mengurangkan pembelian barangan
secara kredit
Mengeluarkan arahan khas dengan mengarahkan bank-bank perdagangan memberi lebih banyak
pinjaman kepada sektor-sektor yang produktif dan kurang memberi pinjaman untuk tujuan spekulasi.
(mana-mana 2 fakta dengan huraian ringkas 1m setiap satu)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

3 (a) Jelaskan maksud ekonomi terbuka. Bagaimanakah cara mengukur keterbukaan


ekonomi ?
[2]
(b) Jelaskan dua kesan positif perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi.

[4]

Skema Pemarkahan
(a)

Maksud ekonomi terbuka ialah ekonomi yang mengamalkan perdagangan antarabangsa


(1 markah)
Cara mengukur:
(i) Kaedah nisbah eksport kepada KDNK / KNK
Keterbukaan ekonomi

nilai eksport
KDNK

Atau
(ii) Kaedah nisbah eksport dan import kepada KDNK / KNK
Keterbukaan ekonomi

nilai eksport + nilai import


KDNK
(1 markah)

(b)

Dua kesan positif PAB


(i) Berlakunya pengkhususan
(ii) Memperolehi barang yang tidak dikeluarkan
(iii) Pasaran barang dan perkhidmatan semakin meluas
(iv) Berlaku perkembangan teknologi
(v) Kualiti barang meningkat
(vi) Membangunkan industry tertentu
(Mana-mana dua fakta beserta huraian..2m x 2)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

(a) Apakah jenis perusahaan kecil dan sederhana berasaskan sumber.

[2]

(b) Jelaskan dua ciri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia

[4]

Skema Pemarkahan
(a) Perusahaan kecil dan sederhana berasaskan sumber
PKS ini wujud kerana kewujudan bahan mentah di kawasan tersebut.
Contoh, jika di kawasan tersebut banyak terdapat buah-buahan maka wujud PKS yang
menghasilkan kerepek ubi, pisang, gula melaka dan jeruk.
(2 markah)
(b) Dua ciri PKS
(i) Berintensifkan buruh
Kebanyakan buruh mempunyai pendidikan formal yang rendah dan kurang didedahkan
kepada kursus dan latihan. Pekerja sering tukar ganti pekerjaan kerana factor gaji yang murah.
(ii) Keupayaan modal kecil
Kebanyakan PKS terdiri daripada syarikat sendirian berhad, perkongsian atau milikan
tunggal. PKS menghadapi kekurangan modal kerana kesukaran mendapat pinjaman dari bank.
Sebahagian besar modal disumbang oleh rakan kongsi dan tabungan sendiri.
(iii) Jenis keluaran
Barang pengguna untuk memenuhi keperluan harian seperti industri makanan, tekstil,
perabut dan kraftangan.
Barangan alat ganti untuk menykong industry besar seperti kusyen kereta, nat, skru, dan
sebagainya.
(iv) Organisasi
Organisasi PKS lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik, kurang formal dan teknologi
terendah.
(mana-mana dua fakta beserta huraian..2m x 2)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

(a) Apakah maksud institusi kewangan ? Nyatakan dua contoh institusi kewangan

[2]

(b) Huraikan fungsi institusi kewangan sebagai perantara kewangan dan penyerakan
risiko
[4]
Skema Pemarkahan
(a) Institusi kewangan ialah badan atau syarikat yang mengumpulkan wang daripada pendeposit dan
kemudiannya meminjamkan deposit tersebut kepada peminjam untuk mendapatkan keuntungan.
Contoh:- Bank perdagangan dan Bank Islam

(1 markah)
(1 markah)

(b) Huraikan fungsi institusi kewangan yang berikut:(i)

Perantara kewangan

[2]

Mewujudkan kemudahan denominasi


Memudahkan proses penyaluran dana tabungan
Mengubah simpanan pihak penyimpan kepada
(ii) Penyerakan risiko
[2]
Pinjaman langsung tanpa melalui perantara kewangan berhadapan dengan risiko yang
lebih tinggi kerana bilangan peminjam yang terhad.
Risiko diserakkan dengan menyalurkan lebihan dana kepada lebih ramai peminjam .

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

6 Huraikan sumber pendapatan yang diperolehi daripada upah dan pendapatan bukan upah
di Malaysia.
[6]
Skema Pemarkahan
(a)

Upah
Ganjaran yang diterima oleh sesorang individu apabila menyumbangkan tenaga fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran.
(1 markah)
Upah termasuk gaji, elaun, komisen dan bonus.
(1 markah)
(b)

Pendapatan bukan upah


(i) Sewa
Ganjaran atas faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran terhad iaitu tanah
(1 markah)

(ii) Dividen
Bahagian keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham syarikat dalam
tempoh tertentu.
(1 markah)
(iii) Bunga
Ganjaran kepada pemilik wang yang sanggup menangguhkan perbelanjaanya pada masa
sekarang.
(1 markah)
(iv) Untung
Ganjaran kepada seseorang usahawan yang sanggup menanggung risiko ketidakpastian.
(1 markah)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

10
Bahagian B [10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7 Jadual di bawah menunjukkan data kewangan (RM juta) Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2011hingga tahun 2013.
Tahun

Butiran

2011

2012

2013

102 009

116 825

121 953

Cukai tak langsung

32 643

35 668

37 200

Hasil bukan cukai

50 534

54 753

49 496

229 010

252 439

249 667

Cukai langsung

Jumlah perbelanjaan

(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2012/2013)

(a) Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung?

[2]

(b) Hitung peratusan sumbangan cukai langsung, dan cukai tak langsung kepada jumlah
hasil kerajaanMalaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2013. Huraikan arah alirannya.
[5]
(c) Hitung belanjawan Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2013.

[2]

(d) Nyatakan keadaan belanjawan Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun
2013.
[1]
Skema pemarkahan
(a)

Cukai langsung ialah cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.[1m]
Cukai tak langsung ialah cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain. [1m]

(b)

Sumbangan =

Cukai langsung
Jumlah hasil

(2m)

100 [m]

% Sumbangan
Butiran

2011

2012

2013

Cukai langsung

102 009
100 = 55.08
185 186

56.37

58.45

Cukai tak langsung

32 643
100 = 17.63
185 186

17.21

17.83
(3m)

Nota: Tolak [m] bagi setiap jawapan yang salah.


Arah alirannya: cukai langsung meningkat dari 55.08% tahun 2011 menjadi 58.45% pada
tahun 2013[1m] dan cukai tak langsung menurun dari 17.63% tahun 2011 menjadi 17.21%
(2m)
pada tahun 2012[m] dan meningkat semula pada tahun 2013 menjadi 17.83%. [m]

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT
(c)

(d)

11

Belanjawan kerajaan = Jumlah hasil Jumlah perbelanjaan [m]


Tahun 2011 = 185 186 229 010 = RM43 824 juta
Tahun 2012 = RM45 193 juta
Tahun 2013 = RM41 018 juta

(2m)

Belanjawan defisit/ kurangan (m) iaitu jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah
hasil kerajaan.(m)

(1m)

8 Jadual di bawah menunjukkan data nilai ditambah Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) pada tahun 2010.
Sektor
Jumlah
Pertanian

Nilai ditambah (RM juta)


PKS

Mikro

Kecil

Sederhana

213 921

54 531

94 067

65 323

2 665

343

937

1 385

378

13

95

270

Pembuatan

38 058

1 344

14 348

22 366

Pembinaan

7 536

545

2 227

4 764

165 284

52 286

76 460

36 538

Perlombongan dan kuari

Perkhidmatan

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2010)

(a) Apakah maksud perusahan kecil dan sederhana?

[1]

(b) Hitung nisbah sumbangan nilai ditambah pertubuhan mikro kepada pertubuhan
perusahaan kecil dansederhana.
[2]
(c) Hitung peratusan sumbangan sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga kepada
nilai ditambah pertubuhan perusahaan kecil dan sederhana.
[3]
(d) Jika Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) harga malar tahun 2005 ialah
RM674 946 juta pada tahun2010, hitung peratusan sumbangan nilai ditambah perusahaan
kecil dan sederhana kepada KDNK.
[2]
(e) Nyatakan dua masalah yang sering dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana di
Malaysia.
[2]

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

*SULIT

12

Skema pemarkahan
(a)

Perusahan kecil dan sederhana ialah perusahaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang
daripada RM25 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 200 orang.

(1m)

ATAU
[Perusahan kecil dan sederhana ialah perusahaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang
daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 150 orang.]
{Takrifan baru mulai 1 Jan. 2014}

(b)

Nisbah sumbangan:
54 531 : 213 921
1 : 213 921
54 531
1 : 3.92

(2m)

Nota: (jalan kira = 1m: jawapan = 1m)


(c)

Sektor utama = 2665 + 378


213 921
= 1.42%

100

Sektor kedua = 21.31%

(3m)

Sektor ketiga = 77.26%


(d)

Sumbangan PKS kepada KDNK


= 213 921
674 946
= 31.69%

(e)

100

(2m)

Dua masalah PKS di Malaysia:


i.

Masalah kewangan disebabkan PKS terdiri daripada usahawan bermodal kecil.

ii.

Masalah pemasaran disebabkan keluaran PKS yang kurang berdaya saing.

iii.

Masalah pekerja kurang mahir dan pusing ganti pekerja yang tinggi.

iv.

Masalah kemahiran pengurusan kurang mahir dan pengalaman.

v.

Masalah teknologi tahap teknologi yang digunakan adalah rendah.

vi.

Masalah mendapatkan bahan mentah tempatan dan import.

(2m)

(Pilih mana-mana dua fakta: fakta = m; huraian ringkas = m)

944/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

You might also like