You are on page 1of 1

PERANCANGAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2015

SMK KEM TERENDAK


PERSATUAN PANDU PUTERI
1.0 Visi
Menerajui perkembangan potensi ahli pandu puteri untuk membawa perubahan.
2.0 Misi
Melahirkan ahli pandu puteri yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.
3.0 Matlamat
3.1 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli
3.2 Meningkatkan prestasi pemimpin
3.3 Meningkatkan jumlah ahli
4.0 Objektif
4.1 Menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, disiplin, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan ahli.
4.2 Memperoleh pengetahuan baru dan menimba pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membantu
pelajar serta perkembangan rohani, jasmani.dan sahsiah yang baik.
4.3 Menyediakan pelajar dalam proses penyesuaian dalam masyarakat ke arah konsep 1 Malaysia.
5.0 Perancangan
5.1 Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
5.2 Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
5.3 Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni

mengembangkan kebolehan, minat, bakat

You might also like