You are on page 1of 1

LINUS

LINUS adalah satu program NKRA untuk membantu murid menguasai Literasi
(Bahasa Melayu ) dan Numerasi (Matematik) dari Tahun satu hingga Tahun 3.
Objektifnya ialah selepas Tahun 3 tiada lagi murid yang tidak tahu membaca dan
mengira iaitu murid menguasai lapan dari semua instrument yang diuji.
LINUS mula dijalankan pada tahun 2010. Kohort pertama program ini ialah murid
Tahun 3 sekarang. SKDC telah mencapai sasaran dan telah menerima sijil
penghargaan dari PPD kerana semua murid Thn 3 telah lulus LINUS. Pencapaian
LINUS SKDC untuk kohort 1 ialah 100%.

Bagi kohort 2 pula, iaitu murid Thn 2 sekarang murid LINUS hanya tinggal 2 orang
sahaja dan berdasarkan perkembangan pelajaran mereka , dijangkakan mereka
akan lulus pada saringan 4 nanti. Saringan 4 akan di Jalankan pada awal April
nanti.

Kohort 3, iaitu murid Tahun 1 sekarang, sedang melalui proses saringan lisan dan
akan membuat saringan penulisan pada 1 hingga 6 April ini. Selepas murid
disaring pihak sekolah akan mula menjalankan program LINUS, dijangkakan pada
pertengahan April.

You might also like